Monday 28 April 2014

038 # Kalau Kami Tinggal Sebumbung

Assalammualaikum.

Perkahwinan jarak jauh. PJJ.
Inilah keadaan yang paling semua pasangan suami isteri taknak lalui. 


Aku pun tak sangka akan melalui pengalaman macam ni. Selalunya dengar dan tengok orang lain jer. Sekarang, aku pulak yang rasa. Alhamdulillah. Allah bagi aku peluang untuk merasai pengalaman ni. Walaupun sedih, tak macam pasangan lain, tapi syukur sebab dengan keadaan macam ni Allah rapatkan hati kami.


Siapa nak macam ni, bukan? Tak mengapa, demi tugas kami. "Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan."


Walau jauh, walau Laut Cina Selatan menjadi pemisah, harapan aku untuk tinggal bersama tak pernah pudar. Doa aku tak pernah berhenti. Walaupun, selalu juga aku tewas dengan perasaan menyerah. Tapi aku janji tak akan menyerah.


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak masak makanan sedap-sedap buat Mr Hubby. Aku suka masak. Suka juga belek-belek resepi dalam internet, dalam buku resepi. Dengan kata lain, sebenarnya aku suka MAKAN. Sebab tu aku belek resepi sampai meleleh airi liur. Dan, aku terus berangan untuk melayan perut suami aku dengan baik suatu hari nanti. Insha ALLAH. Bayangkan, tengah masak, suami masuk dapur tolong masak sama-sama. Bestnya.........


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak sama-sama cuci kereta, main simbah-simbah air. Lastly, dua-dua basah kuyup. Ala, macam dalam drama tipikal Melayu tu. Romantik, bukan? 


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak kayuh basikal keliling kawasan tempat tinggal sama-sama. Ataupun, naik motor pun boleh. Ataupun, jogging pun boleh. Tak kira pagi waktu matahari baru nak naik, atau petang waktu matahari hampir terbenam. Indahnya saat tu.....



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak malam-malam tonton tv sama-sama, sambil makan popcorn. Popcorn tu aku buat sendiri. Boleh letak air gula ikut nafsu sendiri. Sebab dua-dua suka popcor dengan air gula yang melimpah. Kalau pergi tengok wayang, sah-sah akan berebut popcorn dengan air gula. Popcorn putih dianak tirikan. Haha.



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak berimamkan Mr Hubby setiap kali solat. Aku perempuan biasa, dan aku pun tak minta suami aku menjadi ustaz. Cukuplah untuk sama-sama bawa aku masuk syurga. Lepas solat boleh mengaji sama-sama. Tajwid, boleh sama-sama belajar. Setiap hari kongsi cerita daripada Al-Quran. Hari ini giliran dia. Esok giliran aku. Dalam rumah aku nanti nak buat bilik solat satu. Senang nak letak buku-buku agama untuk rujukan. Indahnya saat itu......



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku harap kami boleh jalan bersama-sama ke masjid/surau terdekat. Jalan malam-malam untuk solat jemaah magrib dan isyak sangat best. Tenang. Seronoknya, sayang. Tak sabar nak rasa saat ni.



Thursday 17 April 2014

037 # Baby

Assalammualaikum.







Bangun pagi, buatkan Papa sarapan.
Roti telur tak main.
Sepinggan nasi goreng veggies, bergedil ayam. Favourite Papa.
Pakaikan Papa tali leher, bawakan stokin dan kasut.
Cium dahi, tangan. Sebelum sama-sama pergi kerja.

Tengah hari, no more nap. Mama kan isteri.
Masak ayam madu spesel, hidang panas-panas atas meja.
Jus kegemaran sejuk sangat masuk tekak.
Apa Papa mengidam, Mama sedia buatkan.

Petang tu kita jalan sama-sama di taman.
Papa dan Baby main layang-layang. Mama baca majalah.
Kadang-kadang, kita naik motor, pusing satu taman.

Malam, kita mula dengan tazkirah maghrib.
Dinner Mama hidangkan spesel mee cheezy veggies.
Tonton tv rancangan kegemaran. Mama di riba papa. Baby di riba Mama.
Sebelum tidur, Mama buatkan Papa nescafe yer.
Mama urutkan belakang Papa.


Papa and Mama, tengah-tengah ada baby.
Jalan sama-sama di pantai yang pasirnya putih
Baby terkedek-kedek berjalan.
Lalu, Papa ambil dan letak atas bahu.
Mama pegang tangan Papa dan jalan sama-sama.

IT IS A DREAM.



Tuesday 15 April 2014

036 # Luluh



Assalammualaikum.

Luluhnya hati bila eoperasi Mr Hubby tak boleh dikemaskini. Rasa macam ada orang ambil hati ni dan hempas kuat-kuat. Berkecai.


Allah.


Berharap dan mengharap. Hari tu rasa macam dah nampak sinar kebahagian untuk kami. Tapi, bila dapat tahun benda ni rasa kecewa dan sedih tajk tahu nak cakap.


Bayangkan, setiap hari tunggu Mr Hubby cakap 'Eoperasi abang dah update." Setiap hari 24 jam rasa macam susah sangat nak bernafas. Tapi, perkataan yang sangat buat hati bergegar dan bergetar yang keluar. PPD dan guru besar hentam kiri dan kanan. Seolah-olah tidak mahu membantu. Punyalah busuk dan dengki hati manusia. Maksudnya, hanya aku mohon seorang, tanpa pertukaran bersama. Macam mana? Apa guna pindah tanpa suami di sisi?


Tujuan aku, nak bina kebahagiaan. Nak jadi seorang isteri, bukan sama macam sebelum kahwin. Sebelum kahwin dan selepas kahwin sama, tak ada perubahan. Apa bendanya perkahwinan macam ni?


Tak mengapa, aku ada Allah.
Aku tahu Allah dah tetapkan macam ni, maka harus diteruskan realiti ni.
Cuma, aku tak berhenti mengharap ada magik sebelum 30 April.


Dan hati ni biar aku pujuk sendiri.





Tuesday 1 April 2014

035 # Jalan-jalan Cuci Mata di Rumah Contoh (Part 1)

Assalammualaikum.

Lama bersawang. Aduh, susah betul nak istiqamah menulis belog. Ini memang perangai buruk aku yang paling tak boleh diselamatkan. Macam chips more dah. Kejap wujud, kejap hilang. Main cak cak!

---

Mac, cuti yang pendek tapi seronok sangat. Sebab, cuti hari tu Mr Hubby dan adik aku balik. Orang-0rang kesayangan ada di sekeliling. Tak ada yang lebih bahagia daripada bersama-sama orang tersayang. Cuti singkat sangat, dan kami suami isteri tak plan nak pergi berlibur/melabur duit di mana-mana. Kalau boleh setiap sangat nak berkepit bawah ketiak suami jer. Over kau nyah!


Sebab cuti Mac terlalu singkat, kami cuma bergembira dengan melawat showhouse jer. Aku rasa aku dah mula membina hobi baru. Dadah sangat! Sekali masuk rumah macam istana sapa tak meroyan, kan? Memang meroyan la. Balik rumah pun masih terbayang-bayang setiap sudut rumah-rumah tu.


Cuti Mac kali ni, aku, Mr Hubby dan Dekja pilih Sungai Petani. Masuk kereta, keluar kereta. Masuk rumah, keluar rumah. Asal ada rumah contoh jer terus serbu. Macam semut hurung gula. Kalau boleh nak lompat terus dari kereta ke rumah. Eksited tak tau nak habaq cheq oi!


Pertama, kami pergi Ambangan Heights. Tiga buah rumah juga la kami masuk kat kawasan tu jer. Mula-mula mestilah pergi tengok progress rumah sendiri dulu. Terkejut sangat tengok progress dia. Baru Disember tahun lepas (3 bulan lalu) aku pergi, tapak rumah pun tak nampak lagi. Tapi, pergi baru-baru ni dah naik lorong pertama, siap bumbung okeh. Mak ai. Cepat betul.

Bawak adik aku masuk rumah contoh, mulut dia asyik sebut kecik jer. (lempang laju-laju kang). Memang betul apa dia cakap. Cukuplah untuk berteduh. Itu yang mampu. Jangan tamak, aku masih sedar untuk ukur baju di badan sendiri. (alahai, kesiannya statement :p)

Siapa yang bercadang nak beli rumah di Sungai Petani, jomlah berjiran. Fasa 3 (fasa terbaru) baru jer dibuka untuk jualan. Harga masih sama dengan harga lama. Frust jer bila dengan tentang ni. Kalau aku tahu harga sama, aku tunggu fasa baru ni. Boleh pilih rumah yang best sikit. Ini tak, pilih sisa-sisa yang orang tak nak jer. Insha Allah, moga pilihan itu adalah pilihan terbaik. Rumah ku syurga ku.


Nama : Impiana
Lokasi : Ambangan Heights, Sungai Petani
Jenis rumah : Semi-d
Luas : 35x80 (Land), 25x50 (built up area)
Dijangka siap : Disember 2015


Apa yang saya suka tentang rumah ni :

  1. Semi-d, maksudnya ada tanah tepi dan belakang. Walaupun sekangkang kucing jer. Macam plan dah fikir. Nak letak kolam lar, nak letak bunga tulip lar, nak letak gazebo lar, nak letak teratak lar. Last-last bila cakap kat Mr Hubby, dia balas "mana muat". Angan-angan biar tinggi sikit, walaupun tanah kau macam kangkang kucing jer. HAHAHA.
  2. Konsep ala-ala tropikal english, dari jauh terus buat hati aku cair. Nak bekukan balik tu susah betul, maka terus sambar untuk hidup sepanjang hayat di sini. Melting macam nampak anak raja kacak depan mata.
  3. Keluasan dia tak terlalu kecik, tak juga terlalu besar. Kalau kecik sangat, nanti dalam rumah asyik berlaga bontot jer dengan Mr Hubby. Kalau besar sangat malah pulak nak clean and clear habuk. Jenuh nak jadi bibik tanpa gaji. Mentainance rumah pun besar. Sedang-sedang macam ni okey la. 
  4. Gated and guarded. Dalam bahasa Melayu, berpagar dan berpengawal. Rasa selamat sikit. Setakat sekarang, rumah Impiana ni jer yang bergated and guarded. Walaupun dah ada gated and guarded, aku tetap berangan nak pasang cctv dan alarm yang bunyi ruh satu dunia tu. Berangan suka sangat macam mat jenin.
  5. Harga mampu milik. RM268 000 (international lot). Masih mampu untuk aku dan Mr Hubby beli. Yang lain boleh buat kami hidup makan pasir, mandi guna air hujan. HAHAHA.




Ni gambar rumah dari tepi. Jomlah jadi jiran. Boleh kenal-kenal, boleh beramah mesra. Kami suami isteri memang mesra. Jangan takut nak berjiran dengan kami.

Cuma booking RM500. Boleh mula mimpi tidur dalam rumah baru. (macam aku). Kalau rasa teringin dengan rumah macam aku, pergi terus ke pusat jualan Ambangan Heights. Sekian.