Saturday 25 October 2014

060 # Eh Samalah!

Assalammualaikum.


Kenapa pelan sama?
Tanjat boboi.

Ini pelan lantai rumah Idaman Ambangan Heights yang suami aku berkenan sangat dulu.
Harga dari RM298k.
11222
Ini pulak pelan lantai projek baru Darulaman Perdana yang aku berkenan sampai tak tentu arah. Padahal rumah dah beli. Jadi, aku dapat gigit jari sahaja.

Harga dari RM 288k.


Eh, kebetulan apakah ini?
Eh!


Friday 24 October 2014

059 # Darulaman Perdana : Hati Aku Cair

Assalammualaikum.


Ya Allah.
Ya Allah.
Ya Allah.


Tak keruan pulak aku bila terpandang iklan new launch Bandar Darulaman Perdana. Tak keruan weh bila tengok harga rumah yang lebih kurang harga rumah aku, tapi jauh lebih besar. Design moden, memang buat aku lagi tak keruan.


Untuk sesiapa yang nak beli rumah, boleh jenguk di Darulaman Perdana. Aku tak pasti dengan persekitaran di situ sebab aku bukan orang situ. Cuma berkahwin dengan orang Sungai Petani. Aku tertarik dengan satu rumah ni. Rumah semi-d setingkat. Lebih besar daripada Impiana aku dan suami.




11222
Jenis : Semi D satu tingkat.
Luas tanah 40 x 80.
Built in 31 x 52.
Harga dari RM288k.


Kelebihan :
Luasssss. Semua luas.
Siling yang tinggi, mesti sejuk jer rumah tu.
Guarded.
Menghadap tasik. Nak tenangkan fikiran pandang jer tasik tu.
Dilengkapi gym, kolam renang dan hall.
Boleh park 3 kereta.
Modern design.
Ada 4 bilik, 3 bilik air. Maksudnya, Bilik 1-3 adalah attached bathroom.
Dekat dengan jalan utama.
Dekat dengan pelbagai kemudahan. Hospital, econsave, JPJ.

Kekurangan :
Design dalaman biasa jer. Cantik lagi design Impiana kami.
Tiada stor. Sama macam Impiana.
Tiada pintu ke laman. Gelap sikit rumah. Mungkin tak ubah macam rumah teras kalau lepad di ruang tamu. Impiana ada, walaupun comel lote.
Tidak gated. Impiana gated and guarded.
Kawasan situ banyak rumah yang tidak diduduki, Tak pasti sebab apa kurang penduduk.
Guard house yang tak berfungsi. Alahai.
Persekitaran yang tidak dijaga. Alahai pemaju!
Kes kecurian kurang pasti pulak.


Macam mana yer?
Sabar fatin. Waras, fikir dalam-dalam.
Jangan terburu.


Kalau nak beli rumah ni, kena jual Impiana. Sebab aku tak mampu nak tanggung hutang dua rumah setiap bulan. Tapi aku tak arif bab jual beli rumah ni. Alahai. Tolong!



Monday 13 October 2014

058 # Tips Membeli Rumah

Assalammualaikum.




Rasanya boleh kot aku berkongsi tips untuk sesiapa yang nak beli rumah, berdasarkan pengalaman aku. Aku just nak berkongsi, bukan nak kerek. Aku nak tolong bagi info supaya tak jadi pura-pura pandai (sebenanrnya bodoh HAHA) macam aku waktu beli rumah dulu. Sebab aku kurang ilmu di dada, aku pakai terjah jer yang mana available. Tak fikir panjang. Nak menyesal pun tak guna. 


Bagi aku, sebelum beli rumah ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Ingat, nak beli rumah bukan macam beli goreng pisang. Minta bungkus RM2, dapat makan sampai buncit. Tak, nak beli rumah perlu fikir banyak perkara. 



Kewangan
Penting mencongak kewangan di badan sendiri sebelum buat keputusan nak beli rumah. Ada orang pernah cakap kat aku, beli rumah besar biarpun harga mahal. Katanya, harga rumah akan naik jadi tak rugi kalau beli rumah besar. Ambil terus rumah yang paling maksima dengan kelayakan pinjaman. Terpulang. Mungkin betul juga apa yang dia cakap. Tapi bagi aku cukuplah dengan sekadar mana yang mampu. Jangan nanti bulan-bulan makan pasir. Nak menabung pun ke laut. Andai suatu hari Allah uji dengan kesakitan, nah! Merangkak cari duit. Berpada-padalah. Yang penting, buat bajet kewangan dulu. Ambil kira perbelanjaan bulanan seperti bayaran kereta, bil, barang dapur, nafkah anak bini, minyak kereta dll,



Lokasi
Lokasi rumah pun penting. Dekat dengan hospital, balai polis, sekolah, kedai, balai bomba, padang permainan, surau, masjid. Tidak terlalu sesak. Dan tidak juga terlalu pedalaman. Kalau sesak sangat tak seronok juga. Meningkatkan kadar stress jer. Pedalaman sangat pun susah juga. Saudara mara datang nak cari rumah pun susah. Pendek kata carilah lokasi yang strategik. Pergi survey dulu kawasan tersebut. Tengoklah juga kejiranannya. Ramah ker, atau buat hal sendiri. Selamat atau banyak kes pecah rumah. Ini penting untuk keselamatan. Jangan jadi macam aku, terbeli di kawasan yang banyak kes pecah rumah. Tapi rasa boleh diterima akal sebab aku pilih rumah di kawasan guarded and gated



Developer
Pemilihan pemaju perumahan penting untuk mengelakkan kes rumah terbengkalai. Pilihlah pemaju yang sudah 'kukuh'. Kalau boleh, dapatkan dulu info tentang pemaju berkenaan dari buyers yang pernah berurusan dengan pemaju tersebut. Perlu ambil kira kerenah dan layanan. kadang-kadang, waktu nak beli rumah, manis manis jer mulut diorang. Bila kita dah tanda tangan SnP, mula la nampak perangai sebenar. Rungutan buyer taknak ambil tahu. Rumah dapat seperti yang tidak dijanjikan. Dan macam-macam lagi.



Kejiranan
Hal kejiranan ni tak penting sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita nak mencari kepuasan hidup berjiran. Jadi perlulah juga menitikberatkan perkara ni sebelum membeli rumah. Kejiranan elit? Setinggan? Marhaein? Nak berjiran dengan guru sahaja? (eh, macam terkena batang hidung sendiri)



Material
Waktu aku nak beli rumah hari tu, aku memang ambil kira material yang digunakan. Bata merah atau bata pasir yang berwarna putih tu. Bata merah adalah bata yang terbaik, tahan dan kukuh berbanding bata pasir. Rumah mak aku di kampung guna bata merah. Nak drill ker, nak tebuk ker, untuk pasang langsir atau letak frame tak perlu fikir panjang. Kuat dan kukuh. Aku memang terkilan sikit bab ni. Rumah yang aku beli cuma pakai bata pasir. nak letak frame berat nanti memang kena fikir beratus kali. Timbang dulu berat kalau taknak tengok frame tu hancur berkecai. Tak ada pilihan. rata-rata rumah di Sungai Petani semua pakai bata pasir ni. Ada juga yang pakai blok. Ini lagi pelik. Nak drill jenuh cari kawasan yang berkonkrit. Kalau drill di kawasan yang tidak berkonkrit maksudnya kita drill di kawasan lopong. Kompem drill hari ini, esok sujud kat bumi. HAHAHA.



Saiz  
Rata-rata antara kita nak rumah besar. Tapi harga nak murah, kan? Faham. Selalunya, rumah dua tinggi memang mempunyai ruang yang besar. Bilik utama rumah dua tingkat biasanya kawkaw punya besar. Ruang tamu boleh ajak anak main bola. Ini anggaran saiz aku beri. Kalau 25x50 rumah setingkat, memang kecil molek comel lote. Kalau saiz yang sama tapi rumah jenis dua tingkat, luas. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan.


Tak mengapa.
Jangan gelojoh beli rumah.
Sediakan ilmu di dada sepenuhnya dahulu.
Lepas tu, baru terjah.


Jadi jadi macam aku.
Main terjah tak bagi salam.
Dapat rumah tangkap muat.
Apa pun aku bersyukur dan sayang sangat rumah tu.
Tiga minggu lepas kahwin suami belikan aku rumah tu.
Sekarang tengah tunggu rumah siap. Insha Allah hujung tahun depan dapat kunci. 
Doakan yang terbaik.


Terima kasih suami.



057 # Bisik Hati

Assalammualaikum.


Bujang -  "Bila nak kahwin?"
Married -  "Bila nak dapat anak?"


Jika soal "Bila nak kahwin", masih boleh aku carutkan jawapan.
Tapi jika soalan kau "Bila nak dapat anak", cari dalam AlQuran pun tak jumpa.
Apatah lagi dalam Kamus Dewan.


Kau ingat anak itu robot bateri AAA. Beli di Mydin, letak nama bin MFuad.
Cantumkan tangan kaki badan, letak bateri terus hidup.



Kau dah kenapa? Buta tuli hati tanya aku soalan mengarut!
Aku belum mencarut, urut dada.


Maaf.
Aku manusia, bukan Tuhan.
Aku dicipta, bukan pencipta.


Aku teguh atas redha.
Kenapa kau pulak sengaja pergi usik?

Hurm.

ps : Sedap nama Rania. Ammara. Layna.

Thursday 9 October 2014

056 # Salam Aidiladha

Assalammualaikum.

05.10.2014
Salam Aidiladha buat semua umat Islam.


Tahun ni adalah tahun kedua aku dan adik beradik sambut Hari Raya Korban tanpa mak dan ayah. Sebab tahun ni mak dan ayah aku dijemput menjadi tetamu Allah buat kali kedua (kali pertama tahun 1997).


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Tercapai hajat mak ayah untuk pergi ke sana sekali lagi.



Tak meriah raya tanpa mak ayah. First time beraya di perantauan. Sob sob. Tahun ni tak ada daging korban. Tak ada acara sedekah daging korban kepada jiran, orang miskin macam selalu. Tak ada daging korban dalam peti sejuk. Malah, sampai hari ni aku tak merasa lagi daging korban. Tahun-tahun sebelum ni bersungut sangat kena makan daging korban hari-hari sebab banyak sangat stok dalam peti. Ada yang famili punya, ada yang orang sedekah kan. Tahun ni lain, tiada daging korban. Teringin pulak.



Tak ada apa yang best menjadi penyambut hari raya di perantauan. Biasa. Cuma tak terasa sangat, cuti sehari jadi ramai orang tak balik kampung.



Untuk juadah perantau, aku rajin-rajinkan jugak diri ni untuk masak lontong. Sebenarnya, macam-macam aku rasa nak masak. Laksa, rendang, nasi tomato, soto, bihun sup. Almaklumlah, selera dinosaur. Tapi aku main oh som, maka lontong pun terpilih!


Hari raya kedua pulak aku masak roti jala. Main hentam jer. Tak pernah cuba putaq pun benda alah nak buat roti dia tu. Bajet untuk makan 6 orang. Tapi cuma dapat buat 5 keping jer. Tak lawa selawa roti normal. Aku pasrah. Jamu perut sendiri jer. tak jadi nak bagi kat orang.