Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Monday, 20 July 2015

085 # Salam Aidilftri

Assalammualaikum.



Raya sekarang dah tak macam raya dulu-dulu. Aku rindu sangat nak jadi kanak-kanak balik. Mak dan ayah masih kuat. Semua adik beradik ada di rumah. Tahun ni giliran abang aku balik ke rumah mertua di Pahang. Dan raya kami tidak lengkap macam dulu. Tidak lagi macam dulu. Aku sangat terasa, mungkin mak dan ayah lebih lagi.



Raya kedua aku dah balik ke Sungai Petani, kampung suami. Tahun ni, kami pakat adik beradik untuk masak mee kari buat jamu tetamu. Rumah kami jarang diziarah. Kalau ada pun setakat dua keluarga jer. Lepas tu sunyi. Dan acara menonton tv rancangan raya pun bermula. Tapi tahun ni tv raya tak berapa meriah. Adik aku dengan RunningMan, suami aku dengan cerita omputih. Tak rasa pun raya macam dulu dulu. Dulu-dulu dok tunggu jer cerita raya. 



Apa apa pun, aku tulis sekdar coretan. Moga bila rindu, aku dapat baca balik kenangan yang aku pahatkan dalam blog ni. Walaupun raya aku dah tak macam dulu, aku bersyukur sebab masih dapat menyambut hari raya, tak seperti orang yang kurang berkemampuan. Raya aku simple dan bajet. Baju raya tak sampai RM50. Baju suami pun sama. Untuk baju di rumah mertua, aku recycle baju raya tahun lepas jer. Cuma aku tambahkan lace merah untuk nampak lebih 'baru'. Ala-ala memberi nafas baru lar juga. Dan aku padankan dengan aidijuma RM9. Wakaka.



Tahun ni aku mula sediakan duit raya untuk anak buah dan budak budak lain. Tahun lepas belum datang semangat nak jadi orang tua bagi duit raya. Tahun ni aku mengalah dengan budak budak. Aku kasi can depa pulak minta duit raya kat aku.





Aku harap dan berharap, tahun depan kami dapat bersatu macam selalu. Insha Allah.

Saturday, 1 November 2014

061 # Tak Lulus

Assalammualaikum.


Terima kasih Allah atas segala rezeki dan pertolongan selama ini. Terima kasih kerana memudahkan segala urusan aku. Terima kasih kerana lebih mengetahui apa yang Engkau rancangkan. Terima kasih kerana mendengar. Terima kasih kerana masih merindu doa aku. 


Terima kasih.



Keputusan bertukar dah keluar semalam. Terketar-ketar aku check. Menggigil satu badan sampai rasa nak demam. Selama ni aku ingat memang aku akan dapat pindah. Nak beli barang pun tak ada perasaan sebab takut dapat pindah nanti sussah nak mengangkut. Tapi Allah lebih berkuasa, lebih mengetahui. Sekali lagi keputusan adalah gagal. Hanya Allah jer yang tahu perasaan aku waktu tu. Bayangkanlah, selama ni aku terbayang-bayangkan akan mengakut barang ke Kedah bulan Disember. Telefon mak ayah, ceritakan berita yang menggembirakan. Senyum melangkah ke pagar sekolah sambil melambai tangan ke warga sekolah. Aku cepat-cepat siapkan kerja untuk berpindah. Bayangkanlah bila semua tu hanyalah bayang-bayang dalam hidup aku, Yang tak akan menjadi realiti untuk tahun ni.


Hancur remuk sedih tak terucap.
Moga hati cepat terubat.
Maaf suami, tak dapat lagi berkhidmat sebagai isteri.
Maaf mak ayah, tak dapat duduk dekat lagi.


Allahuakbar!



Monday, 8 September 2014

051 # Counting Days (3 Hari Lagi)

Salam.

Tiga hari lagi nak jumpa suami. Yahuuu, yabedabedu! Baju dah keluarkan untuk packing tapi tak berapa nak menjemput mood rajin lagi. Jadi, baju-baju tu semua terabai tanpa pembelaan kat penjuru bilik. Nampak semak tak payah cakap la. Memang sakit mata memandang, tapi seruan kerajinan lambat tiba. Tunggulah dulu.


Tiket pun tak print lagi.
Internet tak berapa nak macam keretapi laju, susah nak akses. Tunggu buat kat sekolah esok jerlah.


Tak sabar tak sabar tak sabar.
Laki bini pjj lah katakan. Jangan muntah dengan entri ni.


Tak sabar.

 

  


ps : Mengharap sangat dapat pindah tahun ni untuk sesi 2015. Nak hidup sebagai suami isteri yang normal. Moga Allah tolong


Monday, 28 April 2014

038 # Kalau Kami Tinggal Sebumbung

Assalammualaikum.

Perkahwinan jarak jauh. PJJ.
Inilah keadaan yang paling semua pasangan suami isteri taknak lalui. 


Aku pun tak sangka akan melalui pengalaman macam ni. Selalunya dengar dan tengok orang lain jer. Sekarang, aku pulak yang rasa. Alhamdulillah. Allah bagi aku peluang untuk merasai pengalaman ni. Walaupun sedih, tak macam pasangan lain, tapi syukur sebab dengan keadaan macam ni Allah rapatkan hati kami.


Siapa nak macam ni, bukan? Tak mengapa, demi tugas kami. "Apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan."


Walau jauh, walau Laut Cina Selatan menjadi pemisah, harapan aku untuk tinggal bersama tak pernah pudar. Doa aku tak pernah berhenti. Walaupun, selalu juga aku tewas dengan perasaan menyerah. Tapi aku janji tak akan menyerah.


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak masak makanan sedap-sedap buat Mr Hubby. Aku suka masak. Suka juga belek-belek resepi dalam internet, dalam buku resepi. Dengan kata lain, sebenarnya aku suka MAKAN. Sebab tu aku belek resepi sampai meleleh airi liur. Dan, aku terus berangan untuk melayan perut suami aku dengan baik suatu hari nanti. Insha ALLAH. Bayangkan, tengah masak, suami masuk dapur tolong masak sama-sama. Bestnya.........


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak sama-sama cuci kereta, main simbah-simbah air. Lastly, dua-dua basah kuyup. Ala, macam dalam drama tipikal Melayu tu. Romantik, bukan? 


Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak kayuh basikal keliling kawasan tempat tinggal sama-sama. Ataupun, naik motor pun boleh. Ataupun, jogging pun boleh. Tak kira pagi waktu matahari baru nak naik, atau petang waktu matahari hampir terbenam. Indahnya saat tu.....



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak malam-malam tonton tv sama-sama, sambil makan popcorn. Popcorn tu aku buat sendiri. Boleh letak air gula ikut nafsu sendiri. Sebab dua-dua suka popcor dengan air gula yang melimpah. Kalau pergi tengok wayang, sah-sah akan berebut popcorn dengan air gula. Popcorn putih dianak tirikan. Haha.



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku nak berimamkan Mr Hubby setiap kali solat. Aku perempuan biasa, dan aku pun tak minta suami aku menjadi ustaz. Cukuplah untuk sama-sama bawa aku masuk syurga. Lepas solat boleh mengaji sama-sama. Tajwid, boleh sama-sama belajar. Setiap hari kongsi cerita daripada Al-Quran. Hari ini giliran dia. Esok giliran aku. Dalam rumah aku nanti nak buat bilik solat satu. Senang nak letak buku-buku agama untuk rujukan. Indahnya saat itu......



Kalau kami tinggal sebumbung,

Aku harap kami boleh jalan bersama-sama ke masjid/surau terdekat. Jalan malam-malam untuk solat jemaah magrib dan isyak sangat best. Tenang. Seronoknya, sayang. Tak sabar nak rasa saat ni.