Saturday 25 June 2016

112 # Hunting Lailatul Qadar

Assalammualaikum.


Mencari,
dirobek dada malam-malam terakhir ini
menapak dalam kelam kabus malam
aku raba dan terus meraba
mana tahu saat itu menyapa dalam diam
mana tahu, saat itu untuk aku diam diam.


mencari-- 


Entah malam ini, esok atau nanti
aku kurang pasti
yang pasti aku mesti terus mencari
bukan berlari menyimpan diri dalam guri
siapa dapat dia lucky
malam yang semua rebut hendak gari di hati
sangat misteri.



Tuhan Rabbi Maha Mengetahui
tolong gari hati ini,
biar dapat jumpa si misteri itu.

Langkawi 25062016


Friday 10 June 2016

111 # Projek Dapur : Part 3

Assalammualaikum.


Rasa macam lama sangat tunggu kitchen cabinet siap. Cerita aku pun dah sampai Part 3, tapi tetap tak siap siap lagi. Mak ayah dan adik aku mula nak membahan aku. Buat kabinet dapur macam cerita telenovela, lama sangat kata depa. Kedai yang ayah aku tengah buat untuk abang aku pun hampir siap, tapi kabinet dapur aku belum siap. Terus depa gelak! Ceh! Membandingkan sebuah kedai dan kabinet dapur memang agak kelakar.


Ala, ini kes kelainan upaya sebab tuan dia di pulau. Tunggu cuti, memang pelbagai macam lar lambatnya. Memang masa booking pun aku sudah berkira-kira dengan orang kabinet tu. Aku sendiri minta nak buat bulan Mei sebab masalah bermastautin di tempat orang. Book bulan Februari, nak buat bulan Mei. Alhamdulillah dia boleh terima dan aku masih beruntung dapat harga offer. Tapi lama semacam macam telenovela Indonesia itu memang betul, tak boleh sangkal walau dengan tapak tangan Shin Chan. Kalau aku tak ada masalah, orang kabinet dapur tu cakap dalam masa sebulan jer siap. 


Bila duduk di pulau, hendak balik Sungai Petani sangat perlu bercinta. Kalau setakat balik Kangar, macam rebus kacang kuda jer. Sebab tu aku jarang balik SP, lebih banyak balik rumah mak ayah aku jer. Sudah lar makan macam raja di rumah mak, balik SP kena makan luar sebab dapur belum siap. Jenuh atur kedai dan meleburkan fulus.


****

Buat kabinet dapur dengan If Kitchen ni agak renyah sikit sebab tile dinding perlu cari sendiri. Yang lain alhamdulillah disedia, cuma sediakan duit, maka mereka pun bersedia untuk buat. Inilah dikatakan duit berkuasa, tanpa duit kita tak bahagia. Ehh!

Beli tile kat kedai ni. Murah murah jugak. Kedai ni kat Perlis jer.


Ini tile yang aku pilih. Ikut hati aku nak putih suci. Tapi aku tengok tile ni ada promosi jadi aku grab yang ni. Tak berapa putih, lebih kurang macam krim sikit. Harganya RM4.10, saiz 2kakix1kaki. Not bad. Total semua masih under bajet.


Untuk wall tile, aku pilih cha-ya-nun-alif. Entah kenapa rasa macam yakin lebih sikit, setelah beberapa tukang orang kita buat kerja macam tak faham konsep KEMAS, dan TELITI! Buat aku hot, dan akhirnya pujuk sendiri hati sendiri. Alhamdulillah, memang puas hati. Kerja kemas dan teliti, jauh beza dengan cara kerja orang kita. Ada tambahan duit sikit sebab dia kena ubah plug, kalau tak nak plug tu nampak macam pusat tenggelam dalam perut buncit. Tapi last last dia cakap tak payah bayar. Kau tengok orang depa kerja macam mana. Orang kita, aku minta buang plug seketul jer sebab kesilapan faham pihak dia, aku pulak kena cas. Orang kita juga aku minta ubah paip masuk ke dalam sikit (dengan kerja macam taufan), juga sebab kesilapan pihak dia, pun kena cas RM150 lagi. Tepuk dahi! Jadi sekarang, apa apa aku rasa baik aku cari orang depa. Hati pun menyanyi senang!



Puas hati. Daripada tak senonoh kepada diva.

Ini kerja tak senonoh tukang paip tu sebelum cina tu pasang tile.


Bila sudah siap mak nenek benda alah tu, team If Kitchen datang bawak sebijik lori dan dua bijik kereta kapcai. Mak ai, terkejut aku sebab ramai sangat. Hari tu, rumah aku macam ada kenduri. Meriah semacam padahal team If Kitchen jer. HAHA. Tengok bilangan team members yang datang tu macam boleh siap hari tu juga. Rupa-rupanya masih ada liku dan onak duri perlu kami tunggu. Hari tu cuma datang pasang kabinet dan pintu. Table top, hood dan hob, sink dan faucet akan datang hari lain. Deyy tambiiiii ! Baru berangan masak laksa ikan sekoq pakai dapur baru!






Tak mengapa, asal sudah nampak rupa dapur pun buat aku ciwi tak habis. Asyik nak pergi tengok dapur jer. Lepas tu duduk berangan lima minit. Ciwi petala kelapan. Lepas depa team If Kitchen siap pasang, aku dan suami pergi check. Ada sikit sikit defect tapi masih boleh cover. Nanti dah complete defect tu akan tak nampak di mata mata manusia. Cuma menjadi kenangan di mata aku dan suami. Miahahah.

Acah-acah cuci ikan. Sebenarnya nak test kependekan aku. Yang bawah boleh capai, yang atas tu macam tak berapa nak cukup inci. Small matter jer!

Table top belum letak. Korang rasa apa pilihan warna table top aku?

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan aku?

Dua tiga hari lepas tu, tukang batu pulak datang rumah untuk ukur table top. Sepatutnya dia nak datang sehari selepas team If Kitchen datang. Tapi aku dan suami sudah dalam perjalanan balik Perlis. Sikit kilometer lagi nak sampai Perlis. Lambat sikit jer apek. Kalau tak mungkin dapat aku tengok depa pasang table top tu. Alhamdulillah syukur.

Cepat lar siap. Tak sabar nak tengok. Rasa macam menunggu saat nak beranak. Permudahkanlah ya ALLAH.

Sunday 5 June 2016

110 # Mak Ayah

Assalammualaikum.

Hening pagi hari ini, aku rasa macam sayu sangat. Entah kenapa.


Aku selalu terfikir, apakah nasib aku tanpa mak dan ayah suatu hari nanti. Pasti tiada siapa lagi akan sayang aku setimpal mereka. Membela aku dalam susah dan senang.


Pasti aku merindu alunan Alquran ayah ketika tahajud. Pasti aku merindu alunan AlMulk emak sebelum tidur. Pasti aku terngiang ngiang dalam mimpi semua macam itu.


Aku pasti rindu,
Suara lembut ayah, yang tak pernah sekali pun pukul, bahkan menjentik aku. Lelaki yang paling win dalam hidup aku. Sabar dia, baik dia, tabah dia, segala galanya lah! Lelaki yang penuh rahsia dalam membesarkan kami.

Dulu, ayah jarang beli baju baru. Kami selalu marahkan dia sebab pakai baju buruk. Bila dah besar, baru aku tahu, betapa susah sangat hendak beli satu baju baru. Entah entah, ketika aku "mengata" dia dulu, ketika itu mesti dalam hati dia meronta ronta hendak baju baru. TAPI, didahulukan anak anak dalam segala hal. Kenapa baru sekarang aku faham?

Ayah win! Ayah hebat!
Aku fail. Haih.

Aku pasti akan rindu mak,
Bila dia mengaji, terasa tenang jiwa aku. Aku masih terngiang lagi, dulu, (cerita sebelum kawin) aku selalu tidur dengan mak kalau adik aku tidak balik. Mak akan baca Almulk ditepi aku sebelum tidur. Damai dia, tenang dia, sayu dia, pergh! Sangat rindu.......

Lepas maghrib, rumah kami mendayu dayu alunan Alquran, paling jelas dari mak. Ya Allah, dia baca quran memang sedap. Tak boleh lawan. Rindu. Sangat rindu. Sebab tu, tiap kali balik rumah mak aku akan curi curi dengar mak baca quran. Kadang kadang aku pergi duduk sebelah mak, dengar mak mengaji. Suasana yang paling mahal aku nak dapat.


Haih.
Entri ni memang tak ada isi penting,
Tapi ada dua perkataan yang sangat penting.
MAK dan AYAH.

Panjangkan umur mak dan ayahku, Allah.
Aminnn.



Thursday 2 June 2016

109 # Serbu Miyao Toki

Assalammualaikum.

Kilang Miyao Toki buat sale lagi. Sebelum ni aku tengok dan simpan niat jer sebab sale jatuh waktu aku masih di Langkawi. Tapi sale kali ini aku rasa tak boleh biarkan jiwa aku merana lagi. Kebetulan aku memang nak balik Sungai Petani. Terus lajak ke Kulim.



Dan akhirnya, sampai juga aku dan Encik Suami di Miyao Toki. Waktu aku sampai tu, orang tak ramai sangat. Cuma panas lit lit habaq hang. Tak mengapa, pinggan mangkuk punya pasal! Tak mengapa sekadar biarlah ketiak aku basah sekejap.


Sampai sampai jer, aku pergi area pinggan mangkuk yang bercorak dulu. Apakah tidak begitu bertuah, pinggan yang aku nak nak dan nak tu tidak ada. Aduh frust! Aku mula pening kepala. Nak pasang plan lain pulak jenuh memikior sampai satu juta.


Akhirnya, aku menyambar jer mana berkenan. Meowww~!




Komen dan pandangan :
Harganya memang murah, tengok sekali rambang mata. Tengok banyak kali rasa macam taknak pulak. Banyak pinggan reject, sumbing, berbintik bintik. Hendak dapat sekeping pinggan cun lawa bak pauh dilayang tu sangat memerlukan ketahan mental dan fizikal. Bak kata orang, hendak seribu daya, kalau hendak pinggan macam Mok Cun, mestilah tidak menyumpah di dalam hati dan kental ketiak basah.

Daripada nak beli 10 pinggan, aku cuma tahan ketiak basah untuk cari empat sahaja. Penat wooo. Itu pun aku dah check setiap pinggan tu sampai habis, dan cuma dapat empat keping tanpa OKU.

Apa apa pun, sila pergi sendiri.