Showing posts with label Istana Chenta. Show all posts
Showing posts with label Istana Chenta. Show all posts

Sunday, 13 December 2015

096 # Tinted Done!

Alhamdulillah.
Settle satu bab. Banyak lagi menunggu --.--

Tapi at least ringan sikit 1% daripada otak ni. Kami tak buang masa banyak untuk tinted. Ikut pengalaman jiran jer. Mana yang dengar macam ok, terus kami pergi kedai untuk pilih tinted. Malas nak jalan servey sana sini.


Waktu nak pilih warna tinted pun punyalah payah nak buat keputusan. Antara biru atau hijau. Kalau tanya mr suami, keputusan dia mesti tak boleh nak hadam. Dia pilih KUNING! Aku rasa macam...pelisssss lah! 


Lastlast aku juga yang buat keputusan. Hijau silver. Amatlah menyokong go green. Sekian theeee. 


Tinted ni ada macam macam layer. Kalau nak jimat ambil yang satu layer pun ada. Kalau ada duit lebih sikit boleh ambil yang tiga layer. Aku ambil dua layer jer. Ni pun dah cukup redup rumah. Tapi hati hati. Ada penjual yamg claim tinted diorang tu 2layer tapi sebenarnya satu layer jer. 


Macam aku dah terkena dengan satu kontraktor bangla ni. Aku tanya dia punya tinted berapa layer. Dia cakap dua layer. Tapi bila aku pergi sendiri tengok jiran sebelah pasang tinted dengan kontraktor bangla tu, aku tanya orang (cina) yang pasang tu sekali lagi. Konon konon aku tak tahu la. Cina tu bagitau tinted tu satu layer jer. Kau tengok mainan dia. Huissh. Aku tak pasti lar dengan tuan rumah tu berapa layer kontraktor bangla tu bagitau.


Untuk tinted ni aku ambil dengan tauke cina. Tengok tengok yang datang pasang adalah lelaki bangla. Tapi nasib baik hasil kerja memuaskan. Tak cemerlang sangat sebab ada cermin yang dia tak bersihkan kesan stiker betul betul. Ek eleh. Tu tak boleh nak marah sebab sticker tu memang salah aku. Lekat sampai susah nak tanggalkan. Untuk cermin lain kami laki bini susah payah tanggalkan. Memang menguji kesabaran jugak.


Hasil kerja tinted ni aku bagi tiga bintang jer sebab ada part yang aku tak puas hati sangat. Biasalah. Cerewet.

Total lost RM1000.

Mat bangla ni buat kerja hebat gila. Macam itu makanan dia dah.

Perbezaan cermin yang dah ditinted dan belum ditinted. Tengok..redup jer.




Monday, 16 November 2015

095 Dah Buat Pilihan Untuk Grill

Assalammualaikum.


Bukan senang nak buat pilihan. Tambah-tambah pilihan yang melibatkan duit. Mau aku bini jutawan, tunjuk dan terus ambil. Laki print duit. Itu angan angan memang aku pakar.


Orang cakap, perkara pertama yang wajib buat bila dapat kunci rumah adalah grill. Safety first. Jadi aku pun mula survey grill sebelum dapat kunci lagi. Maksudnya, aku dah survey grill ni selama 4 bulan. Apakah?? Hantuk kepala di dinding.


Selama 4 BULAN aku survey tu (saja capslock sebab rasa macam buat kerja gila), kadang-kadang pernah juga rasa down. Kadang-kadang juga pernah datang mood tak nak buat grill sebab terpengaruh dengan channel HGTV. Rumah omputih nampak cun tanpa grill. Sampai orang tanya dan pelik kenapa aku nak buat grill untuk pintu saja. Aku rasa macam, cukuplah. Style beb, style!



Memang dah nekad taknak grill tingkap. Rasa macam nyaman jer dapat pandang terus ke luar tanpa palang-palang kat tingkap tu. Nak nak pulak, bila waktu hujan. Kau ada feel yang sama tak macam aku? Tapi, bila aku mula menghitung aspek keselamatan dengan lebih terperinci (chewah, ayat thesis!) aku mula was was dengan kemampuan hidup aku tanpa grill. Umpama tidur dengan lampu terpasang. Jadi aku decide nak pasang grill. Sudah, cukup! Muktamad!


Selama 4 BULAN ni (caps lock sekali lagi sebab tak puas hati dengan pencapaian terok macam ni haha) aku dapat kontek beberapa tukang grill. Tak banyak sangat, ada lar dalam 9 orang. Sembilan orang dengan tujuh offer yang berlainan. Last last aku pening. Masuk bilik tidur. Tidur pun tak lena, asyik teringat grill jer. Aku rasa macam tak berguna sebab ada perasaan macam orang bercinta walaupun dah kahwin. Aku memang dah mengarut!

Tukang A : RM 3400 (pintu sahaja wrought iron), RM 2900 (besi biasa tapi tebal)
Tukang B : RM 3300 (bentuk S)
Tukang C : RM 2800 (besi biasa)
Tukang D (apek) : RM 4800 (grill + tinted)
Tukang E : RM 2700 (besi biasa), RM 2900 ( pintu sahaja w/iron), RM 3400 (semua w/iron)
Tukang F : RM 5700 (besi biasa) bapak segala mahal!
Tukang G : RM 2600 (besi biasa), RM 2700 (pintu bentuk S)
Tukang H (bangla) : RM 2800 (besi biasa) dulu free sangkar meter air, sekarang offer dah habis. Jom gelak!
Tukang I (apek) : RM 2800 (besi biasa)


Insha Allah. Aku rasa aku dah ada pilihan. Aku buat pilihan bukan hanya kerana harga yang murah, tapi aku tanya kualiti yang dia offer. Aku belajar banyak benda waktu survey grill ni. Welding ada macam macam jenis. Bukan setakat tengok harga dan jenis besi jer. Mau aku tak tidur lena pikir benda alah ni. Cepat lar siap! Aku dah malas nak fikir terok terok macam orang bercinta. Lepas ni nak fikir awning dan wiring pulak! Aku pengsan!!



***

Bismilahitawakaltualallah~

ps : Tukang grill di atas tu available di Sungai Petani.




Saturday, 17 October 2015

094 Dah Pilih Tinted

Assalammualaikum.


Selalunya aku yang buat keputusan tentang rumah. Tiba-tiba timbul kesedaran rasa macam Big Boss yang gila kuasa harharhar. Untuk tinted, aku sudikanlah diri sendiri untuk ikut pilihan suami. Asalkan boleh diterima.


Suami cakap, ikut jiran sebelah. Cantik.
Ok, dinda ikut jer kanda.


Minta-minta kedai yang kami nak beli nanti ada jual warna tu. Atau minta-minta jumpa kat kedai yang laaaaagi murah. Moga Allah permudahkan. Amin.



Pic credit to MrGoogle




Friday, 16 October 2015

093 Nak Cari Kipas dan Lampu

Assalammualaikum.

Lagi sebulan lebih jer nak mula cuti sekolah. Alahai, tak sabarnya. Dalam otak geliga ni macam macam dah terfikir nak buat. Tak larat nak berangan dah. Last last rasa macam dah jemu fikir. Insha Allah, cuti nanti kami akan buat apa yang termampu. Mungkin akan masukkan TNB dan air. Lepas tu beli lampu dan kipas. Bila dah ada lampu dan kipas ni rasa lega sikit. Kalau nak buat kerja apa apa kat dalam rumah tu, tak lah lencun baju. Mandi peluh punya pasal. Boleh cari wireman untuk buat wiring. Boleh lar bawa mak ayah lepak sambil menyicah garam belacan. Boleh letak tv sambil buat kerja. Paling koman pun boleh lar cas telefon. Tak lar lari lintang pukang cari power bank bila telefon dan nyawa nyawa ikan! Auw!


Nak beli lampu ni kena buat draf dulu. Takut nanti ada masalah kalau main terjah jer. Tapi selagi tak beli selagi tu lar fikiran berubah-ubah. Punya lar tak istiqamah. Punya lar tak tetap pendirian. Macam lalang ditiup taufan. Nak masuk draf yang ketiga!


Dalam perancangan, aku nak pakai kipas KDK jer. Senang. Tak payah pening-pening pusing cari kedai sebab Sungai Petani ada dealer KDK. Of course lar dealer dapat harga kaw kaw murah! Cuma aku ni jenis susah nak buat pilihan. Kipas 3 bilah atau 5 bilah? Kipas dengan remote atau regulator. Aku pening!



Lampu pula aku ambil jer mana yang berkenan di hati. Tak payah nak philips sangat. Cuma aku keliru ayam sikit nak ambil pattern petak yang dah attach sekali mentol atau ambil pattern yang ada casing tu. Tengah fikir pro dan kontra. Kalau ikut hati, nak ambil yang petak. Tapi bila fikir susah nak tukar kalau rosak, terus hati jadi tingtong! Ambil yang ada casing pun ok. Lagi murah, lagi senang nak tukar mentol kalau rosak. Sekali lagi aku pening!


Untuk ruang tamu dan ruang makan mungkin aku pilih yang empat bilah. Kalau ikut hati aku nak yang tiga bilah guna remote tu sebab motor dia lebih kuat dan laju. Suami aku ni, dah on speed 5 pun dia boleh cakap tak sejuk lagi. Tapi sebab orang asyik cakap zaman sekarang dah tak pakai kipas tiga bilah, so aku redha jerla. Mungkin akan pertimbangkan untuk ambil yang lima bilah kalau harga lebih kurang jer. Ikut peredaran zaman. Hehehe.



Untuk bilik utama aku pilih yang ni. Tiga bilah dengan remote. Tapi masih belum muktamad. Sebab terfikirkan suami aku yang akan jadi macam cacing kalau kipas tak laju. (Melainkan dia boleh sponsor aircond hehe). Kalau tak, aku pilih tiga bilah denga regulator. Back to basic.




Untuk bilik-bilik yang lain aku nak letak yang bilah biasa jer. Sejukkkkk. Cuma tak buat keputusan lagi nak ambil yang putih atau dark borwn. Rasanya macam putih sebab nak sesuaikan dengan tema.


Oh tak sabar! Tak sabar nak mabuk cari kipas dan lampu. Ni baru kipas. Lampu tak pilih lagi. Aduuuuuuss. Cepat lar cuti. Nak siapkan cepat-cepat. Senang boleh move to the next steps. Too many steps are waiting, am nervous! Thanks Allah for helping. 




Saturday, 26 September 2015

090 # Selesai Bab Defects

...
Keterujaan dapat kunci boleh terbantut bila sampai masa nak check defects. Kalau rumah tu tak ada defects mungkin keterujaan tu boleh bersambung, tak perlu terbantut. Tapi kalau dapat rumah yang banyak defects macam rumah aku terus rasa potong nikmat. Jemmmm !!
Kami laki bini memang sengaja pilih cuti sekolah untuk ambil kunci. Sebab developer hanya bagi 14hari untuk pulangkan balik borang defects. Bagi orang yang jauh macam kami ni, kena plan betulbetul. Tak kuasa nak berulang naik feri turun feri, naik kereta turun kereta, naik teksi turun teksi banyak kali. Tak kuasa!
Ok.
Kalau nak check defects, benda benda seperti di bawah ni WAJIB di bawa. 
  1. Marker pen
  2. Masking tape
  3. Striking stikers
  4. Kayu yang panjang
  5. Tangga
  6. Torchlight
  7. Pen dan kertas
  8. Kamera
  9. Nasi lemak dan air mineral (nak letak juga)
tips : 
- masking tape tu sediakan banyak sikit kalau taknak berulang pergi kedai banyak kali
- kamera cas bagi penuh siap siap
- bawa teropong kalau agak agak tak dapat naik atas bumbung.. ala sekali sekali teropong rumah sendiri


Aku nak share steps yang aku buat waktu check defects hari tu. Tak lar gempak macam Conan. Naya. Aku buat dengan rileks dan slumber kerbau jer.

Hari pertama.
Sampai sampai jer aku terus tarik masking tape dan pegang marker pen. Suami aku lagi rileks. Sampai jer terus duduk makan nasi lemak dulu. Aku kalut sebab takut tak sempat. Hari first ni aku main belek belek tenung tenung dulu. Nampak jer cacat cela kotoran degil, aku terus mark. Dalam 30minit lepas tu jiran sebelah sampai. Siap hon bagai sebab depa tau aku nak datang. Aku pun tau depa nak datang tengok rumah juga. So, ada lar jugak yang jiran aku tolong tengokkan. Mula mula kami laki bini tak perasan retak. Almaklumlah baru nak warming up hehe. Bila nampak retak banyaaaak sangat rasa macam nak retak jantung. Alahai.

Siling ada kesan air.

Cincai jer diorang simen beam tu. 


Longkang pun retak


Check sekejap kak ipar ajak pergi Gunung Jerai pulak. Kan dah kata. Kami check defects dengan rileks dan slumber.


Hari kedua.
Hari ni kalau boleh nak buat last check jer. Kami mula mengeluarkan semua alatan yang ara. Kamera, batang kayu, tangga. Semua muncul dengan tiba tiba. Batang kayu tu ambil di kampung abamg ipar. Kayu api diorang susun cun punya. Suami aku minta izin nak ambil satu. Tangga cilok rumah pak mertua. Bayangkan tangga panjang tu aku sumbat masuk myvi mak aku. Nah!

Anak buah datang tolong sambil main lari-lari T_____T Aku tengah mark retak di luar rumah. Huish. Sakitnya ku di situ.




Apa yang kami buat?
  1. Batang kayu panjang tu suami aku guna untuk ketuk tile. Semua tile yang ada dia ketuk. Tak kira lar tile di lantai atau yang melekat di dinding. TIPS : cara ketukan mesti sama. Sebab ketukan menghasilkan bunyi lain lain. Dah kalau bunyo lain lain macam mana nak detect tile tu kosong atau tak.
  2. Itu tigas suami. Aku pulak tukang tempek stiker. Aku bawak stiker ni dari rumah jer. Ala mana yang ada jer. Tak payah bazir. Aku pilih striking orange. Clean and clear nampak dari jauh. Aku akan tempek di tile yang kosong.
  3. Bila abang ipar datang, dia tolong check siling dan bumbung. Dia askar so terer sikit bab ni. Kami tau nganga jer. Alhamdulillah ada dia. Datang jer dia macam macam defects muncul. Bumbung tak rapat, atap serpih, palung air senget, lubang air tersumbat. Atas bumbung bocor sampai kena siling dapur. Waktu ni teropong dan kamera sangat penting. Kami takda teropong so suami zoom guna kamera dia jer. Hahaha.
  4. Check kerapatan setiap tingkap dan pintu. Pergh. Banyak tingkap yang tak rapat. Kalau kentut kepit pun jiran boleh dengar. Apatah lagi kalau kentut tak kepit. Semua tingkap tu aku tanda dengan stiker striking colour tu jugak.
Tile kosong aku tanda dengan sticker oren.




Tingkap yang ada renggang pun aku tanda dengan sticker oren jugak.


Bila dah puas hati, baru kami balik. Sebenarnya check defects tu 2-3 jam jer. Dalam pukul 11 abg ipar datang ajak balik kampung dia di Sik. Kan dah kata, rileks jer haha.

Hari ketiga.
Hari ni dah nak balik Perlis. Kalau dah memang perangai buat kerja last minit, pagi tu baru kalut naik isi borang dan taip balik tentang defects. Ruang untuk defects dalam borang yang developer bagi tu sikit sangat. Tak cukup beb untuk rumah yang dihiasi dengan defects sebanyak 364817 juta tu. (angka tu cuma hiperbola). Aku masukkan kan gambar. Sebab ada sesetengah defect tu aku tak tau macam mana nak explain. Complicated cant solve. Malas fikir dalam erti kata lain hehe.

Alhamdulillah. Selamat hantar defects list. Yahooo. Tunggu lar sebulan lagi datamg tengok balik apa dah jadi.


TIPS
  • Check ruang antara celah celah lantai. Banyak lubang. Takut semut buat istana kaca dalam tanah pulak.
  • Ketuk tile satu satu. Kalau bunyi macam perut masuk angin tu maksudnya tile kosong.
  • Minta pemaju cuci tandas. Kalau tak bernasib baik dapat 'free gift' masyuk punya dalam lubang jamban. Buat baja tanam rumput karpet.
  • Retak kena tenung betul betul. Bawak torchlight yang lampunya warna oren. Sebab dinding putih memang susah detect crack. Jenuh tenung sampai nak juling.
  • Buka paip air satu satu..biarkan air mengalir. Check saluran paip jika ada bocor. Lepas tu check juga aliran air di dalam toilet. Takut ada kawasan lantai yang menakung air.
  • Check suis. Bawak tester. Pastikan setiap suis boleh digunakan.
  • Check siling jika ada lubang atau retak. Hodoh lar kalau nampak retak ni. Sakit mata.

Sepanjang masa check defect, aku bukakan surah Al-Baqarah, biar berkumandang sentiasa dalam rumah. Rasa tenang jer. Insha Allah.



Waktu nak balik tu, tiba-tiba hujan pulak. Pergh, sejuk sangat. Nyaman aman damai. Depan ni rumah jiran aku. Tak pernah lagi jumpa jiran depan dan belakang dan kiri. Jumpa yang kanan jer.

Alhamdulillah, selesai juga check defects. Borang hantar kepada pemaju. Pemaju kata lagi sebulan akan siap. Kita tunggu lar macam mana. Nanti dah siap diorang akan telefon aku. Bagi aku, lambat tak apa, asalkan buat cantik dan kemas. No cincai boncai ala hantu toncet! Lagipun lambat lagi aku nak duduk situ.

Adioss!

Friday, 18 September 2015

089 # Kunci

Assalammualaikum.

Cuti sekolah dah bermula! Dan hari ni aku dapat kegembiraan berganda. Gembira dan happy sangat sebab adik aku dah balik. Lengkaplah keluarga kami. Boleh riuh rendah macam dulu dulu. Kalau tak, sunyi jer rumah mak ayah. Mungkin perlukan baby untuk bagi bising sikit. Insha Allah.


Kegembiraan kedua, kami dah ambil kunci rumah tadi! Syukur. Hampir dua tahun tergedik gedik berangan nak pegang kunci rumah sendiri. Hari ni, dapat juga pegang peluk cium. Siap timbang lambung tinggi tinggi, sampai cucur atap. Apa dalam baju, sekuntum bunga sena. Erk. Mengarut.


Nak cerita sikit pengalaman ambil kunci rumah. Mula-mula kami hubby and wifey ni (uwek nak muntah) pergi ke bahagian kredit dulu. Sebelum ambil kunci kena lar setelkan hutang piutang dulu. Jangan harap lar nak dapat free of charge. At least api air tu kena jugak bayar. So tadi kami settle kan cukai tanah untuk tahun 2014 dan deposit sada (air). Pong pang pong pang, hulurlah RM215. Dah puas hati intebiu apa yang patut termasuk tanya tentang loan, kami terkedek kedek pergi tuntut free gift.



Free gift tu dapat lar seketul TV LED 40 inci. Syukur. Nanti bila dah ready baru nak pergi tuntut. Hari ni kereta dah tak ada ruang. Yang ada hanyalah ruang ruang udara. Lain kalilah. Tu pun ada hati suami aku request nak dua. Hohoi. 



Bila dah settle bab free gift, kami gerak ke pejabat custumer service. Dekat sana lar kami ambil kunci. Banyak sangat gugusan kunci. Naik pitam nak mengingat. Tapi belum pitam lagi. Bila tenhok lunco terus rasa nak tampar pipi sampai lebam. Macam tak percaya. Macam baru jer semalam kami booking. Cepatnya masa berlalu....


Last step.
Pemaju suruh tunggu di rumah. Wakil dari pemaju akan follow kitorang untuk check lighting point, paip. Dan ajar macam mana nak check defect. Tak buat lagi dah nampak macam nak tidur jer. Malas pulak rasa nak buat benda alah ni. Tapi nak buat macam mana. Rumah sendiri. Kepuasan sendiri. Nanti aku akan share cara aku check defect. Dah nampak rentak. Cuma nak buh lagu jer biar rock sikit. (Apa benda aku taip ni!!)





Sunday, 9 August 2015

087 # Checklist Defect!

Assalammualaikum.


Aku tengah tunggu due nak beranak ni. Ok berangan! Sebenarnya aku menunggu pemaju kol untuk ambil kunci. Memang macam tunggu hari nak beranak. Macam aku pernah beranak jer cara cakap. Insha Allah. Suatu hari nanti.


Aku nak kongsi checklist untuk check defect agar tak terlepas pandang. Yerla, banyak nak kena check. Kadang-kadang teringat, kadang-kadang terlupa. Baik dicatat. Almaklumlah, dah nak masuk generasi berumur hehe.
****

DALAM RUMAH
Lantai
- kemampatan simen / ruang celah tile / keretakan / kejituan pemotongan

Dinding
- retak, plaster simen / cat / lubang

Tingkap dan pintu
- selak / engsel / cermin / keretakan / cat untuk pintu / jarak antara pintu dan lantai

Suis
- check pengaliran elektrik / buka semua suis

Paip
- kebocoran paip / pili / sinki / tangki/ pengaliran air laju atau lambat / bilangan  pili / mendapan

Siling
- kebocoran / keretakan



LUAR RUMAH
Porch
- tile / lampu pagar / tempat sampah serta selak / kotak elektrik / peti surat

Longkang
- aliran air / keretakan / mendapan / cuba alirkan air

Pagar
- cat / kemek / lock / engsel

Tangki najis
- penutup tangki

Dinding luar
-cat / retak

Jalan
- lopak

***

Setakat pukul 4.12pm ni, aku rasa itu jer yang perlu diberi perhatian. Nanti kalau ada lagi nak tambah aku akan update. Biasalah, sekejap datang sekejap pergi. Mana boleh nak paksa jugak, kan?


SELAMAT BER-EKSITED NAK MASUK RUMAH BARU !

Saturday, 27 June 2015

084 # Preparation To Collect Keys

Uihhhss. Tiba tiba tajuk speaking London apa hal?


Assalammualaikum.
Hari ni saya nak share preparation yang saya buat sebelum pemaju panggil unuk ambil kunci. Almaklumlah, berfirasat sendiri rasa macam dan tak lama akan dapat kunci. Insha Allah.


Hari tu, kebetulan free sikit untuk buat benda alah yang tak relevan dengan kerja. Dah lama terfikir nak buat, tapi llah belum perkenankan (ecece malas sebenarnya). Alang-alang tengah datag mood rajin, aku seru jugak kerajinan tu untuk buat Journal Book Istana Chenta. Pergh. Nama harus tak nak kalah.



Bahan-bahan yang diperlukan. Aku cuma beli exercise book cikai jer RM2.90. Tebal 200sheets. Yang lain tu aku korek kotak simpanan stationary aku. Semuanya ready stok, so dah jimat di situ.


First step, balut dulu buku tu molek-molek. Tarik cekang-cekang bagai letak serum anti aging kat wrapping paper tu. 


Second step, letakkan labelling stickers ni kat tepi sebagai dividers. Sebelum kena buat list dulu benda apa yang nak disenaraikan. Jangan lupa bahagikan muka surat yang ada dengan sekata dan sama. Agak-agak jer pun boleh. Tapi, aku memang kira satu-satu.


Third step, taraaaaa! Dah selamat dilabel. Setakat sekarang baru ada 6 label. Dan label yang terakhir tu aku biarkan kosong. Mungkin akan dilabelkan sebagai 'OTHERS'. 

Front page aku tulis sikit ayat gedik-gedik. Nanti dah tua jenuh ketawa terkedek-kedek baca tulisan sendiri. Tue belum lagi letak gambar suami isteri buat bingkai. Nah muntah!

Taraaaaa! Dah siap. Lepas ni kalau baca tips apa-apa atau dapat contact number contractor boleh lar buat shortlist kat dalam buku ni. Senang kalau nak rujuk balik. Ini tidal, nak cari balik jenuh korek history. Korek korek kalau terus jumpa tak ada masalah. Bermasalah negara bila korek korek tak jumpa jumpa. Mau angin satu badan.


Sharing is caring
Tak sabar nak dapat kunci. Sudah mula menabung. Harap tabung tak cepat pecah. Sebenarnya sudah mula menabung sejak dari mula tandatangan snp, tapi tak faham aku apasal tabung aku asyik bocor jer. Simpan simpan simpan, korek korek korek. Pelik sungguh. Kenapa wujud perkataan korek tabung kat dunia ni erk?