Showing posts with label diy. Show all posts
Showing posts with label diy. Show all posts

Saturday, 27 June 2015

084 # Preparation To Collect Keys

Uihhhss. Tiba tiba tajuk speaking London apa hal?


Assalammualaikum.
Hari ni saya nak share preparation yang saya buat sebelum pemaju panggil unuk ambil kunci. Almaklumlah, berfirasat sendiri rasa macam dan tak lama akan dapat kunci. Insha Allah.


Hari tu, kebetulan free sikit untuk buat benda alah yang tak relevan dengan kerja. Dah lama terfikir nak buat, tapi llah belum perkenankan (ecece malas sebenarnya). Alang-alang tengah datag mood rajin, aku seru jugak kerajinan tu untuk buat Journal Book Istana Chenta. Pergh. Nama harus tak nak kalah.



Bahan-bahan yang diperlukan. Aku cuma beli exercise book cikai jer RM2.90. Tebal 200sheets. Yang lain tu aku korek kotak simpanan stationary aku. Semuanya ready stok, so dah jimat di situ.


First step, balut dulu buku tu molek-molek. Tarik cekang-cekang bagai letak serum anti aging kat wrapping paper tu. 


Second step, letakkan labelling stickers ni kat tepi sebagai dividers. Sebelum kena buat list dulu benda apa yang nak disenaraikan. Jangan lupa bahagikan muka surat yang ada dengan sekata dan sama. Agak-agak jer pun boleh. Tapi, aku memang kira satu-satu.


Third step, taraaaaa! Dah selamat dilabel. Setakat sekarang baru ada 6 label. Dan label yang terakhir tu aku biarkan kosong. Mungkin akan dilabelkan sebagai 'OTHERS'. 

Front page aku tulis sikit ayat gedik-gedik. Nanti dah tua jenuh ketawa terkedek-kedek baca tulisan sendiri. Tue belum lagi letak gambar suami isteri buat bingkai. Nah muntah!

Taraaaaa! Dah siap. Lepas ni kalau baca tips apa-apa atau dapat contact number contractor boleh lar buat shortlist kat dalam buku ni. Senang kalau nak rujuk balik. Ini tidal, nak cari balik jenuh korek history. Korek korek kalau terus jumpa tak ada masalah. Bermasalah negara bila korek korek tak jumpa jumpa. Mau angin satu badan.


Sharing is caring
Tak sabar nak dapat kunci. Sudah mula menabung. Harap tabung tak cepat pecah. Sebenarnya sudah mula menabung sejak dari mula tandatangan snp, tapi tak faham aku apasal tabung aku asyik bocor jer. Simpan simpan simpan, korek korek korek. Pelik sungguh. Kenapa wujud perkataan korek tabung kat dunia ni erk?



Wednesday, 18 September 2013

028 # DIY Kad Kahwin

Salam.


Tak pernah terfikir hendak diy kad kahwin sendiri. Ini semua adik aku punya idea. Dia kalau bab men-diy memang semangat sangat, sampai hati aku rasa kesian nak menolak. Aku ni makhluk paling tak kreatif, dan malas sikit-sikit. Nak tunggu semangat rajin secara lahiriah memang susah. Mungkin minggu depan, atau bulan depan semangat tu datang. Susah. Tapi tengok jiwa adik aku ni lain macam semangat dia, maka terjebaklah aku dalam posisi men-diy kad kahwin sendiri.


Terima kasih Dekja, mak dan ayah yang sentiasa menyokong.




Bila aku nampak Dekja mula mendesign kad aku di komputer cabok ayah, lagi la susah hendak aku cakap tidak. Aku ikut jer semangat dia. Siap dengan pelan rumah pengantin dia sanggup buat. Rumah pengantin dah lar comel macam rumah fairytale, alahai.


Dia buat draft, dia tunjuk pada aku.
Ada correction, dia edit, dia print semula.
Sudah sempurna di mata, dia print ramai-ramai.


Dia membongkok pokok setiap satu keping, sambil tengok kartun. Adik aku :)
Dia mula ikat riben, tempek UHU, tunjuk depan biji mata aku.
Ok, atau tak? Dia tanya.


Alahai adik.
Semangat.


Tak sempat kad tue dikerjakan dia, cuti sekolah sempena raya puasa pun habis. Terkontang-kanting aku bawak balik kad-kad tu ke Subang Jaya. Nah. Banyak lagi belum siap. Kengkangan masa buat aku cuma sempat siapkan ikat riben. Gam dan tampal masih belum sentuh. NAYA!


Mak suruh pos balik Kangar. Kali ni giliran mak pula.

Dan....
tak sangka, mak buat macam robot. Seminggu jer dah siap 90%. Terima kasih untuk semua semangat dan pertolongan tu. Terima kasih kerana bagi pinjam tangan.


Saturday, 7 September 2013

026 # DIY Handbouquet

Salam.

Tersemangat dan terrrrajin lebih pula aku ni. Tak berniat nak cakap banyak macam Mak Cik Senah. Layan gambar sahaja boleh?


Anggaplah ini tutorial bisu.
Atau tutorial in mute.

HARHARHAR.


Bahan-bahan :
1. Kerosang bunga. Borang di GM Klang sepuluh biji.
2. Dawai.
3. Jari untuk pintal dawai. Pastikan jari cukup lasak.
4. Pemegang bunga.
5. Manik pearl, saiz suka hati.
6. Riben.
9. Pemegang bunga tangan. (Nak buat sendiri pun boleh, nak beli yang dah siap pun boleh. RM3.90 jer)







notakaki : Hilang deria sentuh di hujung jari. Kan dah pesan, pastikan jari cukup lasak dan kental. Hadoi.

Saturday, 31 August 2013

025 # DIY : Guestbook

Salam.


Buku tetamu atau guestbook penting dalam sesuatu majlis, terutamanya majlis kahwin. Untuk majlis aku, aku diy sendiri jer. Survey di medan internet, punya lar mahal. Seketol buku dan pen, harga melebihi harga cadar pengantin aku. Melampau dan membazir. Jadi, mahu atau tak mahu, aku kena dan wajib buat sendiri. (sebenarnya memang gatai nak buat sendiri pun)


Tidak lari dari tema majlis.
Vintage. Klasik. Minimalis. White.
Nah, aku sapu empat tema sekaligus.


Untuk guestbook, aku bajet dalam RM20 jer. Murahkan. Itu pun sebab aku guna buku yang mahal dan berkualiti bagus dengan kos RM12 sebuah. Kalau boleh dapat lagi murah, lagi bagus.


Baiklah.

Bahan-bahan yang digunakan :
1. Art book size A5
2. Kain felt
3. Gunting
4. Gam UHU
5. Decoratios - renda, 3D flowers
6. Span
7. Pita pelekat


Span digunakan untuk membalut cover art book depan dan belakang. Bila letak span, pegang pun rasa lembut macam pegang tilam. Terus rasa nak tidur.


Dalam 30 minit aku menggodek benda alah ni. Dan akhirnya, taraaaaaa!


Simple, tapi title belum letak. Malas nak buka printer. Simpan dulu, dekat-dekat nanti baru nak kalut. Memang tabiat. Di bahagian dalam aku letak riben sticker. Setiap muka surat aku pulun letak. Terbongkok-bongkok, semangat lar konon.



Tapi kan, di mana kedudukan strategik guestbook ni waktu kenduri nanti? Sudah lama aku fikir. Tapi belum jumpa jawapan. Sapa tahu tolong jawabkan.



Monday, 25 March 2013

017 # DIY

Salam

Banyaknya benda nak diy. Memang kemaruk diy la aku ni. Entah sempat atau tak. Aku pandai jer pasang angan-angan men-diy. Memang pandai. Tapi tangan macam besi ni tak tahulah apa nak jadi.

Berimaginasi dengan tinggi untuk men-diy pelbagai benda. Masya-Allah. Pelbagai maksudnya banyak. Baik disenaraikan di sini supaya tak terlalu lapuk dek ingatan. Almaklumlah, makin tua makin banyak pula nak fikir. Lama-lama boleh terlepas pandang.


Angan-angan nak ber-diy adalah :

Baju nikah
Baju sanding
Veil nikah
Kasut
Pelamin
Guestbook
Centerpiece (tengok orang buat, aku pun nak jugak tuh!)
Khemah (nak letak deco sikit)
Goodies untuk rombongan pengantin
Hantaran


Ok cukup.
Kita tengok sama ada angan-angan ku musnah, atau tak musnah.
HAR HAR HAR