Assalammualaikum.
Lama sangat tak menjenguk bakal teratak aku. Terakhir pergi waktu cuti raya dulu. Memandangkan suami aku tak balik, aku pun tak berkesempatan nak ke Sungai Petani. Rindu nak tengok progress rumah sendiri.
Alhamdulillah, semalam dapat juga aku jenguk rumah aku tu. Pergi kali ni aku bawa mak, ayah dan adik. Adik aku dah pernah ikut aku tengok rumah contoh dulu. Waktu tu, rumah aku baru naik tapak rumah. Dah lama aku impikan nak bawak mak dan ayah tenguk rumah aku. Aku tunggu waktu yang sesuai. Sebab sebelum ni jalan ke rumah aku tu bertanah merah, paku berterabur atas jalan, lopak sana sini. Yerla, rumah tengah dalam pembinaan, kan. Kalau bawa mak ayah pergi waktu tu, mahu kena marah siang malam sebab kereta kotor. Dulu aku pernah terpijak paku, habispancit tayar. Tak mau aku ulang lagi dengar ayah berleter macam dulu. Tak lelap tidur aku.
Elok sampai sana semalam hujan turun rintik-rintik. Lama-lama jadi lebat. Terbantut aku nak bawak mak ayah jalan-jalan lagi tengok persekitaran kawasan tu. Tapi, mak ayah dapat juga tengok bakal rumah aku dan suami. Alhamdulillah, mak ayah puas hati.
Sebelum ke rumah aku, kami singgah rumah contoh dulu. Bagi mak dan ayah tengok rumah contoh. Tapi dah pesan awal-awal "Ni bukan rumah Yun, tau! HAHAHA" Mana lar nak tau, kot-kot depa ingat rumah aku pulak. Mau pengsan aku.
Setiap ruang mak ayah tengok dan bagi cadangan itu ini. Macam duit tu senang jer nak buat, macam buat kopi panas hirup waktu hujan kot! HAHAHA.
Lepas diorang dah puas hati tengok rumah tu, aku bawa diorang ke rumah aku. Aku pun teruja jugak nak tengok progress rumah sendiri. Dulu pergi, tak dapat nak bawa kereta sampai depan rumah sebab jalan tak elok lagi. Tapi, pergi kali ni dapat sampai depan rumah. Jalan sudah bertar. Alhamdulillah.
Hujan lebat sangat waktu tu. Sampai-sampai jer rumah berkunci. Aduh frust! Rupa-rupanya, rumah aku akan dicuci hari tu. Jadi, orang yang nak cuci tu pegang kunci rumah kami. Nasib baik orang tu ada kat rumah sebelah, lepas minta dia buka akhirnya boleh juga kami masuk. Yahuu!
Ayah punya lar teruja terlebih tengok rumah anak dia ada tanah tepi. Dia dah plan nak tanam sayur, bendi, jagung, cabai, ubi. Adoi ayah! Comel sangat!
Pergi waktu tu aku ambil kesempatan nak tengok defect-defect kecil yang boleh dilihat dengan mata kasar. Setakat semalam, aku baru dapat detect dua defect. Satu : lantai depan pintu macam ada calar kekal. Kedua : Kunci pintu ke laman dah tak berfungsi. Puas juga aku dan suami cuba betulkan, tapi gagal.
Meh aku belanja sekepal dua kepal gambar.
Hujan lebat. Habis basah porch depan dan belakang. Nampaknya, nanti kena fikir nak letak awning pula. Ok, duit duit duit.
Setiap tingkap ada wayar macam tu. Tak pasti wayar apa. Rasanya untuk security alarm. Suami aku tu tengah sukat tanah kot. HAHAHA.
Belakang rumah aku. Memang boleh jerit jer kalau nak panggil jiran belakang. Nak lompat ker sebelah pun senang jugak, macam main zero point. Belakang ada tile tu tempat sidai baju. Habis basah jugak, sampai tempias laundry area. Perlukan awaning jugak! Duit!
Moga Allah permudahkan urusan kami. Cepat dapat pindah, cepat dapat duduk dekat dengan mak ayah yang dah makin tua. Insha Allah, esok sampai Khamis depan aku jenguk lagi rumah ni. Hari tu hujan, nak jalan pun tak seronok.
Sekian.
Sekian.
No comments :
Post a Comment