Saturday 12 November 2016

116 # First Step

Assalammualaikum.

First step?
Bismillahirahmanirrahim.

Semalam aku ke pejabat lawyer untuk sain S&P.
Ayah teman, suami di Langkawi.
Suami selalu jer tak ada masa aku nak urus rumah.Merajuk!


Aku harap ini adalah permulaan yang baik-baik sahaja untuk kami.
Puas sembang dengan kerani lawyer tu semalam.
Next, tunggu pemaju kol untuk isi borang LPPSA dan minta pengesahan guru besar.
Menurut kata lawyer tu, status loan akan tahu dalam masa dua minggu jer.
Ya ALLAH. Permudahkanlah.


Mungkin dalam empat bulan lagi boleh dapat kunci. Insha Allah.
Mak ayah aku eksited sangat. Macam-macam idea tercurah-curah ke ladang gandum.
Garu kepala anak depa ni!
Sempatlah aku beli barang sikit-sikit. Dapat kunci nanti boleh terus renovate.
Tak ada niat nak buat sado sado.
Cukuplah sekadar yang termampu.
Asalkan bahagia. Wah, gituuuuuuuuuu!




Moga Allah permudahkan.
Aamin.

Tuesday 1 November 2016

115 # Next Villa

Assalammualaikum.


Tiga minggu kebelakangan ini aku asyik ulang-alik balik Perlis. Memang betul-betul nekad kali ini. Insha Allah, ini pilihan yang terbaik. Sokongan daripada Mr Bos, mak ayah dan keluarga. Nekad tak mahu pandang belakang. Walaupun agak sedih untuk melepaskan villa pertama, tapi aku yakin, Allah bagi aku yang lebih baik selepas ini.


Tak mengapa.
Sekurang-kurangnya aku sudah banyak belajar dari pengalaman. 



*****


Alhamdulillah. Semalam aku sudah booking rumah tu. Ayah dan mak aku nampak gembira sakan. Kalau boleh, nak joget depan aku kot. Mana tak seronok, rumah anak dekat dengan rumah depa. Mak ayah yang beriya ulang-alik ofis pemaju. Punya lar beriya sangat nak anak depa duduk di Perlih tercinta tu. Mak ayah suka, aku lagi suka. Nasib baik suami memahami dan support. Terima kasih sayang. Next step, tunggu loan approved. Moga Allah permudahkan. Aamin aamin aamin.


Kenapa aku boleh nekad senekad-nekadnya kuasa 497 juta? Sebab aku buat pro dan kontra dengan tajuk "Rumah di Sungai Petani atau di Perlis". Sah sah aku Perlih menang. HAHAHA.


Sebenarnya, banyak sebab yang boleh heret aku buat keputusan ni. Dah lama rasa nak beli rumah di Perlih. Dah lama rasa nak jual rumah di SP. Tapi sebelum ni suami tak bagi green light. Tapi bila suami dah bagi green light, aku pun buka langkah sejuta! Nekad, tak nak pandang belakang (walaupun malam tu menangis sambil lap hingus kat bucu bantal sebab terkenang rumah SP nak kena jual hahaha).



Sejujurnya, rumah kedua ini memang jauh beza dari rumah pertama. Teramat berbeza. Senang cerita, dulu semi-d, sekarang teres. Nampak bukan? Luaran memang nampak dasyat sangat lekeh dia berbanding rumah dulu. Tapi, dalam hati aku ada taman yang orang tak nampak. Sangat bahagia. Lupa terus pernah ada rumah semi-d gated dan guarded, siap alarm, pagar lawa, rumah lawa, siap wiring aircond setiap ruang. Lupa terus segala perfectionist rumah tu sebab terlalu bahagia dapat gembirakan hati mak ayah!



Apa-apa pun, terima kasih suami yang sentiasa menyokong (walaupun lambat sikit haha). Moga ada sinar kebahagian buat kita dan keluarga di 'villa' baru kita nanti. Moga loan approved cepat-cepat. Senang nak tidur lena tak payah susah hati.




Friday 28 October 2016

114 # Rabbi Yassir Wala Tu'asir

Assalammualaikum.

Ya Allah.
Permudahkanlah.
Janga kau persulitkan.

Sibuk dengan urusan villa sejak dua menjak ni. Harap semuanya berjalan lancar.



Amin. Amin. Amin..



JOM CUBA HUNA!

Assalammualaikum.

HUNA adalah gabungan daripada HUMAN dan NATURE. Kedua-dua produk HUNA adalah berasaskan bahan semula jadi. Lulus KKM jadi tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk HUNA.


NO PARABEN
NO CHEMICAL
NO ALCOHOL
NO COLOURANT

Apakah produk-produk HUNA?
- Huna Glowing Bar (Sabun)
- Huna Aloevera Gel (Gel aloevera)



Apakah kandungan HUNA?
HUNA dibuat daripada bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin C dan E. Justeru, HUNA sangat membantu dalam merawat kulit secara alami. 

Kandungan HUNA Glowing Bar adalah seperti berikut :


Apakah kelebihan HUNA?
 HUNA Glowing Bar dan HUNA Aloevera Gel mempunyai banyak kelebihan. Ia bukan sahaja dapat mencantik malah turut merawat kulit yang bermasalah. Produk HUNA bukanlah seperti produk kecantikkan 'instant', HUNA merawat secara semula jadi. 





HUNA Glowing Bar
  • Mengecilkan pori
  • Kulit lebih gebu dan lembut
  • Menghilangkan parut
  • Membaiki tekstur kulit
  • Merawat masalah jerawat dan jeragat
  • Tona kulit lebih sekata
  • Wajah lebih segar dan berseri


HUNA Aloevera Gel
  • Merawat kulit bermasalah seperti ekzema dan ruam
  • Melembutkan wajah dan menambah seri wajah
  • Memudarkan parut
  • Melembapkan wajah dan kulit kering dan kusam
  • Melembutkan rambut
  • Boleh dijadikan based mekap
  • Boleh dijadikan pelembut ketika bercukur


Adakah HUNA lulus KKM?
Ya, produk-produk HUNA telah mendapat kelulusan KKM.




Siapakah yang boleh menggunakan HUNA?
Lelaki dan perempuan. 

HUNA juga adalah wudhuk friendly. Tidak perlu susah payah nak sental muka sebelum berwuduk.

Alhamdulillah, ramai telah mencuba dan berpuas hati dengan produk HUNA. Syukur sangat dan happy dapat bantu ramai orang mendapatkan semula kulit yang sihat.








Jom sama-sama kita menjaga kulit. Bebaskan kulit dari bahan kimia. Kesian kulit kita.

Sabun = RM35 (tidak termasuk postage)
Gel aloevera = RM35 (tidak termasuk postage)

COMBO SET
RM70 free postage

Murah jer...
WA : +6019 345 8264 (no call)
Pos setiap hari.


Saturday 1 October 2016

113 # Hantu IKEA!

Assalammualaikum.

Im currently addicted to IKEA. Hantu sungguh! Aku tak pasti siapa yang hantu. Aku yang hantu atau IKEA yang berhantu. Buat masa sekarang, aku rasa aku sudah jadi hantu. Hantu kepada duit. Kahkahkah.


Aku mula menceburi bidang berhantu ini sejak mula memiliki rumah sendiri. Sebelum ni, aku cuma hantu tidur jer. Masih aku ingat, suatu waktu dulu aku pelik tengok rakan sekerja menjadi hantu IKEA. Sudah sekarang aku pulak macam dirasuk apa pasal?! Memang, memang berhantu. Wajib cuci mata di website setiap hari. Semua aku rasa macam nak makan. Nyum nyum. 


Sejarahnya, aku mula menceburi pembelian dengan personal shopper sejak Disember tahun lepas. Masih ingat, benda pertama yang aku beli karpet Lappljung Ruta saiz kecil (RM120) dan kabinet tv Nittorp warna turqoise. Nampak sangat niat nak menonggeng depan tv lagi membuak dari aktiviti lain. Haha, tak senonoh perangai aku. Tapi sedihnya bila karpet tu out of stock dan akhirnya discontinued! Sob sob. Nasib dapat tv rack comel tu. Kalau tak, meleleh air liur terkenangkan.

Image result for lappljung ruta rug ikea
 Ini lar benda yang mula mula buat aku terjebak dengan IKEA.

Dua benda di atas aku beli dengan PS dari Alor Setar. Hantu IKEA dalam badan aku ni tak terhenti di situ sahaja. Aku makin galak weh! Aku order pulak dengan PS dari Perlis. Kali ini, aku sambar cadar dan comforter. Dua set! Aku makin galak, galak dan galak! Aku beli dengan PS dari Kulim pulak. Untuk kali ini, aku beli banyak sikit untuk dapur. almaklumlah, dapur hampir siap waktu tu. Aku beli set Bygel dan dish drainer. 


Paling kemuncak kegalakan aku ni bila suami sponsor. Laki belanja weh, ambil apa saja, dia belanja dengan kasih sayang. Melayang juga duit suami aku habiskan untuk order kali ini. Memang dasyat. Tak pandang dah benda kecil-kecil dan picisan. Aku kaut dan sauk barang bersaiz 10XL terus! HAHA. Katil, drawer, lampu, karpet dua ketul, meja makan, kerusi. Terima kasih Laki! 

Aku sangka aku sudah insaf. Rupanya insaf kejadah. Aku order lagi bila dapat gaji baru-baru ni. Empat atau lima barang juga aku beli, Haaaish! Anak Ramli tak macam bapak dia. Ketagih!


......


Untuk selepas ini pun aku sudah ada target. Aku nak Lappljung Ruta dengan Raskog turqoise. Agak memerlukan kesabaran menabung yang tinggi. Jom buat tabung babi ayam demi memenuhi impiana. Main kutu sorang sorang pun boleh asalkan aku menabung untuk IKEA.

Saturday 25 June 2016

112 # Hunting Lailatul Qadar

Assalammualaikum.


Mencari,
dirobek dada malam-malam terakhir ini
menapak dalam kelam kabus malam
aku raba dan terus meraba
mana tahu saat itu menyapa dalam diam
mana tahu, saat itu untuk aku diam diam.


mencari-- 


Entah malam ini, esok atau nanti
aku kurang pasti
yang pasti aku mesti terus mencari
bukan berlari menyimpan diri dalam guri
siapa dapat dia lucky
malam yang semua rebut hendak gari di hati
sangat misteri.



Tuhan Rabbi Maha Mengetahui
tolong gari hati ini,
biar dapat jumpa si misteri itu.

Langkawi 25062016


Friday 10 June 2016

111 # Projek Dapur : Part 3

Assalammualaikum.


Rasa macam lama sangat tunggu kitchen cabinet siap. Cerita aku pun dah sampai Part 3, tapi tetap tak siap siap lagi. Mak ayah dan adik aku mula nak membahan aku. Buat kabinet dapur macam cerita telenovela, lama sangat kata depa. Kedai yang ayah aku tengah buat untuk abang aku pun hampir siap, tapi kabinet dapur aku belum siap. Terus depa gelak! Ceh! Membandingkan sebuah kedai dan kabinet dapur memang agak kelakar.


Ala, ini kes kelainan upaya sebab tuan dia di pulau. Tunggu cuti, memang pelbagai macam lar lambatnya. Memang masa booking pun aku sudah berkira-kira dengan orang kabinet tu. Aku sendiri minta nak buat bulan Mei sebab masalah bermastautin di tempat orang. Book bulan Februari, nak buat bulan Mei. Alhamdulillah dia boleh terima dan aku masih beruntung dapat harga offer. Tapi lama semacam macam telenovela Indonesia itu memang betul, tak boleh sangkal walau dengan tapak tangan Shin Chan. Kalau aku tak ada masalah, orang kabinet dapur tu cakap dalam masa sebulan jer siap. 


Bila duduk di pulau, hendak balik Sungai Petani sangat perlu bercinta. Kalau setakat balik Kangar, macam rebus kacang kuda jer. Sebab tu aku jarang balik SP, lebih banyak balik rumah mak ayah aku jer. Sudah lar makan macam raja di rumah mak, balik SP kena makan luar sebab dapur belum siap. Jenuh atur kedai dan meleburkan fulus.


****

Buat kabinet dapur dengan If Kitchen ni agak renyah sikit sebab tile dinding perlu cari sendiri. Yang lain alhamdulillah disedia, cuma sediakan duit, maka mereka pun bersedia untuk buat. Inilah dikatakan duit berkuasa, tanpa duit kita tak bahagia. Ehh!

Beli tile kat kedai ni. Murah murah jugak. Kedai ni kat Perlis jer.


Ini tile yang aku pilih. Ikut hati aku nak putih suci. Tapi aku tengok tile ni ada promosi jadi aku grab yang ni. Tak berapa putih, lebih kurang macam krim sikit. Harganya RM4.10, saiz 2kakix1kaki. Not bad. Total semua masih under bajet.


Untuk wall tile, aku pilih cha-ya-nun-alif. Entah kenapa rasa macam yakin lebih sikit, setelah beberapa tukang orang kita buat kerja macam tak faham konsep KEMAS, dan TELITI! Buat aku hot, dan akhirnya pujuk sendiri hati sendiri. Alhamdulillah, memang puas hati. Kerja kemas dan teliti, jauh beza dengan cara kerja orang kita. Ada tambahan duit sikit sebab dia kena ubah plug, kalau tak nak plug tu nampak macam pusat tenggelam dalam perut buncit. Tapi last last dia cakap tak payah bayar. Kau tengok orang depa kerja macam mana. Orang kita, aku minta buang plug seketul jer sebab kesilapan faham pihak dia, aku pulak kena cas. Orang kita juga aku minta ubah paip masuk ke dalam sikit (dengan kerja macam taufan), juga sebab kesilapan pihak dia, pun kena cas RM150 lagi. Tepuk dahi! Jadi sekarang, apa apa aku rasa baik aku cari orang depa. Hati pun menyanyi senang!



Puas hati. Daripada tak senonoh kepada diva.

Ini kerja tak senonoh tukang paip tu sebelum cina tu pasang tile.


Bila sudah siap mak nenek benda alah tu, team If Kitchen datang bawak sebijik lori dan dua bijik kereta kapcai. Mak ai, terkejut aku sebab ramai sangat. Hari tu, rumah aku macam ada kenduri. Meriah semacam padahal team If Kitchen jer. HAHA. Tengok bilangan team members yang datang tu macam boleh siap hari tu juga. Rupa-rupanya masih ada liku dan onak duri perlu kami tunggu. Hari tu cuma datang pasang kabinet dan pintu. Table top, hood dan hob, sink dan faucet akan datang hari lain. Deyy tambiiiii ! Baru berangan masak laksa ikan sekoq pakai dapur baru!






Tak mengapa, asal sudah nampak rupa dapur pun buat aku ciwi tak habis. Asyik nak pergi tengok dapur jer. Lepas tu duduk berangan lima minit. Ciwi petala kelapan. Lepas depa team If Kitchen siap pasang, aku dan suami pergi check. Ada sikit sikit defect tapi masih boleh cover. Nanti dah complete defect tu akan tak nampak di mata mata manusia. Cuma menjadi kenangan di mata aku dan suami. Miahahah.

Acah-acah cuci ikan. Sebenarnya nak test kependekan aku. Yang bawah boleh capai, yang atas tu macam tak berapa nak cukup inci. Small matter jer!

Table top belum letak. Korang rasa apa pilihan warna table top aku?

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan aku?

Dua tiga hari lepas tu, tukang batu pulak datang rumah untuk ukur table top. Sepatutnya dia nak datang sehari selepas team If Kitchen datang. Tapi aku dan suami sudah dalam perjalanan balik Perlis. Sikit kilometer lagi nak sampai Perlis. Lambat sikit jer apek. Kalau tak mungkin dapat aku tengok depa pasang table top tu. Alhamdulillah syukur.

Cepat lar siap. Tak sabar nak tengok. Rasa macam menunggu saat nak beranak. Permudahkanlah ya ALLAH.

Sunday 5 June 2016

110 # Mak Ayah

Assalammualaikum.

Hening pagi hari ini, aku rasa macam sayu sangat. Entah kenapa.


Aku selalu terfikir, apakah nasib aku tanpa mak dan ayah suatu hari nanti. Pasti tiada siapa lagi akan sayang aku setimpal mereka. Membela aku dalam susah dan senang.


Pasti aku merindu alunan Alquran ayah ketika tahajud. Pasti aku merindu alunan AlMulk emak sebelum tidur. Pasti aku terngiang ngiang dalam mimpi semua macam itu.


Aku pasti rindu,
Suara lembut ayah, yang tak pernah sekali pun pukul, bahkan menjentik aku. Lelaki yang paling win dalam hidup aku. Sabar dia, baik dia, tabah dia, segala galanya lah! Lelaki yang penuh rahsia dalam membesarkan kami.

Dulu, ayah jarang beli baju baru. Kami selalu marahkan dia sebab pakai baju buruk. Bila dah besar, baru aku tahu, betapa susah sangat hendak beli satu baju baru. Entah entah, ketika aku "mengata" dia dulu, ketika itu mesti dalam hati dia meronta ronta hendak baju baru. TAPI, didahulukan anak anak dalam segala hal. Kenapa baru sekarang aku faham?

Ayah win! Ayah hebat!
Aku fail. Haih.

Aku pasti akan rindu mak,
Bila dia mengaji, terasa tenang jiwa aku. Aku masih terngiang lagi, dulu, (cerita sebelum kawin) aku selalu tidur dengan mak kalau adik aku tidak balik. Mak akan baca Almulk ditepi aku sebelum tidur. Damai dia, tenang dia, sayu dia, pergh! Sangat rindu.......

Lepas maghrib, rumah kami mendayu dayu alunan Alquran, paling jelas dari mak. Ya Allah, dia baca quran memang sedap. Tak boleh lawan. Rindu. Sangat rindu. Sebab tu, tiap kali balik rumah mak aku akan curi curi dengar mak baca quran. Kadang kadang aku pergi duduk sebelah mak, dengar mak mengaji. Suasana yang paling mahal aku nak dapat.


Haih.
Entri ni memang tak ada isi penting,
Tapi ada dua perkataan yang sangat penting.
MAK dan AYAH.

Panjangkan umur mak dan ayahku, Allah.
Aminnn.



Thursday 2 June 2016

109 # Serbu Miyao Toki

Assalammualaikum.

Kilang Miyao Toki buat sale lagi. Sebelum ni aku tengok dan simpan niat jer sebab sale jatuh waktu aku masih di Langkawi. Tapi sale kali ini aku rasa tak boleh biarkan jiwa aku merana lagi. Kebetulan aku memang nak balik Sungai Petani. Terus lajak ke Kulim.



Dan akhirnya, sampai juga aku dan Encik Suami di Miyao Toki. Waktu aku sampai tu, orang tak ramai sangat. Cuma panas lit lit habaq hang. Tak mengapa, pinggan mangkuk punya pasal! Tak mengapa sekadar biarlah ketiak aku basah sekejap.


Sampai sampai jer, aku pergi area pinggan mangkuk yang bercorak dulu. Apakah tidak begitu bertuah, pinggan yang aku nak nak dan nak tu tidak ada. Aduh frust! Aku mula pening kepala. Nak pasang plan lain pulak jenuh memikior sampai satu juta.


Akhirnya, aku menyambar jer mana berkenan. Meowww~!




Komen dan pandangan :
Harganya memang murah, tengok sekali rambang mata. Tengok banyak kali rasa macam taknak pulak. Banyak pinggan reject, sumbing, berbintik bintik. Hendak dapat sekeping pinggan cun lawa bak pauh dilayang tu sangat memerlukan ketahan mental dan fizikal. Bak kata orang, hendak seribu daya, kalau hendak pinggan macam Mok Cun, mestilah tidak menyumpah di dalam hati dan kental ketiak basah.

Daripada nak beli 10 pinggan, aku cuma tahan ketiak basah untuk cari empat sahaja. Penat wooo. Itu pun aku dah check setiap pinggan tu sampai habis, dan cuma dapat empat keping tanpa OKU.

Apa apa pun, sila pergi sendiri.

Friday 27 May 2016

108 # Holiday Mood

Assalammualaikum.


Yeay. Holiday mood is on! Holiday bermula maka menjadi semulalah aktiviti memberi duit kepada tokeh kedai, tokeh tol dan tokeh minyak. Moga tidak menjadi jadi dan akhirnya jadi gila sudah. Sebab aku sudah menyenarai beberapa aktiviti luar faedah yang bagi aku tersangat awesome. Seperti, bercanda dengan durian Balik Pulau, menyambar beberapa pinggan dan mangkuk di Kilang Miyao Toki, dan cuci mata di SSF. Aku tahu, aktiviti aku ini memang nampak macam entah apa apa. Tambah tambah bagi suami aku. Tapi bagi aku memang sangat pergh!


Nanti aku update kalau termakbul planning aku ni. Kalau tidak terlaksana, aku mohon engkau lupakan agar aku tidak update sambil menipu. Nanti kau percaya aku pula berdosa. 


Oklah, nak keluar pergi cari tile. Almaklumlah, dapur kita sedang dalam progress untuk menjadi diva. Aku harap sekadar cukup menjadi diva di hati kami sekeluarga. Demi mencapai misi dan visi kami, "minimalist". Biar simple dan bajet, asalkan membawa rahmat. Chewah! 


Friday 22 April 2016

107 # Conteng Random

Assalammualaikum.
Yeay! 
Weekend comes again.


Minggu ini adalah minggu stress. Stress dengan kerja yang makin merapu. Cikgu hari ini banyak buat kerja lain yang merapu daripada fokus untuk mengajar. Mereput buat kelas abad 21 sampai terabai budak budak. Apakah? Itu pun tak siap siap, tiba tiba datang arahan lain pula. Menyampah aku! Nak menyahut seruan entah apa apa tu bukannya pakai


Minggu depan cuti 1 Mei which is labour day. Semestinya nak balik makan harum manis dengan pulut mak masak. Ya Allah terliurnya. Mak pun dah ready harum manis untuk anak dan menantu dia. Yahooo! Sayang mak ayah ketat padat! Macam ini lah mak dan ayah aku. Setiap tahun mesti akan reserve harum manis untuk anak-anak. Kalau tak dapat balik, pos laju jadi mangsa. At least, semua anak dapat rasa. Alhamdulillah, syukur Allah kurniakan rezeki mak dan ayah yang baik.


Merindu teratak kecil di Sungai Petani. Apa khabar agaknya rumah tu. Sabar yer our first home, nanti kami balik. Nak mekap kau cantik cantik perlukan kesabaran dan wang. Kami sedang menabung, biar sikit lama lama menuju kejayaan. Biar kosong sekarang, nanti kau anggun macam villa. Cuma target sekarang adalah kitchen area. Ada beberapa barang perlu masuk dalam list. Harap our first home bersabar. Padahal tuannya yang tak sabar hendak deco.


Aku perlukan beberapa idea dan banyak wang untuk kitchen area. Sebab perlu banyak wang, jadi proses perlu slow motion sikit agar wang dapat beranak dengan takdir Tuhan. Grrr. Untuk kitchen area, aku perlu mengorat beberapa barang. 


1.  Wall panel
Mungkin wallpaper atau cermin atau apa apa sahaja yang tiba tiba nampak cantik dan suci di mata aku. Itu tak penting. Boleh buat sikit sikit bila Tuhan takdirkan duit jatuh ke riba.


2. Vinyl floor
Aku rimas dan tak boleh terima tile di kitchen area aku sekarang. Kotoran susah betul hendak nyah. Aku sental sampai pecah lemak pun tak mahu keluar. Sebab itu aku rasa macam hendak tukar tile lain. Tapi bila minta quotation termasuk harga tile dan pecah tile sedia ada, mau mencecah seribu ringgit malaysia. Pengsan. Jadi aku cari alternatif lain. Lebih murah tapi cun macam diva. Insha Allah.


3. Rak pinggan
Aku tak berkenan dengan rak pinggan yang orang kabinet dapur nak bagi. Tak suka jenis built in rak pinggan. Sebab selera aku jenis berubah-ubah. Dah kalau statik dalam kitchen cabinet, macam mana aku nak ubah letak tempat lain nanti. Dan bagi aku, built in dish drainer dah macam design lapuk (icon monyet tutup mulut dengan tangan). Banyak sangat songeh aku kan. Padan muka kena cari dish drainer sendiri lepas tu mula nak pening nak letak kat mana. Padan muka aku!


4. Lampu LED
Lampu ni macam tak berapa penting. Tapi nak juga masuk dalam list sebab harga masih mampu milik. Sebiji dalam RM15-20. Berseri sikit dapur tu nanti. Berangan.


5. Bar table dan bar stool
Yang ni rasa macam nak diy dengan suami jer. Mungkin akan usha tukang besi, kedai kayu, ikea dan kedai perabot. Kejayaan diy ini diukur dengan kemampuan untuk menjadi rajin. Jadi doa doakan aku rajin kalau nak tengok bar table aku menjadi bar table, bukan jadi barboon (icon monyet tutup mata dengan tangan).


Tak sabar nak cium bau Villa Cinta kami. 
Ok, bai.


i love u
A sweet husband hijacked my laptop while Im preparing food. Sayang nak padam. So jangan muntah. I love you too.

Monday 11 April 2016

106 # Sungai Petani atau Perlis?

Assalammualaikum.

Soalan macam ni sebenarnya sudah lama menari-nari joget di fikiran aku. Sejak aku booking our first house, sejak tu aku selalu tanya diri sendiri. Betulkah pilihan aku. Dan tup tup lebih dua tahun berlalu dan our first house pun dah siap. Memang teruja. Tapi aku masih tertanya tanya seperti dulu.


Nak ikut hati, 
Aku nak duduk kat Perlis. Lain sangat rasa bila di Perlis dan di Sungai Petani. Aku rasa aku alone dan nothing bila di Sungai Petani. Aku makin rasa keliru dan 'semak' bila saban hari aku dengar cerita jenayah di SP. Aku fikir dalam hati "Ini kah tempat untuk mencari ketenangan? Yang setiap hari ada jer orang kena rompak, kena pecah rumah, kena bunuh." Aku fikir lagi "Ini kah tempat aku nak besarkan anak-anak nanti? Nak kurung anak dalam rumah sebab takut dengan persekitaran?" OMG! Kritikal sangat fikiran aku ni.



Makin kerap aku balik SP, makin aku kenal SP yang sebenar. Makin bertambah cinta dan sayang aku kat negeri kelahiran sendiri. OMG aku tak tahu nak cakap. Dengan jem yang aku sangat benci nak hadap, dengan perasaan sunyi yang aku rasa bila duduk kat sana tanpa famili yang boleh geletek ketiak sama-sama. Dalam masa yang sama, aku sayang our first house. Serius aku sukar mentafsir perasaan sekarang.



Kalau ikut hati sekarang (bukan yang dua tahun lepas), aku memang mengharap aku mampu beli our second house di Perlis. Aku tak sabar nak duduk rumah sendiri di tempat kelahiran aku. Kalau rindu masakan mak, anytime boleh drive pergi rumah mak. Atau petang petang pergi rumah Dekja main tepi sawah. Atau ajak abang dan ayah menngai ikan puyu tepi petak. Tapi aku cuma mampu simpan dalam hati semua angan-angan ni. Apatah lagi suami aku tak sokong langsung. Mungkin dia tak rasa apa yang aku rasa sebab SP kan tempat dia.


OMG! Aku punya perasaan keliru ni macam datang dari syaiton gemuk.
Astagfirullah.


Saturday 9 April 2016

105 # Projek Dapur : Part 2

Assalammualaikum.

Sambungan kisah projek dapur untuk Villa Cinta. Al kisahnya, aku ternampak iklan gebabom merobek jantung di facebook If Kitchen. Aku naik eksited macam migrain 5 hari pun ada. Kabinet dapur 12 kaki with granite top and glass door boleh dapat dalam harga RM4999. Setakat yang aku pernah survey RM3000 jer dah lost untuk top konkrit biasa tu. Belum lagi masuk harga pintu. Kalau habis murah pun type melamine. Itu pun dalam lingkungan harga RM3000 - RM4000. Tapi iklan tu memang menggugat jantung. Granite top dan glass door. Mahal kot granite top...! Glass door pun sama, lagi mahal dari melamine. Hurm, bunyi macam menarik. Aku bincang dengan husband.


Lastly, aku pun set appoinment dengan En Faiq, promoter If Kitchen di showroom depa. Sembang pong pang pong pang. Siap ketuk kabinet, ketuk sinki, buka tutup paip air, buka pintu kabinet. Paling jakun, main soft close. Tak pernah laki bini jakun ni ada kabinet canggih cenggini. Kat rumah kami jenis asal tutup laju jer terus bunyi 'kedegang'. Bergema satu rumah. Sebab tu jakun main soft close sebab bila tutup jer pintu tu dia akan gerak slow motion macam biawak hendak melintas jalan.


And then, kami laki bini pun setuju nak ambil If Kitchen untuk buat kabinet dapur rumah kami. Malas fikir dan malas dah nak survey. Lagipun If Kitchen ni dah cover banyak projek, milik orang Melayu kita jer. So, I support Melayu! 


Kalau ikut quotation yang En Faiq buat, RM++++ adalah basic price. Laki aku request nak soft close untuk pintu dapur. Almaklumlah jakun. Hehehe. Tapi aku rasa soft close ni memang penting memandangkan pintu tu jenis glass. Nanti dapat kat tangan aku yang lemah gemalai sangat ni, tak sampai seminggu pintu tu boleh pecah. Lepas tu mula lar nak merajuk belakang tirai! So kena tambah RM250. Mahal beb!


Kami minta hood dan hob dari If Kitchen juga. Malas lar nak pergi survey tempat lain pulak. Lepas tu ducting system semua tu nak kena request dengan If Kitchen juga. Renyah. Ada jiran nasihatkan jangan ambil hood dan hob dengan If Kitchen sebab function dia tak berapa tip top. Hurm, hentam jerla. Harap harap yang aku punya okeh lar. Tak kuasa aku nak tawaf kedai lagi. Hood hob kena tambah RM1400. Ducting and hole lagi tambah RM200. Plumbing pula kena tambah RM260 sebab nak ubah kedudukan asal sinki ke tempat baru. 


Bila dah tambah itu tambah ini, hati sudah berdebar macam jumpa cinta pertama. Berdebar nak tahu harga baru. 

Wednesday 16 March 2016

104 # Kipas Remote Atau Regulator?

Assalammualaikum.

Kipas remote atau regulator?
Sebelum beli kipas, setiap hari aku main baling dadu (tipu). Susah kalau ada banyak pilihan. Senggara nak buat keputusan. Sama ada nak ikut poket atau syaiton. Kalau nak ikut syaiton mestilah syaiton suruh aku pilih kipas remote dengan lima kelajuan. Kalau nak ikut poket (ukur nafsu dipoket sendiri) ambil kipas regulator tiga bilah biasa tu jer. Ikut suami pula, mestilah kipas tiga bilah tu dia vote 10 bintang. 


Pikir bagai nak pecah kepala. Akhirnya, aku buat keputusan yang adil lagi saksama. Dua dua jenis aku beli. Nanti kita tengok yang mana lagi bagus. Kipas remote 3speed aku beli tiga untuk letak di ruang tamu dan dapur. Nak letak kipas di dapur pun penuh drama. Suami cakap orang tak letak kipas di dapur. Tapi aku memandang ke hadapan (dasar pandang ke timur kan). Nanti nati, takkan nak usung cawan kopi minum di dining hall. Ada sikit ruang minum kopi di bawah angin kipas sepoi sepoi, sambil pandang ke luar, baru fefiling rumah mewah istana batu. Apalah suami. Suka memandang kecil dengan rumah sendiri.


Kipas regulator tiga bilah yang biasa tu aku letak di setiap bilik. Bilik bilik rumah aku agak panas sebab mengadap matahari petang. Kalau aku teruskan niat mengikut syaiton, mesti syaiton gelak kat aku sebab malam malam tak boleh tidur kepanasan. Aku pilih kipas reguator sebab 5speed. Buka kelajuan ketiga pun dah macam kipas helikopter. Kalau musim panas, aku buka kelajuan kelima. Serius kawasan rumah aku tu panas. 


Kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua kipas ni, aku vote 100 bintang untuk kipas regulator tiga bilah yang biasa tu. Angin pergh! Sukar diungkap dengan kata-kata. Kipas remote tu angin macam tiup dengan mulut sendiri jer. Padahal brand Panasonic. 


Ini kipas Panasonic 5 blades. Kelajuan 3 speed. Aku beli kipas ni dengan dealer Panasonic Sungai Petani, Panashop Radio kalau tak salah nama kedai tu. RM350 (termasuk gst). Mungkin tempat lain lagi murah. Aku tengok Lazada jual pun RM320. Aku minat sebab warna hitam dan brand Panasonic.


Ini pulak kipas untuk dapur. Yang ni aku ambil yang biasa biasa jer. 5 bilah dengan 3 speed jugak. Jenama Milux. Harga RM190. Aku beli kat Kedai Lampu Mega Advance Jitra. 

Kipas macam ni aku letak kat semua bilik. Masterbed room pun kipas ni jugak. Perfomance memang tiptop dari remote fan. Laju macam nak tercabut ceiling rumah aku tu. Asalnya nak beli yang warna gelap. Tapi kena order. So, putih pun boleeehh. 


Kalau sesiapa nak beli kipas KDK, aku suggest kedai Him Giap Enterprise kat Taman Patani Jaya. Harga kaw kaw murah. RM138 untuk kipas biasa tu. Kalau yang lima bilah with remote pun boleh dapat RM276. Murahkan. Layanan pun tip top. Siap hantarkan kipas sampai bonet kereta. 


TIPS : Kalau bajet korang tak berapa besar, jangan mengada ngada nak beli barang ikut napsu. Lepas ni jenuh makan hati dengan diri sendiri. Buka kipas yang mahal tu pun dah tak rasa weh. Yang penting, jangan ikut orang. Merana weh kalau nak berlawan dengan orang.


Ok, bai.

Him Giap Enterprise Sdn Bhd
40 & 42, Lrg 17, Tmn Patani Jaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Phone : 04-4236 868

Tuesday 15 March 2016

103 # Projek Dapur : Part 1

Assalammualaikum.

Mula survey kabinet dapur waktu baru beli rumah. Ciwi tak boleh belah. Hari hari buka google, hari hari usha kitchen orang. Bila pikir balik, rasa macam ek eleh lah kau ni minah ketot.  Buang karan ja.

Bulan Disember hari tu, aku dan suami memang aktif senaman kaki. Masuk show room keluar show room. Pergi fair sana sini. Rajin survey tak mencerminkan poket berkepuk, tapi kerja ni adalah kaedah memilih benda yang paling jimat. Nah kau. Keluar ayat tesis.

Bukan murah weh nak buat kitchen cabinet. Pernah rasa pasrah. Ajak suami hidup tanpa kabinet dapur. Aku pasrah, suami lompat hooray hooray. Selamat duit. Ceh!


Waktu pergi homefair kat Amanjaya Mall Disember hari tu, aku berhenti dekat booth If Kitchen. Sempena fair tu, diorang buat promotion RM90 sekaki untuk quartz stone dan granite table top. Mata aku blink blink. Keluar bunga bunga kat hati. Yerla, setakat aku dah survey sebelum ni, paling murah pun RM200 sekaki. Kami laki bini sempat juga borak borak dengan staf dia. Buat quotation secara rambang untuk pattern yang kami nak (pattern ikut nafsu) dapat RM10k. Macam agak murah untuk harga kabinet dapur Lshape 10x5kaki, ada tall unit, qranite/quartz table top, acrylic door. Aku jauh pengsan.

Quartz stone dan granite yang sekaki RM90. Tak banyak pilihan. Kalau nak warna lai, harga jadi RM260 sekaki.

Tapi aku tak gelojoh. Aku sabar (padahal dok nangis tepi bucu langsir tiap tiap malam). Macam nak kena survive sangat kalau kami ambil yang RM10k tu. Almaklumlah, kaya sangat. Hehehe.


Aku balik rumah, pulun survey lagi. Aku tak rasa kaya sangat nak beli kabinet daour RM10k. Wooohhhoi, pergi umrah pun lepas. Duniawi jer semua ni (aku pujuk hati).



Dah tu... apa jadi?
Bersambung Part 2 nanti pulak yer.

Monday 29 February 2016

102 # Al Fatihah

Assalammualaikum.
29 Februari 2016

Tak berapa mengenali, tak pernah bersua sejak berkahwin dengan suami. Tapi dengar cerita tentang dia pun dah boleh agak dia seorang yang baik. Tabah, tidak mahu menyusahkan orang lain. Kesayangan arwah bonda. 

Benar kata orang, orang baik selalu akan 'pergi' dulu. 


Tenanglah abang Syafiq di sana. Al Fatihah.
1984 - 2016.

be in my husband's heart forever

Friday 26 February 2016

101 # Kisah Pencarian Lampu

Assalammualaikum.

Mencari lampu impian kalbu memang betul betul mencabar. Letih badan wooo. Tambah tambah menturut hati manusia jenis aku, yang mahu pada benda yang dia mahu. Mahu betul betul. Mampus.


Prinsip aku bab lampu, nak yang simple but handsome, unik dan kelainan. Tapi bila masuk jer kedai aku asyik pandang lampu tak menturut hati. Tak kenan langsung. Mula mula tawaf kedai-kedai lampu di kampung aku, Perlis. Ada yang berkenan tapi harga tak boleh belah. Ada yang harga boleh dipinang tapi tak uptodate. Aku rasa nak luruh rambut fikir tentang lampu. Lepas itu, aku ajak suami tawaf di Sungai Petani pula. Makin complicated. Ada lima kedai lampu. Aku nak pergi tengok kat semua kedai tu dulu tapi taknak beli. Sebab aku jenis rasa was was kalau terus beli tanpa survey. Nanti kemudian aku menyesal, lalu salahkan takdir. Chewah ayat.


Dalam kelima-lima kedai tu aku cuma berkenan dengan downlight dan lampu porch. Yang lampu porch tu pun aku paksakan diri aku untuk beli sebab macam dah tak larat nak survey. Tak ada la cantik menarik tertarik sangat. Kau bayangkan weh. Dalam banyak banyak kedai, dua lampu jer aku terberkenan. Aku beli mana yang aku nak dulu. Kemudian aku teruskan misi mencari sampai aku naik fade up. 



Aku target nak lampu ni untuk ruang tamu tapi tak jumpa jumpa. Jodoh tak ada macam mana aku nak pinang. Aku terjumpa facebook satu kedai tu yang jual lampu ni. Terus aku ajak suami pergi cari kedai tu. Memang tak ada jodoh sebab kedai tu dah tutup. Apasal kau tutup! 



Untuk lampu pagar, aku aim lampu macam ni. Aku berkenan sangat padahal biasa biasa jer. Pun tak ada jodoh. Tak jumpa pulak lampu macam ni. Aku dah mula fade up. Tak larat weh, lenguh satu badan. Last last aku ajak suami balik Perlis, tersinggah pula kat kedai lampu di Jitra. Tetap hampa dan hampeh. Lampu-lampu yang aku nak tu tak ada. Aku frust tonggeng. Tapi sedikit boleh ditahan bila tengok harga di kedai lampu tu macam agak murah. Mega Advance Jitra. Aku pun paksa diri beli lampu pagar dan lampu hiasan. Lepas tu aku ambil sebiji kipas lima bilah jenama Milux untuk letak di dapur. Ada offer katakan. Lets grab the chance. Hehe.


Ok di sini aku senaraikan beberapa kedai lampu yang korang boleh terjah. Semuanya ada kelebihan sendiri. Yang penting, jangan memilih macam aku. Nanti muntah hijau, mabuk lampu. Erk.

Area Sungai Petani
Bright and Bright (Lagenda Heights)
Amethyst (Taman Tuanku Hamimah)
Vision (Lagenda Heights)

Area Jitra
Mega Advance (dekat pekan Jitra)

Area Perlis
Juta Electric (dekat mahkamah)
Kedai lampu tak ingat nama hehe (Jalan Sekolah Derma)


Saturday 20 February 2016

100 # Awning Untuk Backyard

Assalammualaikum.

Ok. Hari ni aku nak coretkan sikit cerita tentang awning kat backyard belakang rumah kami. Awning tu aku dan suami decide nak letak sebab time hujan akan tempias kena laundry area, sampai lencun mesin basuh. Kompem sangat. Kalau ada awning, dapat lar laundry area tu hidup seperti insan lain. Lagi pun, kalau ada kenduri ker, nak lepak ambil angin kus kus belakang rumah ker, boleh lar bersila kat area tu. 

Kalau nak sidai kain, lepas tu tinggal dan pergi jalan jalan makan angin pusing dunia macam tak berapa sesuai sebab awning tu tinggi. Memang kompem lar tempias. Lupakan jerla angan angan nak tinggalkan baju time hujan.


Waktu nak buat awning ni, aku ada google cari pattern awning yang cun di hati aku. Biasalah, apa apa mesti aku cari google. Tapi google tak pernah pula nak cari aku. Pelik betul. Time aku google tu, macam macam pattern pula yang muncul. Dah la muncul depan mata, cun pula, harga mahal tak boleh belah. Betul la kata orang, yang cantik semestinya mahal. Sumpah aku berkenan sangat dengan awning polycarbonate. Moden dan simple. Tapi harganya, RM20-25 sekaki. Nah kau. Bagi kaki ni baru tau :P

sumber : google

Banyak jiran aku pasang awning macam kat atas ni. Aku ni kalau boleh taknak lar ambil awning melengkung. Boring lar satu taman sama jer. Dah lar jenis sama, warna pun sama, tiang pun sama. Nampak macam rumah adik beradik jer hehe. Aku jumpa awning lurus tapi tiangnya bentuk pergola. Pergh. Menggugat iman dan nafsu. Jadi aku dah set dalam otak ni nak minta quotation untuk kedua-dua jenis awning tu.


Untuk awning melengkung sekaki Rm5. Untuk awning pergola sekaki Rm10. Suami aku terus setuju. Bapak hai, tak sempat nak fikir. Rm5 untuk awning melengkung memang dah murah sangat. Untuk pergola ni aku tak berapa pasti. Aku pun ikut jer suami aku. Setuju dan tak sabar tunggu awning siap. 

Ini lar pergola aku. Penat jer buat pergola tengok tengok kena halang dengan palong air. Kahkahkah. Tapi aku suka. Puas hati dengan pilihan sendiri. Tapi workmanship kureeeng.

Ini gambar in progress. Simple jer. But I loikeee. Simple is nice. Ceh, puji ketampanan rumah sendiri dalam diam!

Bintang : 3.5 bintang
Total duit melayang : RM1100 (termasuk palong)
Komen positif : Suka sangat sangat sebab tak jadi kembar dengan jiran jiran. Less is more.
Komen negatif : Pemasangan kurang kemas. Budak budak ni memang nak kena babab! Nasib tauke sudi datang semula untuk kemaskan mana yang aku tak puas hati.

Alhamdulillah. Syukur.