Tuesday, 25 November 2014

064 # Nak Beli Majalah Deco Dengan Harga Murah?

(Fuh, tiup habuk!) Assalammualaikum.


Lamanya tak update. Sibuk urus hari anugerah, kemas kelas, siapkan pelaporan murid, siapkan pelaporan diri sendiri. Laporan itu dan ini. Sampai naik lebam dok bercinta dengan laporan dan kertas kerja. Bila sekolah dah mula cuti, baru boleh nak rileks, teguk air sirap sambil tengok drama sterotaip melayu. Itu pun sebenarnya kerja filing tak siap lagi!



Awal bulan hari tu, aku ada pergi jualan gudang Karangkraf. Memang terbeliak biji mata tengok harga buku-buku yang dijual. Tak percaya, aku gosok lagi mata. Setiap tahun memang Karangkraf akan buat jualan macam ni. Cuma tahun ni aku rajin nak pergi, tak malas macam tahun tahun lepas. 



Bila tengok harga buku macam ceklat Nini, aku pun dah mula blink blink. Dan akhirnya, aku bawak balik 7 buah buku dengan harga yang tak sampai RM100 pun. Rasa nak patah tangan usung raga berisi buku-buku tu. Tapi tak apa. asalkan tidur lena la aku malam tu dapat buku pengubat duka lara tak dapat pindah. HAHAHA.





Mula-mula aku ambil dua buah buku ni. Harga sebenar untuk dua buah buku ni ialah RM37. Tapi, aku cuma bayar RM23 sahaja. Gila tak ambil. Dah lama aku masuk dalam list, cuma asyik kurang bajet jer. Harap lepas ni makin pandai lar aku menjahit. Tak payah susah susah cari taylor, yang akhirnya pakai pun tak sedap terus campak masuk tong sampah. T______________T




Lepas tu aku nampak buku-buku ni pulak. Nah! Bila masa pulak nak jahit langsir. Nak jahit jelujur pun terketar-ketar. Tapi, sebab harga murah merudum aku terus jadi tidak keruan. Harga asal RM57, tapi aku beli dengan harga RM35 jer. Gila tak ambil (sekali lagi gila). Mungkin aku tak guna buku ni sekarang, tapi suatu hari nanti aku harap aku mampu jahit langsir untuk rumah sendiri. Tingginya angan-angan mu wahai Fatin! HAHAHA.





Last sekali aku jalan di gerai majalah-majalah outdated. Aku pun sambar masuk dalam raga tiga buah majalah Impiana di atas. Satu tu aku dapat RM3 jer. Kalau tiga buah baru RM9. Belum lagi cecah harga untuk sebuah yang latest RM12.50. Untung membeli, untung mencedok ilmu. Deco dalam majalah ni tak la outdated. Walau pun belum ada rumah sendiri, tapi boleh la aku buat majalah ni sebagai bedtime story book aku HAHAHA. Sambil belek rumah orang, sambil mimpi dan berangan. Untung tau kumpul majalah macam ni. 




Maaf atas entri lapuk ini.

Monday, 24 November 2014

063 # 365 Hari Dengan Cinta

Assalammualaikum.



Alhamdulillah, pray to Allah.
It is 365 days of marriage.

Dear husband,
im so lucky to have you in my diary of life
thanks for caring, sharing, healing and admiring,
thanks for the loves given,
may our love bloom like roses in the garden.



Im a happy wife.
Happy Annyvasery.


Sincerely,
your wife.
24112014.


Saturday, 1 November 2014

061 # Tak Lulus

Assalammualaikum.


Terima kasih Allah atas segala rezeki dan pertolongan selama ini. Terima kasih kerana memudahkan segala urusan aku. Terima kasih kerana lebih mengetahui apa yang Engkau rancangkan. Terima kasih kerana mendengar. Terima kasih kerana masih merindu doa aku. 


Terima kasih.



Keputusan bertukar dah keluar semalam. Terketar-ketar aku check. Menggigil satu badan sampai rasa nak demam. Selama ni aku ingat memang aku akan dapat pindah. Nak beli barang pun tak ada perasaan sebab takut dapat pindah nanti sussah nak mengangkut. Tapi Allah lebih berkuasa, lebih mengetahui. Sekali lagi keputusan adalah gagal. Hanya Allah jer yang tahu perasaan aku waktu tu. Bayangkanlah, selama ni aku terbayang-bayangkan akan mengakut barang ke Kedah bulan Disember. Telefon mak ayah, ceritakan berita yang menggembirakan. Senyum melangkah ke pagar sekolah sambil melambai tangan ke warga sekolah. Aku cepat-cepat siapkan kerja untuk berpindah. Bayangkanlah bila semua tu hanyalah bayang-bayang dalam hidup aku, Yang tak akan menjadi realiti untuk tahun ni.


Hancur remuk sedih tak terucap.
Moga hati cepat terubat.
Maaf suami, tak dapat lagi berkhidmat sebagai isteri.
Maaf mak ayah, tak dapat duduk dekat lagi.


Allahuakbar!



Saturday, 25 October 2014

060 # Eh Samalah!

Assalammualaikum.


Kenapa pelan sama?
Tanjat boboi.

Ini pelan lantai rumah Idaman Ambangan Heights yang suami aku berkenan sangat dulu.
Harga dari RM298k.
11222
Ini pulak pelan lantai projek baru Darulaman Perdana yang aku berkenan sampai tak tentu arah. Padahal rumah dah beli. Jadi, aku dapat gigit jari sahaja.

Harga dari RM 288k.


Eh, kebetulan apakah ini?
Eh!


Friday, 24 October 2014

059 # Darulaman Perdana : Hati Aku Cair

Assalammualaikum.


Ya Allah.
Ya Allah.
Ya Allah.


Tak keruan pulak aku bila terpandang iklan new launch Bandar Darulaman Perdana. Tak keruan weh bila tengok harga rumah yang lebih kurang harga rumah aku, tapi jauh lebih besar. Design moden, memang buat aku lagi tak keruan.


Untuk sesiapa yang nak beli rumah, boleh jenguk di Darulaman Perdana. Aku tak pasti dengan persekitaran di situ sebab aku bukan orang situ. Cuma berkahwin dengan orang Sungai Petani. Aku tertarik dengan satu rumah ni. Rumah semi-d setingkat. Lebih besar daripada Impiana aku dan suami.




11222
Jenis : Semi D satu tingkat.
Luas tanah 40 x 80.
Built in 31 x 52.
Harga dari RM288k.


Kelebihan :
Luasssss. Semua luas.
Siling yang tinggi, mesti sejuk jer rumah tu.
Guarded.
Menghadap tasik. Nak tenangkan fikiran pandang jer tasik tu.
Dilengkapi gym, kolam renang dan hall.
Boleh park 3 kereta.
Modern design.
Ada 4 bilik, 3 bilik air. Maksudnya, Bilik 1-3 adalah attached bathroom.
Dekat dengan jalan utama.
Dekat dengan pelbagai kemudahan. Hospital, econsave, JPJ.

Kekurangan :
Design dalaman biasa jer. Cantik lagi design Impiana kami.
Tiada stor. Sama macam Impiana.
Tiada pintu ke laman. Gelap sikit rumah. Mungkin tak ubah macam rumah teras kalau lepad di ruang tamu. Impiana ada, walaupun comel lote.
Tidak gated. Impiana gated and guarded.
Kawasan situ banyak rumah yang tidak diduduki, Tak pasti sebab apa kurang penduduk.
Guard house yang tak berfungsi. Alahai.
Persekitaran yang tidak dijaga. Alahai pemaju!
Kes kecurian kurang pasti pulak.


Macam mana yer?
Sabar fatin. Waras, fikir dalam-dalam.
Jangan terburu.


Kalau nak beli rumah ni, kena jual Impiana. Sebab aku tak mampu nak tanggung hutang dua rumah setiap bulan. Tapi aku tak arif bab jual beli rumah ni. Alahai. Tolong!



Monday, 13 October 2014

058 # Tips Membeli Rumah

Assalammualaikum.




Rasanya boleh kot aku berkongsi tips untuk sesiapa yang nak beli rumah, berdasarkan pengalaman aku. Aku just nak berkongsi, bukan nak kerek. Aku nak tolong bagi info supaya tak jadi pura-pura pandai (sebenanrnya bodoh HAHA) macam aku waktu beli rumah dulu. Sebab aku kurang ilmu di dada, aku pakai terjah jer yang mana available. Tak fikir panjang. Nak menyesal pun tak guna. 


Bagi aku, sebelum beli rumah ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Ingat, nak beli rumah bukan macam beli goreng pisang. Minta bungkus RM2, dapat makan sampai buncit. Tak, nak beli rumah perlu fikir banyak perkara. 



Kewangan
Penting mencongak kewangan di badan sendiri sebelum buat keputusan nak beli rumah. Ada orang pernah cakap kat aku, beli rumah besar biarpun harga mahal. Katanya, harga rumah akan naik jadi tak rugi kalau beli rumah besar. Ambil terus rumah yang paling maksima dengan kelayakan pinjaman. Terpulang. Mungkin betul juga apa yang dia cakap. Tapi bagi aku cukuplah dengan sekadar mana yang mampu. Jangan nanti bulan-bulan makan pasir. Nak menabung pun ke laut. Andai suatu hari Allah uji dengan kesakitan, nah! Merangkak cari duit. Berpada-padalah. Yang penting, buat bajet kewangan dulu. Ambil kira perbelanjaan bulanan seperti bayaran kereta, bil, barang dapur, nafkah anak bini, minyak kereta dll,



Lokasi
Lokasi rumah pun penting. Dekat dengan hospital, balai polis, sekolah, kedai, balai bomba, padang permainan, surau, masjid. Tidak terlalu sesak. Dan tidak juga terlalu pedalaman. Kalau sesak sangat tak seronok juga. Meningkatkan kadar stress jer. Pedalaman sangat pun susah juga. Saudara mara datang nak cari rumah pun susah. Pendek kata carilah lokasi yang strategik. Pergi survey dulu kawasan tersebut. Tengoklah juga kejiranannya. Ramah ker, atau buat hal sendiri. Selamat atau banyak kes pecah rumah. Ini penting untuk keselamatan. Jangan jadi macam aku, terbeli di kawasan yang banyak kes pecah rumah. Tapi rasa boleh diterima akal sebab aku pilih rumah di kawasan guarded and gated. 



Developer
Pemilihan pemaju perumahan penting untuk mengelakkan kes rumah terbengkalai. Pilihlah pemaju yang sudah 'kukuh'. Kalau boleh, dapatkan dulu info tentang pemaju berkenaan dari buyers yang pernah berurusan dengan pemaju tersebut. Perlu ambil kira kerenah dan layanan. kadang-kadang, waktu nak beli rumah, manis manis jer mulut diorang. Bila kita dah tanda tangan SnP, mula la nampak perangai sebenar. Rungutan buyer taknak ambil tahu. Rumah dapat seperti yang tidak dijanjikan. Dan macam-macam lagi.



Kejiranan
Hal kejiranan ni tak penting sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita nak mencari kepuasan hidup berjiran. Jadi perlulah juga menitikberatkan perkara ni sebelum membeli rumah. Kejiranan elit? Setinggan? Marhaein? Nak berjiran dengan guru sahaja? (eh, macam terkena batang hidung sendiri)



Material
Waktu aku nak beli rumah hari tu, aku memang ambil kira material yang digunakan. Bata merah atau bata pasir yang berwarna putih tu. Bata merah adalah bata yang terbaik, tahan dan kukuh berbanding bata pasir. Rumah mak aku di kampung guna bata merah. Nak drill ker, nak tebuk ker, untuk pasang langsir atau letak frame tak perlu fikir panjang. Kuat dan kukuh. Aku memang terkilan sikit bab ni. Rumah yang aku beli cuma pakai bata pasir. nak letak frame berat nanti memang kena fikir beratus kali. Timbang dulu berat kalau taknak tengok frame tu hancur berkecai. Tak ada pilihan. rata-rata rumah di Sungai Petani semua pakai bata pasir ni. Ada juga yang pakai blok. Ini lagi pelik. Nak drill jenuh cari kawasan yang berkonkrit. Kalau drill di kawasan yang tidak berkonkrit maksudnya kita drill di kawasan lopong. Kompem drill hari ini, esok sujud kat bumi. HAHAHA.



Saiz  
Rata-rata antara kita nak rumah besar. Tapi harga nak murah, kan? Faham. Selalunya, rumah dua tinggi memang mempunyai ruang yang besar. Bilik utama rumah dua tingkat biasanya kawkaw punya besar. Ruang tamu boleh ajak anak main bola. Ini anggaran saiz aku beri. Kalau 25x50 rumah setingkat, memang kecil molek comel lote. Kalau saiz yang sama tapi rumah jenis dua tingkat, luas. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan.


Tak mengapa.
Jangan gelojoh beli rumah.
Sediakan ilmu di dada sepenuhnya dahulu.
Lepas tu, baru terjah.


Jadi jadi macam aku.
Main terjah tak bagi salam.
Dapat rumah tangkap muat.
Apa pun aku bersyukur dan sayang sangat rumah tu.
Tiga minggu lepas kahwin suami belikan aku rumah tu.
Sekarang tengah tunggu rumah siap. Insha Allah hujung tahun depan dapat kunci. 
Doakan yang terbaik.


Terima kasih suami.



057 # Bisik Hati

Assalammualaikum.


Bujang -  "Bila nak kahwin?"
Married -  "Bila nak dapat anak?"


Jika soal "Bila nak kahwin", masih boleh aku carutkan jawapan.
Tapi jika soalan kau "Bila nak dapat anak", cari dalam AlQuran pun tak jumpa.
Apatah lagi dalam Kamus Dewan.


Kau ingat anak itu robot bateri AAA. Beli di Mydin, letak nama bin MFuad.
Cantumkan tangan kaki badan, letak bateri terus hidup.



Kau dah kenapa? Buta tuli hati tanya aku soalan mengarut!
Aku belum mencarut, urut dada.


Maaf.
Aku manusia, bukan Tuhan.
Aku dicipta, bukan pencipta.


Aku teguh atas redha.
Kenapa kau pulak sengaja pergi usik?

Hurm.

ps : Sedap nama Rania. Ammara. Layna.

Thursday, 9 October 2014

056 # Salam Aidiladha

Assalammualaikum.

05.10.2014
Salam Aidiladha buat semua umat Islam.


Tahun ni adalah tahun kedua aku dan adik beradik sambut Hari Raya Korban tanpa mak dan ayah. Sebab tahun ni mak dan ayah aku dijemput menjadi tetamu Allah buat kali kedua (kali pertama tahun 1997).


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Tercapai hajat mak ayah untuk pergi ke sana sekali lagi.



Tak meriah raya tanpa mak ayah. First time beraya di perantauan. Sob sob. Tahun ni tak ada daging korban. Tak ada acara sedekah daging korban kepada jiran, orang miskin macam selalu. Tak ada daging korban dalam peti sejuk. Malah, sampai hari ni aku tak merasa lagi daging korban. Tahun-tahun sebelum ni bersungut sangat kena makan daging korban hari-hari sebab banyak sangat stok dalam peti. Ada yang famili punya, ada yang orang sedekah kan. Tahun ni lain, tiada daging korban. Teringin pulak.



Tak ada apa yang best menjadi penyambut hari raya di perantauan. Biasa. Cuma tak terasa sangat, cuti sehari jadi ramai orang tak balik kampung.



Untuk juadah perantau, aku rajin-rajinkan jugak diri ni untuk masak lontong. Sebenarnya, macam-macam aku rasa nak masak. Laksa, rendang, nasi tomato, soto, bihun sup. Almaklumlah, selera dinosaur. Tapi aku main oh som, maka lontong pun terpilih!


Hari raya kedua pulak aku masak roti jala. Main hentam jer. Tak pernah cuba putaq pun benda alah nak buat roti dia tu. Bajet untuk makan 6 orang. Tapi cuma dapat buat 5 keping jer. Tak lawa selawa roti normal. Aku pasrah. Jamu perut sendiri jer. tak jadi nak bagi kat orang.









Monday, 29 September 2014

055 # Bila Aku Masak

Assalammualaikum.

Tak pernah lagi aku buat entri tentang makanan. Malam ni aku ada sedikit mood lapar. Aku rasa nak buat entri ke arah makanan pulak. Hobi aku memang makan dan masak. Tapi aku borani cakap dekat aku sangat tak pandai masak. Bila aku masak, aku akan mula membayangkan makanan yang akan aku masak. Lepas tu, mulalah tragedi campak-mencampak secara hentam dan rakus. Aku memang tak pandai masak. Aku hanya pandai menyelerakan perut aku sendiri sahaja. Itu pasti.


Bila aku masak, pahit masin aku terpaksa telan. Selalu juga terlebih garam, aku anggap macam masin-masin kehidupan jerla. Chewah! Terpaksa telan sampai habis. Kadang-kadang goreng sayur, tak letak ajinomoto (say no!) terpaksa la hadap sayur yang pahit sebab tak pandai nak balance antara garam dan gula. Hentam, asal perut kenyang.


Gambar kat bawah ni adalah semua masakan aku yang pernah aku snap, untuk kenangan. Almaklumlah, orang yang tak pandai masak, dapat hasilkan satu makanan tu dah rasa macam chef antarabangsa dah. Over kan?


Setiap masakan aku ada cerita. Tak boleh lari dari tragedi. Mesti ada jer.
Almaklumlah, tak pandai masak.

Ini gulai rebung. Aku teringin nak makan gulai rebung mak aku masak. Dia selalu letak udang kering dalam gulai rebung tu. Maka, dengan membayangkan gulai rebung mak aku, terhasilkah gulai rebung aku tak penuh tragedi ni. Kalau tengok betul-betul, santan nampak timbul-timbul. Santan tu beku, aku malas nak tunggu santan tu cair, aku terus letak air. Jadilah gulai bintik-bintik santan. Tragis.

Sejak akhir-akhir ni, aku menggilai tauhu. Pantang sangat! Pantang jumpa! Ni salah satu gen yang diwarisi dari mak aku. Mak aku memang boleh digelar "hantu tauhu". Sambil masa selalu curi makan tauhu. Jadi, maskaan kat atas tu aku dah tak pasti mana satu unsur dominan. Aku rasa menggoreng sayur, ditambah tauhu. Tapi, bila siap, nampak macam menggoreng tauhu ditambah sayur. Aku pun keliru. Tapi aku makin sampai licin jugak!


Masakan ni paling sempoi. Aku malu nak tunjuk. Aku nak clearkan stok bahan mentah yang ada. Jadi aku kumpulkan dan campak dalam satu menu. Kenapa satu? Sebab aku lapar sangat, kalau masak banyak menu kan lambat. Maka terhasillah cacamerba punya menu. Ayam gedabak + peria. Boleh dipanggil peria goreng. Boleh juga dipanggil ayam goreng kunyit. Sapa malas masak tapi nak makan cepat boleh tiru idea aku ni. Berguna!

Masakan ni aku buat untuk jadi jajan makan sambil tengok tv. Kan aku dah cakap aku peminat tegar tauhu, dan sayur. Aku goreng sayur, hiris bayang besar, campak tauhu dan garam, dan...siap dimakan. Makan sambil tengok tv memang best. Panas-panas. Kalau ada ikan bilis pun sedap.

Ini asam pedas. Langkah-langkah nak buat ni mak aku yang ajar. Memang cepat mudah terbaik! Tak payah masak rempah. Tak payah tumis. Campak dan campak mana yang ada. Ikan tu agak besar, sebab tu aku potong macam tu. Agak sedap, kalau nak lagi sedap mesti la asam pedas mak aku. Tiada tandingan. Tiada galang ganti,

Aku rindu nak makan sup ikan arwah tok aku. Waktu dia hidup dulu, dia selalu masak sup ikan. Kira macam makanan kegemaran dia la. Sup dia simple jer tapi sangat sedap. Sampai sekarang aku dapat terasa seolah-olah sup tu ada dalam mulut aku. Cuma, semua tu susah nak jadi realiti. Sebab tok dah tak ada. Mak pandai buat sup macam tok buat, tapi tetap ada yang tak sama. Bila kau cuba buat, lagi lah jauh bezanya. Rupa ada la sikit-sikit. Cuma aku keliru, sup ikan orang letak kulit kayu manis atau tak? Erk!


Macam mana?
Ada tasa nightmare tak tengok masakan aku -perempuan yang tak pandai masak.
Ada rasa nak muntah tak?


ps : Rindu tengok tok makan biskut sambil cicah milo. Yun sayang tok selamanya.