Lambatnya nak update tentang kahwin. Sudah sebulan lebih aku peram cerita kahwin ni bawah bantal. Erk, macam mana tu?
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur kepada Allah.
Perkataan yang menampakkan betapa bahagianya selepas diijabkabul. 24.11.2013. Angka biasa yang penuh makna. Jam 3.00 petang. Maka dengan halalnya, aku sah menjadi isteri kepada lelaki pujaan sejak 7 tahun yang lalu. Pergh. Ayat aku agak annoying, ya aku tahu.
Bertemakan putih, minimalist, simple, paling minima (macam sama jer dengan minimalist), buat-setakat-mampu (tema ni paling penting), majlis aku berjalan dengan lancar. Walaupun perangai lambat aku tu masih menghantui sampai ke hari pernikahan, aku tetap cool. (padahal jiwa dah terbalik, jantung rasa nak luruh sebab lambat pergi mekap).
Pergi mekap drive sendiri, macam Michael S. extra. Tak ingat dunia. Ingat nak nikah jer. Tapi, aku ralat juga lar mekap hari nikah tu. Dah burok macam singa aku tengok muka aku. Bukan maksud aku untuk cakap singa tu buruk (padahal tadi aku baru jer cakap), aku nak mendefinisikan wajah aku yang buruk dan nampak garang macam singa sehingga terkeluar frasa 'buruk macam singa'.
Dinikahkan oleh Ustaz Hashim bin Taib (Penolong Pendaftar Perkahwinan) Kariah Kangar. Diwalikan oleh ayah tercinta. Disaksikan oleh WaLeh dan orang pejabat agama. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri. Sehingga Jannah insha Allah.
Bab Tok Kadi ni, ada berita sedih sikit. Aku kahwin dengan Tok Kadi dari kariah sebelah sebab 2 hari sebelum kahwin, Tok Kadi kariah aku meninggal. Percaturan Allah. Dan alhamdulillah sekali lagi, allah tolong aku. Mudahkan semua urusan. Punyai Allah dan famili yang selalu sokong dari atas bawah depan belakang kiri kanan. Ayah uruskan Tok Kadi yang baru.
Hari nikah ni tak payah lar membebel macam Mak Nenek makan pinang, letak gambar sekepam dua korang tengok lar sampai juling. Mana tahu, boleh bagi idea untuk next b2b selepas ni.
"YA ALLAH. BERKATILAH PERNIKAHAN KAMI INI. JAUHKANLAH DARI HASAD DAN DENGKI, SAMA ADA DARI JIN DAN SYAITAN, ATAU MANUSIA SEKALIPUN. KURNIAKAN KAMI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. LIMPHAKANLAH KAMI DENGAN REZEKI, ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH. RAPATKAN KASIH SAYANG KAMI SEPERTI RASULLAH DAN ISTERI-ISTERINYA. HINDARKANLAH DARI RACUN DAN DURI DALAM HUBUNGAN INGIN... AMIN YA RABBAL ALAMIN."
Indahnya bercinta selepas kahwin. Sempena majlis kami ni, aku dah baca macam-macam info sebelum majlis. Aku tak nak majlis kami dicemari dengan benda-benda lara, yang boleh buat hilangnya keredha Allah. Aku impikan majlis yang berkat. Kalau nak majlis yang berkat kena lar berusaha ke arah tu kan. Awal-awal lagi aku cari baju yang tak ikut bentuk badan, aku berinai tanpa corak, aku sediakan pelamin yang bajet RM500 sahaja, sekadar untuk ambil gambar. Tiada majlis renjis merenjis. Aku suruh ayah cari DJ islamik, sepanjang majlis hanya diputarkan dengan zikir dan lagu nasyid. Tiada acara sarung cincin secara rasmi, hanya kami berdua di depan kameraman untuk gambar kenangan. Hantaran yang biasa-biasa. Majlis pun dijalankan selepas solat Zohor. Alhamdulillah.
24.11.2013 akan terus terpahat dalam hati dan sanubari.
031 # Next update : Hari kenduri.
No comments :
Post a Comment