Sebenarnya ni cerita yang agak dah basi. Kalau makanan, sudah berulat kot. Kalau bawang, sudah tumbuh pucuk. Kalau nak merepek memang aku handal. *Merepek setempet kat sini*
Selepas balik dari honeymoon hari tu (eh, entri honeymoon belum buat), Abang ajak balik Sungai Petani. Katanya nak tengok rumah di Ambangan Heights. Kebetulan, dia ada kawan kerja di Syarikat Ambangan Heights tu. Entah ribut apa datang, angin period atau pembawakan watak suami mitali selepas kahwin kot. Aku pun apa lagi, seronok sangat. Tak sangka Abang ajak pergi tengok rumah. Dulu, waktu belajar, pernah juga berangan nak beli rumah di situ. Tapi boleh berangan jerla sampai habis rumah tu dijual. Sampai sekarang aku ingat lagi nama rumah tu, Rio.
Selepas kenduri di Sungai Petani hari tu, ada jugak Abang bawa jalan-jalan kawasan Ambangan Heights. Mula-mula sekali aku jumpa Rio. Nah! Rio depan mata dah sekarang. Cantik sangat tapi nampak macam kecik. Syukur juga tak beli. Harga dia waktu tu kalau tak salah RM198k.
Pergi kali kedua ni, Abang dah buat appoinment dengan kawan dia yang kerja di Ambangan Heights tu. Sampai-sampai jer kawan dia terus bawa pergi site. Tengok rumah contoh. First time aku ziarah menziarah rumah contoh. Apa lagi, jakun habis la. Memang cantik sangat. Tiga jenis rumah kami masuk. Semua bes. Kalau aku jutawan, aku dah ambil semua jenis tu dengan tanpa fikir panjang. Jutawan katakan. Itu berangan sampai berjanggut jer la.
Rumah pertama yang kami masuk ialah Impiana.
Impiana. Jenis Semi-D. Ala-ala rumah Inggeris kampung. Konsep Tropical Resort Home (apa ni??) Tak besar sangat, tak kecik sangat. Boleh lar untuk famili kecik. Tanah untuk untuk bercucuk tanam pun tak luas sangat. Orang panggil tanah sekangkang kera. Ada 4 bilik (1 tu kecik sangat) + 2 bilik air. Parking boleh cover dua biji kereta. Apa yang menarik, rumah ni dalam kawasan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan. Sesuai sangat dengan kawasan Ambangan Heights yang dengar khabar banyak jenayah curi-mencuri ni. Floor plan dia pun aku bagi 4 bintang. Menarik. Tak bosan. Ada lorong untuk ke laman di bahagian tepi tu. Harga dari RM268k.
Rumah kedua yang kami pergi ialah Elena.
Elena ni bes. Rumah banglo, 5 bilik + 4 bilik air (setiap bilik ada bilik air). Rumah besar. Tanah besar. Boleh main guling-guling sumi isteri depan rumah. Interior dia jangan cakap lar. Sangat-sangat-sangat puas hati. Bilik besar, toilet pun besar. Ada dua dapur. ruang tamu macam padang bola. Parking pun luas. Semuanya ok. Tapi rumah ni tak dibina di kawasan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan. Terletak dalam kawasan perumahan yang sedia ada. Harga dari RM395k ke atas.
Seterusnya kami pergi tengok rumah yang terakhir iaitu Idaman.
Rumah ni jenis Semi D seperti Impiana. Besar sikit dari Impiana. Ruang tamu luas. Bilik pun boleh tahan luas. Ala-ala rumah Inggeris moden. Tanah tepi pun besar sikir dari Impiana. Tapi rumah ni tak ada laluan ke laman dari dalam rumah. Nak pergi laman kena keluar ikut pintu depan atau belakang. Nampak macam rumah biasa zaman 90an. Tapi keluasaan dia puas hati. Tidak dibina di kawasan berpagar dan kawalan keselamatan. Tengok kawsan rumah ni pun macam agak bahaya. Yang bes rumah ni ialah keluasan dia. Floor plan dia boleh lar. Tak berapa berkenan dengan pintu utama yang direct dan selari dengan pintu bilik keempat. Kalau buka pintu utama memang direct nampak orang dalam bilik tu. Harga dari RM298k ke atas.
Selepas tengok ketiga-tiga rumah tu, Abang terus booking. Semangat. Rasa nak menangis macam tak percaya. Abang takut harga rumah makin naik bila masuk tahun 2014.
Jadi, yang manakah pilihan kami?
Next entry lar pulak. Penat.
No comments :
Post a Comment