Monday 29 September 2014

055 # Bila Aku Masak

Assalammualaikum.

Tak pernah lagi aku buat entri tentang makanan. Malam ni aku ada sedikit mood lapar. Aku rasa nak buat entri ke arah makanan pulak. Hobi aku memang makan dan masak. Tapi aku borani cakap dekat aku sangat tak pandai masak. Bila aku masak, aku akan mula membayangkan makanan yang akan aku masak. Lepas tu, mulalah tragedi campak-mencampak secara hentam dan rakus. Aku memang tak pandai masak. Aku hanya pandai menyelerakan perut aku sendiri sahaja. Itu pasti.


Bila aku masak, pahit masin aku terpaksa telan. Selalu juga terlebih garam, aku anggap macam masin-masin kehidupan jerla. Chewah! Terpaksa telan sampai habis. Kadang-kadang goreng sayur, tak letak ajinomoto (say no!) terpaksa la hadap sayur yang pahit sebab tak pandai nak balance antara garam dan gula. Hentam, asal perut kenyang.


Gambar kat bawah ni adalah semua masakan aku yang pernah aku snap, untuk kenangan. Almaklumlah, orang yang tak pandai masak, dapat hasilkan satu makanan tu dah rasa macam chef antarabangsa dah. Over kan?


Setiap masakan aku ada cerita. Tak boleh lari dari tragedi. Mesti ada jer.
Almaklumlah, tak pandai masak.

Ini gulai rebung. Aku teringin nak makan gulai rebung mak aku masak. Dia selalu letak udang kering dalam gulai rebung tu. Maka, dengan membayangkan gulai rebung mak aku, terhasilkah gulai rebung aku tak penuh tragedi ni. Kalau tengok betul-betul, santan nampak timbul-timbul. Santan tu beku, aku malas nak tunggu santan tu cair, aku terus letak air. Jadilah gulai bintik-bintik santan. Tragis.

Sejak akhir-akhir ni, aku menggilai tauhu. Pantang sangat! Pantang jumpa! Ni salah satu gen yang diwarisi dari mak aku. Mak aku memang boleh digelar "hantu tauhu". Sambil masa selalu curi makan tauhu. Jadi, maskaan kat atas tu aku dah tak pasti mana satu unsur dominan. Aku rasa menggoreng sayur, ditambah tauhu. Tapi, bila siap, nampak macam menggoreng tauhu ditambah sayur. Aku pun keliru. Tapi aku makin sampai licin jugak!


Masakan ni paling sempoi. Aku malu nak tunjuk. Aku nak clearkan stok bahan mentah yang ada. Jadi aku kumpulkan dan campak dalam satu menu. Kenapa satu? Sebab aku lapar sangat, kalau masak banyak menu kan lambat. Maka terhasillah cacamerba punya menu. Ayam gedabak + peria. Boleh dipanggil peria goreng. Boleh juga dipanggil ayam goreng kunyit. Sapa malas masak tapi nak makan cepat boleh tiru idea aku ni. Berguna!

Masakan ni aku buat untuk jadi jajan makan sambil tengok tv. Kan aku dah cakap aku peminat tegar tauhu, dan sayur. Aku goreng sayur, hiris bayang besar, campak tauhu dan garam, dan...siap dimakan. Makan sambil tengok tv memang best. Panas-panas. Kalau ada ikan bilis pun sedap.

Ini asam pedas. Langkah-langkah nak buat ni mak aku yang ajar. Memang cepat mudah terbaik! Tak payah masak rempah. Tak payah tumis. Campak dan campak mana yang ada. Ikan tu agak besar, sebab tu aku potong macam tu. Agak sedap, kalau nak lagi sedap mesti la asam pedas mak aku. Tiada tandingan. Tiada galang ganti,

Aku rindu nak makan sup ikan arwah tok aku. Waktu dia hidup dulu, dia selalu masak sup ikan. Kira macam makanan kegemaran dia la. Sup dia simple jer tapi sangat sedap. Sampai sekarang aku dapat terasa seolah-olah sup tu ada dalam mulut aku. Cuma, semua tu susah nak jadi realiti. Sebab tok dah tak ada. Mak pandai buat sup macam tok buat, tapi tetap ada yang tak sama. Bila kau cuba buat, lagi lah jauh bezanya. Rupa ada la sikit-sikit. Cuma aku keliru, sup ikan orang letak kulit kayu manis atau tak? Erk!


Macam mana?
Ada tasa nightmare tak tengok masakan aku -perempuan yang tak pandai masak.
Ada rasa nak muntah tak?


ps : Rindu tengok tok makan biskut sambil cicah milo. Yun sayang tok selamanya.

Tuesday 23 September 2014

054 # She is My Brain

Assalammualaikum.

She's my love.
She's my twin.
She's my bestfriend.
She's my life.
She's my breath.
She's my heart.
She's my soul.
She's my smile.
She's my brain.
She's my ADIK.

She's my everythings.
Thank you for this moment.

Tahniah untuk result yang sangat cemerlang, tidak pernah menghampakan.

18Sept2014 - 19Sept2014
Desaru.









Sunday 21 September 2014

053 # Review Salim Inn Sibu

Assalammualaikum.

Hari ni aku nak review sikit tentang Salim Inn Sibu.
(iklan tak berbayar hehe)


Selalunya, kalau pergi Sarawak, aku dan suami mesti akan cari hotel. Tak pernah lagi suami aku bawak tidur rumah bujang dia. Rumah jer rumah orang bujang, orang yang sorang tu dah tak bujang yer! Rumah bujang dia kat Sarikei, jauh dari Airport Sibu. Dan suami aku cakap, Sarikei kecik dan takda tempat nak berjalan. (Sibu pun lebih kurang hehe).


Sebelum ni kitorang menginap kat Hotel Bahagia, tengah-tengah pekan Sibu tu. Punyalah nightmare jer hotel tu. Tapi waktu tu aku ikut jer suami aku, sebab aku tahu dia tak banyak bajet. Hotel Bahagia tu memang sesuai untuk orang-orang yang tak banyak bajet. Tapi kalau nak selesa, hurm, cari hotel lain lah. Tak recommend. Dah la parking jauh, kena berjalan pulak. Macam mana tah suami aku boleh pikir nak parking situ. Aku tengok lagi tak selamat ada la. Baik parking depan hotel, dekat dengan kita. Kalau dah jauh macam tu, setakat teropong dari dalam bilik, kalau kena curi pun bukan boleh buat apa-apa. Nak kejar kompem dapat kejar asap jer. HAHAHA.



Ok lah. Aku review sikit tentang Hotel Salim Inn ni. (Hotel Bahagia tak payah review, tak ada yang cantik kat mata aku, sorry!)


Lokasi
Lokasi hotel ni sangat-sangat strategik. Dekat dengan kedai makan, farmasi, kedai kereta, pasaraya, jalan raya (hehe). Hotel ni bukanlah terletak betul-betul di bandar Sibu, tapi kawasan hotel ni mula membangun. Nak ke bandar Sibu pun tak jauh sangat. Nak makan, turun jer ke bawah sebab ada Restoran Sugar Bun. Kalau sakit, sebelah tu ada farmasi.


Rate
Rate pun sangat ok. Malam pertama suami ambil bilik standard room tapi saiz king. Bayangkan, bilik besar, toilet bersih, katil pun besar, nak solat pun tak payah solat atas katil sebab ruang sangat luas. Rate untuk bilik macam tu cuma RM90 jer semalam. Kalau standard room yang katil saiz queen, bilik kecik sikit dari king saiz pulak RM80. Dua-dua ok. Yang penting suami aku nak bilik menagadap kereta kancil kesayangan dia tu!


Kemudahan
Bilik besar, katil pun besar. Ada astro (ni paling best), cerek untuk masak air. Bilik air pulak bercermin. Seksi weh! Dah la bersih, cantik pulak. Memang puas hati la. Parking kereta pun luas. Cuma waktu siang memang penuh parking depan hotel tu. Tapi, waktu malam kosong jer. Dan hotel ni servis 24jam. Nak check in atau out awal pun boleh. Tak ada masalah.


Layanan
Pelayan kat kaunter depan hotel sangat mesra. Asyik tersenyum jer. Senang hati nak hulur duit, walaupun poket menipis. 



Sumber : Google jer. Hari tu lupa nak snap. Maklumlah, suami ada di sisi. Erk!


Jadi, siapa yang nak cari hotel di Sibu dengan bajet yang rendah, boleh cuba hotel ni. Konpem tak menyesal. Rasa nak datang lagi jer. 


Aku bagi 4 bintang. Kalau ada breakfast kompem boleh dapat lima bintang. Sekian terima kasih =)


Saturday 20 September 2014

052 # Jalan-jalan Sarawak

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, selamat juga landing atas tilam sendiri. Hampir seminggu bawak diri ni makan angin kat tempat orang. Memang puas, puas habiskan duit.


11 September 2014.
KLIA2 Airport - Sibu International Airport.

Syukur, perjalanan aku dilindungi Allah. Selamat juga mendarat di Sibu. Nampak muka Mr Hubby terus happy meal sangat. Aku sampai sana pun dah malam, sunyi jer jalan kat Sibu tu. Tak terdaya nak pergi mana-mana dah. So, terus suami aku drive ke hotel. Malam tu kitorang bermalam di Salim Inn. Nanti aku review tentang hotel ni. Hari ni malas nak taip panjang-panjang macam mee sanggul. Nak belanja gambar jer. Sebab mata sangat berat, dah nampak tilam dan bantal jer.

Sempat beli roti ni. Ramai orang bawak roti ni naik flight, bukan sikit tapi gebu-gebu jer plastik diorang. Aku tengok, serap masuk otak dan copypaste. HAHAHA. Lastlast, paksa diri makan sampai habis sebab beli 14 bungkus tak ingat dua orang jer nak makan.

12 September 2014 - 15 September 2014.
Pagi-pagi lagi dah bertolak ke sekolah Mr Hubby. Takut lambat sampai sebab jarak dari Sibu ke Babai tu boleh tahan lar, dengan jalan dia yang seram sejuk jer, berkabus bagai drama hantu melayu tu. Takut jugak kalau tiba-tiba muncul kat tingkap kereta sebelah aku tu. Aku jamin terus pengsan!

Jam 0730, bertolak ke Kuching. Aku tak paham bahasa Iban tapi rata-rata murid dan guru cakap bahasa Iban. Aku angguk angguk dan geleng geleng jerla. Mr Hubby penterjemah, good job honey!


Malas nak taip panjang-panjang.


Antara tempat yang dilawati :

Cats.fm
Shopping mall yang tak berapa nak baru
Makan kat kedai mamak
Taman Budaya Sarawak
Pasar Sarikin
Pantai dpn Taman Budaya (tak tahu nama)
Jeling-jeling Gunung Santubang
Muzium Kucing
Pusat Sains (entah apa-apa tapi layankan jerlah)
Pasar Satok (macam pasar malam kat semenanjung)
Pasar Serikin (macam Wang Kelian, jalan ke hulu ke hilir cuma beli spek hitam dengan kerepek jer!)
Boulevard (shopping mall baru dan bersih dan cantik, tapi toilet kurang paip, kena guna tisu buat istinjak jer!)
Kedai makan- makanan tak halal di depan, makanan untuk orang Islam di belakang (porks everywhere, yucks! dan teramat KOTOR!)
Taman Buaya (tengok buaya makan paru)


Nak tangkap gambar laut, tapi tak tahu kenapa lautnya tak nampak =P

Penari di Taman Budaya Sarawak. Tak silap ni kat rumah Orang Ulu

Aku teruja dengan rumah Melanau. Tiang tinggi. Orang gayat macam mana?

Dah nampak buaya tengah nak ngap kita buat rileks buat peace dulu.

Unik makanan di Sarawak. Bihun tak berlauk. Donut susu tabur. Pulut sambal bentuk bulat. Semua sedap!


Terima kasih Mr Hubby sebab belanja trip ni. Seronok dapat jalan walaupun gila tak puas makan kat kedai yang teramat KOTOR! Geli bila ingat balik.


16 September 2014.
Melepak, guling dan gulung macam tenggiling, main air dan tidur, makan dan telan sampai hadam. Semuanya hanya di Salim Inn sekali lagi HAHA. Punya la suka dengan Salim Inn. Highly recommended. Nanti aku review, sabar.


17 September 2014.
Sibu International Airport - Senai International Airport
Sayonara Sarawak dan suami!
Hai hai Johor!


ps : Puas jalan kali ni.

Monday 8 September 2014

051 # Counting Days (3 Hari Lagi)

Salam.

Tiga hari lagi nak jumpa suami. Yahuuu, yabedabedu! Baju dah keluarkan untuk packing tapi tak berapa nak menjemput mood rajin lagi. Jadi, baju-baju tu semua terabai tanpa pembelaan kat penjuru bilik. Nampak semak tak payah cakap la. Memang sakit mata memandang, tapi seruan kerajinan lambat tiba. Tunggulah dulu.


Tiket pun tak print lagi.
Internet tak berapa nak macam keretapi laju, susah nak akses. Tunggu buat kat sekolah esok jerlah.


Tak sabar tak sabar tak sabar.
Laki bini pjj lah katakan. Jangan muntah dengan entri ni.


Tak sabar.

 

  


ps : Mengharap sangat dapat pindah tahun ni untuk sesi 2015. Nak hidup sebagai suami isteri yang normal. Moga Allah tolong


Saturday 6 September 2014

050 # The Progress of My House Impiana

Salam

Happy sangat bila tengok developer letak gambar progress bakal rumah aku yang dah hampir nak siap. Macam akan siap awal dari jangkaan jer. Insha Allah. Mudahkanlah.


Tak sabar nak duduk rumah sendiri. Hias rumah sendiri dengan suami sambil makan goreng pisang panas. Hirup jus oren sambil pandang dinding yang baru dicat. Pandangan yang sangat puas. Erk..sorry. Mohon untuk bermimpi kejap hehe.


Tengok gambar jom.


Kalau tak salah, ni lar lorong rumah kami. Rumah kami nun di sana. Kalau rajin cuba kira enam dari hujung sebelah kiri. Juling tak biji mata?? HAHAHA. (gambar dari facebook pemaju)


Ni rumah corner lot sebaris dengan rumah kami. Kalau rezeki kami beli awal sikit, mungkin rumah ni yang akan aku pilih. Mungkin. (gambar dari facebook pemaju)


Ini kalau tak salah rumah depan padang fasa 3. Waktu aku beli, fasa ni belum buka. Best jugak rumah depan padang sebab kalau sedara mara datang bolehlah park kat depan tu. Tapi yang tak bestnya belakang tu hutan. Takut pulak nak masak malam-malam! Nyamuk pun mesti banyak ni. (gambar dari facebook pemaju)


Tak sabarnya nak masuk rumah sendiri. Doakan yang terbaik. Amin. 

049 # Aku Nak Mesin Jahit!

Salam.

Haish. Tidur asyik mimpi mesin jahit jer. Makan pun asyik teringat mesin jahit. *Tampar pipi sendiri* Apasal tiba-tiba aku jadi feminin ni. Terpengaruh dengan adik aku. Pot pet pot pet dok promote mesin jahit, nak beli lar konon. Dah sekarang, macam aku pulak yang nak beli. Dia tak beli-beli jugak.


Lazada memang perlu disalahkan. Mana taknya, tengah aku dok angau mesin jahit ni, termuncul pulak iklan Lazada kat facebook, SALE in ongoing!. omg. Macam tahu tahu jer aku tengah angau mesin jahit. Macam nak paw duit aku jer, macam memang akan dipaw punya jer! Dan salah aku jugak. Gatai tangan pergi klik iklan tu. Sekali keluar berderet mesin jahit yang boleh mem-blink-kan mata aku. Tengok harga, boleh tahan.


Setan memang akan menang tak lama lagi. 
Ohh. omg.


Cuma sekarang aku pening nak buat pilih. Dah jadi rambang mata pulak dah. Habis! Habis rabak poket aku. Tapi rasa macam nak yang RM159 tu jer. GLOBAL GSM 505. Beli yang murah dan biasa-biasa dulu. Kalau nak beli yang mahal terus tapi jahit pun tak reti tak guna jugak kan. Lagi pun aku nak jimat cermat sekarang. Maka, mesin ni macam sesuai lar untuk orang yang berciri-ciri seperti aku : beginner (tak berapa reti nak jahit) dan penjimat cermat (bukan kedekut HAHA).



Ni la promosi kat Lazada tu. Juling biji mata aku tak tahu nak pilih yang mana. Yang ni macam best, aku klik masuk cart. Belum confirm lagi nak proceed atau tak.

Ciri-ciri mesin jahit ni boleh tahan ok la. Tapi kalau tengok saiz dia memang tak berapa sesuai nak sumbat langsir. Meletup mesin ni nanti. Entah la. Ni cuma aku main pikir sendiri jer. Biasa la, kanak-kanak Dumex, otak selalu bergabung.

Double thread, double speed
Featuring 8 built-in stitch patterns
Forward and reverse sewing
Automatic thread rewind -Sews sleeves
Use hand switch or foot pedal to start
Built-in sewing light
Includes thread cutter
Long-lasting


Mr Hubby pun dah bagi green light. Apa lagi, masuk gear lima terus la. KAHKAHKAH.


Aku bukanlah tukang jahit, cuma aku minat pakai baju kurung berfesyen. Tapi bila hantar kat tailor mesti kecewa kuciwa menangis tarik hingus. Lepas aku fikir, kalau jahit sendiri pun ok apa. Sebab aku ada la jugak ilmu menjahit ni, belajar untuk PMR dulu. Hahaha. Aci tak macam tu?


Tapi sekarang aku tengah fikir, nak beli atau taknak.
Nak atau tak?
Nak atau tak?


Kalau beli, bukan selalu nak menjahit pun. Mungkin bila angin kerajinan datang baru bergerak kot mesin tu. Kalau tak beli, nanti sampai bila bila tak pandai menjahit. Tak wanita la! Berangan nak jahit langsir sendiri untuk rumah baru. Berangan sangat! Tapi nak pijak mesin jahit malas nak pengsan. *geleng kepala untuk diri sendiri*

Hurm, rasa macam nak proceed !!
Kalau aku jadi beli mesin ni, nanti aku update.

Bismillahirahmanirahim.

Friday 5 September 2014

048 # Pindah. Pindah. Pindah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, selamat sudah mengisi borang tukar. Semoga kali ini menjadi rezeki aku. Dengan izin Allah, tak ada sapa-sapa dapat ubah. Allah akan tolong, Allah akan sentiasa tolong, Fatin.  :')


Sedih bila orang sekeliling selalu cakap aku takkan dapat pindah. Selalu cakap aku tak boleh pindah. Selalu, dan selalu. Tiap kali aku dengar, tiap kali tu la hati aku menangis. Diorang tahu tak, bertapa mengharapnya aku untuk pindah ke Kedah, dekat dengan mak ayah, dekat dengan suami. Diorang tahu tak, dah berapa lama aku menangis. Diorang tahu tak betapa tingginya harapan aku,


Manusia.
Tak boleh mendoakan yang terbaik untuk orang lain. Tak apa, setiap kali diorang cakap macam tu, hati aku terus balas "aku akan dapat pindah, Allah akan tolong."


Bismillah.
Moga kali ini rezeki milik kami.

amin amin amin.


Sejuk mata memandang tengok rumah ni.
Hilang tensen.

FATIN AKAN DAPAT PINDAH BERSAMA SUAMI MULAI 1 JANUARI 2015. AMIN.