Friday, 24 August 2012

002 # Rindu

assalammualaikum

Subhanallah. Hari ini sudah 6 Syawal. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam pergi solat hari raya. Puasa enam belom mula! Alamakk! Tak mengapa. Atin memang niat nak berpuasa di Subang Jaya. Alang-alang balik kampung, baham dulu apa yang boleh dibaham. Bukan senang nak cari makanan yang best best bila dah balik Subang Jaya nanti. Jadi, kita puasa nanti nanti jerla. Syawal sebulan, bukan?!

*Tarik nafas dalam-dalam.


Sebenarnya, dalam hati nie rindu sangat pada seseorang. (Eksited lar tue nak tahu siapa kan?) Sejak berjauhan nie, jarang sangat dapat jumpa Ad. Love story Atin dan Ad sekarang boleh dikatakan sudah berputar 360 darjah. Totally different. No more daily dating. (miahaha. kantoi tiap-tiap hari dating) Sedih woo. Kalau layan dan fikir sangat boleh banjir satu Malaysia. Hantuk-hantuk kepala di dinding pun belum tentu boleh hilang sedih.


Mana tak sedih, dulu nak makan rojak pun ada orang teman. Nak beli ubat gigi pun ada orang teman. Bosan bosan pun ada orang ajak pergi jalan-jalan. Sekarang, sudahlah buah hati jauh di mata, kawan nak pergi melepaskan angin tekanan sambil hirup udara segar pun tak ada. Habis, mahu tak meraung aku sorang-sorang! Nasib baik Allah kurniakan mak, ayah, adik dan abang. Yang selalu menemani di kala kesunyian. Ok, senyum balik.


Entahlah.
Buntu sekejap. Jalan yang Atin nampak hanyalah berkahwin. Mana tahu, rezeki kahwin Ad dapat pindah balik semenanjung. Nak lagi melampau, dapat pula Perlis atau Sungai Petani. Melampau tak? Ha Ha. Tak lawak okeh. Sedih! Bukan gatai gedik melampau sampai tergedik-gedik mahu kahwin. Tapi, itulah masalah. Sampai bila hendak tunggu masalah selesai kalau tak ada usaha. Masalah bukan macam manusia, boleh jalan sendiri pergi cari orang yang boleh selesaikan.

Hmmm,

Alangkah indahnya kalau Ad di-posting-kan dekat dengan Atin. Alangkah indahnya kalau Ad tidak kerja di Sarawak. Alangkah indahnya kalau nama negeri yang terpampang di skrin KPM suatu ketika dulu bukanlah Sarawak. Alangkah indahnya kalau Julau tidak wujud. Alangkah indahnya kalau SK N. Babai berada di Selangor. Indahnya mimpi. Ya, mimpi yang tak pernah wujud! Nampak pun mimpi.


Doakan yang terbaik untuk kami. Fatin dan Fuad bersama selamanya.
(Apasal rasa geli semacam dengan diri Atin sendiri. Blog ini terlalu penuh dengan fake. Benci!)


Dear Ad,
i'll love you like before, and it will remain forever.
143.

No comments :