Showing posts with label kabinet dapur. Show all posts
Showing posts with label kabinet dapur. Show all posts

Friday, 10 June 2016

111 # Projek Dapur : Part 3

Assalammualaikum.


Rasa macam lama sangat tunggu kitchen cabinet siap. Cerita aku pun dah sampai Part 3, tapi tetap tak siap siap lagi. Mak ayah dan adik aku mula nak membahan aku. Buat kabinet dapur macam cerita telenovela, lama sangat kata depa. Kedai yang ayah aku tengah buat untuk abang aku pun hampir siap, tapi kabinet dapur aku belum siap. Terus depa gelak! Ceh! Membandingkan sebuah kedai dan kabinet dapur memang agak kelakar.


Ala, ini kes kelainan upaya sebab tuan dia di pulau. Tunggu cuti, memang pelbagai macam lar lambatnya. Memang masa booking pun aku sudah berkira-kira dengan orang kabinet tu. Aku sendiri minta nak buat bulan Mei sebab masalah bermastautin di tempat orang. Book bulan Februari, nak buat bulan Mei. Alhamdulillah dia boleh terima dan aku masih beruntung dapat harga offer. Tapi lama semacam macam telenovela Indonesia itu memang betul, tak boleh sangkal walau dengan tapak tangan Shin Chan. Kalau aku tak ada masalah, orang kabinet dapur tu cakap dalam masa sebulan jer siap. 


Bila duduk di pulau, hendak balik Sungai Petani sangat perlu bercinta. Kalau setakat balik Kangar, macam rebus kacang kuda jer. Sebab tu aku jarang balik SP, lebih banyak balik rumah mak ayah aku jer. Sudah lar makan macam raja di rumah mak, balik SP kena makan luar sebab dapur belum siap. Jenuh atur kedai dan meleburkan fulus.


****

Buat kabinet dapur dengan If Kitchen ni agak renyah sikit sebab tile dinding perlu cari sendiri. Yang lain alhamdulillah disedia, cuma sediakan duit, maka mereka pun bersedia untuk buat. Inilah dikatakan duit berkuasa, tanpa duit kita tak bahagia. Ehh!

Beli tile kat kedai ni. Murah murah jugak. Kedai ni kat Perlis jer.


Ini tile yang aku pilih. Ikut hati aku nak putih suci. Tapi aku tengok tile ni ada promosi jadi aku grab yang ni. Tak berapa putih, lebih kurang macam krim sikit. Harganya RM4.10, saiz 2kakix1kaki. Not bad. Total semua masih under bajet.


Untuk wall tile, aku pilih cha-ya-nun-alif. Entah kenapa rasa macam yakin lebih sikit, setelah beberapa tukang orang kita buat kerja macam tak faham konsep KEMAS, dan TELITI! Buat aku hot, dan akhirnya pujuk sendiri hati sendiri. Alhamdulillah, memang puas hati. Kerja kemas dan teliti, jauh beza dengan cara kerja orang kita. Ada tambahan duit sikit sebab dia kena ubah plug, kalau tak nak plug tu nampak macam pusat tenggelam dalam perut buncit. Tapi last last dia cakap tak payah bayar. Kau tengok orang depa kerja macam mana. Orang kita, aku minta buang plug seketul jer sebab kesilapan faham pihak dia, aku pulak kena cas. Orang kita juga aku minta ubah paip masuk ke dalam sikit (dengan kerja macam taufan), juga sebab kesilapan pihak dia, pun kena cas RM150 lagi. Tepuk dahi! Jadi sekarang, apa apa aku rasa baik aku cari orang depa. Hati pun menyanyi senang!



Puas hati. Daripada tak senonoh kepada diva.

Ini kerja tak senonoh tukang paip tu sebelum cina tu pasang tile.


Bila sudah siap mak nenek benda alah tu, team If Kitchen datang bawak sebijik lori dan dua bijik kereta kapcai. Mak ai, terkejut aku sebab ramai sangat. Hari tu, rumah aku macam ada kenduri. Meriah semacam padahal team If Kitchen jer. HAHA. Tengok bilangan team members yang datang tu macam boleh siap hari tu juga. Rupa-rupanya masih ada liku dan onak duri perlu kami tunggu. Hari tu cuma datang pasang kabinet dan pintu. Table top, hood dan hob, sink dan faucet akan datang hari lain. Deyy tambiiiii ! Baru berangan masak laksa ikan sekoq pakai dapur baru!






Tak mengapa, asal sudah nampak rupa dapur pun buat aku ciwi tak habis. Asyik nak pergi tengok dapur jer. Lepas tu duduk berangan lima minit. Ciwi petala kelapan. Lepas depa team If Kitchen siap pasang, aku dan suami pergi check. Ada sikit sikit defect tapi masih boleh cover. Nanti dah complete defect tu akan tak nampak di mata mata manusia. Cuma menjadi kenangan di mata aku dan suami. Miahahah.

Acah-acah cuci ikan. Sebenarnya nak test kependekan aku. Yang bawah boleh capai, yang atas tu macam tak berapa nak cukup inci. Small matter jer!

Table top belum letak. Korang rasa apa pilihan warna table top aku?

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan aku?

Dua tiga hari lepas tu, tukang batu pulak datang rumah untuk ukur table top. Sepatutnya dia nak datang sehari selepas team If Kitchen datang. Tapi aku dan suami sudah dalam perjalanan balik Perlis. Sikit kilometer lagi nak sampai Perlis. Lambat sikit jer apek. Kalau tak mungkin dapat aku tengok depa pasang table top tu. Alhamdulillah syukur.

Cepat lar siap. Tak sabar nak tengok. Rasa macam menunggu saat nak beranak. Permudahkanlah ya ALLAH.

Saturday, 9 April 2016

105 # Projek Dapur : Part 2

Assalammualaikum.

Sambungan kisah projek dapur untuk Villa Cinta. Al kisahnya, aku ternampak iklan gebabom merobek jantung di facebook If Kitchen. Aku naik eksited macam migrain 5 hari pun ada. Kabinet dapur 12 kaki with granite top and glass door boleh dapat dalam harga RM4999. Setakat yang aku pernah survey RM3000 jer dah lost untuk top konkrit biasa tu. Belum lagi masuk harga pintu. Kalau habis murah pun type melamine. Itu pun dalam lingkungan harga RM3000 - RM4000. Tapi iklan tu memang menggugat jantung. Granite top dan glass door. Mahal kot granite top...! Glass door pun sama, lagi mahal dari melamine. Hurm, bunyi macam menarik. Aku bincang dengan husband.


Lastly, aku pun set appoinment dengan En Faiq, promoter If Kitchen di showroom depa. Sembang pong pang pong pang. Siap ketuk kabinet, ketuk sinki, buka tutup paip air, buka pintu kabinet. Paling jakun, main soft close. Tak pernah laki bini jakun ni ada kabinet canggih cenggini. Kat rumah kami jenis asal tutup laju jer terus bunyi 'kedegang'. Bergema satu rumah. Sebab tu jakun main soft close sebab bila tutup jer pintu tu dia akan gerak slow motion macam biawak hendak melintas jalan.


And then, kami laki bini pun setuju nak ambil If Kitchen untuk buat kabinet dapur rumah kami. Malas fikir dan malas dah nak survey. Lagipun If Kitchen ni dah cover banyak projek, milik orang Melayu kita jer. So, I support Melayu! 


Kalau ikut quotation yang En Faiq buat, RM++++ adalah basic price. Laki aku request nak soft close untuk pintu dapur. Almaklumlah jakun. Hehehe. Tapi aku rasa soft close ni memang penting memandangkan pintu tu jenis glass. Nanti dapat kat tangan aku yang lemah gemalai sangat ni, tak sampai seminggu pintu tu boleh pecah. Lepas tu mula lar nak merajuk belakang tirai! So kena tambah RM250. Mahal beb!


Kami minta hood dan hob dari If Kitchen juga. Malas lar nak pergi survey tempat lain pulak. Lepas tu ducting system semua tu nak kena request dengan If Kitchen juga. Renyah. Ada jiran nasihatkan jangan ambil hood dan hob dengan If Kitchen sebab function dia tak berapa tip top. Hurm, hentam jerla. Harap harap yang aku punya okeh lar. Tak kuasa aku nak tawaf kedai lagi. Hood hob kena tambah RM1400. Ducting and hole lagi tambah RM200. Plumbing pula kena tambah RM260 sebab nak ubah kedudukan asal sinki ke tempat baru. 


Bila dah tambah itu tambah ini, hati sudah berdebar macam jumpa cinta pertama. Berdebar nak tahu harga baru. 

Tuesday, 15 March 2016

103 # Projek Dapur : Part 1

Assalammualaikum.

Mula survey kabinet dapur waktu baru beli rumah. Ciwi tak boleh belah. Hari hari buka google, hari hari usha kitchen orang. Bila pikir balik, rasa macam ek eleh lah kau ni minah ketot.  Buang karan ja.

Bulan Disember hari tu, aku dan suami memang aktif senaman kaki. Masuk show room keluar show room. Pergi fair sana sini. Rajin survey tak mencerminkan poket berkepuk, tapi kerja ni adalah kaedah memilih benda yang paling jimat. Nah kau. Keluar ayat tesis.

Bukan murah weh nak buat kitchen cabinet. Pernah rasa pasrah. Ajak suami hidup tanpa kabinet dapur. Aku pasrah, suami lompat hooray hooray. Selamat duit. Ceh!


Waktu pergi homefair kat Amanjaya Mall Disember hari tu, aku berhenti dekat booth If Kitchen. Sempena fair tu, diorang buat promotion RM90 sekaki untuk quartz stone dan granite table top. Mata aku blink blink. Keluar bunga bunga kat hati. Yerla, setakat aku dah survey sebelum ni, paling murah pun RM200 sekaki. Kami laki bini sempat juga borak borak dengan staf dia. Buat quotation secara rambang untuk pattern yang kami nak (pattern ikut nafsu) dapat RM10k. Macam agak murah untuk harga kabinet dapur Lshape 10x5kaki, ada tall unit, qranite/quartz table top, acrylic door. Aku jauh pengsan.

Quartz stone dan granite yang sekaki RM90. Tak banyak pilihan. Kalau nak warna lai, harga jadi RM260 sekaki.

Tapi aku tak gelojoh. Aku sabar (padahal dok nangis tepi bucu langsir tiap tiap malam). Macam nak kena survive sangat kalau kami ambil yang RM10k tu. Almaklumlah, kaya sangat. Hehehe.


Aku balik rumah, pulun survey lagi. Aku tak rasa kaya sangat nak beli kabinet daour RM10k. Wooohhhoi, pergi umrah pun lepas. Duniawi jer semua ni (aku pujuk hati).



Dah tu... apa jadi?
Bersambung Part 2 nanti pulak yer.

Tuesday, 15 July 2014

041 # Kabinet Dapur Idaman

Salam.

Salam Nuzul Quran.
Hari ni aku cuti sebab nuzul Quran. Dapat lar rileks yileks sikit. Tapi aku tak berapa nak sihat hidung dan tekak. Alahai. Harap-harap ni adalah kafarah dosa-dosa lalu.


Hari ni nak cakap tentang rumah lagi boleh?
HAHAHA.


Tak jemu langsung berangan tentang rumah. Walaupun rumah aku sendiri pun tak siap lagi, tapi berangan memang salah satu daripada perkara paling best. Patutlah Mat Jening pun suka berangan. Tapi jangan la ikut Mat Jening kan. Berangan biarlah sampai puncak. Impian tu yang penting.


Aku dah mula survey kitchen cabinet. Gila semangat teruk aku ni. Memang semangat. Yerla, kena la ambil tau sebab nak buat bajet. Nanti tak cukup bajet, meleleh air liur. Gigit jari. Aku taknak macam tu. Biasalah, aku kan jenis pentingkan kepuasan dan biarlah berbaloi pada harganya. Jangan beli mahal, tapi rupa macam nenek-nenek punya rumah.


KC ni ada banyak jenis. Table top jer pun ada macam-macam jenis. Yang terkini jenis aluminium, tapi harga memang mahal sikit la. Tahan anai-anai. Rumah mak mertua aku pasang KC aluminium. Tapi aku tengok tak la cantik kebabom sangat. Cuma untungnya praktikal jer sebab boleh pasang dan tanggalkan kalau rasa nak ubah atau pindah rumah. Harga tak payah cakap lar. Memang kebabom. Hehehe.


Aku berangan nak yang simple mimple jer. Niat hati teringin sangat nak table top jenis granite. Cantik tertarik betul. Untuk KC pulak ingat nak material dari 4G. Glossy, nampak moden. Ada beza 3G dan 4G. harga pun beza, dan semestinya la 4G tu mahal sikit dari 3G.


Merah ang ang. Untuk orang yang berani. Ni kalau tak salah materials nya 4G glass. Nampak moden. Tapi merah sangat. Hood jenis macam tu aku suka. Moden.

Gabungan kelabu putih. Cun jugak. Nampak soft jer. Lembut suci. Tapi table top dia warna putih memang kena rajin la sikit. Rajin mengelap dan menggilap. Hehehe. Yerla, takkan tak ada benda tumpah atau kotor waktu kita masak kan. Tambah-tambah aku jenis kasar ini.

Yang ni unik. Tak pernah aku nampak orang buat macam ni. Rumah sapa la ni yer. Moden jer nampak. Cuma table top tu tak berapa cantik. Tapi, warna hitam la pulak. Dapur rumah aku kecik jer. Guna warna gelap takut pulak nampak makin kecik.

Haaah! Warna macam ni pun jarang orang buat. Dulu, rumah mak aku pasang kc warna biru lembut. Almaklumlah, mak aku memang tegar biru. Jiwa muda waktu tu lagilah membara-bara jiwa biru dia. Sampai lantai rumah pun warna biru. Hehe. Lepas tu, mak aku tukar pakai kayu, tapi table top masih warna biru, alahai.. comel gila. Hehehe.

Warna macam ni nampak classy, dan sedikit gela lar pulak. Yang ni kalau tak salah aku dia pakai 3G glass. Cuba bezakan 3G glass dengan 4G glass.

Ni design kc rumah contoh yang mak mertua aku beli. Konsep ala-ala english. Sebab tu la putih jer rumah dia. Sekarang memang putih, takut lama-lama kusam HAHAHA. Kena rajin menyental.


Aku suka sangat yang ni. Tapi tengok macam simple sangat pulak. Moden, simple. Tertarik jugak. Ok, masukkan dalam list.

Kalau rasa nak jugak warna merah, warna merah putih macam ni nampak lagi sesuia dengan dapur rumah aku nanti kot. Nampak luas, sesuai la untuk dapur kecik tu. Cuma table top dia warna putih jugak. Oh tidak sama sekali. 

Ni pun dapur rumah contoh. Simple jer kan. Tapi boleh built in bar table lagi. Cuma kabinet tak banyak. Kalau aku memang tak banyak la kabinet dapur banyak ni. Aku memang jenis pembeli yang rakus HAHAHA.

 
Hitam putih cun sebenarnya kan. Aku suka tengok glass kat atas tu. Siap shining lagi. Dah macam cermin. Ker memang cermin ek? Aku pun tak pasti. Kena baca lagi tentang materil 3G dan 4G glass ni.


Sekarang pun dah rasa pening nak buat pilihan. Agak-agak macam mana lar bila dan betul-betul nak buat nanti. Mesti tertonggeng aku cari idea. Apa-apa pun aku suka buat research dulu. Cari pro dan kontra. Aku suka survey kedai. Memang dari sekarang aku nak survey. OHH, semangat ya Tuhan! Memang, menag tabiat buruk (baik kot) aku. Memang jenis nak yang terbaik. Baik dari kualiti, mahupun harga. Biar nampak cantik dan harga pun tertarik. Aku rasa ni sifat-sifat orang cerewet kot.


Apa-apa pun, nanti kalau dah betul-betul nak buat, kena bincnag dulu dengan Hubby. Baik buruk kena bincang sama-sama. Rumah pun sama-sama kan. HEHE.

ps : Gambar di atas datang dari pelbagai sumber. Mohon halalkan yer :)