Wednesday 28 November 2012

011 # Detik Perkenalan

assalammualaikum

Malam ini, aku ingin coretkan sedikit catatan kenangan pertemuan serta perkenalan kami. Biarlah sedikit kenangan ini  dicatatkan agar tidak luput dek ingatan. Almaklumlah, makin tua.


Bismillahirrahmanirahim.

Mengenali dia adalah suatu kebetulan. Ya, suatu kebetulan kerana bagi aku, pertemuan kami diaturkan oleh Allah. Tidak sama sekali aku menduga, tatkala melangkah ke maktab perguruan akan mencatatkan suatu detik indah dalam hidup aku. Tidak sesekali aku mengharap ingin bercinta lagi, tambahan waktu itu aku baru dikecewakan, aku sedang rasa hendak bunuh semua lelaki.


Seperti biasa, apabila melangkah sahaja ke pusat pengajian baharu, minggu orientasi wajib diikuti. Dari situ, aku mula kenal rakan-rakan sekelas, rakan-rakan baharu dan dia. Cinta aku bukanlah cinta pandang pertama. Sekadar tengok terus jatuh cinta tue tak pernah wujud dalam kamus pertemuan kami. HAHA. Kejam.


Malah, aku bukanlah seorang perempuan tergedik-gedik pantang tengok lelaki hensem. (Itu dulu, sekarang tengok muka Fahrin Ahmad, dan suami Irma Hasmie terus rasa nak pitam. Hensem sangat). Cermin mata bingkai hitam, suatu trend pada masa itu buat orang-orang rabun. Dan, itulah pilihan dia, sehingga muka orang lain aku tak nampak, kecuali cermin mata dia yang sangat mencapub. Kerana cermin mata tue, aku terus cop dia sebagai MAMAT MENCAPUB. Masa tue aku memang suka guna perkataan mencapub - mencari publisiti -


Sudah la dicop sebagai MAMAT MENCAPUB oleh aku sendiri, bertambah annoying aku dengan dia bila ada beberapa wanita tergedik-gedik dengan dia. Ek eleh. Tahap menyampah aku dah naik 100%. Bila dia bercakap atau bagi idea, aku jeling sambil mulut aku sumpah-sumpah dia. HAHA. Gila jahat.


Minggu orientasi terus berlalu, dan akhirnya berakhirlah seminggu tue.


Hari pertama bergelar student sangat meninggalkan kenangan manis (pahit?) buat aku. Baru hari pertama, sudah otai gua habaq sama lu. Aku dan roomate terlewat pergi kelas. Dan, dengan selamba kitorang masuk kelas melalui kawan-kawan bari serta seorang pensyarah di hadapan. Sambil tergelak-gelak, sebenarnya kontrol nebes.


Aku paling benci suasana baru. Kena kenal orang baru, ramah tamah. Aku memang tak pandai bersosial, serta ramah tamah tak tentu hala. Tiba-tiba kena buat ramah tamah, benci.


Minggu demi minggu, aku tempuhi dengan usikan dan ejekan orang. Gosip aku dengan dia. Aku masih ingat, permulaan kepada episod perkenalan kami apabila aku sedang makan tengah hari di cafe dengan kawan-kawan perempuan. Aku nampak MAMAT MENCAPUB tue tengan makan dengan kawan-kawan dia di meja tak jauh dari meja kitorang. Tiba-tiba, ada sorang mamat yang konon jantan nie datang ke meja aku dan cakap "Fatin, Fuad ajak hang makan sama-sama." Annoying. Sambil buat muka heran tak paham bahasa, aku sambuing makan. Malas layan. Tapi dalam otak dok pikir, pehal mamat tue cakap macam tue. Takkan MAMAT MENCAPUB tue suka kat aku. Sempat lagi aku pikir macam tue. KAH KAH KAH.


Beberapa hari lepas tue, dia mula mesej aku. Tue pun selepas dia minta no telefon dari rumate aku. Aku tahu dia minta no telefon rumate aku, dan dalam hati aku berkata-kata "Ek eleh. Nak ngorat rumate aku lar tue. Mentang-mentang lar rumate aku cantik." Tengok tahap annoying aku macam mana." No telefon aku tak pula kau minta, sebab aku tak cantik kan?" Aku memang suka terima dan pasrah bila lelaki mengorat kawan sendiri, sebab aku tahu aku tak cantik dan dah biasa di-ignore macam tue.


Suatu hari, ada mesej dari no aku tak kenal. Mesej punya mesej rupa-rupanya MAMAT MENCAPUB tue. Erk, kacau ketenteraman hidup aku. Bila pergi kelas, orang asyik bergosip. Balik kelas dia mesej aku, sampai kadang-kadang sebelum tidur pun kitorang masih bermesej. Punya lar gedik aku time tue. Kata benci, tapi mesej jugak. Salah satu mesej yang aku ingat adalah 'Wek'. Terus aku menangis bila dia taip 'Wek' macam tue. Aku ingat dia nak termuntah baca mesej aku. Seingat aku, itulah pertama kali orang hantar mesej menggunakan 'wek' kepada aku. Aku ingat sampai sekarang.


Daaaaaaaaaaaaannnn,
lama-lama asyik mesej, aku rasa senang dengan dia. Aku suka tengok dia di surau. Aku suka bila tahu dia budak pandai. (High taste) HAhaha. Nah, dah mula sukakan MAMAT MENCAPUB. Gila! Bila diingat semula, aku rasa akulah perempuan paling gila. Benci yang akhirnya timbul perasaan suka. Gila. Dan sebab tulah aku cakap, perkanalan kami adalah suatu kebetulan.


Klimaks : Declare sebagai pasangan kekasih.
Jumaat 18082006.
Tatkala hari itu adalah pilihan aku untuk pulang ke kampung halaman, dan dia juga di rumahnya. Malam, selepas isyak, aku buka YM dan kebetulan dia juga sedang online. Tak lama pun chating, terus dia ajak couple!. Aku sbenarnya susah nak buat keputusan, sebab waktu tue aku masih baru kenal dia. Dan, hati pada waktu tue masih sakit. Juga masih sayang pada seseorang yang lain, al maklum cinta pertama. Muntah hijau*. Tapi, pada masa yang sama aku takut untuk mengulangi kesilapan aku waktu cinta pertama dulu. Dilamar untuk menjadi kekasih berkali-kali tetapi aku ignore, terus membawa aku untuk terima lamaran dia. Aku takut, kalau aku tak cakap ya, dan aku akan kecewa seperti cinta pertama.


Aku rasa, kisah nie, dia pun tak tahu sampai sekarang.


Alhamdulillah, Keputusan aku secara tidak berfikir panjang berjaya membawa hubungan kami sehingga ke hari ini. Walaupun suatu ketika dahulu aku pernah salahkan diri aku dengan keputusan itu, atas kenangan yang tak mahu aku ungkit dan ingat buat selamanya. Tapi kadang-kadang kenangan tue macam mengetuk pintu hati aku sehingga mengusir air mata aku untuk mengalir tanpa berfikir.

*menangis*

Pada aku,
diri aku sekarang wujud kerana aku berani menghadapi masa lalu, yang.........perit. Dan alhamdulillah aku berjaya menghadapi keperitan, kesakitan, kesedihan masa lalu. Aku berjaya kerana aku cinta. Aku berjaya kerana cinta.


Lantaran, aku takut untuk menoleh ke belakang, aku terus tinggalkan semua sikap aku yang dahulu. Supaya diri aku hari ini bukanlah diri aku yang dahulu. Dahulu lemah, tapi kental. Sekarang kental, tapi lemah.


Apa-apa pun, aku perlu bersyukur kerana dalam masa 6 tahun setengah aku telah kumpul pelbagai macam pengalaman hidup, yang tidak pernah aku rasa sebelum bergelar kekasih dia. Terima kasih atas pengalamn manis dan pahit, senang dan susah, sihat dan sakit, gembira dan sedih, senyum dan tangis. Terima kasih kekasih.


Yang benar
sentiasa mencintaimu siang dan malam.




F&F selamanya.

Thursday 22 November 2012

010 # Frust

assalammualaikum

Tak ada mood nak update tentang wedding-to-be sendiri. Lintang pukang, macam tak ada masa depan.
Sedih.
Frust.


Teramat sangat.