Sunday, 21 December 2014

070 # Aku Sayang Mak dan Ayah Ratus Ratus Juta

Assalammualaikum.



Malam ni aku rasa sayu pulak bila terpandangkan muka mak dengan ayah aku tengah tidur. Dua puluh tujuh tahun aku hidup dengan depa. Aku mula menilik garis-garis tua di muka depa, aku mula perasan sikit demi sikit sakit-sakit tua depa muncul. Aku rasa sebak. Sebak untuk aku 'melepas' mereka suatu hari nanti.



Panjangkan usia mereka, Ya Allah.
Sihat walafiat tubuh mereka, Ya Allah.



Aku sayang depa.


Saturday, 20 December 2014

069 # Selamat Hari Lahir!

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku sehingga menjangkau usia 27 tahun. 27 tahun dengan seorang ayah, seorang mak, seorang abang, seorang adik, dan seorang suami! Moga tahun depan,
28 tahun dengan gelaran mummy pulak. Insha Allah =)



Terima kasih juta juta lemon buat mak yang bertarung nyawa nak melahirkan aku. Entah macam mana perasaan mak waktu tu, kan? Teringin nak ada di tempat mak waktu tu. Apa-apa pun, terima kasih mak dan ayah, terima kasih juta juta.



Tahun kedua aku sambut birthday sebagai seorang isteri. Yay! Tahun lepas dapat handbag. Tapi, handbag tahun lepas dah masuk tong sampah. HAHA. Tahun ni, aku dapat kasut sukan seketul. Nampak sangat laki aku nak suruh aku bersenam. Yerla, sebulan dok rumah, asyik makan tidur. Menternak lemak dengan berjaya. Lepas tu, aku sedahkan lemak tu kat suami aku. Nah! Terima kasih suami. Sayang sampai bila bila.



Serabainya muka baru balik dari pasar malam ni! Rasa nak campak gambar ni jauh jauh.

HAPPY BIRTHDAY!


Monday, 15 December 2014

068 # Bihun Sup Puaka

Assalammualaikum.


Siapa lapar bihun sup, angkat tangan tinggi! Tak mau angkat tangan golek golek macam hantu kak Limah. Tak jantan! Tak mau, tak mau.


Meh nak review sikit tentang satu kedai bihun sup yang memang superb. Makan sekali rasa nak makan berkali kali.


Nama kedai : Kedai Bihun Sup Puaka
Lokasi : Merbok, Kedah (dekat-dekat dengan UiTM Merbok)



Kedai ni tepi jalan jer, dekat kawasan kampung. Walaupun kedai kampung, tapi orang datang tak putus-putus. Pekerja semua lelaki Melayu. Bangga anak-anak Melayu boleh meniaga dengan berjaya macam ni. 



Kalau pergi sini, mesti dan wajib cuba bihun sup puaka. Harga RM4.00 boleh makan sampai kembung perut. Dengan daging yang lembut, sup yang sedap, bihun yang dicelur dengan baik, pedas dan hot! Sekali makan rasa nak makan lagi. Makan panas panas sambil mendengar zikir yang dialunkan oleh radio yang dipasang. Memang terbaik. Susah nak jumpa kedai makan yang pasang zikir dan selawat. Selalunya, dari jauh boleh dengar dangdung, joget, rock sampai nak pecah kerusi dan meja makan. Tapi kedai ni unik, lain dari lain. Zikir dan ayat suci sentiasa berkumandang. Alhamdulillah.



Kalau dah ke sini, makan bihun sup tak lengkap tanpa jus puaka dan ABC puaka. Pergh, semua berpuaka. Memang berpuaka. Jus puaka tu ada campuran asam boi, serai, daun pandan, laici. Semuanya disusun secara berlapis. Kalau nak rasa laici, boleh sedut dekat laici. Kalau nak rasa pandan, boleh sedut dekat pandan.




ABC puaka pun best. Aku tengok suami aku makan. Memang terliur. Apa yang unik, ABC ni ada aiskrim secotet kat atas tu. Alahai, melting aku tengok. Nasib ada satu jer. Kalau ada dua dah lama aku ngap! Malas nak berebut dengan suami. Nanti dia nangis tak nak balik pulak. HAHAHA.



Pendek atau panjang kata (tak kisah la mana mana pun asalkan bahagia), kedai makan ni memang highly recommended. Bawaklah semua buah hati masing-masing, mak ayah, adik kakak abang, suami isteri, tok tokwan, onyang, jiran tetangga, musuh nyata, musuh dalam selimut, kucing belaan, kucing jiran sebelah, erk apa lagi ek?? Semua boleh cuba. Mesti rasa nak datang lagi. Harga pun berpatutan dengan kekenyangan yang melampau. Alhamdulillah.



Alang-alang dah sampai situ boleh la lajak ke Tanjung Dawai. Beli belacan tumbuk, udang kering, ikan bilis, sotong kering. Bawak balik rumah bagi adik beradik sedara mara. Betul tak?


Sunday, 14 December 2014

067 # Keterujaan Melawat Progress Rumah Sendiri

Assalammualaikum.


Memang normal ker ada perasaan teruja nak masuk rumah baru macam ni? Sejak mula suami bawak ke pejabat pemaju, sejak gatai-gatai tangan pilih rumah yang paling menang di hati, sejak mula proses booking. Sejak hari tu, tidur malam selalu mimpikan rumah baru. Tapi belum lar sampai tahap mandi tak basah, makan tak kenyang. Aku makan kompem kenyang sampai nak pecah perut. Alhamdulillah, rezeki Allah yang tak pernah putus.



Sejak pergi tenguk progress rumah baru-baru ni, keterujaan tu semakin menjadi-jadi. Kritikal pulak! Hari-hari aku godek Mr Google, cari idea untuk rumah nanti. Parah!



Memang normal kah?



Progress rumah secara fizikalnya aku tengok macam dah nak siap. Cuma kepala paip, hos shower, pagar masih belum perfect. Jalan depan rumah dah bertar. Tapi, rumah-rumah fasa satu semua dah complete. Rumah yang dah siap ni diaorang akan kunci rapat rapat. Tunggu OC jer.  Rumah aku fasa dua. Lambat sikit dari fasa satu, ala lambat tipis jer. Rumah fasa tiga pula ada yang dah siap, ada yang belum dibina. 



Ada ura-ura kambing kunci akan diserahkan pada April atau Mei tahun depan. Apa?? Mak ai, awal sangat dari anggaran aku dan suami. ikut SnP kitorang, kunci akan dapan bulan Januari 2015. So, sempatlah kitorang buat tabung simpanan kilat, simpanan untuk belanja masuk rumah. Tapi kalau dapat kunci awal, kena ubah pelan la nampaknya. Tapi aku dengan suami dah target dan bincang untuk beli secara berhemah (sangat!) Beli yang penting dulu. Antara barang-barang yang penting adalah seperti lampu, kipas, hood dan hob, peti sejuk, tinted, grill dan alarm. Allahuakbar! Banyaknya duit bakal keluar. Mudahkan urusan kami, Ya Allah.



Harap-harap, bila nak ambil kunci nanti, aku dan suami bercuti panjang. Dapatlah kami settlekan urusan dengan cepat. Susah duduk jauh jauh. Moga Allah permudahkan urusan kami. 


Pintu masuk Impiana, Ambangan Heights, bakal kejiranan aku. (sumber : fb pemaju)

ps : Bakal-bakal jiran, sila perkenalkan diri. 

Thursday, 11 December 2014

066 # Dining Set IKEA

Assalammualaikum.

Oh cunnya dining set IKEA. Terbeliak biji mata sekejap. Sejak akhir-akhir ni memang aku banyak survey tentang dining set, mesin basuh, peti sejuk. Bukan apa, tahun depan aku ingat nak duduk di kuarters. Sebelum ni aku berkongsi mesin basuh dan peti sejuk dengan housemate aku. Kalau nak masuk kuarters, terpaksa la aku mula dari zero semula. Yang penting peti sejuk dan mesin basuh. Balik kerja penat-penat, tak kuasa aku nak sental baju dengan tangan. 


Dining set ni tak penting sangat. Makan atas tikar sambil bersila pun okeh. Boleh fefiling gadis melayu 60an. Sangat! Jadi, aku mencuci mata di IKEA online. Memang cuci mata sampai terliur saliva. Cantik!








Yang bawah ni pulak trend berkaca bagai Cinderella. Cantik jugak, sesuai untuk rumah kecil dan berkongsep moden.






Ok, aku nak menabung dari sekarang untuk dapatkan satu daripada set-set ni!
Tolong lah berjaya.
Amin.

ps : Gambar daripada website IKEA Malaysia.


Monday, 8 December 2014

065 # Progress Teratakku : 75% Impiana

Assalammualaikum.


Lama sangat tak menjenguk bakal teratak aku. Terakhir pergi waktu cuti raya dulu. Memandangkan suami aku tak balik, aku pun tak berkesempatan nak ke Sungai Petani. Rindu nak tengok progress rumah sendiri.


Alhamdulillah, semalam dapat juga aku jenguk rumah aku tu. Pergi kali ni aku bawa mak, ayah dan adik. Adik aku dah pernah ikut aku tengok rumah contoh dulu. Waktu tu, rumah aku baru naik tapak rumah. Dah lama aku impikan nak bawak mak dan ayah tenguk rumah aku. Aku tunggu waktu yang sesuai. Sebab sebelum ni jalan ke rumah aku tu bertanah merah, paku berterabur atas jalan, lopak sana sini. Yerla, rumah tengah dalam pembinaan, kan. Kalau bawa mak ayah pergi waktu tu, mahu kena marah siang malam sebab kereta kotor. Dulu aku pernah terpijak paku, habispancit tayar. Tak mau aku ulang lagi dengar ayah berleter macam dulu. Tak lelap tidur aku.



Elok sampai sana semalam hujan turun rintik-rintik. Lama-lama jadi lebat. Terbantut aku nak bawak mak ayah jalan-jalan lagi tengok persekitaran kawasan tu. Tapi, mak ayah dapat juga tengok bakal rumah aku dan suami. Alhamdulillah, mak ayah puas hati. 



Sebelum ke rumah aku, kami singgah rumah contoh dulu. Bagi mak dan ayah tengok rumah contoh. Tapi dah pesan awal-awal "Ni bukan rumah Yun, tau! HAHAHA" Mana lar nak tau, kot-kot depa ingat rumah aku pulak. Mau pengsan aku.



Setiap ruang mak ayah tengok dan bagi cadangan itu ini. Macam duit tu senang jer nak buat, macam buat kopi panas hirup waktu hujan kot! HAHAHA. 


Lepas diorang dah puas hati tengok rumah tu, aku bawa diorang ke rumah aku. Aku pun teruja jugak nak tengok progress rumah sendiri. Dulu pergi, tak dapat nak bawa kereta sampai depan rumah sebab jalan tak elok lagi. Tapi, pergi kali ni dapat sampai depan rumah. Jalan sudah bertar. Alhamdulillah.



Hujan lebat sangat waktu tu. Sampai-sampai jer rumah berkunci. Aduh frust! Rupa-rupanya, rumah aku akan dicuci hari tu. Jadi, orang yang nak cuci tu pegang kunci rumah kami. Nasib baik orang tu ada kat rumah sebelah, lepas minta dia buka akhirnya boleh juga kami masuk. Yahuu!



Ayah punya lar teruja terlebih tengok rumah anak dia ada tanah tepi. Dia dah plan nak tanam sayur, bendi, jagung, cabai, ubi. Adoi ayah! Comel sangat!



Pergi waktu tu aku ambil kesempatan nak tengok defect-defect kecil yang boleh dilihat dengan mata kasar. Setakat semalam, aku baru dapat detect dua defect. Satu : lantai depan pintu macam ada calar kekal. Kedua : Kunci pintu ke laman dah tak berfungsi. Puas juga aku dan suami cuba betulkan, tapi gagal. 


Meh aku belanja sekepal dua kepal gambar.

Hujan lebat. Habis basah porch depan dan belakang. Nampaknya, nanti kena fikir nak letak awning pula. Ok, duit duit duit.

Setiap tingkap ada wayar macam tu. Tak pasti wayar apa. Rasanya untuk security alarm. Suami aku tu tengah sukat tanah kot. HAHAHA.

Belakang rumah aku. Memang boleh jerit jer kalau nak panggil jiran belakang. Nak lompat ker sebelah pun senang jugak, macam main zero point. Belakang ada tile tu tempat sidai baju. Habis basah jugak, sampai tempias laundry area. Perlukan awaning jugak! Duit!



Moga Allah permudahkan urusan kami. Cepat dapat pindah, cepat dapat duduk dekat dengan mak ayah yang dah makin tua. Insha Allah, esok sampai Khamis depan aku jenguk lagi rumah ni. Hari tu hujan, nak jalan pun tak seronok.

Sekian.