Thursday, 31 August 2017

118 # Korban Pertama

Assalammualaikum.


Lama betul aku tak conteng di sini. Bukan sudah lupa, tapi aku tangguh seketika. Banyak sangat hal yang aku teringin nak coret. Tapi kita diam diam simpan kemas dalam hati saja. Oh ya, aku lebih banyak simpan kenangan di Instagram, al maklum, ikut putaran zaman. Herherher.



Baiklah,
malam ni ter-ingin nak taip sikit coretan buat kenangan, alang alang dah ter-buka blogger tadi. Rindu pulak nak merepek. Rindu pulak nak update. Check balik post, tahun ni baru buat satu post. Gila lah macam tak percaya



Esok - 1 September 2017 - Raya Korban. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk aku buat korban tahun ni. Sudah lama berhajat, Allah buka jalan, lekas lekas aku booking. Ini korban pertama aku, moga tahun depan depan dan depan, Allah sentiasa bukakan rezeki untuk aku buat korban lagi. 


Saja share.
Aku terbaca satu status di facebook.

"Rezeki Allah bagi beribu-ribu setiap bulan, takkan nak korbankan RM600 sebulan pun tak sanggup."


Paaaang!
Kena diri sendiri.


#darisudutteratakmakayah
31082017




Sunday, 23 April 2017

117 # Nufira's Homestay

Assalammualaikum.

Homestay di perlis ?
Homestay di kangar?

Anda mencari penginapan di Kangar, Perlis? Atau mungkin hendak ke Majlis Konvokesyen, atau pendaftaran universiti, atau singgah di Perlis untuk ke Langkawi. Kami ada menyediakan homestay yang menjadi pilihan ramai.

NUFIRA'S HOMESTAY
Lokasi : Taman Saujana Idaman (perumahan baru)

Kemudahan yang kami sediakan :

  1. 3 bilik (queen) + 2 bilik air
  2. 2 bilik dilengkapi pendingin udara (aircond)
  3. TV dilengkapi Astro
  4. Mesin basuh fully auto
  5. Dapur yang lengkap (boleh masak)
  6. Peti sejuk
  7. Meja makan
  8. Persekitaran yang tenang dan damai

Jarak ke tempat-tempat tumpuan :
  • 5 minit ke Arau
  • 5 minit ke Uitm
  • 5 minit ke Kolej Matrikulasi Perlis
  • 10 minit ke Politeknik & Unimap Ulu Pauh
  • 10 minit ke Kangar
  • 10 minit ke The Store
  • 10 minit ke Giant
  • 20 minit ke Kuala Perlis
  • 30 minit ke Padang Besar
  • 30 minit ke Gua Kelam





UNTUK TEMPAHAN, SILA HUBUNGI
019-4405031 (filzah - whatsapp shj)
012-4911350 (ramli - kol)


Jemput mai ramai-ramai 😍😍😍😍

Saturday, 12 November 2016

116 # First Step

Assalammualaikum.

First step?
Bismillahirahmanirrahim.

Semalam aku ke pejabat lawyer untuk sain S&P.
Ayah teman, suami di Langkawi.
Suami selalu jer tak ada masa aku nak urus rumah.Merajuk!


Aku harap ini adalah permulaan yang baik-baik sahaja untuk kami.
Puas sembang dengan kerani lawyer tu semalam.
Next, tunggu pemaju kol untuk isi borang LPPSA dan minta pengesahan guru besar.
Menurut kata lawyer tu, status loan akan tahu dalam masa dua minggu jer.
Ya ALLAH. Permudahkanlah.


Mungkin dalam empat bulan lagi boleh dapat kunci. Insha Allah.
Mak ayah aku eksited sangat. Macam-macam idea tercurah-curah ke ladang gandum.
Garu kepala anak depa ni!
Sempatlah aku beli barang sikit-sikit. Dapat kunci nanti boleh terus renovate.
Tak ada niat nak buat sado sado.
Cukuplah sekadar yang termampu.
Asalkan bahagia. Wah, gituuuuuuuuuu!




Moga Allah permudahkan.
Aamin.

Tuesday, 1 November 2016

115 # Next Villa

Assalammualaikum.


Tiga minggu kebelakangan ini aku asyik ulang-alik balik Perlis. Memang betul-betul nekad kali ini. Insha Allah, ini pilihan yang terbaik. Sokongan daripada Mr Bos, mak ayah dan keluarga. Nekad tak mahu pandang belakang. Walaupun agak sedih untuk melepaskan villa pertama, tapi aku yakin, Allah bagi aku yang lebih baik selepas ini.


Tak mengapa.
Sekurang-kurangnya aku sudah banyak belajar dari pengalaman. 



*****


Alhamdulillah. Semalam aku sudah booking rumah tu. Ayah dan mak aku nampak gembira sakan. Kalau boleh, nak joget depan aku kot. Mana tak seronok, rumah anak dekat dengan rumah depa. Mak ayah yang beriya ulang-alik ofis pemaju. Punya lar beriya sangat nak anak depa duduk di Perlih tercinta tu. Mak ayah suka, aku lagi suka. Nasib baik suami memahami dan support. Terima kasih sayang. Next step, tunggu loan approved. Moga Allah permudahkan. Aamin aamin aamin.


Kenapa aku boleh nekad senekad-nekadnya kuasa 497 juta? Sebab aku buat pro dan kontra dengan tajuk "Rumah di Sungai Petani atau di Perlis". Sah sah aku Perlih menang. HAHAHA.


Sebenarnya, banyak sebab yang boleh heret aku buat keputusan ni. Dah lama rasa nak beli rumah di Perlih. Dah lama rasa nak jual rumah di SP. Tapi sebelum ni suami tak bagi green light. Tapi bila suami dah bagi green light, aku pun buka langkah sejuta! Nekad, tak nak pandang belakang (walaupun malam tu menangis sambil lap hingus kat bucu bantal sebab terkenang rumah SP nak kena jual hahaha).



Sejujurnya, rumah kedua ini memang jauh beza dari rumah pertama. Teramat berbeza. Senang cerita, dulu semi-d, sekarang teres. Nampak bukan? Luaran memang nampak dasyat sangat lekeh dia berbanding rumah dulu. Tapi, dalam hati aku ada taman yang orang tak nampak. Sangat bahagia. Lupa terus pernah ada rumah semi-d gated dan guarded, siap alarm, pagar lawa, rumah lawa, siap wiring aircond setiap ruang. Lupa terus segala perfectionist rumah tu sebab terlalu bahagia dapat gembirakan hati mak ayah!



Apa-apa pun, terima kasih suami yang sentiasa menyokong (walaupun lambat sikit haha). Moga ada sinar kebahagian buat kita dan keluarga di 'villa' baru kita nanti. Moga loan approved cepat-cepat. Senang nak tidur lena tak payah susah hati.




Friday, 28 October 2016

114 # Rabbi Yassir Wala Tu'asir

Assalammualaikum.

Ya Allah.
Permudahkanlah.
Janga kau persulitkan.

Sibuk dengan urusan villa sejak dua menjak ni. Harap semuanya berjalan lancar.



Amin. Amin. Amin..



JOM CUBA HUNA!

Assalammualaikum.

HUNA adalah gabungan daripada HUMAN dan NATURE. Kedua-dua produk HUNA adalah berasaskan bahan semula jadi. Lulus KKM jadi tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan produk HUNA.


NO PARABEN
NO CHEMICAL
NO ALCOHOL
NO COLOURANT

Apakah produk-produk HUNA?
- Huna Glowing Bar (Sabun)
- Huna Aloevera Gel (Gel aloevera)



Apakah kandungan HUNA?
HUNA dibuat daripada bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin C dan E. Justeru, HUNA sangat membantu dalam merawat kulit secara alami. 

Kandungan HUNA Glowing Bar adalah seperti berikut :


Apakah kelebihan HUNA?
 HUNA Glowing Bar dan HUNA Aloevera Gel mempunyai banyak kelebihan. Ia bukan sahaja dapat mencantik malah turut merawat kulit yang bermasalah. Produk HUNA bukanlah seperti produk kecantikkan 'instant', HUNA merawat secara semula jadi. 





HUNA Glowing Bar
  • Mengecilkan pori
  • Kulit lebih gebu dan lembut
  • Menghilangkan parut
  • Membaiki tekstur kulit
  • Merawat masalah jerawat dan jeragat
  • Tona kulit lebih sekata
  • Wajah lebih segar dan berseri


HUNA Aloevera Gel
  • Merawat kulit bermasalah seperti ekzema dan ruam
  • Melembutkan wajah dan menambah seri wajah
  • Memudarkan parut
  • Melembapkan wajah dan kulit kering dan kusam
  • Melembutkan rambut
  • Boleh dijadikan based mekap
  • Boleh dijadikan pelembut ketika bercukur


Adakah HUNA lulus KKM?
Ya, produk-produk HUNA telah mendapat kelulusan KKM.




Siapakah yang boleh menggunakan HUNA?
Lelaki dan perempuan. 

HUNA juga adalah wudhuk friendly. Tidak perlu susah payah nak sental muka sebelum berwuduk.

Alhamdulillah, ramai telah mencuba dan berpuas hati dengan produk HUNA. Syukur sangat dan happy dapat bantu ramai orang mendapatkan semula kulit yang sihat.








Jom sama-sama kita menjaga kulit. Bebaskan kulit dari bahan kimia. Kesian kulit kita.

Sabun = RM35 (tidak termasuk postage)
Gel aloevera = RM35 (tidak termasuk postage)

COMBO SET
RM70 free postage

Murah jer...
WA : +6019 345 8264 (no call)
Pos setiap hari.


Saturday, 1 October 2016

113 # Hantu IKEA!

Assalammualaikum.

Im currently addicted to IKEA. Hantu sungguh! Aku tak pasti siapa yang hantu. Aku yang hantu atau IKEA yang berhantu. Buat masa sekarang, aku rasa aku sudah jadi hantu. Hantu kepada duit. Kahkahkah.


Aku mula menceburi bidang berhantu ini sejak mula memiliki rumah sendiri. Sebelum ni, aku cuma hantu tidur jer. Masih aku ingat, suatu waktu dulu aku pelik tengok rakan sekerja menjadi hantu IKEA. Sudah sekarang aku pulak macam dirasuk apa pasal?! Memang, memang berhantu. Wajib cuci mata di website setiap hari. Semua aku rasa macam nak makan. Nyum nyum. 


Sejarahnya, aku mula menceburi pembelian dengan personal shopper sejak Disember tahun lepas. Masih ingat, benda pertama yang aku beli karpet Lappljung Ruta saiz kecil (RM120) dan kabinet tv Nittorp warna turqoise. Nampak sangat niat nak menonggeng depan tv lagi membuak dari aktiviti lain. Haha, tak senonoh perangai aku. Tapi sedihnya bila karpet tu out of stock dan akhirnya discontinued! Sob sob. Nasib dapat tv rack comel tu. Kalau tak, meleleh air liur terkenangkan.

Image result for lappljung ruta rug ikea
 Ini lar benda yang mula mula buat aku terjebak dengan IKEA.

Dua benda di atas aku beli dengan PS dari Alor Setar. Hantu IKEA dalam badan aku ni tak terhenti di situ sahaja. Aku makin galak weh! Aku order pulak dengan PS dari Perlis. Kali ini, aku sambar cadar dan comforter. Dua set! Aku makin galak, galak dan galak! Aku beli dengan PS dari Kulim pulak. Untuk kali ini, aku beli banyak sikit untuk dapur. almaklumlah, dapur hampir siap waktu tu. Aku beli set Bygel dan dish drainer. 


Paling kemuncak kegalakan aku ni bila suami sponsor. Laki belanja weh, ambil apa saja, dia belanja dengan kasih sayang. Melayang juga duit suami aku habiskan untuk order kali ini. Memang dasyat. Tak pandang dah benda kecil-kecil dan picisan. Aku kaut dan sauk barang bersaiz 10XL terus! HAHA. Katil, drawer, lampu, karpet dua ketul, meja makan, kerusi. Terima kasih Laki! 

Aku sangka aku sudah insaf. Rupanya insaf kejadah. Aku order lagi bila dapat gaji baru-baru ni. Empat atau lima barang juga aku beli, Haaaish! Anak Ramli tak macam bapak dia. Ketagih!


......


Untuk selepas ini pun aku sudah ada target. Aku nak Lappljung Ruta dengan Raskog turqoise. Agak memerlukan kesabaran menabung yang tinggi. Jom buat tabung babi ayam demi memenuhi impiana. Main kutu sorang sorang pun boleh asalkan aku menabung untuk IKEA.

Saturday, 25 June 2016

112 # Hunting Lailatul Qadar

Assalammualaikum.


Mencari,
dirobek dada malam-malam terakhir ini
menapak dalam kelam kabus malam
aku raba dan terus meraba
mana tahu saat itu menyapa dalam diam
mana tahu, saat itu untuk aku diam diam.


mencari-- 


Entah malam ini, esok atau nanti
aku kurang pasti
yang pasti aku mesti terus mencari
bukan berlari menyimpan diri dalam guri
siapa dapat dia lucky
malam yang semua rebut hendak gari di hati
sangat misteri.



Tuhan Rabbi Maha Mengetahui
tolong gari hati ini,
biar dapat jumpa si misteri itu.

Langkawi 25062016


Friday, 10 June 2016

111 # Projek Dapur : Part 3

Assalammualaikum.


Rasa macam lama sangat tunggu kitchen cabinet siap. Cerita aku pun dah sampai Part 3, tapi tetap tak siap siap lagi. Mak ayah dan adik aku mula nak membahan aku. Buat kabinet dapur macam cerita telenovela, lama sangat kata depa. Kedai yang ayah aku tengah buat untuk abang aku pun hampir siap, tapi kabinet dapur aku belum siap. Terus depa gelak! Ceh! Membandingkan sebuah kedai dan kabinet dapur memang agak kelakar.


Ala, ini kes kelainan upaya sebab tuan dia di pulau. Tunggu cuti, memang pelbagai macam lar lambatnya. Memang masa booking pun aku sudah berkira-kira dengan orang kabinet tu. Aku sendiri minta nak buat bulan Mei sebab masalah bermastautin di tempat orang. Book bulan Februari, nak buat bulan Mei. Alhamdulillah dia boleh terima dan aku masih beruntung dapat harga offer. Tapi lama semacam macam telenovela Indonesia itu memang betul, tak boleh sangkal walau dengan tapak tangan Shin Chan. Kalau aku tak ada masalah, orang kabinet dapur tu cakap dalam masa sebulan jer siap. 


Bila duduk di pulau, hendak balik Sungai Petani sangat perlu bercinta. Kalau setakat balik Kangar, macam rebus kacang kuda jer. Sebab tu aku jarang balik SP, lebih banyak balik rumah mak ayah aku jer. Sudah lar makan macam raja di rumah mak, balik SP kena makan luar sebab dapur belum siap. Jenuh atur kedai dan meleburkan fulus.


****

Buat kabinet dapur dengan If Kitchen ni agak renyah sikit sebab tile dinding perlu cari sendiri. Yang lain alhamdulillah disedia, cuma sediakan duit, maka mereka pun bersedia untuk buat. Inilah dikatakan duit berkuasa, tanpa duit kita tak bahagia. Ehh!

Beli tile kat kedai ni. Murah murah jugak. Kedai ni kat Perlis jer.


Ini tile yang aku pilih. Ikut hati aku nak putih suci. Tapi aku tengok tile ni ada promosi jadi aku grab yang ni. Tak berapa putih, lebih kurang macam krim sikit. Harganya RM4.10, saiz 2kakix1kaki. Not bad. Total semua masih under bajet.


Untuk wall tile, aku pilih cha-ya-nun-alif. Entah kenapa rasa macam yakin lebih sikit, setelah beberapa tukang orang kita buat kerja macam tak faham konsep KEMAS, dan TELITI! Buat aku hot, dan akhirnya pujuk sendiri hati sendiri. Alhamdulillah, memang puas hati. Kerja kemas dan teliti, jauh beza dengan cara kerja orang kita. Ada tambahan duit sikit sebab dia kena ubah plug, kalau tak nak plug tu nampak macam pusat tenggelam dalam perut buncit. Tapi last last dia cakap tak payah bayar. Kau tengok orang depa kerja macam mana. Orang kita, aku minta buang plug seketul jer sebab kesilapan faham pihak dia, aku pulak kena cas. Orang kita juga aku minta ubah paip masuk ke dalam sikit (dengan kerja macam taufan), juga sebab kesilapan pihak dia, pun kena cas RM150 lagi. Tepuk dahi! Jadi sekarang, apa apa aku rasa baik aku cari orang depa. Hati pun menyanyi senang!



Puas hati. Daripada tak senonoh kepada diva.

Ini kerja tak senonoh tukang paip tu sebelum cina tu pasang tile.


Bila sudah siap mak nenek benda alah tu, team If Kitchen datang bawak sebijik lori dan dua bijik kereta kapcai. Mak ai, terkejut aku sebab ramai sangat. Hari tu, rumah aku macam ada kenduri. Meriah semacam padahal team If Kitchen jer. HAHA. Tengok bilangan team members yang datang tu macam boleh siap hari tu juga. Rupa-rupanya masih ada liku dan onak duri perlu kami tunggu. Hari tu cuma datang pasang kabinet dan pintu. Table top, hood dan hob, sink dan faucet akan datang hari lain. Deyy tambiiiii ! Baru berangan masak laksa ikan sekoq pakai dapur baru!






Tak mengapa, asal sudah nampak rupa dapur pun buat aku ciwi tak habis. Asyik nak pergi tengok dapur jer. Lepas tu duduk berangan lima minit. Ciwi petala kelapan. Lepas depa team If Kitchen siap pasang, aku dan suami pergi check. Ada sikit sikit defect tapi masih boleh cover. Nanti dah complete defect tu akan tak nampak di mata mata manusia. Cuma menjadi kenangan di mata aku dan suami. Miahahah.

Acah-acah cuci ikan. Sebenarnya nak test kependekan aku. Yang bawah boleh capai, yang atas tu macam tak berapa nak cukup inci. Small matter jer!

Table top belum letak. Korang rasa apa pilihan warna table top aku?

Agak-agak yang mana satu menjadi pilihan aku?

Dua tiga hari lepas tu, tukang batu pulak datang rumah untuk ukur table top. Sepatutnya dia nak datang sehari selepas team If Kitchen datang. Tapi aku dan suami sudah dalam perjalanan balik Perlis. Sikit kilometer lagi nak sampai Perlis. Lambat sikit jer apek. Kalau tak mungkin dapat aku tengok depa pasang table top tu. Alhamdulillah syukur.

Cepat lar siap. Tak sabar nak tengok. Rasa macam menunggu saat nak beranak. Permudahkanlah ya ALLAH.

Sunday, 5 June 2016

110 # Mak Ayah

Assalammualaikum.

Hening pagi hari ini, aku rasa macam sayu sangat. Entah kenapa.


Aku selalu terfikir, apakah nasib aku tanpa mak dan ayah suatu hari nanti. Pasti tiada siapa lagi akan sayang aku setimpal mereka. Membela aku dalam susah dan senang.


Pasti aku merindu alunan Alquran ayah ketika tahajud. Pasti aku merindu alunan AlMulk emak sebelum tidur. Pasti aku terngiang ngiang dalam mimpi semua macam itu.


Aku pasti rindu,
Suara lembut ayah, yang tak pernah sekali pun pukul, bahkan menjentik aku. Lelaki yang paling win dalam hidup aku. Sabar dia, baik dia, tabah dia, segala galanya lah! Lelaki yang penuh rahsia dalam membesarkan kami.

Dulu, ayah jarang beli baju baru. Kami selalu marahkan dia sebab pakai baju buruk. Bila dah besar, baru aku tahu, betapa susah sangat hendak beli satu baju baru. Entah entah, ketika aku "mengata" dia dulu, ketika itu mesti dalam hati dia meronta ronta hendak baju baru. TAPI, didahulukan anak anak dalam segala hal. Kenapa baru sekarang aku faham?

Ayah win! Ayah hebat!
Aku fail. Haih.

Aku pasti akan rindu mak,
Bila dia mengaji, terasa tenang jiwa aku. Aku masih terngiang lagi, dulu, (cerita sebelum kawin) aku selalu tidur dengan mak kalau adik aku tidak balik. Mak akan baca Almulk ditepi aku sebelum tidur. Damai dia, tenang dia, sayu dia, pergh! Sangat rindu.......

Lepas maghrib, rumah kami mendayu dayu alunan Alquran, paling jelas dari mak. Ya Allah, dia baca quran memang sedap. Tak boleh lawan. Rindu. Sangat rindu. Sebab tu, tiap kali balik rumah mak aku akan curi curi dengar mak baca quran. Kadang kadang aku pergi duduk sebelah mak, dengar mak mengaji. Suasana yang paling mahal aku nak dapat.


Haih.
Entri ni memang tak ada isi penting,
Tapi ada dua perkataan yang sangat penting.
MAK dan AYAH.

Panjangkan umur mak dan ayahku, Allah.
Aminnn.