Wednesday 18 September 2013

028 # DIY Kad Kahwin

Salam.


Tak pernah terfikir hendak diy kad kahwin sendiri. Ini semua adik aku punya idea. Dia kalau bab men-diy memang semangat sangat, sampai hati aku rasa kesian nak menolak. Aku ni makhluk paling tak kreatif, dan malas sikit-sikit. Nak tunggu semangat rajin secara lahiriah memang susah. Mungkin minggu depan, atau bulan depan semangat tu datang. Susah. Tapi tengok jiwa adik aku ni lain macam semangat dia, maka terjebaklah aku dalam posisi men-diy kad kahwin sendiri.


Terima kasih Dekja, mak dan ayah yang sentiasa menyokong.




Bila aku nampak Dekja mula mendesign kad aku di komputer cabok ayah, lagi la susah hendak aku cakap tidak. Aku ikut jer semangat dia. Siap dengan pelan rumah pengantin dia sanggup buat. Rumah pengantin dah lar comel macam rumah fairytale, alahai.


Dia buat draft, dia tunjuk pada aku.
Ada correction, dia edit, dia print semula.
Sudah sempurna di mata, dia print ramai-ramai.


Dia membongkok pokok setiap satu keping, sambil tengok kartun. Adik aku :)
Dia mula ikat riben, tempek UHU, tunjuk depan biji mata aku.
Ok, atau tak? Dia tanya.


Alahai adik.
Semangat.


Tak sempat kad tue dikerjakan dia, cuti sekolah sempena raya puasa pun habis. Terkontang-kanting aku bawak balik kad-kad tu ke Subang Jaya. Nah. Banyak lagi belum siap. Kengkangan masa buat aku cuma sempat siapkan ikat riben. Gam dan tampal masih belum sentuh. NAYA!


Mak suruh pos balik Kangar. Kali ni giliran mak pula.

Dan....
tak sangka, mak buat macam robot. Seminggu jer dah siap 90%. Terima kasih untuk semua semangat dan pertolongan tu. Terima kasih kerana bagi pinjam tangan.


Monday 9 September 2013

027 # Idea Bunga Tangan

Salam.

Menggodek Mr Google, cari idea untuk wedding adalah suatu yang #$%^@#$. Geram, jeles, geram, sakit hati. Sebab, banyak sangat yang cantik.



Bunga tangan dah siap untuk sanding tapi saja menggatal nak google lagi. Masha Allah. Manusia memang kreatif. Apasal aku ni kurang dikurniakan kekreatifan yang menyerlah? Aku pandai tidur jer. Sedih betul mak mengandungkan aku.

Baiklah, di sini ada beberapa idea untuk Handbouquet. Sila tengok dan jangan jeles.

1# Fabric Handbouquet



2# Pearl Handbouquet



3# Felt Handbouquet


Source : LINK

Source : LINK


Rujuk entri ini untuk DIY bunga tangan yang paling senang di dunia.

Saturday 7 September 2013

026 # DIY Handbouquet

Salam.

Tersemangat dan terrrrajin lebih pula aku ni. Tak berniat nak cakap banyak macam Mak Cik Senah. Layan gambar sahaja boleh?


Anggaplah ini tutorial bisu.
Atau tutorial in mute.

HARHARHAR.


Bahan-bahan :
1. Kerosang bunga. Borang di GM Klang sepuluh biji.
2. Dawai.
3. Jari untuk pintal dawai. Pastikan jari cukup lasak.
4. Pemegang bunga.
5. Manik pearl, saiz suka hati.
6. Riben.
9. Pemegang bunga tangan. (Nak buat sendiri pun boleh, nak beli yang dah siap pun boleh. RM3.90 jer)







notakaki : Hilang deria sentuh di hujung jari. Kan dah pesan, pastikan jari cukup lasak dan kental. Hadoi.

Saturday 31 August 2013

025 # DIY : Guestbook

Salam.


Buku tetamu atau guestbook penting dalam sesuatu majlis, terutamanya majlis kahwin. Untuk majlis aku, aku diy sendiri jer. Survey di medan internet, punya lar mahal. Seketol buku dan pen, harga melebihi harga cadar pengantin aku. Melampau dan membazir. Jadi, mahu atau tak mahu, aku kena dan wajib buat sendiri. (sebenarnya memang gatai nak buat sendiri pun)


Tidak lari dari tema majlis.
Vintage. Klasik. Minimalis. White.
Nah, aku sapu empat tema sekaligus.


Untuk guestbook, aku bajet dalam RM20 jer. Murahkan. Itu pun sebab aku guna buku yang mahal dan berkualiti bagus dengan kos RM12 sebuah. Kalau boleh dapat lagi murah, lagi bagus.


Baiklah.

Bahan-bahan yang digunakan :
1. Art book size A5
2. Kain felt
3. Gunting
4. Gam UHU
5. Decoratios - renda, 3D flowers
6. Span
7. Pita pelekat


Span digunakan untuk membalut cover art book depan dan belakang. Bila letak span, pegang pun rasa lembut macam pegang tilam. Terus rasa nak tidur.


Dalam 30 minit aku menggodek benda alah ni. Dan akhirnya, taraaaaaa!


Simple, tapi title belum letak. Malas nak buka printer. Simpan dulu, dekat-dekat nanti baru nak kalut. Memang tabiat. Di bahagian dalam aku letak riben sticker. Setiap muka surat aku pulun letak. Terbongkok-bongkok, semangat lar konon.



Tapi kan, di mana kedudukan strategik guestbook ni waktu kenduri nanti? Sudah lama aku fikir. Tapi belum jumpa jawapan. Sapa tahu tolong jawabkan.



Saturday 27 July 2013

024 # Cincin

Salam.

Misi mencari cincin sudah selesai. Gedebuk ada dalam tangan dah pun. Servey-menservey seorang, pastu Mr F datang terus sambar. Punyalah senang jer kerja dia. Yang aku nie rasa nak tercabut kaki keluar masuk setiap kedai emas.


Kitorang beli time emas tengah turun. Jumpa pulak cincin yang memang bertahta di hati sejak sekian lama. Memang tak pandang dah cincin lain. Jeling-jeling pun tak. Mata melekat jer kat cincin tue. Emas putih dan batu topaz memukau mata aku nie. Nasib tak tengok sampai juling jer.


Kenapa pilih emas putih?


Al-kisahnya, aku ni bukanlah pencinta emas, apatah lagi nak sarung barang kemas kat badan memang kirim salam banyak-banyak la. Yang ada sekarang ni pun mak bagi. Rantai pakai dari zaman kanak-kanak, subang emak belikan guna duit bonus, gelang sebagai hadiah raya, cincin pun sama. Memang lengkap satu set dah ada kat badan aku ni.


Jadi, untuk tambah memang ampun maaf dipinta la. Tak berminat nak bermerlip-merlap dengan emas kuning. Alih-alih, emas putih jadi pilihan. Kalau ikut hati, silver pun ok. Tapi tak seronok pula hati bila silver dijadikan cincin kahwin. Kenangan sampai 50 tahun akan datang weh. Tambah pula, memang trend sekarang orang pilih emas putih. Moden sikit.



Cincin yang kitorang pilih tue ala-ala Princess Ring. Memang lebih sama. Cuma aku ambil batu topaz, kaler light blue. Memang nak sama. Sebijik seketul. Dah lama aku minat princess ring ni. Bila dah ada depan mata memang aku tak pandang yang lain dah. Anoynoyanoy hehe.






Entah macam mana rupanya bila dah ada di tangan aku. Sudah lar tangan gelap, memandai nak batu berwarna. Risiko tinggi untuk tampil lagi gelap ni. Hoi, engkau yang pilih jangan memandai nak pot pet pot pet.


Emas putih dengan batu topaz, boleh dapat dengan harga tak sampai seribu pun. Berbaloi sangat. Pergilah ke MyDiamond. Semuanya berbaloi di situ. Apasal dah macam duta MyDiamond laks. Hakhak.



Wednesday 26 June 2013

023# Satu Langkah

Salam

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Akhirnya, kedua-dua belah pihak bertemu. Rasa nak guling-guling kegembiraan. Dah lama kot menunggu saat-saat macam ni.


Perjumpaan yang sangat simple.
Abah & maktiri Mr F datang tanpa apa-apa dulang hantaran. Tiada tanda seperti cincin atau gelang. Mereka cuma datang membawa niat. Ecece.


Kedua-dua belah pihak sudah sepakat memilih suatu tarikh. Tarikh yang akan menjadi tarikh terpenting dalam hidup aku, dan Mr F. Terima kasih kedua-dua keluarga. Terima kasih kerana berusaha untuk menyatukan kami. Sobsobsobss.



Daripada perbincangan tadi, mereka sepakat sebulat bulat suara nak bagi gelang dan cincin kepada aku. Dan, 5 dulang hantaran.


Dan aku pulak akan bagi.. (hurm hurm hurm)... belum fikir lagi. Sebab banyak sangat rasa nak bagi. Kalo boleh dibeli satu dunia, akan aku beli dan bagi pada kau duhai kakanda. Hek! Pergi jiwang jauh-jauh.


Serius.
Belum decide nak bagi apa.


TAPI
ada orang tue minta cincin batu zamrud. Ala, orang tue la.
insha ALLAH akan diusahakan.


Semoga Allah menlancarkan perjalanan aku untuk membina masjid, menambahkan anak Adam. Apa ni Fatin! Kahwin pun belom, gedik sangat nak menambah anak Adam. Tambah anak dalam sudah lar.


Fine!


Sunday 19 May 2013

022 # Mak, Saya Nak Kahwin!

Assalammualaikum semua !

Merisau sorang-sorang bila tarikh nikah dan sanding tak decide lagi. Cepat lar mak. Bila nak decide ni. Anakanda nak prepare baaaaaaaanyaaaaakkk benda ni.


Nak kahwin hujung tahun 2013.
Tarikh belum ada.
Boleh kah?


Sebelum ni tak pernah terfikir hendak menggelabah singa sangat. Tapi bila dikira, hitung, tolak, campur, bahagi, darab, kuasa dua, kuasa 14, dan semua-semua lar,! Baru sedar, ada lagi ENAM BULAN untuk prepare semua tue.

What?!!!!

ENAM BULAN bagi seorang wanita bekerjaya macam aku ni sangatlah membuatkan gelabah singa semakin terserlah. Cukup ker tangan nak buat semua tue. Cukup ker? Sudah lar meyakinkan diri untuk DIY serba-serbi. 


Aku mohon Allah permudahkan semuanya.
Dengan izin Allah, pertolongan Allah. 
In sha ALLAH.


Pelan-pelan kayuh.
Mungkin sebelum 20 Jun tarikh akan ditentukan.



Saturday 20 April 2013

021 # Baju Nikah & Baju Sanding

Assalammualaikum.


Target gaji bulan nie nak memuntahkan kepada baju nikah dan baju sanding. Tapi, terpesong jugak kepada benda alah yang lain. Sangat sedih. T__________________T Akhirnya, nak servis kereta pun minta pinjam daripada ayah. Jatuh maruah anak ayah yang konon kerja bergaji. Haih. Nak kahwin punya pasal. Bulan depan anakanda bayar balik yer ayah.


Tapi, ada progress jugak baju nikah & sanding nie.


Untuk baju nikah, aku dah beli kain. Cari chiffon yang best, tapi tak jumpa. Last-last jumpa silk yang lembut giler. Bila letak kat badan, nampak beralun macam ombak. Bila sentuh, rasa nak tidur. Lembut dan sejuk. Jatuh cinta punya pasal, terus beli. Nak beli satu kain nie pun bermingu-minggu survey. Alhamdulillah, akhirnya jumpa yang berkenan di hati sendiri. Nak tau berkenan di hati orang lain susah, sebab pergi beli sorang-sorang. Sedih sikit kehidupan sekarang. Dah rasa berkenan, amik jerla. Semeter RM7. Okey lar. Tailor tersayang suruh beli 6 meter. Pastu, tengok kain tue macam jarang sikit walaupun bukan chiffon. Kalau pakai bra merah kompem nampak 10 batu. Tak pasal-pasal jadi majlis nikah paling sensasi tahun nie. HARHARHAR. Usha kain chiffon lining, jatuh cinta dengan kain semeter RM1.50. Nah kau. Alang-alang nak buat lining, beli yang murah macam kain buruk pun okey. Tak payah membazir nak beli kain mahal-mahal. Marah mak aku nanti.


Nikah cukup buat peplum jer. Mak pun suka. Tailor pun dah jumpa. Harga pun oke. Apa lagi. Jalan jerla. Tak sabar nak tengok hasilnya.



Untuk baju sanding pulak, aku pilih baju dari Laura Huda Couture. Yang mana satu? Itu rahsia. Hehehehe. Price not bad. Aku amik baju kosong jer. Konon mengharap Allah menrajinkan diri ini. Nak men-DIY kan baju tue sampai lebam. Jangan sampai rosak sudah. Menangis tak berlagu aku nanti. Fuh! Doakan yang baik-baik


Inspirasi baju nikah macam nie jer..


Aku tak ingat kat mana aku jumpa gambar nie. Tuan dia seorang guru. Mohon pinjam gambar yer.
Suka tengok peplum, simple dan ayu. Mak suka sangat lar. Sopan katanya. Tapi, kalau nak pakai peplum kena cari kain yang berat. Kalau tak, jenuh lar aku kena pegang kalau tiba-tiba nagin kus-kus datang. Seksi nok. In sha ALLAH, kain yang aku beli ritu jatuh dan lembut. Sejuk jer, macam nak buat tilam.

Baju sanding aku amik inspirasi dari Kate Madelton. Tak tahu la macam mana rupanya kalau aku pakai. Kalau Kate pakai nampak cun melecun. Aku harap bila aku pakai nanti pun nampak cun melecun, tak lar nampak macam dinosaur kelaparan.

Ok. Tue jer nak cerita.

Sunday 7 April 2013

020 # Kurus, Eh Kursus Kahwin

Salam.

Alhamdulillah.
Penat tongkat mata selama dua hari berturut-turut, akhirnya aku berjaya mengapai punctual kejayaan. Mendaki kejayaan hendak kahwin nie memang menguji kejiwaan dan keragaan. Juga menguji tahap ketahanan mata melawan syaitan yang asyik suruh tidur.

Kalau ditanya, nak pergi kursus kahwin sekali lagi tak? Terus tak fikir panjang, menjawab -taknak!- Aduh. Seksa zahir batin. Sampai sakit tulang bontot, sebab duduk terlalu lama.

Antara semua part ceramah, aku tak tahu kenapa aku vote ceramah terakhir sebagai ceramah paling best. Orang lain gelak macam hantu dalam setiap ceramah. Aku dok melayan mata blues. Takda lar kelakar sangat. Tak paham den. Tapi ceramah terakhir tue 'kelakar' habes. Susah nak cerita kat sini, sebab aku tak mahu belog tersayang nie dicemari bahasa lucah. Biarlah korang faham sendiri. Dan aku tahu korang dah faham kan? HARHARHAR.

Ok, tak lengkap kalo tak letak bukti tanda kejayaan pergi Kursus Kahwin.
Snap snap, upload.


Cak!


Ambillah ceciput logo JAIS nie. JAIS kau doh. Jangan main-main.

Habis jer kursus, terus ajak Mr F pergi cuci mata. Bukan cuci mata tengok tutttt, ini cuci mata dalam konsep shoping tingkap. Maka, Mr F bawak aku pergi Klang. Walaweh. Memanjat GM Klang la pulak aku. Rambang mata dengan barang-barang kahwin okeh. Benda lain dah tak nampak dah. Mentang-mentang baru habis kursus kahwin, semangat kau jah!

Turun naik, turun naik bangunan lima tingkat tue, last-last aku terbuka hati nak beli benda alah nie jer. Brooch bunga. Sooooooo cute. 20 biji RM1.20 jer satu. Memang aku kaut 20 biji bawak balik rumah. Dan dua biji giant flower.

Hajat hati nak buat handbouquet. Kome tengok jerla apa rupa handbouquet tue nanti. Jadi, atau menjadi-jadi. KAHKAHKAH.




Kursus kahwin pada 5-7 April 2013. Tempat : JAIS Selangor. Ada geng tak? Gimmi five sikit.


Monday 25 March 2013

019 # Verangan

Assalammualaikum.


Sejak mak dah bagi greenlight ni, mulalah berangan macam-macam. Berangan baik, berangan jahat. Eh. Berangan jahat pun boleh? Har har har.


Hantaran checklist

Jam
Kasut
Kemeja + tie
Perfume
Cupcake
Buah
Buku Agama

018 # Bajet

Salam.


Cadangan untuk bajet diri sendiri.
Mac - RM4000
April - Baju rm500 (nikah&sanding) + upah jahit
Mei - Video rm1000
Jun - Goodies rm300
Julai - Video rm500
Ogos - Photog rm300 + cadar pengantin rm200
September - Kad rm300
Oktober - Mekap rm300



Cadangan menghabiskan duit
April - beli kain & cari tukang jahit
Mei - beli brg untuk centerpiece + khemah (balang kaca,batu warna-warni,pinwheel kecik)
Jun - beli lace, pearl
Julai - kain untuk langsir pelamin, bantal-bantal kecik, pelita
Ogos - bunga untuk hantaran, hiasan bantal hantaran, kain bantal hantaran



017 # DIY

Salam

Banyaknya benda nak diy. Memang kemaruk diy la aku ni. Entah sempat atau tak. Aku pandai jer pasang angan-angan men-diy. Memang pandai. Tapi tangan macam besi ni tak tahulah apa nak jadi.

Berimaginasi dengan tinggi untuk men-diy pelbagai benda. Masya-Allah. Pelbagai maksudnya banyak. Baik disenaraikan di sini supaya tak terlalu lapuk dek ingatan. Almaklumlah, makin tua makin banyak pula nak fikir. Lama-lama boleh terlepas pandang.


Angan-angan nak ber-diy adalah :

Baju nikah
Baju sanding
Veil nikah
Kasut
Pelamin
Guestbook
Centerpiece (tengok orang buat, aku pun nak jugak tuh!)
Khemah (nak letak deco sikit)
Goodies untuk rombongan pengantin
Hantaran


Ok cukup.
Kita tengok sama ada angan-angan ku musnah, atau tak musnah.
HAR HAR HAR

016 # Greenlight. Jalan.

Salam.

Mak dah beri greenlight. Yahoo! Boleh mula membuat persiapan secara serius. Maka bermulalah kepeningan mengkorek duit. Seronokkkkkkknya. Macam makan gula-gula. Cit.

Hasil perbincangan dengan mak,
mak cakap tak nak tunang pun tak apa. Heww. Memang mantap. Sebab aku dengan Mr F memang rancang taknak tunang. Save bajet. Buat mana yang wajib. Alih-alih mak cakap kena bertunang pulak. Rasa sebentar macam 'alaaaaaaaaaaaaaaaaa'. Selepas itu mak tukar pulak cakap, tak bertunang pun tak apa. Kalau nak bertunang buat sekali gus dengan merisik. Terpulang pada pihak lelaki nak datang bawak apa. Terus rasa nak pelok mak kuat-kuat.


Malas lar nak bertunang. Kalau nak bertunang, nak kena belah otak fikir tentang tunang pula. Tak kuasa aku.


Duit belanja pun mak taknak tetapkan, mak berserah kepada pihak lelaki sahaja. Mas kahwin mak suruh aku fikir sendiri. Hantaran pun mak hany berserah kepada pihak lelaki.

Itu mak.




Anaknya pula kemain berimaginasi. Konon duit belanja RM8787. Hantaran nak 7 dulang berbalas 7 dulang. Mas kahwin nak RM87. Kemain anak dia kan. Kuat betul berimaginasi. Itu belum bab yang lain. Belum lagi aku bercerita imaginasi tentang baju, pelamin semua bagai. Ish. Tutup mulut. Biar mak cakap dulu.



Yang penting tahun ni kahwin.
Dah boleh kot cari tag bride-to-be 2013.
Sebab dah dapat greenlight dari mak.


In sha Allah.
Doakan yang terbaik.





Friday 15 February 2013

015 # Hubungan Jarak Jauh

Assalammualaikum.

Secara ikhlasnya aku tak pernah minta untuk menjalin hubungan jarak jauh, dan nyata sekali. Ia bukan suatu permintaan, tapi ia adalah takdir. Kun fa ya kun. Aku percaya dengan Kun Fa Ya Kun. Sebaik-baik perancang adalah Dia. Lantas, nikmat Tuhan mana lagi yang mahu kamu dustakan.


Walaupun pernah kadang kala hati terkedu dengan perancangan ini, tapi bila cepat-cepat beristigfar, kembali kepada Kun Fa Ya Kun, terus hati tabah berbisik. "Setiap perancangan Allah adalah yang terbaik."


Memang senang untuk membina impian, tapi tak senang untuk melalui kenyataan. Mudahnya membina angan-angan, umpama berkelip anak mata. Terlalu senang. Walhal, nah! Sukar bila kenyataan terpesong 360 darjah dari angan-angan.


Jarak antara kami memang jauh, tapi mana tahu perancangan Allah ini adalah untuk mendekatkan jarak antara kami dan Dia. Allah dah pinjamkan jarak yang sangat sangat dekat selama 5 tahun setengah. dan sekarang, Allah seketika untuk mendekatkan jarak dengan Dia.


Apalah sangat Semenanjung dengan Sarawak. Kalau nak dibanding dengan ibu Palestine kehilangan anak syahidnya.


In sha ALLAH.
Kalau kita kembali kepada Allah dalam segala hal, jiwa kita akan tenang.



Sunday 20 January 2013

Checklist Items

Ini checklist by items.
Lagi senang nak tengok.

:)

HANTARAN
Dulang hantaran
Bunga hiasan hantaran
Bantal/kain lapik hantaran
Barang hantaran sikit lagi

PELAMIN
bunga pahar dua pasu
pemegang bunga pahar

BILIK TIDUR
cadar
langsir jarang
lampu meja
cat

PAKAIAN
kain baju nikah (pearlwhite) 
kain baju sanding (dusty pink)
lace nikah (white)
lace sanding (hitam)
kain shawl n veil nikah (pearlwhite)
kain shawl n veil sanding (dusty pink )
kasut nikah + sanding
kasut tandang

BRIDESMAIDS
tetapkan warna baju dan tudung pembawa dulang (light blue)
tudung
jemputan untuk bridesmaid

FAMILI
baju nikah (light blue)
baju sanding (maroon)

PENGAPIT (hari sanding - Dekja)
baju (Maroon)
tudung
kasut Dekja beli sendiri

KHEMAH (white)
khemah
centerpiece

GOODIES UTK ROMBONGAN
brown paper bag
telur
kueh tradisional

GOODIES UTK TETAMU
brown paper bag
dolly paper
yasin

LAIN_LAIN
Music kompang
Kad kahwin
Guestbook
Welcome board
Bunga pahar



Cheklist Kahwin

Bismillahirahmanirahim.

HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS
  •   Pilih tarikh dan waktu bernikah.
  •   Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
  •   Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
  •   Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
  •   Tetapkan tema majlis.
  •   Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
  •   Rancang aturcara majlis.
  •   Uruskan bajet.
  •   Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
  •   Hubungi saksi pernikahan
  •   Pilih tempat kursus perkahwinan.
  •   Pilih juruandam.
  •   Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
  •   Pilih katerer.
  •   Pilih jurufoto dan juruvideo.
  •   Pilih cincin pernikahan.
  •   Bincang rekaan baju.
  •   Bincang barang hantaran.
  •   Rancang destinasi bulan madu
  •   Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

                                                          LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
  •    Himpunkan senarai tetamu.
  •   Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  •   Tempah destinasi bulan madu.
  •   Tempah juruandam.
  •   Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  •   Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
  •   Tempah katerer.
  •   Tempah jurufoto dan juruvideo.
  •   Tempah cincin perkahwinan.
  •   Tempah penginapan untuk tetamu.
  •   Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
  •   Tempah penggubah hantaran.
  •   Beli barang hantaran.
  •   Hadiri kursus perkahwinan.
  •   Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
  •   Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
  •   Pilih dan tempah kad jemputan. 
  •   Sediakan peta lokasi.
  •   Beli cincin perkahwinan.
  •   Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
  •   Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  •   Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
  •   Tinjau lokasi majlis.
  •   Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
  •   Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
  •   Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
  •   Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama  Negeri masing-masing.
  •   Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  •   Sahkan tempahan pakej juruandam.
  •   Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
  •   Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
  •   Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
  •   Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
  •   Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  •   Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
  •   Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
  •   Buat tempahan untuk melakukan spa.
  •   Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
  •   Pilih senarai lagu / nasyid.
  •   Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  •   Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
  •   Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
  •   Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
  •   Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan.   Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
  •   Cetak aturcara majlis.
  •   Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
  •   Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
  •   Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  •   Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
  •   Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  •   Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  •   Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  •   Buat rawatan muka dan badan. 
  •   Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  •   Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  •   Sediakan hiasan meja.
  •   Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
  •   Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  •   Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
  •   Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
  •   Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  •   Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  •   Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  •   Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
  •   Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
  •   Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
  •   Mula kemas beg untuk bulan madu.
  •   Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  •   Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
  •   Pastikan anda sudah bercuti.
  •   Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
  •   Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  •   Sahkan semua perincian dengan katerer.
  •   Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
  •   Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  •   Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
  •   Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  •   Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
  •   Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
  •   Buat raptai untuk majlis resepsi.
  •   Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
  •   Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
  •   Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  •   Pakai inai di jari.
  •   Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN
  •   Bangun awal dan mandi sunat.
  •   Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  •   Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
  •   Lalui majlis dengan penuh gembira.

Kredit : syokkawin.com