assalammualaikum
Alhamdullillah.
It is 6 years already. Syukur teramat.
Enam tahun bersama tipu sangatlah kalau cakap hari yang dilalui tak pernah ada masam muka macam cuka, tak pernah tergigit lidah, biarpun sudah mencuba untuk tidak berlaku.
Sebenarnya, every rights and wrongs yang aku dan dia tempuhi telah menguatkan lagi hubungan kitorang. Dia yang Atin kenal dulu jauh beza dari dia yang Atin kenal hari ini. He had changed. En F sekarang adalah seorang yang penyabar, penuh kasih sayang, matang dan menyayangi Atin seadanya. Insya ALLAH. Mungkin Allah mendengar doa Atin suatu waktu dulu, terima kasih Allah.
Untuk tahun ini, Atin dapat seketul Samsung Galaxy S3. Berhelai-helai tudung dan sebuah novel. Speechless. Terkedu. Inilah En F. Pantang buah hati dia sebut, tup tup dah sampai rumah. *Tolong murahkan rezeki dia ya Tuhan.
Dan Atin, macam biasa, lambat sikit hadiah untuk dia. (Malu). Susah betul nak jadi romantik. Seriously, tidak pandai romantik macam Kajol dan Shah Rukh Khan. Kenapa dengan Atin nie! I menci tauuuu! Mahu jugak merasa jadi gadis romantik gila habis! Doa : Yaa Allah. Tolong jadikan aku seorang yang romantik. (Boleh?)
Last but not least, selamat ulang tahun perkenalan.
I love You.
143.