Saturday, 20 February 2016

100 # Awning Untuk Backyard

Assalammualaikum.

Ok. Hari ni aku nak coretkan sikit cerita tentang awning kat backyard belakang rumah kami. Awning tu aku dan suami decide nak letak sebab time hujan akan tempias kena laundry area, sampai lencun mesin basuh. Kompem sangat. Kalau ada awning, dapat lar laundry area tu hidup seperti insan lain. Lagi pun, kalau ada kenduri ker, nak lepak ambil angin kus kus belakang rumah ker, boleh lar bersila kat area tu. 

Kalau nak sidai kain, lepas tu tinggal dan pergi jalan jalan makan angin pusing dunia macam tak berapa sesuai sebab awning tu tinggi. Memang kompem lar tempias. Lupakan jerla angan angan nak tinggalkan baju time hujan.


Waktu nak buat awning ni, aku ada google cari pattern awning yang cun di hati aku. Biasalah, apa apa mesti aku cari google. Tapi google tak pernah pula nak cari aku. Pelik betul. Time aku google tu, macam macam pattern pula yang muncul. Dah la muncul depan mata, cun pula, harga mahal tak boleh belah. Betul la kata orang, yang cantik semestinya mahal. Sumpah aku berkenan sangat dengan awning polycarbonate. Moden dan simple. Tapi harganya, RM20-25 sekaki. Nah kau. Bagi kaki ni baru tau :P

sumber : google

Banyak jiran aku pasang awning macam kat atas ni. Aku ni kalau boleh taknak lar ambil awning melengkung. Boring lar satu taman sama jer. Dah lar jenis sama, warna pun sama, tiang pun sama. Nampak macam rumah adik beradik jer hehe. Aku jumpa awning lurus tapi tiangnya bentuk pergola. Pergh. Menggugat iman dan nafsu. Jadi aku dah set dalam otak ni nak minta quotation untuk kedua-dua jenis awning tu.


Untuk awning melengkung sekaki Rm5. Untuk awning pergola sekaki Rm10. Suami aku terus setuju. Bapak hai, tak sempat nak fikir. Rm5 untuk awning melengkung memang dah murah sangat. Untuk pergola ni aku tak berapa pasti. Aku pun ikut jer suami aku. Setuju dan tak sabar tunggu awning siap. 

Ini lar pergola aku. Penat jer buat pergola tengok tengok kena halang dengan palong air. Kahkahkah. Tapi aku suka. Puas hati dengan pilihan sendiri. Tapi workmanship kureeeng.

Ini gambar in progress. Simple jer. But I loikeee. Simple is nice. Ceh, puji ketampanan rumah sendiri dalam diam!

Bintang : 3.5 bintang
Total duit melayang : RM1100 (termasuk palong)
Komen positif : Suka sangat sangat sebab tak jadi kembar dengan jiran jiran. Less is more.
Komen negatif : Pemasangan kurang kemas. Budak budak ni memang nak kena babab! Nasib tauke sudi datang semula untuk kemaskan mana yang aku tak puas hati.

Alhamdulillah. Syukur.

Friday, 19 February 2016

099 # Grill Villa Kami Dah Siap

Assalammualaikum.

Dalam entri nie aku ada listkan beberapa kontraktor grill yang sempat aku survey. Aku dan suami pilih tukang G. Kami pilih kontraktor tu bukan sebab harga yang diorang bagi tu murah, tapi sebab offer yang dia bagi lebih baik dari kontraktor lain. Kualiti aku tak pasti sebab semua kontraktor aku tak pernah tengok hasil kerja diorang. Setakat tengok dari jauh jer. Aku dengan suami pilih tukang G sebab dengan harga yang rendah dia bagi kami emergency exit free, slide dua arah, sangkar meter air pun free.


Bila grill dah siap, kualiti tu nampak macam boleh la. Cara layan orang bagus, tapi kerja kurang kemas. Yang aku suka dengan diorang ni, cat tu diorang apply banyak lapis. Aku tak pasti berapa lapis. Tapi waktu diorang bawak grill tu datang rumah aku, grill tu memang dah siap cat putih. Bila dah pasang, diorang cat sekali lagi. Aku ingat sampai setakat tu jer. Rupa-rupanya, esok tu diorang datang untuk cat lagi sekali dan pasang grill pintu, sangkar meter air dan jeriji longkang. Puas hati bab cat tu. Tapi yang tak bestnya, time dia touch up cat tu, habis comot kena dinding. Sakit pulak mata aku tengok. Rasa nak kikis kikis cat yang terlekat tu.


Waktu pasang grill ni, aku eksited sangat. Tapi sampai masa nak pasang grill kat tingkap bilik ketiga, tiba tiba mood aku jadi kacau bilau. Dinding sebelah frame tu kosong! Kontraktor nak drill grill tapi tak lekat. Habis meretak retak. Rasa nak pengsan 10 minit. Low class betul kualiti rumah aku ni. Tak handsome dah dinding bilik tu. Dengan dinding jadi serpih sebab kontraktor usahakan juga nak masukkan skru dalam dinding. Lat last, terpaksa welding lain. Jadi la tinggi sebelah. Hangin aku.


Tak pasti nak marah dekat pemaju rumah ker, atau kontraktor grill. Kalau rumah tu betul betul berkualiti, selamat lar dinding aku tu. Senang jer kontraktor nak drill. Tak kalau budak-budak grill tu jenis pengemas orangnya, mesti retak dan serpih tu dapat dielakkan. Hish, emo pulak bila teringat kejadian tu. Tempat lain okeh. Bilik ketiga tu jer terus gol!



Untuk pintu aku pilih ada bunga bunga sikit. Tu pun dua tiga kali pikir jugak.

Cun ker tak? Hentam jerla. Asal sedap mata aku memandang. Rasa macam tak ada lagi orang buat pattern macam ni kat area rumah aku. Dah puas pusing banyak kali semata-mata nak usha grill orang lain, tak nak sama. Tapi kalau tersama jugak tak kisah pun. :)

Dari pandangan luar bila buka tingkap.

Untuk tingkap aku pilih pattern tangga macam ni. Aku suka yang simple simple jer. Mula-mula nak ambil yang lurus biasa jer. Tapi tengok yang jiran sebelah punya rasa macam kosong sangat.

Untuk grill dapur aku pilih buat sliding door. Boleh buka kiri kanan, tauke bagi harga sama jer. Rasa boring, boleh tukar buka sebelah kiri pula. Hehe.

Sangkar meter air tu dapat free. Bodek sikit. Yang jeriji kat longkang tu fungsinya taknak bagi anjing masuk. Seketul RM10. Aku buat untuk dua longkang. Kalau tengok betul betul, cat tu memang comot. Tercalit kat dinding. Stress mak tengok.


Bintang : 3 bintang
Total lost : RM2900  

Saturday, 6 February 2016

098 # Dating Di Gunung Raya Langkawi

Assalammualaikum.

Kelmarin, kanak-kanak sekolah dah mula bercuti. Bermakna cikgu depa pun cuti juga. Orang Langkawi dah mula tinggalkan Langkawi, orang luar pulak nak masuk. Aku dan suami masih bertapa cun di sini. Hari pertama cuti adalah hari mengemas rumah sedunia. Sepagi aku ke hulu ke hilir kemas rumah yang cenonet ni. Sebab rumah ni dah macam mesin basuh pecah. Atau dengan maksud tersiratnya, kain menimbun bak Everest. Tak sempat lipat weh sejak sejak jadi guru kelas darjah 1 ni. Punyalah azab kerja.


Tegah hari ajak suami keluar basuh kereta yang dah takda rupa kereta. Dari jauh nampak macam tahi burung bergerak. Kau faham masalah aku sekarang? Dah settle ke hulu ke hilir sambil makan kacang kuda  aku tiba tiba terajak suami pergi Gunung Raya. Suami aku jenis pantang ajak berjalan, dia mesti akan cakap jom. Ala, sama jer macam bini dia. Ala-ala kembar siam gitu!


Sampai di kaki gunung, aku rasa macam excited sangat. Tapi bila 8 minit turun naik bukit yang macam ular kena palu tu tapi tetap tak sampai sampai, aku rasa macam arghhh! Dah la kepala mula pening, nak muntah semua ada. Ceh kau ni Fatin. Badan kau manja sangat! Tiba-tiba ternampak menara kat puncak gunung, tempat kitorang nak pergi tu. Mak aihhhh, kecik jer aku nampak menara tu. Jauuuuhh lagi. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan, kitorang pun sampai. Turun jer kereta, bayu semula jadi meniup-niup badan aku yang sekeping 10sen ni. Sejuk dan nyaman. 


Kitorang lumba lari (tipu) ke menara, tak sabar nak tarik nafas banyak banyak sebab nyaman sangat. Tup, tup, kena bayar RM10 dulu kalau nak naik menara. Ok, suami belanja, aku joget. Menara tu lebih kurang enam tingkat, dan kau boleh nampak seluruh Langkawi. Jangan risau, tak payah susah susah merangkak naik tangga. Lift ada, 38 saat dah sampai atas menara. Aku mula adegan gayat aku. Mula jalan pegang dinding. Aku rasa nak boo kat diri sendiri. Kahkahkah! Yang suami aku macam baby dapat kaki. Amboih, aku syak dia yang akan over sebab dia memang terkenal dengan penakut ketinggian yang ketara. Ini kenapa macam cacing pulak! Aku pulak yang krem, tak bergerak.


Tapi serius cantik. 
Kalau nak rileks sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah, ini tempatnya.
Aku nampak bukit, laut, airport, feri. Semua lar aku nampak. 
Cuma orang jer aku tak nampak.
Helikopter pun ada.


Nak aku belanja gambar. Mana tau dari gambar turun ke hati. 
Kot hati kau nak ajak kau datang, kau datang jer. Tak menyesal.
Tenang. Itu jer aku dapat cakap.
Tapi sementara nak sampai tu diharap kau dapat bertenang.
Sebab jalan dia memualkan, dan agak jauh.


Dekat atas tu kami dating sambil minum teh. Sumpah best. Bayu menyapa-nyapa pipi aku yang tak gebu ni. Suami tengok aku, aku tengok suami. Dah fefiling ala ala Korea. Ceh!











Sunday, 17 January 2016

097 # Alarm Free!

Assalammualaikum.


Hari ni nak cerita tentang alarm. Syukur, pemaju bagi alarm free untuk rumah tu. Tak payah penat penat nak cari, sekarang alarm dah jatuh gedebuk depan mata. Cuma proses pemasangan tu kena uruskan sendiri.


Alarm yang pemaju bagi tu adalah GV Alarm. Aku mengaku dengan jujur dan ikhlas, sebelum ni aku tak pernah kenal pun GV Alarm ni. Mula dengar rasa nak jakun pun ada, nak kuno pun ada. Kalau nak cerita tentang function GV Alarm ni rasanya macam agak malas. HAHAHA. Kome google lar sendiri yer. Bukan ker sekarang maklumat di hujung jari jer.  Rajinlah sikit buat homework! Aku malas takpa sebab aku malas kadang-kadang jer. 


Yang best tentang GV Alarm ni, dia boleh detect motion and vibration. Jadi kalau rumah jiran tengah renovate pun alarm tu akan bunyi. Dan, kalau tetiba ada lalat lalu depan skrin kamera tu pun dia boleh detect. Pergh. Teramat sensitif sampai rasa kadang-kadang ada jugak rasa annoying. Macam nak ambil hammer lempang laju laju kat alarm tu. Tapi, senang cerita alarm tu memang ok sangat. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Kita dah ikhtiar, lepas ni cuma mampu tawakal. 


Servis pun mantap. Mula-mula kami dapat turn akhir bulan 12. Tapi bila aku bagitau yang aku kerja di tempat lain, terus diorang tetapkan masa yang paling cepat untuk aku. Alhamdulillah lagi. Satu lagi yang aku puji, sehari sebelum appoinment tu, diorang akan kontek untuk kompemkan sekali lagi. Mantap!


Lepastu, diorang ada juga offer remote keyless, touch screen, dan autogate. Harap jangan terlalu mengikut nafsu. Pilih ikut keperluan. Untuk bab alarm ni aku bagi En Hubby buat keputusan. Dia super arif bab keselamatan. Tapi kalau nak ikut nafsu semua dia nak. Last last dia main osom, pilih remote jer. Selamaaaat duit. Jadi, ambil remote jer kena bayar RM150. Mahal betul remote, padahal kemetot macam remote kereta jer. Dah tu, takkan nak gedabak macam remote astro pulak!


Nak tahun info lanjut, sila lar rajin study kat sini.



Bintang : 5 bintang
Total lost : RM150 (alarm free)

Sunday, 13 December 2015

096 # Tinted Done!

Alhamdulillah.
Settle satu bab. Banyak lagi menunggu --.--

Tapi at least ringan sikit 1% daripada otak ni. Kami tak buang masa banyak untuk tinted. Ikut pengalaman jiran jer. Mana yang dengar macam ok, terus kami pergi kedai untuk pilih tinted. Malas nak jalan servey sana sini.


Waktu nak pilih warna tinted pun punyalah payah nak buat keputusan. Antara biru atau hijau. Kalau tanya mr suami, keputusan dia mesti tak boleh nak hadam. Dia pilih KUNING! Aku rasa macam...pelisssss lah! 


Lastlast aku juga yang buat keputusan. Hijau silver. Amatlah menyokong go green. Sekian theeee. 


Tinted ni ada macam macam layer. Kalau nak jimat ambil yang satu layer pun ada. Kalau ada duit lebih sikit boleh ambil yang tiga layer. Aku ambil dua layer jer. Ni pun dah cukup redup rumah. Tapi hati hati. Ada penjual yamg claim tinted diorang tu 2layer tapi sebenarnya satu layer jer. 


Macam aku dah terkena dengan satu kontraktor bangla ni. Aku tanya dia punya tinted berapa layer. Dia cakap dua layer. Tapi bila aku pergi sendiri tengok jiran sebelah pasang tinted dengan kontraktor bangla tu, aku tanya orang (cina) yang pasang tu sekali lagi. Konon konon aku tak tahu la. Cina tu bagitau tinted tu satu layer jer. Kau tengok mainan dia. Huissh. Aku tak pasti lar dengan tuan rumah tu berapa layer kontraktor bangla tu bagitau.


Untuk tinted ni aku ambil dengan tauke cina. Tengok tengok yang datang pasang adalah lelaki bangla. Tapi nasib baik hasil kerja memuaskan. Tak cemerlang sangat sebab ada cermin yang dia tak bersihkan kesan stiker betul betul. Ek eleh. Tu tak boleh nak marah sebab sticker tu memang salah aku. Lekat sampai susah nak tanggalkan. Untuk cermin lain kami laki bini susah payah tanggalkan. Memang menguji kesabaran jugak.


Hasil kerja tinted ni aku bagi tiga bintang jer sebab ada part yang aku tak puas hati sangat. Biasalah. Cerewet.

Total lost RM1000.

Mat bangla ni buat kerja hebat gila. Macam itu makanan dia dah.

Perbezaan cermin yang dah ditinted dan belum ditinted. Tengok..redup jer.




Monday, 16 November 2015

095 Dah Buat Pilihan Untuk Grill

Assalammualaikum.


Bukan senang nak buat pilihan. Tambah-tambah pilihan yang melibatkan duit. Mau aku bini jutawan, tunjuk dan terus ambil. Laki print duit. Itu angan angan memang aku pakar.


Orang cakap, perkara pertama yang wajib buat bila dapat kunci rumah adalah grill. Safety first. Jadi aku pun mula survey grill sebelum dapat kunci lagi. Maksudnya, aku dah survey grill ni selama 4 bulan. Apakah?? Hantuk kepala di dinding.


Selama 4 BULAN aku survey tu (saja capslock sebab rasa macam buat kerja gila), kadang-kadang pernah juga rasa down. Kadang-kadang juga pernah datang mood tak nak buat grill sebab terpengaruh dengan channel HGTV. Rumah omputih nampak cun tanpa grill. Sampai orang tanya dan pelik kenapa aku nak buat grill untuk pintu saja. Aku rasa macam, cukuplah. Style beb, style!



Memang dah nekad taknak grill tingkap. Rasa macam nyaman jer dapat pandang terus ke luar tanpa palang-palang kat tingkap tu. Nak nak pulak, bila waktu hujan. Kau ada feel yang sama tak macam aku? Tapi, bila aku mula menghitung aspek keselamatan dengan lebih terperinci (chewah, ayat thesis!) aku mula was was dengan kemampuan hidup aku tanpa grill. Umpama tidur dengan lampu terpasang. Jadi aku decide nak pasang grill. Sudah, cukup! Muktamad!


Selama 4 BULAN ni (caps lock sekali lagi sebab tak puas hati dengan pencapaian terok macam ni haha) aku dapat kontek beberapa tukang grill. Tak banyak sangat, ada lar dalam 9 orang. Sembilan orang dengan tujuh offer yang berlainan. Last last aku pening. Masuk bilik tidur. Tidur pun tak lena, asyik teringat grill jer. Aku rasa macam tak berguna sebab ada perasaan macam orang bercinta walaupun dah kahwin. Aku memang dah mengarut!

Tukang A : RM 3400 (pintu sahaja wrought iron), RM 2900 (besi biasa tapi tebal)
Tukang B : RM 3300 (bentuk S)
Tukang C : RM 2800 (besi biasa)
Tukang D (apek) : RM 4800 (grill + tinted)
Tukang E : RM 2700 (besi biasa), RM 2900 ( pintu sahaja w/iron), RM 3400 (semua w/iron)
Tukang F : RM 5700 (besi biasa) bapak segala mahal!
Tukang G : RM 2600 (besi biasa), RM 2700 (pintu bentuk S)
Tukang H (bangla) : RM 2800 (besi biasa) dulu free sangkar meter air, sekarang offer dah habis. Jom gelak!
Tukang I (apek) : RM 2800 (besi biasa)


Insha Allah. Aku rasa aku dah ada pilihan. Aku buat pilihan bukan hanya kerana harga yang murah, tapi aku tanya kualiti yang dia offer. Aku belajar banyak benda waktu survey grill ni. Welding ada macam macam jenis. Bukan setakat tengok harga dan jenis besi jer. Mau aku tak tidur lena pikir benda alah ni. Cepat lar siap! Aku dah malas nak fikir terok terok macam orang bercinta. Lepas ni nak fikir awning dan wiring pulak! Aku pengsan!!



***

Bismilahitawakaltualallah~

ps : Tukang grill di atas tu available di Sungai Petani.




Saturday, 17 October 2015

094 Dah Pilih Tinted

Assalammualaikum.


Selalunya aku yang buat keputusan tentang rumah. Tiba-tiba timbul kesedaran rasa macam Big Boss yang gila kuasa harharhar. Untuk tinted, aku sudikanlah diri sendiri untuk ikut pilihan suami. Asalkan boleh diterima.


Suami cakap, ikut jiran sebelah. Cantik.
Ok, dinda ikut jer kanda.


Minta-minta kedai yang kami nak beli nanti ada jual warna tu. Atau minta-minta jumpa kat kedai yang laaaaagi murah. Moga Allah permudahkan. Amin.



Pic credit to MrGoogle




Friday, 16 October 2015

093 Nak Cari Kipas dan Lampu

Assalammualaikum.

Lagi sebulan lebih jer nak mula cuti sekolah. Alahai, tak sabarnya. Dalam otak geliga ni macam macam dah terfikir nak buat. Tak larat nak berangan dah. Last last rasa macam dah jemu fikir. Insha Allah, cuti nanti kami akan buat apa yang termampu. Mungkin akan masukkan TNB dan air. Lepas tu beli lampu dan kipas. Bila dah ada lampu dan kipas ni rasa lega sikit. Kalau nak buat kerja apa apa kat dalam rumah tu, tak lah lencun baju. Mandi peluh punya pasal. Boleh cari wireman untuk buat wiring. Boleh lar bawa mak ayah lepak sambil menyicah garam belacan. Boleh letak tv sambil buat kerja. Paling koman pun boleh lar cas telefon. Tak lar lari lintang pukang cari power bank bila telefon dan nyawa nyawa ikan! Auw!


Nak beli lampu ni kena buat draf dulu. Takut nanti ada masalah kalau main terjah jer. Tapi selagi tak beli selagi tu lar fikiran berubah-ubah. Punya lar tak istiqamah. Punya lar tak tetap pendirian. Macam lalang ditiup taufan. Nak masuk draf yang ketiga!


Dalam perancangan, aku nak pakai kipas KDK jer. Senang. Tak payah pening-pening pusing cari kedai sebab Sungai Petani ada dealer KDK. Of course lar dealer dapat harga kaw kaw murah! Cuma aku ni jenis susah nak buat pilihan. Kipas 3 bilah atau 5 bilah? Kipas dengan remote atau regulator. Aku pening!



Lampu pula aku ambil jer mana yang berkenan di hati. Tak payah nak philips sangat. Cuma aku keliru ayam sikit nak ambil pattern petak yang dah attach sekali mentol atau ambil pattern yang ada casing tu. Tengah fikir pro dan kontra. Kalau ikut hati, nak ambil yang petak. Tapi bila fikir susah nak tukar kalau rosak, terus hati jadi tingtong! Ambil yang ada casing pun ok. Lagi murah, lagi senang nak tukar mentol kalau rosak. Sekali lagi aku pening!


Untuk ruang tamu dan ruang makan mungkin aku pilih yang empat bilah. Kalau ikut hati aku nak yang tiga bilah guna remote tu sebab motor dia lebih kuat dan laju. Suami aku ni, dah on speed 5 pun dia boleh cakap tak sejuk lagi. Tapi sebab orang asyik cakap zaman sekarang dah tak pakai kipas tiga bilah, so aku redha jerla. Mungkin akan pertimbangkan untuk ambil yang lima bilah kalau harga lebih kurang jer. Ikut peredaran zaman. Hehehe.



Untuk bilik utama aku pilih yang ni. Tiga bilah dengan remote. Tapi masih belum muktamad. Sebab terfikirkan suami aku yang akan jadi macam cacing kalau kipas tak laju. (Melainkan dia boleh sponsor aircond hehe). Kalau tak, aku pilih tiga bilah denga regulator. Back to basic.




Untuk bilik-bilik yang lain aku nak letak yang bilah biasa jer. Sejukkkkk. Cuma tak buat keputusan lagi nak ambil yang putih atau dark borwn. Rasanya macam putih sebab nak sesuaikan dengan tema.


Oh tak sabar! Tak sabar nak mabuk cari kipas dan lampu. Ni baru kipas. Lampu tak pilih lagi. Aduuuuuuss. Cepat lar cuti. Nak siapkan cepat-cepat. Senang boleh move to the next steps. Too many steps are waiting, am nervous! Thanks Allah for helping. 




Tuesday, 6 October 2015

092 Tak Nak Kena Penalti?

Sejak dah ambil kunci dan memiliki rumah sendiri ni, rasa macam dah bijak sikit bab-bab beli rumah. Pengalaman dah lebih orang kata. Alhamdulillah, akan dijadikan pengajaran.

Late payment penalty.

Apa benda ni? Mesti ada yang tanya macam ini, bukan? Sebab aku dulu pun macam tu juga. Tertanya-tanya, yang pasti aku tahu benda ni bahaya dan ada azab! Teruk aku google siang malam cari maklumat dan baca pengalaman orang. Waktu tu baru dua tiga bulan loan lulus. Memang gabra tahap cipan. Tak tau la betul ker cipan pandai gabra.

Bila dah banyak sangat menggoogle, aku rasa macam aku dah jelas dan faham sangat-sangat. Dan tindakan aku, aku suruh suami aku tanya kawan dia yang kerja di Ambangan tu. Bla bla bla kawan dia terangkan, dan aku macam rasa selamat. Tak tau sebab aku rasa selamat. Mungkin sebab aku ingat penalty ni hanya akan dikenakan pada last progress rumah. Dan memang betul, aku masih jahil!! Boooo!

Soalan : Apa sebenarnya 'late payment penalty' ni?
Jawapan : Denda lewat bayar setiap progress payment rumah. 

Maksudnya, setiap kali pemaju hantar surat tentang progress payment rumah yang perlu dibayar, kau mesti alert dengan sebarang mak nenek tarikh yang tercacat pada surat tu. Paling penting alert DUE DATE yang tercatat. 

Soalan : DUE DATE untuk apa tu?
Jawapan : Itu adalah tarikh terakhir pembayaran perlu dibuat kepada pemaju.

Maksudnya, kau perlu pastikan pembayaran progress rumah kepada pemaju dibuat sebelum tarikh tersebut. Sebab proses pembayaran ni ambil masa. Melibatkan tiga party : pemaju, bank/bpp, dan lawyer. Semuanya mainkan peranan masing-masing. Bukan sehari jer terus settle. 

Soalan : Jadi, apa yang perlu dibuat?
Jawapan : Dapat jer surat progress payment terus tengok due date. Kebiasaanya pemaju akan bagi tempoh dua hingga tiga minggu untuk selesaikan bayaran tersebut. Kadang-kadang pemaju sengaja melengah-lengah masa. Jangan terkejut kalau tengok surat tu bertarikh seminggu yang lalu. Bermakna, surat tu sampai ke tangan kita selepas seminggu. Itu taktik. Dengan ini, kita cuma ada lebih kurang dua minggu untuk settlekan pembayaran. 

Jadi, mulalah bertindak. Sentiasa hubungi bpp/bank dan juga lawyer. Lawyer yang dilantik pemaju ni kadang-kadang berat sebelah. Peram surat tu lama-lama. Nak buat pekasam kot! Taktik win sangat! Sentiasa update proses pembayaran dari semasa ke semasa. Lepas tu kita boleh detect, siapa yang selalu lengah-lengahkan proses ni. Trust me!

Soalan : Apakah steps yang perlu dilakukan?
Jawapan : Dapatkan maklumat mengikut steps ni;

Pemaju ---- lawyer ---- bpp/bank ---- lawyer ---- pemaju ---- DONE! Boleh ambil kunci.

Soalan : Apa yang terjadi kalau bayaran tidak dapat diselesaikan sebelum due date?
Jawapan : Apa lagi! Sediakan duit berkepuk-kepuk, letak bawah bantal hehe. 

Bayaran penalti dikenakan mengikut bilangan hari lewat. Kalau rumah saya, sehari RM75. Kalau lewat 10 hari dah RM750. Tak sakit hati kah? Sakit juga kalau keluarkan duit atas kesalahan orang lain. Sakit hati jiwa raga frust tertonggeng. Tambah-tambah nak masuk rumah baru ni perlu keluarkan banyak duit untuk benda-benda lain lagi. Jadi, tolonglah alert kalau tak nak merana di kemudian hari.

Soalan : Apakah kesan kalau dikenakan penalti?
Jawapan : Selagi tak bayar jangan mimpi yer nak dapat kunci. Teropong dari luar jerla. Tapi ingat! Potongan gaji berjalan macam biasa sejak tarikh ambil kunci diumumkan. Takda chance nak tunggu kau ambil kunci dulu. Rugi, kan?

Soalan : Ada pesanan lain?
Jawapan : Ya. Simpan setiap surat yang diterima. Jangan tanggalkan surat daripada sampul sebab dekat sampul tu pun ada tarikh yang dicop oleh pos malaysia. Penting tu. Ingat, apa jer tarikh yang ada sangat penting sebab setiap tarikh tu adalah duit! Kalau boleh, catatkan juga setiap tindakan yang kita dah ambil. Macam tarikh kau hubungi bank, respon dari bank, tarikh hubungi lawyer dan responnya.. etc.


***
Saya hanya menulis atas pengalaman sendiri yang baru jer ambil kunci rumah. Alhamdulillah, kami tak kena apa-apa penalti. Syukur syukur syukur. Jika ada salah dan silap, harap dimaafkan. Saya taknak ramai pembeli rumah yang kurang berkemampu macam kami dikenakan penalti atas kesalahan orang lain. Almaklumlah, duit nak masuk rumah pun boleh rabak poket apatah lagi nak bayar penalti. Harap-harap post ni dapat membantu.