Monday, 20 July 2015

085 # Salam Aidilftri

Assalammualaikum.



Raya sekarang dah tak macam raya dulu-dulu. Aku rindu sangat nak jadi kanak-kanak balik. Mak dan ayah masih kuat. Semua adik beradik ada di rumah. Tahun ni giliran abang aku balik ke rumah mertua di Pahang. Dan raya kami tidak lengkap macam dulu. Tidak lagi macam dulu. Aku sangat terasa, mungkin mak dan ayah lebih lagi.



Raya kedua aku dah balik ke Sungai Petani, kampung suami. Tahun ni, kami pakat adik beradik untuk masak mee kari buat jamu tetamu. Rumah kami jarang diziarah. Kalau ada pun setakat dua keluarga jer. Lepas tu sunyi. Dan acara menonton tv rancangan raya pun bermula. Tapi tahun ni tv raya tak berapa meriah. Adik aku dengan RunningMan, suami aku dengan cerita omputih. Tak rasa pun raya macam dulu dulu. Dulu-dulu dok tunggu jer cerita raya. 



Apa apa pun, aku tulis sekdar coretan. Moga bila rindu, aku dapat baca balik kenangan yang aku pahatkan dalam blog ni. Walaupun raya aku dah tak macam dulu, aku bersyukur sebab masih dapat menyambut hari raya, tak seperti orang yang kurang berkemampuan. Raya aku simple dan bajet. Baju raya tak sampai RM50. Baju suami pun sama. Untuk baju di rumah mertua, aku recycle baju raya tahun lepas jer. Cuma aku tambahkan lace merah untuk nampak lebih 'baru'. Ala-ala memberi nafas baru lar juga. Dan aku padankan dengan aidijuma RM9. Wakaka.



Tahun ni aku mula sediakan duit raya untuk anak buah dan budak budak lain. Tahun lepas belum datang semangat nak jadi orang tua bagi duit raya. Tahun ni aku mengalah dengan budak budak. Aku kasi can depa pulak minta duit raya kat aku.





Aku harap dan berharap, tahun depan kami dapat bersatu macam selalu. Insha Allah.

Saturday, 27 June 2015

084 # Preparation To Collect Keys

Uihhhss. Tiba tiba tajuk speaking London apa hal?


Assalammualaikum.
Hari ni saya nak share preparation yang saya buat sebelum pemaju panggil unuk ambil kunci. Almaklumlah, berfirasat sendiri rasa macam dan tak lama akan dapat kunci. Insha Allah.


Hari tu, kebetulan free sikit untuk buat benda alah yang tak relevan dengan kerja. Dah lama terfikir nak buat, tapi llah belum perkenankan (ecece malas sebenarnya). Alang-alang tengah datag mood rajin, aku seru jugak kerajinan tu untuk buat Journal Book Istana Chenta. Pergh. Nama harus tak nak kalah.



Bahan-bahan yang diperlukan. Aku cuma beli exercise book cikai jer RM2.90. Tebal 200sheets. Yang lain tu aku korek kotak simpanan stationary aku. Semuanya ready stok, so dah jimat di situ.


First step, balut dulu buku tu molek-molek. Tarik cekang-cekang bagai letak serum anti aging kat wrapping paper tu. 


Second step, letakkan labelling stickers ni kat tepi sebagai dividers. Sebelum kena buat list dulu benda apa yang nak disenaraikan. Jangan lupa bahagikan muka surat yang ada dengan sekata dan sama. Agak-agak jer pun boleh. Tapi, aku memang kira satu-satu.


Third step, taraaaaa! Dah selamat dilabel. Setakat sekarang baru ada 6 label. Dan label yang terakhir tu aku biarkan kosong. Mungkin akan dilabelkan sebagai 'OTHERS'. 

Front page aku tulis sikit ayat gedik-gedik. Nanti dah tua jenuh ketawa terkedek-kedek baca tulisan sendiri. Tue belum lagi letak gambar suami isteri buat bingkai. Nah muntah!

Taraaaaa! Dah siap. Lepas ni kalau baca tips apa-apa atau dapat contact number contractor boleh lar buat shortlist kat dalam buku ni. Senang kalau nak rujuk balik. Ini tidal, nak cari balik jenuh korek history. Korek korek kalau terus jumpa tak ada masalah. Bermasalah negara bila korek korek tak jumpa jumpa. Mau angin satu badan.


Sharing is caring
Tak sabar nak dapat kunci. Sudah mula menabung. Harap tabung tak cepat pecah. Sebenarnya sudah mula menabung sejak dari mula tandatangan snp, tapi tak faham aku apasal tabung aku asyik bocor jer. Simpan simpan simpan, korek korek korek. Pelik sungguh. Kenapa wujud perkataan korek tabung kat dunia ni erk?



083 # Welcome Another 9375

Assalammualaikum.


Got a call from Proton to pick up Mr Browny. ALHAMDULILLAH. Just a basic saga doesnt mean that it failed to create love. Love is everywhere, and this is just one.


For love, i love u.

Friday, 19 June 2015

082 # Nasi Arab Gunung

Assalammualaikum.

Juadah untuk first Ramadhan tahun ni agak spesel. Bukan masak sendiri yer. Bazar yang masakkan untuk aku. Wakaka. 


Tahun ini adalah tahun pertama aku sambut 1Ramadhan bersama Mr Hubby. Dan tahun pertama juga kami berpuasa di Langkawi. Haruslah buat perangai melawat kawasan, bukan? 



Tak sangka pulak bazar langkawi ni besar dan orang ramai macam semut hurung kek coklat. Dah lar puasa, makanan macam-macam ada. Makin terleleh lar air liur aku. Rasa macam semua nak. Nafsu nafsu. 



Pusing dua tiga empat kali, baru boleh decide nak makan apa. Macam ada setan menghasut, tapi setan kena rantai. Dah tu perangai buruk ni dari mana datang?!



Aku tengok Mr Hubby berhenti beli nasi arab ayam. Waktu tengok dia bungkus tu nampak macam sedap jer. Aku pun join dua kaki bungkus nasi arab daging kambing. Nah! Puas hati bazirkan duit kahkahkah.


review
Harga RM12 (ayam) RM15 (kambing)
Nasi banyak boleh makan dua orang. Lauk pun besar dan sedap. Daging kambing tu lembut sangat. Senang makan dan tak lekat di celahan gigi. (Nampak sangat sebeluk ni makan daging lekat celah gigi. Lepas tu bersusah payah main dengan lidah untuk keluarlan daging tu.) Dapat air asam dan acar timun. Dapat juga bawang dan cili hijau.


Yang tak berapa best, nasi tu ada rempah rempah. Nasi arab kan... tapi aki tak minat jintan hitam. Bau dia macam abang Bang ketiak basah. Tapi orang yang ok dengan jintan kompem boleh hadap.


Lagi satu acar timun tu. Dah tak berapa nak fresh. Senang cakap macam dah basi. Mr Hubby terus tal sentuh. Aku cuba jugak telan dua tiga suap. Lepas tu, masuk tong sampah. Maaf.



Apa apa, harga memang berbaloi dengan kuantiti. Kalau pergi terus kedai dia kaki gunung Mat Chincang tu lagi ok kot.







Thursday, 18 June 2015

081 # Ramadhan Is Coming

Assalammualaikum.

Alhamdulillah berpeluang sekali lagi bertemu Ramadhan. Azam aku moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun yang lalu.


Masuk jer bulan puasa, kenangan zaman kanak-kanak terus menerpa. Allah, rindu sangat. Waktu tu Tok masih ada. Mak dan ayah pun masih sihat kuat dan muda.



Aku.
Aku hanya kanak-kanak yang tak pernah terfikir langsung bahawa suatu hari nanti (sekarang) aku akan merindu zaman itu.



Aku rindu.

Thursday, 4 June 2015

080 # Tinted

Assalammualaikum.


Rumah dah tak lama kot nak dapat kunci. Semalam pergi tengok rumah, kontraktor yang ada kat situ pun cakap, fasa satu mungkin akan diserahkan kunci dalam bulan Jun. Maksudnya, bulan ni lar. Tapi rumah aku fasa dua. Mungkin paling lewat hujung tahun ni lar kot.



Bila tengok rumah dah siap macam tu, aku pun mula berfikir tentang bajet pertama yang akan aku laburkan untuk rumah bila dah siap nanti. Fikir punya fikir, aku rasa aku nak buat grill dan tinted dulu. Penting sangat benda alah grill ni. Tambah-tambah rumah yang entah bila aku nak duduk ni.



Jenis aku, kalau nak beli barang, nak yang berkualiti tapi masih under bajet. Dah tu, kalau nak membeli bukan jenis yang pergi satu tempat, nampak terus bayar. No! Even nak beli kasut pun akan aku pusing dulu satu mall, setiap kedai kasut aku masuk, belek, try dan bandingkan harga. Last sekali, aku buat keputusan mana yang akan aku ambil. Lepas dah yakin, aku akan patah balik ke kedai tu. Gila complicated bila fikir balik. Tapi, erk, tak puas lar main sambar satu kedai jer. Nanti entah-entah dapat yang lagi layak untuk jadi yang terbaik, terus kecewa tak lalu makan, nak? Taknak. Beli seluar dalam pun aku buat macam tu juga (haha).



Berbalik kepada cerita aku, aku mula borak-borak dengan suami aku tentang tinted rumah. Rasanya kan, aku dan suami nak pilih tinted green colour kot. Tinted ni ada one layer ada yang two layer. Ikut pembacaan aku, one layer ni dia akan tinted luar saja, kalau two layer cermin akan ditinted luar dan dalam. Jadi, rumah kurang panas berbanding tinted one layer. Yang ni penting bagi orang yang pakai aircond. Tinted two layer mungkin dapat jimatkan elektrik sebab aircond tak perlu works too hard untuk sejukkan sesuatu ruang tu.



Kalau nak ikut mamat sekatil aku ni, "Tak payah tinted lar, letak langsir jer." Amboih! Ini mesti kes tak faham fungsi tinted ni. Letak langsir jer pun kalau langsir terselak mau nampak habis aurat. Pui.



Survey satu kedai ni, dia cakap kalau nak tinted satu rumah termasuk tingkap kecik kat jamban tu dalam RM1000. Ini harga standard, boleh diterima. Cuma harga grill yang cina tu bagi teramatlah boleh buat aku mati katak. RM5000 untuk satu rumah dengan besi yang tak berapa nak berkualiti. Puih! Mahal-mahal. Tu harga untuk rumah banglo mak mertua aku.


Antara rumah yang tinted dengan warna hijau. Not bad. Tapi macam dah biasa.



Rumah yang ditinted dengan warna biru. Hurm, awa tapi macam akuarium. Hehe.


Sunber : Gambar semuanya diambil dari google.


Lepas ni mengatur langkah ke kedai pulak lar aku. Jenuh susun kedai tinted dan grill. OHH, hectic life, but enjoyed. Mood excited is on.

Monday, 4 May 2015

079 # Kereta Yang Kucari

Assalammualaikum.


Aku dah buat keputusan nak stay di Langkawi lama sikit sampai rumah aku siap (sobsob). Nak dok bawah ketiak mak ayah sebenarnya, sebelum depa tinggalkan aku buat selamanya. Kalau boleh nak duduk kat Perlis jer, sampai naffas terakhir. Tempat tumpah darah, tempah bermain, tempat imba ilmu. Tempat mak lahirkan aku, tempat ayah besarkan aku dengan susah payah. Pergh, emo pulak.



Dengan keputusan ni, aku rasa ada patutnya aku fikirkan tentang kereta yang lebih besar untuk aku sekeluarga. Banyak sebabnya aku nak beli kereta. Antaranya aku fikirkan, sementara aku masih di Langkawi, dapat lar aku cari kereta yang besar dan selesa dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Aku nak yang lebih besar sebab aku selalu bawak mak ayah dengan adik aku pergi jalan-jalan naik viva. Kesian depa kena duduk himpit-himpit tersepit macam nasi impit kat belakang tu. Tambah pulak kereta ayah aku cuma myvi lama jer. Pun kena himpit-himpit tersepit kalau kami pilih untuk pergi aman-mana dengan myvi tu.



Kedua, aku niat nak cari kereta yang ada bonet besar gedabak. Aku memang jenis manusia yang memikir masa depan. Chewah. Aku fikir untuk kesenangan aku nak sumbat stroller bila dah ada anak nanti. Takkan nak letak atas seat belakang. Kesian anak-anak aku nanti, depa pulak kena duduk himpit dan tersepit. 



Ketiga, lately Langkawi selalu hujan. Kesian pulak kekasih aku kena redah hujan naik motor ke Ulu Melaka. Jauhhhh wooo. Dah lar jalan yang dia selalu guna tu banyak pokok besar (dan selalu pulak tumbang). Risau pulak aku bila hujan. Sentiasa pesan berhati-hati. Memang bahaya. Bukan aku nak cakap naik kereta tak ada bahaya, cuma kurang sikit risiko.



Keempat, aku fikir, kalau aku beli kereta dari sekarang, nanti kurang sikit tanggungan kami sekeluarga. Agak-agak sebelum anak masuk sekolah, hutang kereta pun dah habiskan. Tinggal hutang rumah jer. Tengok, kan aku dah cakap, aku ni memang jenis memikirkan masa yang sangaaaat depan (ada ker istilah poyo ni). HAHAHA.



Tapi kan, aku dah mula pening. Lagi banyak showroom aku masuk, lagi susah betul nak buat pilihan. Lagi tak boleh tidur ada la. Kesian suami aku kena layan bini perangai macam ni. Kesian dia nak kena ikut aku pergi macam-macam showroom. Setakat semalam aku dah pergi jenguk Nissan, Volkswagen, Mitsubishi, Ford. Baru pergi empat showroom tapi dah rambang mata. Apa lar mata ni, high taste betul!



Kejap lagi aku nak pergi showroom Toyota, Honda, Proton, Perodua, Hyundai. Mana yang akan aku jatuh cinta? Oh cinta. Hadirlah kasih. Toyota sebab ada Vios. Honda sebab ada City, Perodua sebab ada Alza, Proton sebab ada Preve. Hyundai sebab adaaaaa ELANTRA! Hehehe.



Ciri-ciri kereta yang aku nak cari :
  • Luas dan selesa.
  • Bonet besar. (bonet viva aku jenuh sumbat)
  • Bulanan below RM700 (tu pun semput jugak).
  • Jimat minyak. Suami aku bawak viva pergi balik ulu melaka dah turun satu bar. Punya lah jauh!
  • Kos servis yang tak mahal.
  • Senang cari spare part kalau rosak
  • Cantik dan cun! Kalau almera katak pun aku redha jer.

Dah nak pukul 12. Suami dah nak balik kejap lagi, bawak pergi showroom. Aku teruja tahap maksima. Bismillah. Moga ini terbaik buat kami.



Sunday, 3 May 2015

078 # Kereta Baru?

Assalammualaikum.


Patutkah aku beli kereta baru yang lebih besar. Ambil kesempatan kerja di Langkawi. almaklumlah, kereta murah-murah. Patutkah? Memang dah lama aku berhajat nak beli. Cuma aku pasangkan niat untuk beli 'suatu hari nanti'. Tapi aku tak pasti 'suatu hari nanti' itu bila.



Orang cakap, baik beli sekarang. Tapi kalau nak beli di Langkawi, aku perlu bersedia untuk kerja di sini selama 5 tahun! Sanggupkah aku naik feri turun feri? Itu pun kalau nak beli kereta import lar (hahaha poyo). Atau kalau nak beli pun sekadar ambik kereta tempatan. Lima tahun tu lama ker tak? Haish, lima tahun lima tahun lima tahun. Kenapa lima tahun. Kenapa tak pendekkan jadi tiga tahun jer. Peeeeelllissss la.



Almera.


Livina.





Alza.




Preve.

Ya Allah, tunjukkan kepada aku keputusan yang terbaik.

Monday, 27 April 2015

077 # Persediaan Sebelum Dapat Kunci

Assalammualaikum.


Dah tak lama kot nak dapat kunci mahligai aku tu. Sama ada sebelum raya atau selepas raya. Yang kompem, aku rasa akan dapat dalam tahun ni juga. Wah, dah nak ada rumah sendiri. Wahhh. (tampar pipi)


Bagi aku, bukan jer nak masuk rumah, tapi nak ambil kunci pun kena buat persediaan. Bagi aku lar. Sebab bak kata suami aku, aku ni cerewet susah nak cerita. Sometimes dia cakap aku perfectionist. Tapi aku rasa dia tipu. Sebab aku rasa aku biasa jer.



Checklist yang akan dibawa untuk check defect rumah
Checklist ni penting bagi orang pelupa macam aku ni. Kalau tak tulis, nanti lupa. Checklist ni sepatutnya dah dibuat dua tiga bulan sebelum ambil kunci. Bila ingat jer apa nak dicheck, terus tulis. Takut-takut nanti ada yang terlepas pandang, masih sempat nak tambah. Sebenarnya, aku pun tak mula lagi. Tunggu mood datang dulu.


Kenal pasti apa yang perlu dilakukan dulu
Bagi aku, perkara ni penting sebab tabung ayam aku laaaambat lagi nak penuh. Jadi, aku perlu fikirkan yang lebih penting untuk dibuat dulu. Maksud aku, yang lebih penting tu adalah benda-benda yang berkaitan dengan aspek keselamatan. Bila difikir timbang lambung baling campak, aku rasa aku nak buat grill dulu. Tapi sebelum buat grill, kena tinted dulu. Nanti bila grill dah melekat situ jenuh nak pasang tinted. Lepas tu, aku nak korek tabung ayam lagi untuk beli kipas dan lampu. Sebab bagi aku kipas dan lampu ni penting juga. Kalau la aku rasa nak pergi tidur situ, naya kalau kipas lampu nando. Banjir peluh laaa.


Survey kontraktor
Macam aku, lepas dapa kunci aku rasa nak buat grill. So, aku mula servey design dan kontraktor yang ada. Kalau boleh, simpan siap-siap nombor kontraktor dalam handphone tu. Kontraktor lain aku belum survey, cuma belek-belek design dan cari idea dari google jer. Bukan apa, sebab tabung ayam tak penuh lagi. Jadi aku sedar diri jugak la. Hehehe. Tapi, bagi orang yang ada duit berkepuk-kepuk macam bank tu bapak kau yang punya, eloklah servey siap-siap.


Cari ilmu
Korek ilmu tentang apa yang perlu dilakukan bila pergi ambil kunci. Google kan ada. Cuma perlukan segunung kerajinan jer. Cari ilmu, kalau apa-apa jadi senang nak backup diri sendiri. Lain lar kalau tak kisah apa jadi pun boleh telan terus hadam. Tak payah la bajet nak jadi macam pakat hartanah. Cukuplah sekadar ilmu asas jer. 


Memang tak sabar nak ambil kunci. (padahal bukan nak duduk lagi) Harap-harap semuanya ok. Tak sabar nak mendeco. Sementara tu, deco kuarters dulu la.



Saturday, 21 March 2015

076 # Langkawi, Here I Come

Assalammualaikum.

(Hari ke-18 di Langkawi)


Alhamdulillah, alhamdulillah.
Allah permudahkan segala urusan aku.


Rumah dah dapat. Mungkin berkat doa ayah dan mak juga. Semuanya dipermudahkan. Api dan air juga dimasukkan dalam masa satu hari. Syukur teramat.



Baru nak mula hidup. Banyak barang kena beli. Banyak duit kena keluar. Biasalah, adat. Kalau kerja gali emas tak payah fikir banyak. Asal berkenan terus beli. Itu pun, kalau. Realitinya tidak sama sekali aku bergelar penggali emas. Gali emas sambil buat tahi mata jer mampu. HAHA.



Aku dan suami dapat kuarters. Kondisi kuarters memang jauh beza dari apa yang aku bayangkan. haruslah aku bayangkan bak istana raja. Rupa-rupanya umpama biasa-biasa jer. HAHAHA. Berangan taknak kalah! Apa pun syukur sangat. Rumah besar dan berbaloi sangat untuk tinggal berdua.



Ini ruang tamu rumah. Sebelah kiri ruang ni ada dapur dan ruang makan. Kabinet tv tu pun dah disediakan, syukur. Jimat duit.

Ruang ke bilik-bilik dan toilet.

Bilik tidur. Alhamdulillah dah diberikan wardrobe. 

Dapur penuh barang tuan lama. (alamak, bergegar pulak gambar) Menyampah tengok paip besar tu. Rasa macam nak ambil buang ke bawah.


Banyak benda target nak buat. Rumah lama nak dibarukan ikut citarasa aku sendiri. Pergh! Penat jugak la, tapi tak terasa sangat sebab aku memang suka buat kerja buang masa macam ni. Padahal kerja sekolah aku pun banyak lagi tak siap. Moga aku kuat macam kanak-kanak Milo, moga berjaya ditransformkan menjadi istana!  (Tak sah kalau tak berangan, kan?)


Bismillahirahmanirrahim.