Assalammualaikum.
Rasanya boleh kot aku berkongsi tips untuk sesiapa yang nak beli rumah, berdasarkan pengalaman aku. Aku just nak berkongsi, bukan nak kerek. Aku nak tolong bagi info supaya tak jadi pura-pura pandai (sebenanrnya bodoh HAHA) macam aku waktu beli rumah dulu. Sebab aku kurang ilmu di dada, aku pakai terjah jer yang mana available. Tak fikir panjang. Nak menyesal pun tak guna.
Bagi aku, sebelum beli rumah ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Ingat, nak beli rumah bukan macam beli goreng pisang. Minta bungkus RM2, dapat makan sampai buncit. Tak, nak beli rumah perlu fikir banyak perkara.
Kewangan
Penting mencongak kewangan di badan sendiri sebelum buat keputusan nak beli rumah. Ada orang pernah cakap kat aku, beli rumah besar biarpun harga mahal. Katanya, harga rumah akan naik jadi tak rugi kalau beli rumah besar. Ambil terus rumah yang paling maksima dengan kelayakan pinjaman. Terpulang. Mungkin betul juga apa yang dia cakap. Tapi bagi aku cukuplah dengan sekadar mana yang mampu. Jangan nanti bulan-bulan makan pasir. Nak menabung pun ke laut. Andai suatu hari Allah uji dengan kesakitan, nah! Merangkak cari duit. Berpada-padalah. Yang penting, buat bajet kewangan dulu. Ambil kira perbelanjaan bulanan seperti bayaran kereta, bil, barang dapur, nafkah anak bini, minyak kereta dll,
Lokasi
Lokasi rumah pun penting. Dekat dengan hospital, balai polis, sekolah, kedai, balai bomba, padang permainan, surau, masjid. Tidak terlalu sesak. Dan tidak juga terlalu pedalaman. Kalau sesak sangat tak seronok juga. Meningkatkan kadar stress jer. Pedalaman sangat pun susah juga. Saudara mara datang nak cari rumah pun susah. Pendek kata carilah lokasi yang strategik. Pergi survey dulu kawasan tersebut. Tengoklah juga kejiranannya. Ramah ker, atau buat hal sendiri. Selamat atau banyak kes pecah rumah. Ini penting untuk keselamatan. Jangan jadi macam aku, terbeli di kawasan yang banyak kes pecah rumah. Tapi rasa boleh diterima akal sebab aku pilih rumah di kawasan guarded and gated.
Developer
Pemilihan pemaju perumahan penting untuk mengelakkan kes rumah terbengkalai. Pilihlah pemaju yang sudah 'kukuh'. Kalau boleh, dapatkan dulu info tentang pemaju berkenaan dari buyers yang pernah berurusan dengan pemaju tersebut. Perlu ambil kira kerenah dan layanan. kadang-kadang, waktu nak beli rumah, manis manis jer mulut diorang. Bila kita dah tanda tangan SnP, mula la nampak perangai sebenar. Rungutan buyer taknak ambil tahu. Rumah dapat seperti yang tidak dijanjikan. Dan macam-macam lagi.
Kejiranan
Hal kejiranan ni tak penting sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita nak mencari kepuasan hidup berjiran. Jadi perlulah juga menitikberatkan perkara ni sebelum membeli rumah. Kejiranan elit? Setinggan? Marhaein? Nak berjiran dengan guru sahaja? (eh, macam terkena batang hidung sendiri)
Material
Waktu aku nak beli rumah hari tu, aku memang ambil kira material yang digunakan. Bata merah atau bata pasir yang berwarna putih tu. Bata merah adalah bata yang terbaik, tahan dan kukuh berbanding bata pasir. Rumah mak aku di kampung guna bata merah. Nak drill ker, nak tebuk ker, untuk pasang langsir atau letak frame tak perlu fikir panjang. Kuat dan kukuh. Aku memang terkilan sikit bab ni. Rumah yang aku beli cuma pakai bata pasir. nak letak frame berat nanti memang kena fikir beratus kali. Timbang dulu berat kalau taknak tengok frame tu hancur berkecai. Tak ada pilihan. rata-rata rumah di Sungai Petani semua pakai bata pasir ni. Ada juga yang pakai blok. Ini lagi pelik. Nak drill jenuh cari kawasan yang berkonkrit. Kalau drill di kawasan yang tidak berkonkrit maksudnya kita drill di kawasan lopong. Kompem drill hari ini, esok sujud kat bumi. HAHAHA.
Saiz
Rata-rata antara kita nak rumah besar. Tapi harga nak murah, kan? Faham. Selalunya, rumah dua tinggi memang mempunyai ruang yang besar. Bilik utama rumah dua tingkat biasanya kawkaw punya besar. Ruang tamu boleh ajak anak main bola. Ini anggaran saiz aku beri. Kalau 25x50 rumah setingkat, memang kecil molek comel lote. Kalau saiz yang sama tapi rumah jenis dua tingkat, luas. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan.
Tak mengapa.
Jangan gelojoh beli rumah.
Sediakan ilmu di dada sepenuhnya dahulu.
Lepas tu, baru terjah.
Jadi jadi macam aku.
Main terjah tak bagi salam.
Dapat rumah tangkap muat.
Apa pun aku bersyukur dan sayang sangat rumah tu.
Tiga minggu lepas kahwin suami belikan aku rumah tu.
Sekarang tengah tunggu rumah siap. Insha Allah hujung tahun depan dapat kunci.
Doakan yang terbaik.
Terima kasih suami.
No comments :
Post a Comment