Friday 17 January 2014

034 # Teratak Impian 2

Assalammualaikum.

Susah betul nak buat pilihan rumah mana yang nak dibeli. Nak duduk lama weh. Rumah pertama pulak. Tak boleh main-man. Tersilap langkah menyesal seumur hidup. Tapi memang susah. Tambah susah lagi bila suami isteri tak sama cita rasa. Lagi lar rasa susah macam nak jawab peperiksaan fizik dan calculus.


Abang suka Idaman. Aku suka Elena (tapi boleh berangan jerla) Impiana. Bila sampai di sales galary selepas balik dari tengok rumah-rumah contoh, mula lar naik pening tak tahu nak pilih rumah mana. Nak ikut suami, tapi, tapi, tapi, macam tak boleh terima. Kesalahan rumah Impiana hanyalah saiz dia jer. Abang suka Idaman sebab besar. Tak boleh dinafikan kalau nak banding dengan Impiana. Tapi, erk erk erk. (jari telunjuk bertemu jari telunjuk)


Aku pula jenis tak suka kalau tak dapat puaskan hati orang. Biarlah hatiku remuk bagai dihempap kereta api, asalkan dapat puaskan hati orang lain. Sebab, kalau orang lain tak puas hati, aku lagi tak suka. Nanti apa-apa jadi aku akan menyesal. Macam mana ni, serba salah jadi.


Abang memang nampak sangat minat dengan Idaman. Aku tahu tu, tak dapat dinafikan. Dari dalam kereta syarikat lagi dia cakap suka Idaman. Aku sebenarnya tak kisah. Yang mana elok untuk dia, itu la elok untuk aku. Aku cakap aku suka Impiana dan nak Impiana. Waktu tu aku tak tahu dia suka Idaman. Tapi, bila dah tahu aku suruh dia fikir. Ambillah yang mana dia suka.


Akhirnya dia pilih Impiana!
Dengan berat hati, aku tahu.
Aku pun berat hati, sebab dia berat hati macam tu.


Tapi dah booking dah pun.
Jadi, teruskan dengan Impiana.


Terima kasih Abang. Terima kasih kerana ikut jer isteri Abang. Terima kasih sebab sanggup berkorban. Terima kasih kerana bagi rumah. Terima kasih. Semoga Allah hadiahkan anak-anak dan rezeki yang baik untuk Abang (eh, tiba-tiba pulak masuk bab anak ni apahal? gatai!) Minta maaf Abang sebab rumah ni kecik sikit. Tak boleh guling-guling Hindustan atas rumput. Tak boleh main keja-kejar atau hide and seek. Rumah kecik alih-alih jalan sikit nampak muka Ayang jer. Hikhikhik.


Insha Allah, rumah tu adalah yang terbaik untuk kita.


Kami ambil rumah sebelah kiri. Bumi lot sudah habis. Jadi, terpaksa lar ambil non-bumi lot. Kalau beli bumi lot dapat lar 5% diskaun. Tapi, jiran kiri kanan dah kompem Melayu. Cuma depan jer tak tahu siapa. Siapa lar agaknya yer. Harap-harap lar semua jirang okey, kamcing. Tak mengapa, mungkin rezeki untuk lain. Itu pun untuk fasa dua ni dah tak banyak. Cuma tinggal beberapa unit jer lagi. Fasa 3 pula akan dibuka dan dijual dengan harga yang lebih tinggi. Abang dah tak fikir banyak-banyak, terus booking dengan RM500. Potongan gaji bermula bila rumah dah siap. Dijangka pada tahun 2015.


Haish. Aku harap sangat dapat pindah balik Kedah hujung tahun ni. Harap sangat, amin amin amin. Aku tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Kalau dapat balik Kedah, dekat sikit nak tengok mak ayah.


Sejak dah ada rumah sendiri *ececece* setiap hari berangan tentang rumah. Macam dah kena sampuk rumah baru.

Tuesday 14 January 2014

033 # Salam Maulid

Asssalammualaikum.

12 Rabiulawal.
Selawat ke atas Rasulallahl junjunjungan.
Semoga baginda memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

SELAMAT HARI LAHIR YA RASULLALLAH SAW





032 # Teratak Impian

Assalammualaikum.


Sebenarnya ni cerita yang agak dah basi. Kalau makanan, sudah berulat kot. Kalau bawang, sudah tumbuh pucuk. Kalau nak merepek memang aku handal. *Merepek setempet kat sini*


Selepas balik dari honeymoon hari tu (eh, entri honeymoon belum buat), Abang ajak balik Sungai Petani. Katanya nak tengok rumah di Ambangan Heights. Kebetulan, dia ada kawan kerja di Syarikat Ambangan Heights tu. Entah ribut apa datang, angin period atau pembawakan watak suami mitali selepas kahwin kot. Aku pun apa lagi, seronok sangat. Tak sangka Abang ajak pergi tengok rumah. Dulu, waktu belajar, pernah juga berangan nak beli rumah di situ. Tapi boleh berangan jerla sampai habis rumah tu dijual. Sampai sekarang aku ingat lagi nama rumah tu, Rio.


Selepas kenduri di Sungai Petani hari tu, ada jugak Abang bawa jalan-jalan kawasan Ambangan Heights. Mula-mula sekali aku jumpa Rio. Nah! Rio depan mata dah sekarang. Cantik sangat tapi nampak macam kecik. Syukur juga tak beli. Harga dia waktu tu kalau tak salah RM198k.


Pergi kali kedua ni, Abang dah buat appoinment dengan kawan dia yang kerja di Ambangan Heights tu. Sampai-sampai jer kawan dia terus bawa pergi site. Tengok rumah contoh. First time aku ziarah menziarah rumah contoh. Apa lagi, jakun habis la. Memang cantik sangat. Tiga jenis rumah kami masuk. Semua bes. Kalau aku jutawan, aku dah ambil semua jenis tu dengan tanpa fikir panjang. Jutawan katakan. Itu berangan sampai berjanggut jer la.


Rumah pertama yang kami masuk ialah Impiana.



Impiana. Jenis Semi-D. Ala-ala rumah Inggeris kampung. Konsep Tropical Resort Home (apa ni??) Tak besar sangat, tak kecik sangat. Boleh lar untuk famili kecik. Tanah untuk untuk bercucuk tanam pun tak luas sangat. Orang panggil tanah sekangkang kera. Ada 4 bilik (1 tu kecik sangat) + 2 bilik air. Parking boleh cover dua biji kereta. Apa yang menarik, rumah ni dalam kawasan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan. Sesuai sangat dengan kawasan Ambangan Heights yang dengar khabar banyak jenayah curi-mencuri ni. Floor plan dia pun aku bagi 4 bintang. Menarik. Tak bosan. Ada lorong untuk ke laman di bahagian tepi tu. Harga dari RM268k.


Rumah kedua yang kami pergi ialah Elena.



Elena ni bes. Rumah banglo, 5 bilik + 4 bilik air (setiap bilik ada bilik air). Rumah besar. Tanah besar. Boleh main guling-guling sumi isteri depan rumah. Interior dia jangan cakap lar. Sangat-sangat-sangat puas hati. Bilik besar, toilet pun besar. Ada dua dapur. ruang tamu macam padang bola. Parking pun luas. Semuanya ok. Tapi rumah ni tak dibina di kawasan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan. Terletak dalam kawasan perumahan yang sedia ada. Harga dari RM395k ke atas.


Seterusnya kami pergi tengok rumah yang terakhir iaitu Idaman.


Rumah ni jenis Semi D seperti Impiana. Besar sikit dari Impiana. Ruang tamu luas. Bilik pun boleh tahan luas. Ala-ala rumah Inggeris moden. Tanah tepi pun besar sikir dari Impiana. Tapi rumah ni tak ada laluan ke laman dari dalam rumah. Nak pergi laman kena keluar ikut pintu depan atau belakang. Nampak macam rumah biasa zaman 90an. Tapi keluasaan dia puas hati. Tidak dibina di kawasan berpagar dan kawalan keselamatan. Tengok kawsan rumah ni pun macam agak bahaya. Yang bes rumah ni ialah keluasan dia. Floor plan dia boleh lar. Tak berapa berkenan dengan pintu utama yang direct dan selari dengan pintu bilik keempat. Kalau buka pintu utama memang direct nampak orang dalam bilik tu. Harga dari RM298k ke atas.


Selepas tengok ketiga-tiga rumah tu, Abang terus booking. Semangat. Rasa nak menangis macam tak percaya. Abang takut harga rumah makin naik bila masuk tahun 2014.

Jadi, yang manakah pilihan kami?
Next entry lar pulak. Penat.




Monday 13 January 2014

030 # Happy Moment : Nikah

Assalammualaikum.


Lambatnya nak update tentang kahwin. Sudah sebulan lebih aku peram cerita kahwin ni bawah bantal. Erk, macam mana tu?


Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah.


Perkataan yang menampakkan betapa bahagianya selepas diijabkabul. 24.11.2013. Angka biasa yang penuh makna. Jam 3.00 petang. Maka dengan halalnya, aku sah menjadi isteri kepada lelaki pujaan sejak 7 tahun yang lalu. Pergh. Ayat aku agak annoying, ya aku tahu.


Bertemakan putih, minimalist, simple, paling minima (macam sama jer dengan minimalist), buat-setakat-mampu (tema ni paling penting), majlis aku berjalan dengan lancar. Walaupun perangai lambat aku tu masih menghantui sampai ke hari pernikahan, aku tetap cool. (padahal jiwa dah terbalik, jantung rasa nak luruh sebab lambat pergi mekap).

Pergi mekap drive sendiri, macam Michael S. extra. Tak ingat dunia. Ingat nak nikah jer. Tapi, aku ralat juga lar mekap hari nikah tu. Dah burok macam singa aku tengok muka aku. Bukan maksud aku untuk cakap singa tu buruk (padahal tadi aku baru jer cakap), aku nak mendefinisikan wajah aku yang buruk dan nampak garang macam singa sehingga terkeluar frasa 'buruk macam singa'.


Dinikahkan oleh Ustaz Hashim bin Taib (Penolong Pendaftar Perkahwinan) Kariah Kangar. Diwalikan oleh ayah tercinta. Disaksikan oleh WaLeh dan orang pejabat agama. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri. Sehingga Jannah insha Allah.


Bab Tok Kadi ni, ada berita sedih sikit. Aku kahwin dengan Tok Kadi dari kariah sebelah sebab 2 hari sebelum kahwin, Tok Kadi kariah aku meninggal. Percaturan Allah. Dan alhamdulillah sekali lagi, allah tolong aku. Mudahkan semua urusan. Punyai Allah dan famili yang selalu sokong dari atas bawah depan belakang kiri kanan. Ayah uruskan Tok Kadi yang baru.


Hari nikah ni tak payah lar membebel macam Mak Nenek makan pinang, letak gambar sekepam dua korang tengok lar sampai juling. Mana tahu, boleh bagi idea untuk next b2b selepas ni.


Mr Fu berdebar nak bersalam dengan Tok Kadi kejap lagi. Tengok tu, tengok tu. Muka tahan nebes. Waktu nie aku tak keluar lagi. Dok berhuhahuha dalam bilik dengan bridesmaids. Menyempat lagi tu. Nak hilangkan nebes katakan.
Sebenarnya tak ada pun ekslusif sarung cincin ni. Berlakon depan cameraman jer sebab nak mengabdikan dalam gambar. Tetamu semua tengah makan bawah khemah. Perot aku lapar, prut prut bunyi dia. Layan jer cameraman. Demi sekepam gambar untuk anak cucu tengok esok-esok nanti. "Tengok cincin nenek lawa macam nenek," kata aku sambil senyum menampakkan gigi palsu. Suami disebelah senyum nampak gusi sebab tak pakai gigi palsu. So cute that moment, isnt it?

Pertama kali nak kena peluk macam ni depan orang ramai rasa macam tak boleh belah pun ada. Macam tak percaya dah boleh peluk-peluk macam ni. Sekarang, lepas sebulan, nak peluk macam ni sampai bila-bila pun i suka. Nampak kau gatai aku.
Bunga tangan kiut miut tue aku request sendiri dari bridal. Nak jugak bunga tu. Mula-mula nak lily, tapi sebab harga dia RM80 untuk tiga ketul bunga, jadi aku tukar dengan bunga ni. Namanya Baby Breath. Alololo, nama pun dah kiut. Tapi, sekiut-kiut Baby Breath ni, bau dia pun boleh tahan. tak wangi. Bau macam rumpiut jer. Kalau nak wangi kena letak perfume sendiri. Sampai sekrang aku terbau-bau rumput tu. Dan, bunga tue tak layu langsung. Itu yang menarik. Aku nak framekan sebelum bunga tu layu. (Entah bila).


"YA ALLAH. BERKATILAH PERNIKAHAN KAMI INI. JAUHKANLAH DARI HASAD DAN DENGKI, SAMA ADA DARI JIN DAN SYAITAN, ATAU MANUSIA SEKALIPUN. KURNIAKAN KAMI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. LIMPHAKANLAH KAMI DENGAN REZEKI, ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. RAPATKAN KASIH SAYANG KAMI SEPERTI RASULLAH DAN ISTERI-ISTERINYA. HINDARKANLAH DARI RACUN DAN DURI DALAM HUBUNGAN INGIN... AMIN YA RABBAL ALAMIN."


Indahnya bercinta selepas kahwin. Sempena majlis kami ni, aku dah baca macam-macam info sebelum majlis. Aku tak nak majlis kami dicemari dengan benda-benda lara, yang boleh buat hilangnya keredha Allah. Aku impikan majlis yang berkat. Kalau nak majlis yang berkat kena lar berusaha ke arah tu kan. Awal-awal lagi aku cari baju yang tak ikut bentuk badan, aku berinai tanpa corak, aku sediakan pelamin yang bajet RM500 sahaja, sekadar untuk ambil gambar. Tiada majlis renjis merenjis. Aku suruh ayah cari DJ islamik, sepanjang majlis hanya diputarkan dengan zikir dan lagu nasyid. Tiada acara sarung cincin secara rasmi, hanya kami berdua di depan kameraman untuk gambar kenangan. Hantaran yang biasa-biasa. Majlis pun dijalankan selepas solat Zohor. Alhamdulillah. 


24.11.2013 akan terus terpahat dalam hati dan sanubari.


031 # Next update : Hari kenduri.



029 #Im Officially Puan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Lama menyepi maksudnya bayak bahagia. Boleh tak ditafsirkan macam tu?

Insha Allah.

Tak lama lagi aku akan buat cerita tentang projek bina masjid. Eh jangan salah faham. Aku tak bina masjid secara buruh kasar atau sukarela. A
Aku bina masjid untuk buat anak dengan halal. HAHAHA.

Ok, aku melawak secara sangat kasar. Ehem. Well, ini penyeri kehidupanyang biasa.


Agak-agak, kalau dah tempek di sini sekali pakej cerita macam Snow White boleh jadi novel sebijik tak? Ha kau! Novel tu.

Tunggu yer update seterusnya. Mungkin dalam satu jam atau satu minit atau satu tahun dari sekarang. Dasyat kau aku punya impian pemlas upfatr blog. Aku pun dah hampir lupa yang aku ada blog.

Sebelum aku taip titik yang terakhir, terimalah gambar ekslusif pecah paanggung *boo ! dari hero dan heroin tak laku Semalaya. HAHAHA.