Friday, 17 January 2014

034 # Teratak Impian 2

Assalammualaikum.

Susah betul nak buat pilihan rumah mana yang nak dibeli. Nak duduk lama weh. Rumah pertama pulak. Tak boleh main-man. Tersilap langkah menyesal seumur hidup. Tapi memang susah. Tambah susah lagi bila suami isteri tak sama cita rasa. Lagi lar rasa susah macam nak jawab peperiksaan fizik dan calculus.


Abang suka Idaman. Aku suka Elena (tapi boleh berangan jerla) Impiana. Bila sampai di sales galary selepas balik dari tengok rumah-rumah contoh, mula lar naik pening tak tahu nak pilih rumah mana. Nak ikut suami, tapi, tapi, tapi, macam tak boleh terima. Kesalahan rumah Impiana hanyalah saiz dia jer. Abang suka Idaman sebab besar. Tak boleh dinafikan kalau nak banding dengan Impiana. Tapi, erk erk erk. (jari telunjuk bertemu jari telunjuk)


Aku pula jenis tak suka kalau tak dapat puaskan hati orang. Biarlah hatiku remuk bagai dihempap kereta api, asalkan dapat puaskan hati orang lain. Sebab, kalau orang lain tak puas hati, aku lagi tak suka. Nanti apa-apa jadi aku akan menyesal. Macam mana ni, serba salah jadi.


Abang memang nampak sangat minat dengan Idaman. Aku tahu tu, tak dapat dinafikan. Dari dalam kereta syarikat lagi dia cakap suka Idaman. Aku sebenarnya tak kisah. Yang mana elok untuk dia, itu la elok untuk aku. Aku cakap aku suka Impiana dan nak Impiana. Waktu tu aku tak tahu dia suka Idaman. Tapi, bila dah tahu aku suruh dia fikir. Ambillah yang mana dia suka.


Akhirnya dia pilih Impiana!
Dengan berat hati, aku tahu.
Aku pun berat hati, sebab dia berat hati macam tu.


Tapi dah booking dah pun.
Jadi, teruskan dengan Impiana.


Terima kasih Abang. Terima kasih kerana ikut jer isteri Abang. Terima kasih sebab sanggup berkorban. Terima kasih kerana bagi rumah. Terima kasih. Semoga Allah hadiahkan anak-anak dan rezeki yang baik untuk Abang (eh, tiba-tiba pulak masuk bab anak ni apahal? gatai!) Minta maaf Abang sebab rumah ni kecik sikit. Tak boleh guling-guling Hindustan atas rumput. Tak boleh main keja-kejar atau hide and seek. Rumah kecik alih-alih jalan sikit nampak muka Ayang jer. Hikhikhik.


Insha Allah, rumah tu adalah yang terbaik untuk kita.


Kami ambil rumah sebelah kiri. Bumi lot sudah habis. Jadi, terpaksa lar ambil non-bumi lot. Kalau beli bumi lot dapat lar 5% diskaun. Tapi, jiran kiri kanan dah kompem Melayu. Cuma depan jer tak tahu siapa. Siapa lar agaknya yer. Harap-harap lar semua jirang okey, kamcing. Tak mengapa, mungkin rezeki untuk lain. Itu pun untuk fasa dua ni dah tak banyak. Cuma tinggal beberapa unit jer lagi. Fasa 3 pula akan dibuka dan dijual dengan harga yang lebih tinggi. Abang dah tak fikir banyak-banyak, terus booking dengan RM500. Potongan gaji bermula bila rumah dah siap. Dijangka pada tahun 2015.


Haish. Aku harap sangat dapat pindah balik Kedah hujung tahun ni. Harap sangat, amin amin amin. Aku tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk aku. Kalau dapat balik Kedah, dekat sikit nak tengok mak ayah.


Sejak dah ada rumah sendiri *ececece* setiap hari berangan tentang rumah. Macam dah kena sampuk rumah baru.

No comments :