Tuesday, 25 November 2014

064 # Nak Beli Majalah Deco Dengan Harga Murah?

(Fuh, tiup habuk!) Assalammualaikum.


Lamanya tak update. Sibuk urus hari anugerah, kemas kelas, siapkan pelaporan murid, siapkan pelaporan diri sendiri. Laporan itu dan ini. Sampai naik lebam dok bercinta dengan laporan dan kertas kerja. Bila sekolah dah mula cuti, baru boleh nak rileks, teguk air sirap sambil tengok drama sterotaip melayu. Itu pun sebenarnya kerja filing tak siap lagi!



Awal bulan hari tu, aku ada pergi jualan gudang Karangkraf. Memang terbeliak biji mata tengok harga buku-buku yang dijual. Tak percaya, aku gosok lagi mata. Setiap tahun memang Karangkraf akan buat jualan macam ni. Cuma tahun ni aku rajin nak pergi, tak malas macam tahun tahun lepas. 



Bila tengok harga buku macam ceklat Nini, aku pun dah mula blink blink. Dan akhirnya, aku bawak balik 7 buah buku dengan harga yang tak sampai RM100 pun. Rasa nak patah tangan usung raga berisi buku-buku tu. Tapi tak apa. asalkan tidur lena la aku malam tu dapat buku pengubat duka lara tak dapat pindah. HAHAHA.





Mula-mula aku ambil dua buah buku ni. Harga sebenar untuk dua buah buku ni ialah RM37. Tapi, aku cuma bayar RM23 sahaja. Gila tak ambil. Dah lama aku masuk dalam list, cuma asyik kurang bajet jer. Harap lepas ni makin pandai lar aku menjahit. Tak payah susah susah cari taylor, yang akhirnya pakai pun tak sedap terus campak masuk tong sampah. T______________T




Lepas tu aku nampak buku-buku ni pulak. Nah! Bila masa pulak nak jahit langsir. Nak jahit jelujur pun terketar-ketar. Tapi, sebab harga murah merudum aku terus jadi tidak keruan. Harga asal RM57, tapi aku beli dengan harga RM35 jer. Gila tak ambil (sekali lagi gila). Mungkin aku tak guna buku ni sekarang, tapi suatu hari nanti aku harap aku mampu jahit langsir untuk rumah sendiri. Tingginya angan-angan mu wahai Fatin! HAHAHA.





Last sekali aku jalan di gerai majalah-majalah outdated. Aku pun sambar masuk dalam raga tiga buah majalah Impiana di atas. Satu tu aku dapat RM3 jer. Kalau tiga buah baru RM9. Belum lagi cecah harga untuk sebuah yang latest RM12.50. Untung membeli, untung mencedok ilmu. Deco dalam majalah ni tak la outdated. Walau pun belum ada rumah sendiri, tapi boleh la aku buat majalah ni sebagai bedtime story book aku HAHAHA. Sambil belek rumah orang, sambil mimpi dan berangan. Untung tau kumpul majalah macam ni. 




Maaf atas entri lapuk ini.

4 comments :

FarahFerraDotCom said...

wah mmg berbaloi2 la dpt harga murah mcm tue.. farah pn dah lama tak beli buku deco2 nie.. sebab mood men-deco kelaut skrg nie.. tunggu mood mai blk sat.. hehehe =D

Time Traveller said...

Kalau mak dengan kakak saya la.. abis di borong nyer semua huhuhu.. kat rumah ni dah penuh dengan majalah diorang :P

fat said...

grab la peluang pergi sale2 pesta buku :)

fat said...

jelesnya... Saya baru nak mula mencinta dgn majalah2 deco