Sunday, 24 August 2014

047 # Genap 9 Bulan

Assalammualaikum.

Allah, alhamdulillah. 

Genap 9 bulan usia perkahwinan kami. Lagi 3 bulan untuk melengkapkan usia setahun. Kalau Allah takdirkan aku bunting pelamin, mungkin bulan ni aku tengah tunggu masa nak meneran (pergh ayat aku). Bulan ni aku sibuk cari petua nak beranak dengan mudah. Mungkin, pada hiperbola aku jer.

Walaupun masih belum ada rezeki anak, tapi aku sangat positif. Seribu rahsia Allah, seribu hikmah. Manusia lemah macam aku ni tak boleh jangkau caturan Allah. Pada aku, mungkin ini masa Allah berikan untuk aku dan suami rapatkan lagi hubungan kami. Habiskan masa sama-sama sebelum masa ini dibahagikan untuk anak-anak kelak.


Betul, aku memang sangat positif. Aku terima takdir ni sebagai rahsia Allah yang aku belum tahu.

Cuma kadang-kadang orang sekeliling macam sangat mendesak. Aku yang nak mengandung, depa over dari aku. Tiap kali lepas cuti, mesti tanya "Buat projek tak?" "Kerja keras tak." "Period tak lagi?" "Ada isi tak?"

Dulu-dulu aku senyum jer.
Sekarang aku dah pandai menjawab. Bosan.
"Tak kerja keras pun, kerja rileks rileks jer!"


Ada jugak manusia yang macam ni kan. Selalu, anak first mesti jadi punca. Lepas ni, anak ke sepuluh, tak ada pulak orang sibuk nak tanya 'projek' terkini aku suami isteri.

Rileks la beb. Baru 9 bulan. Jangan gelabah nak buat projek jer kerja.
Allah.

ps :
Aku doakan abang dan kak ipar pun dapat baby cepat-cepat. Jom kita buat twin terus lah! Amin.


Friday, 22 August 2014

046 # Hari Berkabung

Assalamualaikum.

22 Ogos 2014.
Al-Fatihah untuk jenazah MH17.




ps : Apa agaknya perasaan keluarga mangsa sekarang? Kepulangan keluarga yang ditunggu pada 17 Julai yang lalu akhirnya pulang dengan jasad yang tidak bernyawa. I feel them.

ps : Pray for Gaza.

Saturday, 16 August 2014

044 # Mak dan Ayah Akan Ke Mekah

Assalammualaikum.


Alhamdulillah. Tahun ni rezeki buat Mak dan Ayah tersayang buat haji. Ya Allah. Terima kasih atas rezeki Mu. Terima kasih atas kurniaan Mu.


Mak dan Ayah memang tak sangka, memang teruja. Baru tahun lepas jer kami buat umrah satu keluarga. Umrah yang mencabar sebab hotel terletak jauh dari masjid. Dugaan buat Mak dan Ayah yang dah tua. Kesian sangat kat diorang. Berjalan jauh untuk ke masjid. Kadang-kadang Mak terpaksa sembahyng kat hotel sebab tak larat nak ke masjid yang jauh. Ayah nampak kuat sikit dari Mak. Ayah sebenarnya kuat sebab nak teman anak-anak jer. Terima kasih ayah.


Alhamdulillah.
Syukur, Allah panggil Mak dan Ayah sekali lagi untuk menjadi tetamuNya.
Memang jeles sangat. Sapa tak jeles, tempat paling best di dunia.


Memang rindu sangat. (Terbayang-bayang suasana kat sana)


Mak dengan Ayah tengah buat persiapan nak ke sana. Diorang pilih penerbangan awal. Aku rasa tu pilihan tepat. Insha Allah, 28 Ogos nanti diorang akan bertolak ke Tanah Suci. Aku rasa sebak pulak. Dah lama Mak dan Ayah tak tinggalkan aku adik beradik lama-lama. First time diorang buat haji dulu waktu aku darjah 4. Kecik lagi. Waktu tu mungkin diorang risaukan aku dan adik beradik lain sebab kami kecik lagi.


Tapi, pemergian diaorang kali ni aku pula yang risau. Risau sebab diorang dah tua. Aku risau ingat sapa la yang akan jaga diorang di sana nanti. Setiap hari aku doakan moga Allah akan jaga mereka di sana. Aku doakan mereka selamat pergi dan balik. Sihat tubuh badan, sihat kesihatan. Panjangkan umur, dan berkati perjalanan mereka.


Moga Allah perkenankan permintaan aku.
Amin.

Mak tengah mengaji di Masjidil Haram. Sambil pandang Kaabah. Rindunya suasana ni. Rindunya nak dengar suara mak mengaji. 

 Gambar ni tak cukup korum. Abang dan kak ipar aku tukang amik gambar. Tak dapat join. 


Ni semua gambar waktu kami buat umrah tahun lepas, 2013.

ps : Insha Allah. Allah akan bukakan pintu rezeki untu aku pergi dengan famili lagi, tapi lepas ni suami pun ikut sekali =)

Friday, 15 August 2014

043 # Stor

Salam.


Rumah tengah buat, tapi otak aku ni dok fikir tentang STOR. Macam la rumah dah siap. Bukan apa, aku risau pulak bila rumah takda stor ni. Aku jenis suka simpan barang, dan aku jenis tak nak rumah aku penuh barang. Minimalis mana boleh banyak-banyak barang. Habis tu, kat mana nak letak barang-barang yang masih boleh diguna tapi, tapi taknak guna (erk!). 


Aku rasa STOR memang penting dan perlu ada kat rumah. Rumah mak aku pun ada stor yang sangat luas. Mak aku tambah loteng kat bumbung untuk buat stor dengan pejabat ayah aku. Untung la sebab ada bumbung tinggi. Dapat buat stor. Cuma nak mengangkat barang tu seksa la sikit. Kena panjat tangga pulak.


Sebelum rumah siap, aku perlu fikir macam mana nak buat STOR. Pemikiran aras tinggi ni.


Ada jugak terfikir nak naikkan dinding kat sini. Sepatutnya kat sini tempat mendobi. Letak mesin basuh. Tapi bila naikkan dinding kat sini, takda pengudaraan direct dari luar ke dapur la pulak. Gelap pulak dapur rumah aku nanti. Tak kuasa aku siang-siang nak on lampu kalau masuk dapur. Hurm.



Gambar ni lagi jelas. Dengan tangki loji kat situ. Aku tak suka sangat nak naikkan dinding sampai backyard tu. Nanti susah nak bersosial. Nak tukar-tukar gulai ker, laksa ker pun kena bagi ikut porch depan. Tak kuasa aku. Haisih, berat betul masalah aku ni.


Loading lagi ni.
Kena korek google lagi cari idea. 



Sunday, 10 August 2014

042 # Impianaku Syurgaku

Assalammualaikum.
Haish!
Tak sabarnya nak duduk rumah sendiri.

Doakan aku dan suami dapat pindah ke Sungai Petani.
Doakan kami dapat tiggal sebumbung, sama macam orang lain.
Doakan kami dapat babies cepat-cepat =*


InshaAllah.
65% progress.






Nota : Tiga ketul ni gambar rumah contoh yer. Takkan lar developer nak bagi rumput karpet free. Gambar ni diambil waktu kami pergi tengok progress rumah bulan 6 ritu. Cuti hari raya ritu tak pergi jenguk pun. Jenguk dalam doa jer. Saja nak surprisekan diri.