Showing posts with label periukfatin. Show all posts
Showing posts with label periukfatin. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

056 # Salam Aidiladha

Assalammualaikum.

05.10.2014
Salam Aidiladha buat semua umat Islam.


Tahun ni adalah tahun kedua aku dan adik beradik sambut Hari Raya Korban tanpa mak dan ayah. Sebab tahun ni mak dan ayah aku dijemput menjadi tetamu Allah buat kali kedua (kali pertama tahun 1997).


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Tercapai hajat mak ayah untuk pergi ke sana sekali lagi.



Tak meriah raya tanpa mak ayah. First time beraya di perantauan. Sob sob. Tahun ni tak ada daging korban. Tak ada acara sedekah daging korban kepada jiran, orang miskin macam selalu. Tak ada daging korban dalam peti sejuk. Malah, sampai hari ni aku tak merasa lagi daging korban. Tahun-tahun sebelum ni bersungut sangat kena makan daging korban hari-hari sebab banyak sangat stok dalam peti. Ada yang famili punya, ada yang orang sedekah kan. Tahun ni lain, tiada daging korban. Teringin pulak.



Tak ada apa yang best menjadi penyambut hari raya di perantauan. Biasa. Cuma tak terasa sangat, cuti sehari jadi ramai orang tak balik kampung.



Untuk juadah perantau, aku rajin-rajinkan jugak diri ni untuk masak lontong. Sebenarnya, macam-macam aku rasa nak masak. Laksa, rendang, nasi tomato, soto, bihun sup. Almaklumlah, selera dinosaur. Tapi aku main oh som, maka lontong pun terpilih!


Hari raya kedua pulak aku masak roti jala. Main hentam jer. Tak pernah cuba putaq pun benda alah nak buat roti dia tu. Bajet untuk makan 6 orang. Tapi cuma dapat buat 5 keping jer. Tak lawa selawa roti normal. Aku pasrah. Jamu perut sendiri jer. tak jadi nak bagi kat orang.









Monday, 29 September 2014

055 # Bila Aku Masak

Assalammualaikum.

Tak pernah lagi aku buat entri tentang makanan. Malam ni aku ada sedikit mood lapar. Aku rasa nak buat entri ke arah makanan pulak. Hobi aku memang makan dan masak. Tapi aku borani cakap dekat aku sangat tak pandai masak. Bila aku masak, aku akan mula membayangkan makanan yang akan aku masak. Lepas tu, mulalah tragedi campak-mencampak secara hentam dan rakus. Aku memang tak pandai masak. Aku hanya pandai menyelerakan perut aku sendiri sahaja. Itu pasti.


Bila aku masak, pahit masin aku terpaksa telan. Selalu juga terlebih garam, aku anggap macam masin-masin kehidupan jerla. Chewah! Terpaksa telan sampai habis. Kadang-kadang goreng sayur, tak letak ajinomoto (say no!) terpaksa la hadap sayur yang pahit sebab tak pandai nak balance antara garam dan gula. Hentam, asal perut kenyang.


Gambar kat bawah ni adalah semua masakan aku yang pernah aku snap, untuk kenangan. Almaklumlah, orang yang tak pandai masak, dapat hasilkan satu makanan tu dah rasa macam chef antarabangsa dah. Over kan?


Setiap masakan aku ada cerita. Tak boleh lari dari tragedi. Mesti ada jer.
Almaklumlah, tak pandai masak.

Ini gulai rebung. Aku teringin nak makan gulai rebung mak aku masak. Dia selalu letak udang kering dalam gulai rebung tu. Maka, dengan membayangkan gulai rebung mak aku, terhasilkah gulai rebung aku tak penuh tragedi ni. Kalau tengok betul-betul, santan nampak timbul-timbul. Santan tu beku, aku malas nak tunggu santan tu cair, aku terus letak air. Jadilah gulai bintik-bintik santan. Tragis.

Sejak akhir-akhir ni, aku menggilai tauhu. Pantang sangat! Pantang jumpa! Ni salah satu gen yang diwarisi dari mak aku. Mak aku memang boleh digelar "hantu tauhu". Sambil masa selalu curi makan tauhu. Jadi, maskaan kat atas tu aku dah tak pasti mana satu unsur dominan. Aku rasa menggoreng sayur, ditambah tauhu. Tapi, bila siap, nampak macam menggoreng tauhu ditambah sayur. Aku pun keliru. Tapi aku makin sampai licin jugak!


Masakan ni paling sempoi. Aku malu nak tunjuk. Aku nak clearkan stok bahan mentah yang ada. Jadi aku kumpulkan dan campak dalam satu menu. Kenapa satu? Sebab aku lapar sangat, kalau masak banyak menu kan lambat. Maka terhasillah cacamerba punya menu. Ayam gedabak + peria. Boleh dipanggil peria goreng. Boleh juga dipanggil ayam goreng kunyit. Sapa malas masak tapi nak makan cepat boleh tiru idea aku ni. Berguna!

Masakan ni aku buat untuk jadi jajan makan sambil tengok tv. Kan aku dah cakap aku peminat tegar tauhu, dan sayur. Aku goreng sayur, hiris bayang besar, campak tauhu dan garam, dan...siap dimakan. Makan sambil tengok tv memang best. Panas-panas. Kalau ada ikan bilis pun sedap.

Ini asam pedas. Langkah-langkah nak buat ni mak aku yang ajar. Memang cepat mudah terbaik! Tak payah masak rempah. Tak payah tumis. Campak dan campak mana yang ada. Ikan tu agak besar, sebab tu aku potong macam tu. Agak sedap, kalau nak lagi sedap mesti la asam pedas mak aku. Tiada tandingan. Tiada galang ganti,

Aku rindu nak makan sup ikan arwah tok aku. Waktu dia hidup dulu, dia selalu masak sup ikan. Kira macam makanan kegemaran dia la. Sup dia simple jer tapi sangat sedap. Sampai sekarang aku dapat terasa seolah-olah sup tu ada dalam mulut aku. Cuma, semua tu susah nak jadi realiti. Sebab tok dah tak ada. Mak pandai buat sup macam tok buat, tapi tetap ada yang tak sama. Bila kau cuba buat, lagi lah jauh bezanya. Rupa ada la sikit-sikit. Cuma aku keliru, sup ikan orang letak kulit kayu manis atau tak? Erk!


Macam mana?
Ada tasa nightmare tak tengok masakan aku -perempuan yang tak pandai masak.
Ada rasa nak muntah tak?


ps : Rindu tengok tok makan biskut sambil cicah milo. Yun sayang tok selamanya.