Monday, 2 February 2015

073 # Rumahku Kuarters

Assalammualaikum.


Nampaknya, selepas ni penuh la blog ni dengan catatan deco rumahku kuarters. Tak dapat lagi nak merasa deco rumah sendiri (rumah belum siap). Apa salahnya kalau aku deco kuarters kerajaan macam rumah sendiri. Kan aku juga yang nak duduk dalam tu dan tak tahu sampai bila aku akan duduk situ.



Kuarters pun tak jenguk lagi, cuma booking dalam telefon jer. Macam mana lar keadaan rumah tu. Elok atau buruk aku terima dengan lapang dada. Dalam otak ni dah macam-macam agenda nak habiskan duit dok hasut aku. 



Yang pertama mestilah nak cat. Memandangkan kuarters selalunya dicat dengan warna putih, jadi aku tekad selepas survey segala bagai untuk mentemakan (wujud ker perkataan ni) bakal rumah aku dengan tema HITAM PUTIH. Cun macam Kak Ton tak?



Pendapat aku kan, duduk di kuarters bukan bermakna tak boleh deco. Macam suami aku cakap, ala sekejap jer. Mana lar dia tahu sekejap jer nak duduk situ. Entah-entah bertahun juga menapak di Langkawi. Siapa tahu kan?



Nak pastikan rumah aku nanti ikut tema HITAM PUTIH (campur sikit sikit warna pun ok), aku kena rancang apa yang patot aku buat.

  • Cat dinding dengan warna putih suci, dan mestilah senang dicuci.
  • Cat pintu sama ada putih atau hitam. Hitam pun cun. Putih menambahkan kesucian.
  • Langsir warna putih atau kelabu. Atau warna turqoise, atau purple. (Banyak atau sebab susah nak buat pilihan)
  • Cat perabot lama kepada warna hitam. (Kalau ada bajet lebih)
Bajet nak masuk kuarter ni pun boleh tahan. Macam nak masuk rumah baru. Almaklumlah, sebelum ni menyewa rumah yang dah fully furnished.

Aku target nak dapatkan
mesin basuh = RM 1500
peti sejuk = RM 1600
cat = RM 200
langsir = RM 200
dapur gas = RM 100


Allah, mudahkanlah.


 Sumber dari internet

Sumber dari internet


No comments :