Sunday 22 February 2015

075 # Showhouse in Target

Assalammualaikum.


Tunggu suami tak sampai-sampai. Cheq nak ajak pergi serbu rumah contoh lagi. Abang, cepat balik. Sementara tunggu suami mendarat di tanah air (macam lar dia duduk kat obersea), aku banyak menghabiskan masa dengan jalan-jalan blog orang cari idea dan ilmu untuk rumah aku nanti. Ilmu perlu update. Tak lar terkial-kial bila nak masuk rumah baru nanti.



Banyak jumpa rumah contoh baru yang aku belum lagi serbu. Seronoknya nak tengok rumah orang. Sambil tengo, sambil guling atas katil dia. Pergh! Berangan. Eh, tak lah! Mana boleh buat macam tu. Mau kena marah dengan pak guard dipersilakan golek golek tak hingat dunia atas katil tu. Tapi memang masa untuk berangan lar bila pergi melawat rumah contoh ni.



This is the list.

Dah lama tahu tentang Louvre ni, tapi belum sempat pergi tengok rumah contoh dia lagi. Area Bandar Puteri Jaya.

Teringin jugak nak pergi tengok rumah ni. Dekat-dekat area Laguna Merbok. Nanti kita cari yer suami :)

 Darulaman Perdana. Sebenarnya cuti akhir tahun dulu dah pergi. Tapi tak dibuka untuk view. Boleh jeling-jeling dari luar jerla. Besar rumah ni. Moden, cantik dan terletak dekat dengan tasik. 

Yeww, 
Tak sabar nak serbu.
Ayuuuuhh nanti.

ps: Semua rumah ni di Sungai Petani :)



Friday 20 February 2015

074 # Pulanglah Aku Ke Kayangan

Assalammualaikum.


Genap tiga tahun satu bulan aku di Subang Jaya, akhirnya nak atau tak aku perlu mengucapkan selamat tinggal. Aku tak sangka dalam masa yang sekejap, aku dapat berpindah ke Langkawi. Dekat dengan mak ayah, dekat dengan kampung halaman.


Sedih itu ada.
Gembira pun ada.
Perasaan yang tak terzahir.




Tak sabar nak masak makanan kegemaran suami.
Sambil masak, sambil intai suami.

This is happiness.
Alhamdulillah.

Monday 2 February 2015

073 # Rumahku Kuarters

Assalammualaikum.


Nampaknya, selepas ni penuh la blog ni dengan catatan deco rumahku kuarters. Tak dapat lagi nak merasa deco rumah sendiri (rumah belum siap). Apa salahnya kalau aku deco kuarters kerajaan macam rumah sendiri. Kan aku juga yang nak duduk dalam tu dan tak tahu sampai bila aku akan duduk situ.



Kuarters pun tak jenguk lagi, cuma booking dalam telefon jer. Macam mana lar keadaan rumah tu. Elok atau buruk aku terima dengan lapang dada. Dalam otak ni dah macam-macam agenda nak habiskan duit dok hasut aku. 



Yang pertama mestilah nak cat. Memandangkan kuarters selalunya dicat dengan warna putih, jadi aku tekad selepas survey segala bagai untuk mentemakan (wujud ker perkataan ni) bakal rumah aku dengan tema HITAM PUTIH. Cun macam Kak Ton tak?



Pendapat aku kan, duduk di kuarters bukan bermakna tak boleh deco. Macam suami aku cakap, ala sekejap jer. Mana lar dia tahu sekejap jer nak duduk situ. Entah-entah bertahun juga menapak di Langkawi. Siapa tahu kan?



Nak pastikan rumah aku nanti ikut tema HITAM PUTIH (campur sikit sikit warna pun ok), aku kena rancang apa yang patot aku buat.

  • Cat dinding dengan warna putih suci, dan mestilah senang dicuci.
  • Cat pintu sama ada putih atau hitam. Hitam pun cun. Putih menambahkan kesucian.
  • Langsir warna putih atau kelabu. Atau warna turqoise, atau purple. (Banyak atau sebab susah nak buat pilihan)
  • Cat perabot lama kepada warna hitam. (Kalau ada bajet lebih)
Bajet nak masuk kuarter ni pun boleh tahan. Macam nak masuk rumah baru. Almaklumlah, sebelum ni menyewa rumah yang dah fully furnished.

Aku target nak dapatkan
mesin basuh = RM 1500
peti sejuk = RM 1600
cat = RM 200
langsir = RM 200
dapur gas = RM 100


Allah, mudahkanlah.


 Sumber dari internet

Sumber dari internet