Salam.
Alhamdulillah.
Penat tongkat mata selama dua hari berturut-turut, akhirnya aku berjaya mengapai punctual kejayaan. Mendaki kejayaan hendak kahwin nie memang menguji kejiwaan dan keragaan. Juga menguji tahap ketahanan mata melawan syaitan yang asyik suruh tidur.
Kalau ditanya, nak pergi kursus kahwin sekali lagi tak? Terus tak fikir panjang, menjawab -taknak!- Aduh. Seksa zahir batin. Sampai sakit tulang bontot, sebab duduk terlalu lama.
Antara semua part ceramah, aku tak tahu kenapa aku vote ceramah terakhir sebagai ceramah paling best. Orang lain gelak macam hantu dalam setiap ceramah. Aku dok melayan mata blues. Takda lar kelakar sangat. Tak paham den. Tapi ceramah terakhir tue 'kelakar' habes. Susah nak cerita kat sini, sebab aku tak mahu belog tersayang nie dicemari bahasa lucah. Biarlah korang faham sendiri. Dan aku tahu korang dah faham kan? HARHARHAR.
Ok, tak lengkap kalo tak letak bukti tanda kejayaan pergi Kursus Kahwin.
Snap snap, upload.
Cak!
Ambillah ceciput logo JAIS nie. JAIS kau doh. Jangan main-main.
Habis jer kursus, terus ajak Mr F pergi cuci mata. Bukan cuci mata tengok tutttt, ini cuci mata dalam konsep shoping tingkap. Maka, Mr F bawak aku pergi Klang. Walaweh. Memanjat GM Klang la pulak aku. Rambang mata dengan barang-barang kahwin okeh. Benda lain dah tak nampak dah. Mentang-mentang baru habis kursus kahwin, semangat kau jah!
Turun naik, turun naik bangunan lima tingkat tue, last-last aku terbuka hati nak beli benda alah nie jer. Brooch bunga. Sooooooo cute. 20 biji RM1.20 jer satu. Memang aku kaut 20 biji bawak balik rumah. Dan dua biji giant flower.
Hajat hati nak buat handbouquet. Kome tengok jerla apa rupa handbouquet tue nanti. Jadi, atau menjadi-jadi. KAHKAHKAH.
Kursus kahwin pada 5-7 April 2013. Tempat : JAIS Selangor. Ada geng tak? Gimmi five sikit.
No comments :
Post a Comment