Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tuesday, 6 October 2015

092 Tak Nak Kena Penalti?

Sejak dah ambil kunci dan memiliki rumah sendiri ni, rasa macam dah bijak sikit bab-bab beli rumah. Pengalaman dah lebih orang kata. Alhamdulillah, akan dijadikan pengajaran.

Late payment penalty.

Apa benda ni? Mesti ada yang tanya macam ini, bukan? Sebab aku dulu pun macam tu juga. Tertanya-tanya, yang pasti aku tahu benda ni bahaya dan ada azab! Teruk aku google siang malam cari maklumat dan baca pengalaman orang. Waktu tu baru dua tiga bulan loan lulus. Memang gabra tahap cipan. Tak tau la betul ker cipan pandai gabra.

Bila dah banyak sangat menggoogle, aku rasa macam aku dah jelas dan faham sangat-sangat. Dan tindakan aku, aku suruh suami aku tanya kawan dia yang kerja di Ambangan tu. Bla bla bla kawan dia terangkan, dan aku macam rasa selamat. Tak tau sebab aku rasa selamat. Mungkin sebab aku ingat penalty ni hanya akan dikenakan pada last progress rumah. Dan memang betul, aku masih jahil!! Boooo!

Soalan : Apa sebenarnya 'late payment penalty' ni?
Jawapan : Denda lewat bayar setiap progress payment rumah. 

Maksudnya, setiap kali pemaju hantar surat tentang progress payment rumah yang perlu dibayar, kau mesti alert dengan sebarang mak nenek tarikh yang tercacat pada surat tu. Paling penting alert DUE DATE yang tercatat. 

Soalan : DUE DATE untuk apa tu?
Jawapan : Itu adalah tarikh terakhir pembayaran perlu dibuat kepada pemaju.

Maksudnya, kau perlu pastikan pembayaran progress rumah kepada pemaju dibuat sebelum tarikh tersebut. Sebab proses pembayaran ni ambil masa. Melibatkan tiga party : pemaju, bank/bpp, dan lawyer. Semuanya mainkan peranan masing-masing. Bukan sehari jer terus settle. 

Soalan : Jadi, apa yang perlu dibuat?
Jawapan : Dapat jer surat progress payment terus tengok due date. Kebiasaanya pemaju akan bagi tempoh dua hingga tiga minggu untuk selesaikan bayaran tersebut. Kadang-kadang pemaju sengaja melengah-lengah masa. Jangan terkejut kalau tengok surat tu bertarikh seminggu yang lalu. Bermakna, surat tu sampai ke tangan kita selepas seminggu. Itu taktik. Dengan ini, kita cuma ada lebih kurang dua minggu untuk settlekan pembayaran. 

Jadi, mulalah bertindak. Sentiasa hubungi bpp/bank dan juga lawyer. Lawyer yang dilantik pemaju ni kadang-kadang berat sebelah. Peram surat tu lama-lama. Nak buat pekasam kot! Taktik win sangat! Sentiasa update proses pembayaran dari semasa ke semasa. Lepas tu kita boleh detect, siapa yang selalu lengah-lengahkan proses ni. Trust me!

Soalan : Apakah steps yang perlu dilakukan?
Jawapan : Dapatkan maklumat mengikut steps ni;

Pemaju ---- lawyer ---- bpp/bank ---- lawyer ---- pemaju ---- DONE! Boleh ambil kunci.

Soalan : Apa yang terjadi kalau bayaran tidak dapat diselesaikan sebelum due date?
Jawapan : Apa lagi! Sediakan duit berkepuk-kepuk, letak bawah bantal hehe. 

Bayaran penalti dikenakan mengikut bilangan hari lewat. Kalau rumah saya, sehari RM75. Kalau lewat 10 hari dah RM750. Tak sakit hati kah? Sakit juga kalau keluarkan duit atas kesalahan orang lain. Sakit hati jiwa raga frust tertonggeng. Tambah-tambah nak masuk rumah baru ni perlu keluarkan banyak duit untuk benda-benda lain lagi. Jadi, tolonglah alert kalau tak nak merana di kemudian hari.

Soalan : Apakah kesan kalau dikenakan penalti?
Jawapan : Selagi tak bayar jangan mimpi yer nak dapat kunci. Teropong dari luar jerla. Tapi ingat! Potongan gaji berjalan macam biasa sejak tarikh ambil kunci diumumkan. Takda chance nak tunggu kau ambil kunci dulu. Rugi, kan?

Soalan : Ada pesanan lain?
Jawapan : Ya. Simpan setiap surat yang diterima. Jangan tanggalkan surat daripada sampul sebab dekat sampul tu pun ada tarikh yang dicop oleh pos malaysia. Penting tu. Ingat, apa jer tarikh yang ada sangat penting sebab setiap tarikh tu adalah duit! Kalau boleh, catatkan juga setiap tindakan yang kita dah ambil. Macam tarikh kau hubungi bank, respon dari bank, tarikh hubungi lawyer dan responnya.. etc.


***
Saya hanya menulis atas pengalaman sendiri yang baru jer ambil kunci rumah. Alhamdulillah, kami tak kena apa-apa penalti. Syukur syukur syukur. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Saya taknak ramai pembeli rumah yang kurang berkemampu macam kami dikenakan penalti atas kesalahan orang lain. Almaklumlah, duit nak masuk rumah pun boleh rabak poket apatah lagi nak bayar penalti. Harap-harap post ni dapat membantu.

Saturday, 22 August 2015

088 # Tetapkan Tema Rumah

Assalammualaikum.


Hari ni aku nak share beberapa tema hot untuk deco rumah. Pendapat aku lar kan, tema perlu ditetapkan sebelum kau dapat kunci lagi. Nanti dah dapat kunci, senang nak terus gerak. Tak payah pening pening nak cari tema. Sebab rumah ni kalau betul betul nak ikut tema, grill pun boleh mainkan peranan. Grill pun ada patern, ada karakter sendiri. Kalau tema kau moden, kau lupakanlah grill kerawang pusing 44 kali, walaupun kerawang tu memang cantik sangat!


Rupa rupanya tak senang jugak nak decide tema untuk rumah sendiri. Macam aku, dari dulu dah ada tema yang berkenan di hati. Tiba tiba bila nampak rumah yang cun meletops, terus rasa nak tukar tema pulak. Bila nampak perabot menggoyah iman, terus rasa nak ambil tema yang sesuai dengan perabot tu pulak. Mak aih, lemah betul jiwa ni. 



Di sini aku share sikit tema yang boleh korang pilih. Moga dapat menolong korang tambah-tambah yang nak masuk rumah baru tak lama lagi.


PERTAMA : SCANDINAVIAN






KEDUA : ENGLISH VINTAGE





KETIGA : MODEN KLASIK





KEEMPAT : MODEN MINIMALIS





KELIMA : PALLET STYLE





KEENAM : PASTEL EVERYWHERE (aku namakan sendiri)





Rasa-rasanya yang mana satu tema yang aku nak pilih yer. Rasa macam semua cantik. OMG!
Rambang mata, taku nanti jadi cacamarba macam pakaian penari dangdut!

Bismillah.
ps : Semua gambar kredit to Google

Monday, 27 April 2015

077 # Persediaan Sebelum Dapat Kunci

Assalammualaikum.


Dah tak lama kot nak dapat kunci mahligai aku tu. Sama ada sebelum raya atau selepas raya. Yang kompem, aku rasa akan dapat dalam tahun ni juga. Wah, dah nak ada rumah sendiri. Wahhh. (tampar pipi)


Bagi aku, bukan jer nak masuk rumah, tapi nak ambil kunci pun kena buat persediaan. Bagi aku lar. Sebab bak kata suami aku, aku ni cerewet susah nak cerita. Sometimes dia cakap aku perfectionist. Tapi aku rasa dia tipu. Sebab aku rasa aku biasa jer.



Checklist yang akan dibawa untuk check defect rumah
Checklist ni penting bagi orang pelupa macam aku ni. Kalau tak tulis, nanti lupa. Checklist ni sepatutnya dah dibuat dua tiga bulan sebelum ambil kunci. Bila ingat jer apa nak dicheck, terus tulis. Takut-takut nanti ada yang terlepas pandang, masih sempat nak tambah. Sebenarnya, aku pun tak mula lagi. Tunggu mood datang dulu.


Kenal pasti apa yang perlu dilakukan dulu
Bagi aku, perkara ni penting sebab tabung ayam aku laaaambat lagi nak penuh. Jadi, aku perlu fikirkan yang lebih penting untuk dibuat dulu. Maksud aku, yang lebih penting tu adalah benda-benda yang berkaitan dengan aspek keselamatan. Bila difikir timbang lambung baling campak, aku rasa aku nak buat grill dulu. Tapi sebelum buat grill, kena tinted dulu. Nanti bila grill dah melekat situ jenuh nak pasang tinted. Lepas tu, aku nak korek tabung ayam lagi untuk beli kipas dan lampu. Sebab bagi aku kipas dan lampu ni penting juga. Kalau la aku rasa nak pergi tidur situ, naya kalau kipas lampu nando. Banjir peluh laaa.


Survey kontraktor
Macam aku, lepas dapa kunci aku rasa nak buat grill. So, aku mula servey design dan kontraktor yang ada. Kalau boleh, simpan siap-siap nombor kontraktor dalam handphone tu. Kontraktor lain aku belum survey, cuma belek-belek design dan cari idea dari google jer. Bukan apa, sebab tabung ayam tak penuh lagi. Jadi aku sedar diri jugak la. Hehehe. Tapi, bagi orang yang ada duit berkepuk-kepuk macam bank tu bapak kau yang punya, eloklah servey siap-siap.


Cari ilmu
Korek ilmu tentang apa yang perlu dilakukan bila pergi ambil kunci. Google kan ada. Cuma perlukan segunung kerajinan jer. Cari ilmu, kalau apa-apa jadi senang nak backup diri sendiri. Lain lar kalau tak kisah apa jadi pun boleh telan terus hadam. Tak payah la bajet nak jadi macam pakat hartanah. Cukuplah sekadar ilmu asas jer. 


Memang tak sabar nak ambil kunci. (padahal bukan nak duduk lagi) Harap-harap semuanya ok. Tak sabar nak mendeco. Sementara tu, deco kuarters dulu la.



Monday, 13 October 2014

058 # Tips Membeli Rumah

Assalammualaikum.




Rasanya boleh kot aku berkongsi tips untuk sesiapa yang nak beli rumah, berdasarkan pengalaman aku. Aku just nak berkongsi, bukan nak kerek. Aku nak tolong bagi info supaya tak jadi pura-pura pandai (sebenanrnya bodoh HAHA) macam aku waktu beli rumah dulu. Sebab aku kurang ilmu di dada, aku pakai terjah jer yang mana available. Tak fikir panjang. Nak menyesal pun tak guna. 


Bagi aku, sebelum beli rumah ada beberapa perkara yang perlu difikirkan. Ingat, nak beli rumah bukan macam beli goreng pisang. Minta bungkus RM2, dapat makan sampai buncit. Tak, nak beli rumah perlu fikir banyak perkara. 



Kewangan
Penting mencongak kewangan di badan sendiri sebelum buat keputusan nak beli rumah. Ada orang pernah cakap kat aku, beli rumah besar biarpun harga mahal. Katanya, harga rumah akan naik jadi tak rugi kalau beli rumah besar. Ambil terus rumah yang paling maksima dengan kelayakan pinjaman. Terpulang. Mungkin betul juga apa yang dia cakap. Tapi bagi aku cukuplah dengan sekadar mana yang mampu. Jangan nanti bulan-bulan makan pasir. Nak menabung pun ke laut. Andai suatu hari Allah uji dengan kesakitan, nah! Merangkak cari duit. Berpada-padalah. Yang penting, buat bajet kewangan dulu. Ambil kira perbelanjaan bulanan seperti bayaran kereta, bil, barang dapur, nafkah anak bini, minyak kereta dll,



Lokasi
Lokasi rumah pun penting. Dekat dengan hospital, balai polis, sekolah, kedai, balai bomba, padang permainan, surau, masjid. Tidak terlalu sesak. Dan tidak juga terlalu pedalaman. Kalau sesak sangat tak seronok juga. Meningkatkan kadar stress jer. Pedalaman sangat pun susah juga. Saudara mara datang nak cari rumah pun susah. Pendek kata carilah lokasi yang strategik. Pergi survey dulu kawasan tersebut. Tengoklah juga kejiranannya. Ramah ker, atau buat hal sendiri. Selamat atau banyak kes pecah rumah. Ini penting untuk keselamatan. Jangan jadi macam aku, terbeli di kawasan yang banyak kes pecah rumah. Tapi rasa boleh diterima akal sebab aku pilih rumah di kawasan guarded and gated. 



Developer
Pemilihan pemaju perumahan penting untuk mengelakkan kes rumah terbengkalai. Pilihlah pemaju yang sudah 'kukuh'. Kalau boleh, dapatkan dulu info tentang pemaju berkenaan dari buyers yang pernah berurusan dengan pemaju tersebut. Perlu ambil kira kerenah dan layanan. kadang-kadang, waktu nak beli rumah, manis manis jer mulut diorang. Bila kita dah tanda tangan SnP, mula la nampak perangai sebenar. Rungutan buyer taknak ambil tahu. Rumah dapat seperti yang tidak dijanjikan. Dan macam-macam lagi.



Kejiranan
Hal kejiranan ni tak penting sangat. Tapi sekurang-kurangnya kita nak mencari kepuasan hidup berjiran. Jadi perlulah juga menitikberatkan perkara ni sebelum membeli rumah. Kejiranan elit? Setinggan? Marhaein? Nak berjiran dengan guru sahaja? (eh, macam terkena batang hidung sendiri)



Material
Waktu aku nak beli rumah hari tu, aku memang ambil kira material yang digunakan. Bata merah atau bata pasir yang berwarna putih tu. Bata merah adalah bata yang terbaik, tahan dan kukuh berbanding bata pasir. Rumah mak aku di kampung guna bata merah. Nak drill ker, nak tebuk ker, untuk pasang langsir atau letak frame tak perlu fikir panjang. Kuat dan kukuh. Aku memang terkilan sikit bab ni. Rumah yang aku beli cuma pakai bata pasir. nak letak frame berat nanti memang kena fikir beratus kali. Timbang dulu berat kalau taknak tengok frame tu hancur berkecai. Tak ada pilihan. rata-rata rumah di Sungai Petani semua pakai bata pasir ni. Ada juga yang pakai blok. Ini lagi pelik. Nak drill jenuh cari kawasan yang berkonkrit. Kalau drill di kawasan yang tidak berkonkrit maksudnya kita drill di kawasan lopong. Kompem drill hari ini, esok sujud kat bumi. HAHAHA.



Saiz  
Rata-rata antara kita nak rumah besar. Tapi harga nak murah, kan? Faham. Selalunya, rumah dua tinggi memang mempunyai ruang yang besar. Bilik utama rumah dua tingkat biasanya kawkaw punya besar. Ruang tamu boleh ajak anak main bola. Ini anggaran saiz aku beri. Kalau 25x50 rumah setingkat, memang kecil molek comel lote. Kalau saiz yang sama tapi rumah jenis dua tingkat, luas. Nampak tak apa yang aku nak sampaikan.


Tak mengapa.
Jangan gelojoh beli rumah.
Sediakan ilmu di dada sepenuhnya dahulu.
Lepas tu, baru terjah.


Jadi jadi macam aku.
Main terjah tak bagi salam.
Dapat rumah tangkap muat.
Apa pun aku bersyukur dan sayang sangat rumah tu.
Tiga minggu lepas kahwin suami belikan aku rumah tu.
Sekarang tengah tunggu rumah siap. Insha Allah hujung tahun depan dapat kunci. 
Doakan yang terbaik.


Terima kasih suami.