Sunday 23 September 2012

009 # Warna Tema

assalammualaikum

Tak habes-habes dengan isu warna tema. Hampir menjadi buta warna dah nie. Semua warna aku nak. Kalau boleh, semua warna aku nak guna sebagai warna tema. Dah tue, tema pelangi lar jawabnya. HA-HA. Jangan berangan!


Coklat + Merah
Light blue + Merah
Turqoise + Merah
Pink belacan/ Pink masam
Peach vintage

Nah! Yang mana satu ni?!
Apasal ada perasaan tamak sampai macam nie?


Untuk nikah pula,
Putih suci (Lace)
Pink belacan
Cream (Lace)

Banyak masa lagi. Aku boleh pikir banyak-banyak kali. Tapi bila pikir banyak kali tue yang tak best! Nanti perasaan sekejap mahu sekejap tak mahu, sekejap ok sekejap tak ok WAJIB la hadir. Susah hati ada perasaan macam ni. Bikin hati serabut.


astagfirullah



Monday 10 September 2012

008 # Colors!

assalammualaikum

Google, save and upload here. They're awesome!
The colors are grouped into vintage stream. I don't know and getting confuse why my eyes are sooo attracted to the colors. Are they apply black magic? Or, these eyes are currently falling in love with VINTAGE? Sorry future brides, the colors are too classic. 








Thinking of him. He will love, he will not, he will love, he will not.
Please love the colors, dear. They're our ancestors' doll. :)

007 # Tips Memilih Warna Tema

assalammualaikum

Susah sangat hendak decide warna tema. Mata berpinar-pinar. Semua warna nampak cantik, semua nampak comel. Susahnya. Banyak perkara perlu difikirkan dan diambilkira sebelum memilih warna tema untuk nikah atau sanding. Tersilap pilih boleh bawa padah. Eceh, macam iklan jalan raya pulak. HAR HAR HAR.


Antara perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih warna tema ialah :

1. Warna kulit
Buatlah pilihan bijak dengan memilih warna dress yang sesuai dengan warna kulit. Biasanya, orang yang cerah tiada masalah dalam membuat pilihan. Bagi orang yang berkulit gelap atau suam-suam kuku, pilihlah warna yang lebih cerah suapay anda kelihatan berseri-seri. Warna gelap akan mensuramkan lagi penampilan anda.

2. Warna kulit pasangan anda
Amboi, jangan terlalu pentingkan diri sampai terlupa nak pikir pasangan sendiri. Sama-sama naik pelamin, sama-sama lar nampak berseri. Jangan ingat anda sorang jer nak nampak cantik. Biarlah sama-sama cantik. Biarlah orang cakap, sama-sama cantik, sama-sama padan. Jangan bagi peluang orang cakap, buroknya laki dia. Macam jamban tak siap!

3. Tema perkahwinan anda
Maksudnya, kalau perkahwinan anda bertemakan glamourous, pilihlah warna yang glamor-glamor. Kalau anda pilih kuning pucat seperti lari dari tema. Pink belacan, turqoise lembut, purple pudar mungkin sesuai dengan tema vintage. Merah dan hitam sesuai dengan tema glamor mak datin. Baby blue sweet dengan tema suci lagi bersih.

Aku nie pandai jer menasihatkan orang. Bagi tips macam pro habes. Padahal, aku pun tengah pening. Hati macam tamak sangat-sangat. Semua warna nak. Semua nampak cantik. Nanti tak pasal-pasal aku cipta perkahwinan bertemakan pelangi.


Sunday 9 September 2012

006 # Tema

assalammualaikum

Hari ini hari menjatuhkan hati kepada pelamin dan baju pengantin. Majalah Stalista bulan ini memang cool, dengan ciptaan Hatta Dolmat yang sangat cun. Aku tak tahu kenapa mata aku suka sangat jatuh cinta pada benda-benda bersifat vintage. Salah kah?


Vintage, Simple dan Sweet.


Muktamad.
Harap-harap tema nie tidak mengundang bunyi-bunyi orang lain.


Aku suka!