Monday 4 May 2015

079 # Kereta Yang Kucari

Assalammualaikum.


Aku dah buat keputusan nak stay di Langkawi lama sikit sampai rumah aku siap (sobsob). Nak dok bawah ketiak mak ayah sebenarnya, sebelum depa tinggalkan aku buat selamanya. Kalau boleh nak duduk kat Perlis jer, sampai naffas terakhir. Tempat tumpah darah, tempah bermain, tempat imba ilmu. Tempat mak lahirkan aku, tempat ayah besarkan aku dengan susah payah. Pergh, emo pulak.



Dengan keputusan ni, aku rasa ada patutnya aku fikirkan tentang kereta yang lebih besar untuk aku sekeluarga. Banyak sebabnya aku nak beli kereta. Antaranya aku fikirkan, sementara aku masih di Langkawi, dapat lar aku cari kereta yang besar dan selesa dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Aku nak yang lebih besar sebab aku selalu bawak mak ayah dengan adik aku pergi jalan-jalan naik viva. Kesian depa kena duduk himpit-himpit tersepit macam nasi impit kat belakang tu. Tambah pulak kereta ayah aku cuma myvi lama jer. Pun kena himpit-himpit tersepit kalau kami pilih untuk pergi aman-mana dengan myvi tu.



Kedua, aku niat nak cari kereta yang ada bonet besar gedabak. Aku memang jenis manusia yang memikir masa depan. Chewah. Aku fikir untuk kesenangan aku nak sumbat stroller bila dah ada anak nanti. Takkan nak letak atas seat belakang. Kesian anak-anak aku nanti, depa pulak kena duduk himpit dan tersepit. 



Ketiga, lately Langkawi selalu hujan. Kesian pulak kekasih aku kena redah hujan naik motor ke Ulu Melaka. Jauhhhh wooo. Dah lar jalan yang dia selalu guna tu banyak pokok besar (dan selalu pulak tumbang). Risau pulak aku bila hujan. Sentiasa pesan berhati-hati. Memang bahaya. Bukan aku nak cakap naik kereta tak ada bahaya, cuma kurang sikit risiko.



Keempat, aku fikir, kalau aku beli kereta dari sekarang, nanti kurang sikit tanggungan kami sekeluarga. Agak-agak sebelum anak masuk sekolah, hutang kereta pun dah habiskan. Tinggal hutang rumah jer. Tengok, kan aku dah cakap, aku ni memang jenis memikirkan masa yang sangaaaat depan (ada ker istilah poyo ni). HAHAHA.



Tapi kan, aku dah mula pening. Lagi banyak showroom aku masuk, lagi susah betul nak buat pilihan. Lagi tak boleh tidur ada la. Kesian suami aku kena layan bini perangai macam ni. Kesian dia nak kena ikut aku pergi macam-macam showroom. Setakat semalam aku dah pergi jenguk Nissan, Volkswagen, Mitsubishi, Ford. Baru pergi empat showroom tapi dah rambang mata. Apa lar mata ni, high taste betul!



Kejap lagi aku nak pergi showroom Toyota, Honda, Proton, Perodua, Hyundai. Mana yang akan aku jatuh cinta? Oh cinta. Hadirlah kasih. Toyota sebab ada Vios. Honda sebab ada City, Perodua sebab ada Alza, Proton sebab ada Preve. Hyundai sebab adaaaaa ELANTRA! Hehehe.



Ciri-ciri kereta yang aku nak cari :
  • Luas dan selesa.
  • Bonet besar. (bonet viva aku jenuh sumbat)
  • Bulanan below RM700 (tu pun semput jugak).
  • Jimat minyak. Suami aku bawak viva pergi balik ulu melaka dah turun satu bar. Punya lah jauh!
  • Kos servis yang tak mahal.
  • Senang cari spare part kalau rosak
  • Cantik dan cun! Kalau almera katak pun aku redha jer.

Dah nak pukul 12. Suami dah nak balik kejap lagi, bawak pergi showroom. Aku teruja tahap maksima. Bismillah. Moga ini terbaik buat kami.



Sunday 3 May 2015

078 # Kereta Baru?

Assalammualaikum.


Patutkah aku beli kereta baru yang lebih besar. Ambil kesempatan kerja di Langkawi. almaklumlah, kereta murah-murah. Patutkah? Memang dah lama aku berhajat nak beli. Cuma aku pasangkan niat untuk beli 'suatu hari nanti'. Tapi aku tak pasti 'suatu hari nanti' itu bila.



Orang cakap, baik beli sekarang. Tapi kalau nak beli di Langkawi, aku perlu bersedia untuk kerja di sini selama 5 tahun! Sanggupkah aku naik feri turun feri? Itu pun kalau nak beli kereta import lar (hahaha poyo). Atau kalau nak beli pun sekadar ambik kereta tempatan. Lima tahun tu lama ker tak? Haish, lima tahun lima tahun lima tahun. Kenapa lima tahun. Kenapa tak pendekkan jadi tiga tahun jer. Peeeeelllissss la.



Almera.


Livina.





Alza.




Preve.

Ya Allah, tunjukkan kepada aku keputusan yang terbaik.