HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS
- Pilih tarikh dan waktu bernikah.
- Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
- Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
- Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
- Tetapkan tema majlis.
- Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
- Rancang aturcara majlis.
- Uruskan bajet.
- Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
- Hubungi saksi pernikahan
- Pilih tempat kursus perkahwinan.
- Pilih juruandam.
- Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
- Pilih katerer.
- Pilih jurufoto dan juruvideo.
- Pilih cincin pernikahan.
- Bincang rekaan baju.
- Bincang barang hantaran.
- Rancang destinasi bulan madu
- Rancang tempat tinggal selepas berkahwin
LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS
- Himpunkan senarai tetamu.
- Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
- Tempah destinasi bulan madu.
- Tempah juruandam.
- Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
- Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).
- Tempah katerer.
- Tempah jurufoto dan juruvideo.
- Tempah cincin perkahwinan.
- Tempah penginapan untuk tetamu.
- Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
- Tempah penggubah hantaran.
- Beli barang hantaran.
- Hadiri kursus perkahwinan.
- Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
- Buat rawatan muka.
EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS
- Pilih dan tempah kad jemputan.
- Sediakan peta lokasi.
- Beli cincin perkahwinan.
- Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
- Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
- Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
- Tinjau lokasi majlis.
- Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
- Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah.
- Bayar deposit (jika perlu)
TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS
- Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat Agama Negeri masing-masing.
- Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
- Sahkan tempahan pakej juruandam.
- Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
- Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
- Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
- Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
- Sahkan tempahan percutian bulan madu.
- Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
- Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
- Buat tempahan untuk melakukan spa.
- Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
- Pilih senarai lagu / nasyid.
- Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
- Mula membungkus cenderahati tetamu.
DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
- Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
- Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
- Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis perkahwinan. Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
- Cetak aturcara majlis.
- Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh.
- Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
- Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
- Rancang kedudukan tempat duduk tetamu
SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
- Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
- Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
- Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
- Buat rawatan muka dan badan.
- Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
- Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
- Sediakan hiasan meja.
- Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
- Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
- Berlatih senyum setiap hari.
DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
- Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar Pernikahan.
- Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
- Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
- Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
- Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
- Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
- Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
- Mula kemas beg untuk bulan madu.
- Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan profesional perkahwinan dalam sampul surat.
- Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.
SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
- Pastikan anda sudah bercuti.
- Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima.
- Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
- Sahkan semua perincian dengan katerer.
- Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
- Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
- Buat rawatan muka dan badan yang terakhir.
- Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
- Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
- Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
- Buat raptai untuk majlis resepsi.
- Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.
SEHARI SEBELUM MAJLIS:
- Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
- Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
- Pakai inai di jari.
- Rehat dan tidur awal!
HARI MAJLIS PERKAHWINAN
- Bangun awal dan mandi sunat.
- Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
- Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
- Lalui majlis dengan penuh gembira.
Kredit : syokkawin.com
1 comment :
best nye da buat checklist.. i xbuat lg..mls nk pkr..pluss takot sebenarnye..heheheh
Post a Comment