Friday 31 August 2012

005 # Gelabah Kah Aku?

assalammualaikum

Tajuk entri memang tak boleh belah. Gelabah kah aku?
Gelabah-labah-labah-labah sangat-sangat-sangat.

Kenapa aku gelabah?

Semalam buat kira-kira bajet untuk kahwin. Rasa hendak terkeluar anak mata serta luruh semua rambut sebab tak percaya dengan bajet itu. Sesak nafas terus. Nak kahwin pun susah. Tak kahwin pun susah.

Aku akan cuba berbajet secara habis-habisan. Potong mana yang tak perlu. Buang mana yang tak patut. Dan, MEMANG BANYAK GILER KERJA YANG PERLU DIBUAT. Nak kahwin pun kalah perdana menteri punya kerja. Tengok, bahasa cinass dah keluar.


Aduh, kahwin oh kahwin.
Tarik nafas.




Hembus fuhhhhh....


Sunday 26 August 2012

004 # Selamat Pulang

assalammualaikum

Hari ini hari yang paling happy dan paling sedih.

Happy sebab kami dating! Pasangan berjauhan macam duduk kutub utara kutub selatan wajib eksited gila nak mampus kalau dapat jumpa. Itu rezeki yang konpem tak boleh tolak.

Sedih sebab, TERPAKSA lepaskan dia pergi. Orang-orang Sarawak nak ambil dia balik dari Atin. Aduh, peritnya hendak melepaskan. It just like ambil kristal hempaskan laju-laju atas lantai. Boleh bayang?


Dear Hati,
tolong jangan jadi seperti tisu.


.............. selamat tinggal.
(Sambung menangis dalam tidur)

Friday 24 August 2012

003 # Esok

assalammualaikum

Esok! Esok hampir menjelma. Hari yang ditunggu-tunggu.
Drive hati-hati yer.
Biar lemah lembut macam Jaafar Onn. Asalkan selamat.



Jumpa esok =)
Senyum sampai telinga.

002 # Rindu

assalammualaikum

Subhanallah. Hari ini sudah 6 Syawal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam pergi solat hari raya. Puasa enam belom mula! Alamakk! Tak mengapa. Atin memang niat nak berpuasa di Subang Jaya. Alang-alang balik kampung, baham dulu apa yang boleh dibaham. Bukan senang nak cari makanan yang best best bila dah balik Subang Jaya nanti. Jadi, kita puasa nanti nanti jerla. Syawal sebulan, bukan?!

*Tarik nafas dalam-dalam.


Sebenarnya, dalam hati nie rindu sangat pada seseorang. (Eksited lar tue nak tahu siapa kan?) Sejak berjauhan nie, jarang sangat dapat jumpa Ad. Love story Atin dan Ad sekarang boleh dikatakan sudah berputar 360 darjah. Totally different. No more daily dating. (miahaha. kantoi tiap-tiap hari dating) Sedih woo. Kalau layan dan fikir sangat boleh banjir satu Malaysia. Hantuk-hantuk kepala di dinding pun belum tentu boleh hilang sedih.


Mana tak sedih, dulu nak makan rojak pun ada orang teman. Nak beli ubat gigi pun ada orang teman. Bosan bosan pun ada orang ajak pergi jalan-jalan. Sekarang, sudahlah buah hati jauh di mata, kawan nak pergi melepaskan angin tekanan sambil hirup udara segar pun tak ada. Habis, mahu tak meraung aku sorang-sorang! Nasib baik Allah kurniakan mak, ayah, adik dan abang. Yang selalu menemani di kala kesunyian. Ok, senyum balik.


Entahlah.
Buntu sekejap. Jalan yang Atin nampak hanyalah berkahwin. Mana tahu, rezeki kahwin Ad dapat pindah balik semenanjung. Nak lagi melampau, dapat pula Perlis atau Sungai Petani. Melampau tak? Ha Ha. Tak lawak okeh. Sedih! Bukan gatai gedik melampau sampai tergedik-gedik mahu kahwin. Tapi, itulah masalah. Sampai bila hendak tunggu masalah selesai kalau tak ada usaha. Masalah bukan macam manusia, boleh jalan sendiri pergi cari orang yang boleh selesaikan.

Hmmm,

Alangkah indahnya kalau Ad di-posting-kan dekat dengan Atin. Alangkah indahnya kalau Ad tidak kerja di Sarawak. Alangkah indahnya kalau nama negeri yang terpampang di skrin KPM suatu ketika dulu bukanlah Sarawak. Alangkah indahnya kalau Julau tidak wujud. Alangkah indahnya kalau SK N. Babai berada di Selangor. Indahnya mimpi. Ya, mimpi yang tak pernah wujud! Nampak pun mimpi.


Doakan yang terbaik untuk kami. Fatin dan Fuad bersama selamanya.
(Apasal rasa geli semacam dengan diri Atin sendiri. Blog ini terlalu penuh dengan fake. Benci!)


Dear Ad,
i'll love you like before, and it will remain forever.
143.

Sunday 19 August 2012

001# Happy Anivasery

assalammualaikum

Alhamdullillah.
It is 6 years already. Syukur teramat.

Enam tahun bersama tipu sangatlah kalau cakap hari yang dilalui tak pernah ada masam muka macam cuka, tak pernah tergigit lidah, biarpun sudah mencuba untuk tidak berlaku.


Sebenarnya, every rights and wrongs yang aku dan dia tempuhi telah menguatkan lagi hubungan kitorang. Dia yang Atin kenal dulu jauh beza dari dia yang Atin kenal hari ini. He had changed. En F sekarang adalah seorang yang penyabar, penuh kasih sayang, matang dan menyayangi Atin seadanya. Insya ALLAH. Mungkin Allah mendengar doa Atin suatu waktu dulu, terima kasih Allah.


Untuk tahun ini, Atin dapat seketul Samsung Galaxy S3. Berhelai-helai tudung dan sebuah novel. Speechless. Terkedu. Inilah En F. Pantang buah hati dia sebut, tup tup dah sampai rumah. *Tolong murahkan rezeki dia ya Tuhan.


Dan Atin, macam biasa, lambat sikit hadiah untuk dia. (Malu). Susah betul nak jadi romantik. Seriously, tidak pandai romantik macam Kajol dan Shah Rukh Khan. Kenapa dengan Atin nie! I menci tauuuu! Mahu jugak merasa jadi gadis romantik gila habis! Doa : Yaa Allah. Tolong jadikan aku seorang yang romantik. (Boleh?)

Last but not least, selamat ulang tahun perkenalan.
I love You.
143.