Lama bersawang. Aduh, susah betul nak istiqamah menulis belog. Ini memang perangai buruk aku yang paling tak boleh diselamatkan. Macam chips more dah. Kejap wujud, kejap hilang. Main cak cak!
---
Mac, cuti yang pendek tapi seronok sangat. Sebab, cuti hari tu Mr Hubby dan adik aku balik. Orang-0rang kesayangan ada di sekeliling. Tak ada yang lebih bahagia daripada bersama-sama orang tersayang. Cuti singkat sangat, dan kami suami isteri tak plan nak pergi berlibur/melabur duit di mana-mana. Kalau boleh setiap sangat nak berkepit bawah ketiak suami jer. Over kau nyah!
Sebab cuti Mac terlalu singkat, kami cuma bergembira dengan melawat showhouse jer. Aku rasa aku dah mula membina hobi baru. Dadah sangat! Sekali masuk rumah macam istana sapa tak meroyan, kan? Memang meroyan la. Balik rumah pun masih terbayang-bayang setiap sudut rumah-rumah tu.
Cuti Mac kali ni, aku, Mr Hubby dan Dekja pilih Sungai Petani. Masuk kereta, keluar kereta. Masuk rumah, keluar rumah. Asal ada rumah contoh jer terus serbu. Macam semut hurung gula. Kalau boleh nak lompat terus dari kereta ke rumah. Eksited tak tau nak habaq cheq oi!
Pertama, kami pergi Ambangan Heights. Tiga buah rumah juga la kami masuk kat kawasan tu jer. Mula-mula mestilah pergi tengok progress rumah sendiri dulu. Terkejut sangat tengok progress dia. Baru Disember tahun lepas (3 bulan lalu) aku pergi, tapak rumah pun tak nampak lagi. Tapi, pergi baru-baru ni dah naik lorong pertama, siap bumbung okeh. Mak ai. Cepat betul.
Bawak adik aku masuk rumah contoh, mulut dia asyik sebut kecik jer. (lempang laju-laju kang). Memang betul apa dia cakap. Cukuplah untuk berteduh. Itu yang mampu. Jangan tamak, aku masih sedar untuk ukur baju di badan sendiri. (alahai, kesiannya statement :p)
Siapa yang bercadang nak beli rumah di Sungai Petani, jomlah berjiran. Fasa 3 (fasa terbaru) baru jer dibuka untuk jualan. Harga masih sama dengan harga lama. Frust jer bila dengan tentang ni. Kalau aku tahu harga sama, aku tunggu fasa baru ni. Boleh pilih rumah yang best sikit. Ini tak, pilih sisa-sisa yang orang tak nak jer. Insha Allah, moga pilihan itu adalah pilihan terbaik. Rumah ku syurga ku.
Nama : Impiana
Lokasi : Ambangan Heights, Sungai Petani
Jenis rumah : Semi-d
Luas : 35x80 (Land), 25x50 (built up area)
Dijangka siap : Disember 2015
Apa yang saya suka tentang rumah ni :
- Semi-d, maksudnya ada tanah tepi dan belakang. Walaupun sekangkang kucing jer. Macam plan dah fikir. Nak letak kolam lar, nak letak bunga tulip lar, nak letak gazebo lar, nak letak teratak lar. Last-last bila cakap kat Mr Hubby, dia balas "mana muat". Angan-angan biar tinggi sikit, walaupun tanah kau macam kangkang kucing jer. HAHAHA.
- Konsep ala-ala tropikal english, dari jauh terus buat hati aku cair. Nak bekukan balik tu susah betul, maka terus sambar untuk hidup sepanjang hayat di sini. Melting macam nampak anak raja kacak depan mata.
- Keluasan dia tak terlalu kecik, tak juga terlalu besar. Kalau kecik sangat, nanti dalam rumah asyik berlaga bontot jer dengan Mr Hubby. Kalau besar sangat malah pulak nak clean and clear habuk. Jenuh nak jadi bibik tanpa gaji. Mentainance rumah pun besar. Sedang-sedang macam ni okey la.
- Gated and guarded. Dalam bahasa Melayu, berpagar dan berpengawal. Rasa selamat sikit. Setakat sekarang, rumah Impiana ni jer yang bergated and guarded. Walaupun dah ada gated and guarded, aku tetap berangan nak pasang cctv dan alarm yang bunyi ruh satu dunia tu. Berangan suka sangat macam mat jenin.
- Harga mampu milik. RM268 000 (international lot). Masih mampu untuk aku dan Mr Hubby beli. Yang lain boleh buat kami hidup makan pasir, mandi guna air hujan. HAHAHA.
Ni gambar rumah dari tepi. Jomlah jadi jiran. Boleh kenal-kenal, boleh beramah mesra. Kami suami isteri memang mesra. Jangan takut nak berjiran dengan kami.
Cuma booking RM500. Boleh mula mimpi tidur dalam rumah baru. (macam aku). Kalau rasa teringin dengan rumah macam aku, pergi terus ke pusat jualan Ambangan Heights. Sekian.
2 comments :
best bca entry ni ..tetiba dok join berangan skali...syok la bca blog ramai bakal jejiran....tp i ambik fasa 3...rasa mcm soooo...excited :)
hai bakal jiran! =)
Post a Comment