Showing posts with label Villa Cinta. Show all posts
Showing posts with label Villa Cinta. Show all posts

Friday, 10 June 2016

111 # Projek Dapur : Part 3

Assalammualaikum.


Rasa macam lama sangat tunggu kitchen cabinet siap. Cerita aku pun dah sampai Part 3, tapi tetap tak siap siap lagi. Mak ayah dan adik aku mula nak membahan aku. Buat kabinet dapur macam cerita telenovela, lama sangat kata depa. Kedai yang ayah aku tengah buat untuk abang aku pun hampir siap, tapi kabinet dapur aku belum siap. Terus depa gelak! Ceh! Membandingkan sebuah kedai dan kabinet dapur memang agak kelakar.


Ala, ini kes kelainan upaya sebab tuan dia di pulau. Tunggu cuti, memang pelbagai macam lar lambatnya. Memang masa booking pun aku sudah berkira-kira dengan orang kabinet tu. Aku sendiri minta nak buat bulan Mei sebab masalah bermastautin di tempat orang. Book bulan Februari, nak buat bulan Mei. Alhamdulillah dia boleh terima dan aku masih beruntung dapat harga offer. Tapi lama semacam macam telenovela Indonesia itu memang betul, tak boleh sangkal walau dengan tapak tangan Shin Chan. Kalau aku tak ada masalah, orang kabinet dapur tu cakap dalam masa sebulan jer siap. 


Bila duduk di pulau, hendak balik Sungai Petani sangat perlu bercinta. Kalau setakat balik Kangar, macam rebus kacang kuda jer. Sebab tu aku jarang balik SP, lebih banyak balik rumah mak ayah aku jer. Sudah lar makan macam raja di rumah mak, balik SP kena makan luar sebab dapur belum siap. Jenuh atur kedai dan meleburkan fulus.


****

Buat kabinet dapur dengan If Kitchen ni agak renyah sikit sebab tile dinding perlu cari sendiri. Yang lain alhamdulillah disedia, cuma sediakan duit, maka mereka pun bersedia untuk buat. Inilah dikatakan duit berkuasa, tanpa duit kita tak bahagia. Ehh!

Beli tile kat kedai ni. Murah murah jugak. Kedai ni kat Perlis jer.


Ini tile yang aku pilih. Ikut hati aku nak putih suci. Tapi aku tengok tile ni ada promosi jadi aku grab yang ni. Tak berapa putih, lebih kurang macam krim sikit. Harganya RM4.10, saiz 2kakix1kaki. Not bad. Total semua masih under bajet.


Untuk wall tile, aku pilih cha-ya-nun-alif. Entah kenapa rasa macam yakin lebih sikit, setelah beberapa tukang orang kita buat kerja macam tak faham konsep KEMAS, dan TELITI! Buat aku hot, dan akhirnya pujuk sendiri hati sendiri. Alhamdulillah, memang puas hati. Kerja kemas dan teliti, jauh beza dengan cara kerja orang kita. Ada tambahan duit sikit sebab dia kena ubah plug, kalau tak nak plug tu nampak macam pusat tenggelam dalam perut buncit. Tapi last last dia cakap tak payah bayar. Kau tengok orang depa kerja macam mana. Orang kita, aku minta buang plug seketul jer sebab kesilapan faham pihak dia, aku pulak kena cas. Orang kita juga aku minta ubah paip masuk ke dalam sikit (dengan kerja macam taufan), juga sebab kesilapan pihak dia, pun kena cas RM150 lagi. Tepuk dahi! Jadi sekarang, apa apa aku rasa baik aku cari orang depa. Hati pun menyanyi senang!



Puas hati. Daripada tak senonoh kepada diva.

Ini kerja tak senonoh tukang paip tu sebelum cina tu pasang tile.


Bila sudah siap mak nenek benda alah tu, team If Kitchen datang bawak sebijik lori dan dua bijik kereta kapcai. Mak ai, terkejut aku sebab ramai sangat. Hari tu, rumah aku macam ada kenduri. Meriah semacam padahal team If Kitchen jer. HAHA. Tengok bilangan team members yang datang tu macam boleh siap hari tu juga. Rupa-rupanya masih ada liku dan onak duri perlu kami tunggu. Hari tu cuma datang pasang kabinet dan pintu. Table top, hood dan hob, sink dan faucet akan datang hari lain. Deyy tambiiiii ! Baru berangan masak laksa ikan sekoq pakai dapur baru!






Tak mengapa, asal sudah nampak rupa dapur pun buat aku ciwi tak habis. Asyik nak pergi tengok dapur jer. Lepas tu duduk berangan lima minit. Ciwi petala kelapan. Lepas depa team If Kitchen siap pasang, aku dan suami pergi check. Ada sikit sikit defect tapi masih boleh cover. Nanti dah complete defect tu akan tak nampak di mata mata manusia. Cuma menjadi kenangan di mata aku dan suami. Miahahah.

Acah-acah cuci ikan. Sebenarnya nak test kependekan aku. Yang bawah boleh capai, yang atas tu macam tak berapa nak cukup inci. Small matter jer!

Table top belum letak. Korang rasa apa pilihan warna table top aku?

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan aku?

Dua tiga hari lepas tu, tukang batu pulak datang rumah untuk ukur table top. Sepatutnya dia nak datang sehari selepas team If Kitchen datang. Tapi aku dan suami sudah dalam perjalanan balik Perlis. Sikit kilometer lagi nak sampai Perlis. Lambat sikit jer apek. Kalau tak mungkin dapat aku tengok depa pasang table top tu. Alhamdulillah syukur.

Cepat lar siap. Tak sabar nak tengok. Rasa macam menunggu saat nak beranak. Permudahkanlah ya ALLAH.

Saturday, 9 April 2016

105 # Projek Dapur : Part 2

Assalammualaikum.

Sambungan kisah projek dapur untuk Villa Cinta. Al kisahnya, aku ternampak iklan gebabom merobek jantung di facebook If Kitchen. Aku naik eksited macam migrain 5 hari pun ada. Kabinet dapur 12 kaki with granite top and glass door boleh dapat dalam harga RM4999. Setakat yang aku pernah survey RM3000 jer dah lost untuk top konkrit biasa tu. Belum lagi masuk harga pintu. Kalau habis murah pun type melamine. Itu pun dalam lingkungan harga RM3000 - RM4000. Tapi iklan tu memang menggugat jantung. Granite top dan glass door. Mahal kot granite top...! Glass door pun sama, lagi mahal dari melamine. Hurm, bunyi macam menarik. Aku bincang dengan husband.


Lastly, aku pun set appoinment dengan En Faiq, promoter If Kitchen di showroom depa. Sembang pong pang pong pang. Siap ketuk kabinet, ketuk sinki, buka tutup paip air, buka pintu kabinet. Paling jakun, main soft close. Tak pernah laki bini jakun ni ada kabinet canggih cenggini. Kat rumah kami jenis asal tutup laju jer terus bunyi 'kedegang'. Bergema satu rumah. Sebab tu jakun main soft close sebab bila tutup jer pintu tu dia akan gerak slow motion macam biawak hendak melintas jalan.


And then, kami laki bini pun setuju nak ambil If Kitchen untuk buat kabinet dapur rumah kami. Malas fikir dan malas dah nak survey. Lagipun If Kitchen ni dah cover banyak projek, milik orang Melayu kita jer. So, I support Melayu! 


Kalau ikut quotation yang En Faiq buat, RM++++ adalah basic price. Laki aku request nak soft close untuk pintu dapur. Almaklumlah jakun. Hehehe. Tapi aku rasa soft close ni memang penting memandangkan pintu tu jenis glass. Nanti dapat kat tangan aku yang lemah gemalai sangat ni, tak sampai seminggu pintu tu boleh pecah. Lepas tu mula lar nak merajuk belakang tirai! So kena tambah RM250. Mahal beb!


Kami minta hood dan hob dari If Kitchen juga. Malas lar nak pergi survey tempat lain pulak. Lepas tu ducting system semua tu nak kena request dengan If Kitchen juga. Renyah. Ada jiran nasihatkan jangan ambil hood dan hob dengan If Kitchen sebab function dia tak berapa tip top. Hurm, hentam jerla. Harap harap yang aku punya okeh lar. Tak kuasa aku nak tawaf kedai lagi. Hood hob kena tambah RM1400. Ducting and hole lagi tambah RM200. Plumbing pula kena tambah RM260 sebab nak ubah kedudukan asal sinki ke tempat baru. 


Bila dah tambah itu tambah ini, hati sudah berdebar macam jumpa cinta pertama. Berdebar nak tahu harga baru. 

Wednesday, 16 March 2016

104 # Kipas Remote Atau Regulator?

Assalammualaikum.

Kipas remote atau regulator?
Sebelum beli kipas, setiap hari aku main baling dadu (tipu). Susah kalau ada banyak pilihan. Senggara nak buat keputusan. Sama ada nak ikut poket atau syaiton. Kalau nak ikut syaiton mestilah syaiton suruh aku pilih kipas remote dengan lima kelajuan. Kalau nak ikut poket (ukur nafsu dipoket sendiri) ambil kipas regulator tiga bilah biasa tu jer. Ikut suami pula, mestilah kipas tiga bilah tu dia vote 10 bintang. 


Pikir bagai nak pecah kepala. Akhirnya, aku buat keputusan yang adil lagi saksama. Dua dua jenis aku beli. Nanti kita tengok yang mana lagi bagus. Kipas remote 3speed aku beli tiga untuk letak di ruang tamu dan dapur. Nak letak kipas di dapur pun penuh drama. Suami cakap orang tak letak kipas di dapur. Tapi aku memandang ke hadapan (dasar pandang ke timur kan). Nanti nati, takkan nak usung cawan kopi minum di dining hall. Ada sikit ruang minum kopi di bawah angin kipas sepoi sepoi, sambil pandang ke luar, baru fefiling rumah mewah istana batu. Apalah suami. Suka memandang kecil dengan rumah sendiri.


Kipas regulator tiga bilah yang biasa tu aku letak di setiap bilik. Bilik bilik rumah aku agak panas sebab mengadap matahari petang. Kalau aku teruskan niat mengikut syaiton, mesti syaiton gelak kat aku sebab malam malam tak boleh tidur kepanasan. Aku pilih kipas reguator sebab 5speed. Buka kelajuan ketiga pun dah macam kipas helikopter. Kalau musim panas, aku buka kelajuan kelima. Serius kawasan rumah aku tu panas. 


Kalau nak dibandingkan dengan kedua-dua kipas ni, aku vote 100 bintang untuk kipas regulator tiga bilah yang biasa tu. Angin pergh! Sukar diungkap dengan kata-kata. Kipas remote tu angin macam tiup dengan mulut sendiri jer. Padahal brand Panasonic. 


Ini kipas Panasonic 5 blades. Kelajuan 3 speed. Aku beli kipas ni dengan dealer Panasonic Sungai Petani, Panashop Radio kalau tak salah nama kedai tu. RM350 (termasuk gst). Mungkin tempat lain lagi murah. Aku tengok Lazada jual pun RM320. Aku minat sebab warna hitam dan brand Panasonic.


Ini pulak kipas untuk dapur. Yang ni aku ambil yang biasa biasa jer. 5 bilah dengan 3 speed jugak. Jenama Milux. Harga RM190. Aku beli kat Kedai Lampu Mega Advance Jitra. 

Kipas macam ni aku letak kat semua bilik. Masterbed room pun kipas ni jugak. Perfomance memang tiptop dari remote fan. Laju macam nak tercabut ceiling rumah aku tu. Asalnya nak beli yang warna gelap. Tapi kena order. So, putih pun boleeehh. 


Kalau sesiapa nak beli kipas KDK, aku suggest kedai Him Giap Enterprise kat Taman Patani Jaya. Harga kaw kaw murah. RM138 untuk kipas biasa tu. Kalau yang lima bilah with remote pun boleh dapat RM276. Murahkan. Layanan pun tip top. Siap hantarkan kipas sampai bonet kereta. 


TIPS : Kalau bajet korang tak berapa besar, jangan mengada ngada nak beli barang ikut napsu. Lepas ni jenuh makan hati dengan diri sendiri. Buka kipas yang mahal tu pun dah tak rasa weh. Yang penting, jangan ikut orang. Merana weh kalau nak berlawan dengan orang.


Ok, bai.

Him Giap Enterprise Sdn Bhd
40 & 42, Lrg 17, Tmn Patani Jaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Phone : 04-4236 868

Tuesday, 15 March 2016

103 # Projek Dapur : Part 1

Assalammualaikum.

Mula survey kabinet dapur waktu baru beli rumah. Ciwi tak boleh belah. Hari hari buka google, hari hari usha kitchen orang. Bila pikir balik, rasa macam ek eleh lah kau ni minah ketot.  Buang karan ja.

Bulan Disember hari tu, aku dan suami memang aktif senaman kaki. Masuk show room keluar show room. Pergi fair sana sini. Rajin survey tak mencerminkan poket berkepuk, tapi kerja ni adalah kaedah memilih benda yang paling jimat. Nah kau. Keluar ayat tesis.

Bukan murah weh nak buat kitchen cabinet. Pernah rasa pasrah. Ajak suami hidup tanpa kabinet dapur. Aku pasrah, suami lompat hooray hooray. Selamat duit. Ceh!


Waktu pergi homefair kat Amanjaya Mall Disember hari tu, aku berhenti dekat booth If Kitchen. Sempena fair tu, diorang buat promotion RM90 sekaki untuk quartz stone dan granite table top. Mata aku blink blink. Keluar bunga bunga kat hati. Yerla, setakat aku dah survey sebelum ni, paling murah pun RM200 sekaki. Kami laki bini sempat juga borak borak dengan staf dia. Buat quotation secara rambang untuk pattern yang kami nak (pattern ikut nafsu) dapat RM10k. Macam agak murah untuk harga kabinet dapur Lshape 10x5kaki, ada tall unit, qranite/quartz table top, acrylic door. Aku jauh pengsan.

Quartz stone dan granite yang sekaki RM90. Tak banyak pilihan. Kalau nak warna lai, harga jadi RM260 sekaki.

Tapi aku tak gelojoh. Aku sabar (padahal dok nangis tepi bucu langsir tiap tiap malam). Macam nak kena survive sangat kalau kami ambil yang RM10k tu. Almaklumlah, kaya sangat. Hehehe.


Aku balik rumah, pulun survey lagi. Aku tak rasa kaya sangat nak beli kabinet daour RM10k. Wooohhhoi, pergi umrah pun lepas. Duniawi jer semua ni (aku pujuk hati).



Dah tu... apa jadi?
Bersambung Part 2 nanti pulak yer.

Friday, 26 February 2016

101 # Kisah Pencarian Lampu

Assalammualaikum.

Mencari lampu impian kalbu memang betul betul mencabar. Letih badan wooo. Tambah tambah menturut hati manusia jenis aku, yang mahu pada benda yang dia mahu. Mahu betul betul. Mampus.


Prinsip aku bab lampu, nak yang simple but handsome, unik dan kelainan. Tapi bila masuk jer kedai aku asyik pandang lampu tak menturut hati. Tak kenan langsung. Mula mula tawaf kedai-kedai lampu di kampung aku, Perlis. Ada yang berkenan tapi harga tak boleh belah. Ada yang harga boleh dipinang tapi tak uptodate. Aku rasa nak luruh rambut fikir tentang lampu. Lepas itu, aku ajak suami tawaf di Sungai Petani pula. Makin complicated. Ada lima kedai lampu. Aku nak pergi tengok kat semua kedai tu dulu tapi taknak beli. Sebab aku jenis rasa was was kalau terus beli tanpa survey. Nanti kemudian aku menyesal, lalu salahkan takdir. Chewah ayat.


Dalam kelima-lima kedai tu aku cuma berkenan dengan downlight dan lampu porch. Yang lampu porch tu pun aku paksakan diri aku untuk beli sebab macam dah tak larat nak survey. Tak ada la cantik menarik tertarik sangat. Kau bayangkan weh. Dalam banyak banyak kedai, dua lampu jer aku terberkenan. Aku beli mana yang aku nak dulu. Kemudian aku teruskan misi mencari sampai aku naik fade up. 



Aku target nak lampu ni untuk ruang tamu tapi tak jumpa jumpa. Jodoh tak ada macam mana aku nak pinang. Aku terjumpa facebook satu kedai tu yang jual lampu ni. Terus aku ajak suami pergi cari kedai tu. Memang tak ada jodoh sebab kedai tu dah tutup. Apasal kau tutup! 



Untuk lampu pagar, aku aim lampu macam ni. Aku berkenan sangat padahal biasa biasa jer. Pun tak ada jodoh. Tak jumpa pulak lampu macam ni. Aku dah mula fade up. Tak larat weh, lenguh satu badan. Last last aku ajak suami balik Perlis, tersinggah pula kat kedai lampu di Jitra. Tetap hampa dan hampeh. Lampu-lampu yang aku nak tu tak ada. Aku frust tonggeng. Tapi sedikit boleh ditahan bila tengok harga di kedai lampu tu macam agak murah. Mega Advance Jitra. Aku pun paksa diri beli lampu pagar dan lampu hiasan. Lepas tu aku ambil sebiji kipas lima bilah jenama Milux untuk letak di dapur. Ada offer katakan. Lets grab the chance. Hehe.


Ok di sini aku senaraikan beberapa kedai lampu yang korang boleh terjah. Semuanya ada kelebihan sendiri. Yang penting, jangan memilih macam aku. Nanti muntah hijau, mabuk lampu. Erk.

Area Sungai Petani
Bright and Bright (Lagenda Heights)
Amethyst (Taman Tuanku Hamimah)
Vision (Lagenda Heights)

Area Jitra
Mega Advance (dekat pekan Jitra)

Area Perlis
Juta Electric (dekat mahkamah)
Kedai lampu tak ingat nama hehe (Jalan Sekolah Derma)


Saturday, 20 February 2016

100 # Awning Untuk Backyard

Assalammualaikum.

Ok. Hari ni aku nak coretkan sikit cerita tentang awning kat backyard belakang rumah kami. Awning tu aku dan suami decide nak letak sebab time hujan akan tempias kena laundry area, sampai lencun mesin basuh. Kompem sangat. Kalau ada awning, dapat lar laundry area tu hidup seperti insan lain. Lagi pun, kalau ada kenduri ker, nak lepak ambil angin kus kus belakang rumah ker, boleh lar bersila kat area tu. 

Kalau nak sidai kain, lepas tu tinggal dan pergi jalan jalan makan angin pusing dunia macam tak berapa sesuai sebab awning tu tinggi. Memang kompem lar tempias. Lupakan jerla angan angan nak tinggalkan baju time hujan.


Waktu nak buat awning ni, aku ada google cari pattern awning yang cun di hati aku. Biasalah, apa apa mesti aku cari google. Tapi google tak pernah pula nak cari aku. Pelik betul. Time aku google tu, macam macam pattern pula yang muncul. Dah la muncul depan mata, cun pula, harga mahal tak boleh belah. Betul la kata orang, yang cantik semestinya mahal. Sumpah aku berkenan sangat dengan awning polycarbonate. Moden dan simple. Tapi harganya, RM20-25 sekaki. Nah kau. Bagi kaki ni baru tau :P

sumber : google

Banyak jiran aku pasang awning macam kat atas ni. Aku ni kalau boleh taknak lar ambil awning melengkung. Boring lar satu taman sama jer. Dah lar jenis sama, warna pun sama, tiang pun sama. Nampak macam rumah adik beradik jer hehe. Aku jumpa awning lurus tapi tiangnya bentuk pergola. Pergh. Menggugat iman dan nafsu. Jadi aku dah set dalam otak ni nak minta quotation untuk kedua-dua jenis awning tu.


Untuk awning melengkung sekaki Rm5. Untuk awning pergola sekaki Rm10. Suami aku terus setuju. Bapak hai, tak sempat nak fikir. Rm5 untuk awning melengkung memang dah murah sangat. Untuk pergola ni aku tak berapa pasti. Aku pun ikut jer suami aku. Setuju dan tak sabar tunggu awning siap. 

Ini lar pergola aku. Penat jer buat pergola tengok tengok kena halang dengan palong air. Kahkahkah. Tapi aku suka. Puas hati dengan pilihan sendiri. Tapi workmanship kureeeng.

Ini gambar in progress. Simple jer. But I loikeee. Simple is nice. Ceh, puji ketampanan rumah sendiri dalam diam!

Bintang : 3.5 bintang
Total duit melayang : RM1100 (termasuk palong)
Komen positif : Suka sangat sangat sebab tak jadi kembar dengan jiran jiran. Less is more.
Komen negatif : Pemasangan kurang kemas. Budak budak ni memang nak kena babab! Nasib tauke sudi datang semula untuk kemaskan mana yang aku tak puas hati.

Alhamdulillah. Syukur.

Sunday, 17 January 2016

097 # Alarm Free!

Assalammualaikum.


Hari ni nak cerita tentang alarm. Syukur, pemaju bagi alarm free untuk rumah tu. Tak payah penat penat nak cari, sekarang alarm dah jatuh gedebuk depan mata. Cuma proses pemasangan tu kena uruskan sendiri.


Alarm yang pemaju bagi tu adalah GV Alarm. Aku mengaku dengan jujur dan ikhlas, sebelum ni aku tak pernah kenal pun GV Alarm ni. Mula dengar rasa nak jakun pun ada, nak kuno pun ada. Kalau nak cerita tentang function GV Alarm ni rasanya macam agak malas. HAHAHA. Kome google lar sendiri yer. Bukan ker sekarang maklumat di hujung jari jer.  Rajinlah sikit buat homework! Aku malas takpa sebab aku malas kadang-kadang jer. 


Yang best tentang GV Alarm ni, dia boleh detect motion and vibration. Jadi kalau rumah jiran tengah renovate pun alarm tu akan bunyi. Dan, kalau tetiba ada lalat lalu depan skrin kamera tu pun dia boleh detect. Pergh. Teramat sensitif sampai rasa kadang-kadang ada jugak rasa annoying. Macam nak ambil hammer lempang laju laju kat alarm tu. Tapi, senang cerita alarm tu memang ok sangat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Kita dah ikhtiar, lepas ni cuma mampu tawakal. 


Servis pun mantap. Mula-mula kami dapat turn akhir bulan 12. Tapi bila aku bagitau yang aku kerja di tempat lain, terus diorang tetapkan masa yang paling cepat untuk aku. Alhamdulillah lagi. Satu lagi yang aku puji, sehari sebelum appoinment tu, diorang akan kontek untuk kompemkan sekali lagi. Mantap!


Lepastu, diorang ada juga offer remote keyless, touch screen, dan autogate. Harap jangan terlalu mengikut nafsu. Pilih ikut keperluan. Untuk bab alarm ni aku bagi En Hubby buat keputusan. Dia super arif bab keselamatan. Tapi kalau nak ikut nafsu semua dia nak. Last last dia main osom, pilih remote jer. Selamaaaat duit. Jadi, ambil remote jer kena bayar RM150. Mahal betul remote, padahal kemetot macam remote kereta jer. Dah tu, takkan nak gedabak macam remote astro pulak!


Nak tahun info lanjut, sila lar rajin study kat sini.



Bintang : 5 bintang
Total lost : RM150 (alarm free)